Friday, December 31, 2010

Entri penghujung tahun

Assalamualaikum pembaca2 sekalian.

Selamat hujung tahun diucapkan khas daripada pemilik *Luz de Estrella*. Ok, usually, bila orang bukak topik the end of the year or countdown to the new year, perkara pertama yang orang akan sentuh jugak adalah azam.

so, adakah azam anda telah dilaksanakan? Jangan tanya aku azam aku, sebab kalau tak silaplah, aku dah tak ingat dah apa azam aku tahun lepas.. Cuma rasanya, sama je.. "Hope this year is better than previous years"
source: Google Images
Itu adalah azam aku generally setiap tahun, dipetik dan diolah daripada pepatah arab yang masyhur;
Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.
Jom kita jadikan pepatah yang too general ini into more specific. Kita divide into 2 aspects.
  • Spiritual
Sudah tentulah kita kita berusaha untuk memastikan 'makanan' rohani kita bertambah kualitinya. Quality is better than quantity. But, if these two elements can go on serentak dan selari, that is much more better! Makanan yang dimaksudkan itu adalah, solat kita, puasa kita, Quran recitation, zikrullah etc.

Contoh yang lebih specific; kalau tahun ni, kita mengaji Quran 2 helai sehari, cuba up kan sket, jadi 3 ke 4 ke.. Then, istiqamah la.. Ibadah yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) lebih disukai Allah. Atau pun contoh lain, kalau tahun ni kita mengulang Quran (muraja'ah) setengah juzuk sehari, up kan sket untuk tahun depan, jadi sejuzuk.
  • Physical
Apa khabar kesihatan kita tahun ni? Cara pemakanan kita? Penampilan kita? Personaliti kita? Ingat, pandang semua ni.. The diet is the most important part. Jangan pulak, tahun ni dah makan ayam banyak, so tahun depan daging pulak! Bukan.. Make it balance.. Each of the food contains nutrition itself which is different with other food. Nak lebih baik, follow diet Rasulullah (saw).


Extra! Positive kan mindset anda. Mulakan harimu dengan senyuman *ttbe plak..
source: Google Images
Oklah, selamat tahun baru!!

Sambutlah dengan kesyukuran kerana anda masih diberi ruang dan peluang oleh Allah. Ruang untuk hidup di atas bumiNya dan peluang untuk menghirup udaraNya serta menikmati rezekiNya.

Monday, December 27, 2010

Jangan terpedaya!

*bunyi SMS masuk*

Tangan mencapai phone di atas katil. 1 message received. From unknown number. I wondered.

'Sape lah yang mesej garib2 (magrib2- loghat trganu) ni..'

Huh?? 

I repeated reading the text again and again. Tersenyum sendirian. 'Nampak sangat.. Tapi..'

Call mak, tanya tentang ayah. Mak cakap ayah dekat ladang sembelih ayam untuk kenduri rumah Wan De, Pak Ngah Duan kahwin. Tergelak aku..

***********

Assalamualaikum semua.. Entry for this time is only and only about the above story. Kisah di atas adalah benar semata-mata.

Bila dapat mesej2 begitu dan yang sewaktu dengannya, janganlah mudah percaya ye kawan2.. Bukan lah nak tutup periuk nasi orang tapi kan, kita tolong mereka dari makan duit haram dan jugak for sure kita membantu diri kita dari pokai sesaje.. hee~

Ke ade yang bermurah hati bagi 30RM (which is suppose RM30) sebagai sedekah kepada orang yang menipu? Sorry for being too direct but, aku really2 don't like liars. Sometime,  I can't even consider with them.

Untuk kes sebegini, ayah aku pon kena. Beliau dapat mesej menang Pertandingan Power Root. Masa ayah cerita tu, aku dah pelik. Aku tanyalah, "Bila pulak ayah minum Power Root??" Ayah pun gelak. Tulah, ayah aku tak minum pun produk2 power root tu, apatah lagi masuk pertandingan yang memang ayah tak layan sangat benda2 macam tu. Tetiba menang RM20000! Waa, durian runtuh??

Rasanya, ramai je sekarang ni yang pernah dapat mesej tawaran2 hebat tapi dari unknown mobile numbers, may I just ignore it? Sebab I did the same. Mesej yang aku percaya is, bila dapat mesej dari CELCOM @ HOTLINK yang inform aku dapat free messages and calls to listed favourite numbers. Hehe..

Sebagai precautionary steps, lets question this;

       for my case yang dapat SMS dari 'Ayah'
  • Kenapa panjang sangat nombor ayah guna ni?
  • Salah eja? My father reti mengeja ok..
  • Ayah takkan guna bahasa Indon.. Cerita Indon pon tak tengok..
  • Call mak or abang or kakak untuk pengesahan
Selesai masalah. Tutup kes.

Kes ni ada disiarkan di akhbar Kosmo Jumaat, 24/12/2010. Lalu adalah yang retype the column and put it in online forum. Betul, cara dia tak salah kerana mungkin berniat untuk mengwar-warkan berita. Tapi ada orang lain mengutuk yang cakap tak munasabah tertipu lah, tak tahu nombor phone ayah sendiri lah.. Macam-macam respond pembaca.

Mungkin betul ayah mereka tu an Indonesian who just arrived Malaysia and been caught by the police. So, they really need help rite??

Learn from a mistake. Tapi, yang rasa confirm takkan kena tipu tu, jangan pulak cakap besar. Ingat, life is like a wheel. Indeed, it IS a wheel.

Saturday, December 25, 2010

Exam dah habis!

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah walhamdulillah summalhamdulillah..
Telah tamat sudah exam midsem ku yang sangat terlalu cuak melampau.. Lega betul rasanya!

Sepanjang exam minggu ni, aku terkena demam. Tapi kenalah kuat kan diri kan? Lau tak, hilang la ke-macho-an ku.. As soon the last paper ended, demam pon ended jugak.. Menguji betul..

And of course, YEAH!! I da cuti sekarang! Lalala~

Semalam (Friday), mak datang to fetch me from CFS. Then, we went to Jalan Masjid India. Mula2, mak tanya, nak pergi mana sebab mak nak pergi beli kain baju, I just suggested Jalan TAR @ Jalan Masjid India. Macam biasa lah, reaction nya, tempat tu kan boleh dikatakan tempat paling busy kat KL ni after Bukit Bintang, nak2 pulak cuti2 sekolah ni, manusia dari seluruh ceruk Malaysia datang shopping-la-konon kat sana.

However, kami pergi jugak.. Hehe..Makanya, berpeluang lah aku untuk membeli buku idaman hati setelah sekian lama. Aku ada post kat facebook bertanya tentang mana nak cari buku tersebut, Alhamdulillah dapat positive responds from fellow friends. They said that the only place they ever seen that book was at Pustaka Mukmin at Jalan TAR.

Memang kalau diperhatikan tempat tu mang kedai kain-rich area. Tapi ada lah 2 buah kedai buku yang noticeable kat situ which are Minerva and Pustaka Mukmin. And dekat area2 tu jugak ada Minerva satu lagi. Tu yang aku perasan la. So, sekarang 'Hari Hari Dalam Hidupku' by Zainab al-Ghazali telah pun kumiliki.

Buku ni susah sangat nak jumpa maybe sebab 1) buku lama.  2) penerbit buku tersebut kurang menonjol berbanding PTS, Telaga Biru, Darul Nu'man and so so.

Okeh, apabila perut dah  bunyi alarm dengan lagu2 yang tiada tone, melodi dan harmoni nya, kami pun menapak lah ke Restoran Insaf. Aku mengerling jam kesayangan di tangan. Belum zohor.

Masa makan tu, salah seorang pekerja restoran keluarkan 'tiang' yang nak tutup kedai tu.. Tataw la what exactly the name is, tapi benda tu lah. Dia pon diri kan benda alah tu kat pintu masuk. Then, sign OPEN kat pintu dipusing ke CLOSE. Terdetiklah dalam hati aku, 'Dorang nak gi solat Jumaat.'

Memang la kalau tengok dalam Insaf tu, mostly and I can say that almost all of the waiters are men (name pon waiter, mestilah man kn?? -_-"). India muslim. Solat perlu diutamakan. Sehinggakan, masa orang bukak pintu nak keluar dari restoran tu, ada an Indian lady masuk cakap nak makan in Tamil la.. err,, aku tak paham pun dorang cakap tu tapi that lady buat tangan mcm nak makan sambil cakap ngan tokeh yang jaga kat kaunter tu.

Uncle tu jawab, "Sorry, we're close for prayer"

Finally, the Indian lady cakap bungkus jelah. Point aku sebenarnya, dorang tutup kedai sebab nak pergi solat Jumaat. Rasa2 nya, sampai tak ea point dalam hati aku ni..?

Bagusnya kalau semua peniaga lain pun menghormati dan menunaikan kewajipan solat tu walaupun perniagaan tu terpaksa dikorbankan seketika demi mencari redha..

Ala, zaman sekarang, wanita pun dah bekerja jugak kan, so boleh jugak biarkan kaum wanita memonopoli dunia seketika yang tak sampai 2jam tu kan?? hehe..

Semoga Restoran Insaf terus maju dengan redha Nya walau pun ayam dan papadom dah semakin mengecil, dan nasi macam berkurangan sedikit berbanding dengan sejak kecik aku makan kat situ. Takpe2, inflation kot.. Ngee~

Lepas tu, pergi Carrefour Wangsa Maju beli barang2 keperluan rumah.. bunyi cam aku pulak yang membeli.. Padahal tukang tolak troli je..

Sebelah malamnya, my parents, brother, sisters and I pusing2 OU selepas consider segala macam risiko seperti takde parking and manusia macam dalam tin sardin.
The 2 heroes of our family!

Know what, the most precious moment of all precious moments is when you can spend the bitter(cari parking) and the sweet(smile and laugh) with your family especially in my position yang baru lepas exam!

Thanks Allah for the happiness!

Tuesday, December 7, 2010

Jangan bosan!

Salam Maal Hijrah semua!
Semoga tahun ini membawa perubahan yang lebih baik terhadap diri antum antunna semua..
"Menyedari kesilapan adalah langkah kepada kesempurnaan"   -Yusuf al-Qardawi
So, buat apa hari ini? Semua orang bercuti sempena menyambut tahun baru 1432. Termasuklah aku di CFS IIUM ini walaupun pagi tadi ada jugak 2 kelas yg dijalankan atas persetujuan semua orang.

Ada hikmahnya. Tak ada lah aku bangun lambat.. hehe

Mesti semua orang banyak kerja yang perlu dibereskan kn? Isi lah masa dengan lakukan kerja-kerja yang berfaedah.. Aku bukanlah nak bicara tentang masa yang semua orang sudah sedia maklum bak emas, bak pedang and what so ever.

Cumanya, tentu ada yang akan berkata, "boring la" atau "tak tahu nak buat apa"..

Sedangkan sebenarnya, dalam hidup kita ini, banyak lagi tanggungjawab yang belum kita sempurnakan. Antaranya;
"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah" 
(surah al-Dzariyat, 56)
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" (surah al-Baqarah, 30)
So? Nampak tak apa yang sepatutnya kita lakukan pabila rasa ada masa terluang?

Bersumberkan majalah Solusi isu no.26, orang yang sentiasa berasa bosan sebenarnya jiwa mereka kosong. Tiada matlamat. Jiwa begitulah nanti yang cuba diisinya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti mengikut budaya hedonisme dan seumpamanya.

Ececeh.. tetibe rase cam aku ni bakal jadi pakar motivasi pulak! hehe

K, sambung! Kita ambil contoh seorang lelaki/perempuan berkerjaya yang beriman. Tentu sekali masa yang ada dipenuhi dengan kerja2 duniawi dan tak lupa jugak beribadah kepada Allah. Pantang ada masa terluang, sekurang-kurangnya, zikir membasahi bibir.

So, takkan ada istilah bosan@boring dalam kehidupan ini.  Ada kerja tak semestinya sibuk betul tak? Kadang2, bila sibuk, kita akan jadi lebih menghargai masa yang ada.

Walau apa pun, ibadah kita tu yang tak boleh stop even kelas takde, ofis tutup or cuti sekolah. Amal ibadah tak pernah habis. Tak pernah cukup.

Kelihatan dua orang sahabat ssedang membaca akhbar tentang kemalangan maut. Salah seorang berkata, "Ya Allah, tak boleh bayang kalau aku kat tempat dorang ni.. Dah la ibadah belum cukup"

Bila aku dengar orang cakap seperti ini, aku selalu terfikir, pernah ke ibadah kita cukup? Kalau betul cukup, macam mana kita nak tahu ibadah kita cukup??

Sedangkan Rasulullah sollahu'alaihiwassalam sendiri yang maksum tu pun, sentiasa beristighfar. Maknanya, nabi kita pun sentiasa merasakan yang ibadahnya perlu ditambah dan dilipat kali gandakan. Apatah lagi kita.

Hakikatnya kita takkan pernah tahu bila ibadah kita tu cukup. Sebab itu lah, wujudnya pepatah,
'Bekerjalah seperti kita akan hidup selama-lamanya, beribadah la seperti kita akan mati esok'
Cuba bayangkan kalau kita mati esok, mesti taknak bangun dari sejadah kan? Walau pun dah berkali-kali buat solat taubat pun, masih lagi rasa tak cukup. Sampai tak tahu nak solat ke nak mengaji dulu..

Part bekerja pulak, kalau kita niatkan lillahi ta'ala, seluruh kerja kita jadi ibadah. So, bergandalah ibadah kita.. Tapi, jangan rasa cukup! Dengan ibadah kita tak boleh ada rasa cukup.. Buat je sebanyak mungkin!

Skop ibadah pula, jangan dikecilkan dan dikhususkan amalan atas sejadah je.. Tidak. Merenung langit biru, melihat indahnya ciptaan Tuhan, menginsafi diri dengan rasa kerdilnya diri ini, lantas mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar pun dikira ibadah.

Tipulah kan kalau aku tak pernah mengeluh sebab bosan.. Kadang2 tu bosan sebab banyak sangat kerja sampai tak tahu nak buat yang mana satu.. Tapi, tengah wat kerja pun, bosan jugak..huhu.. Memang manusai ni complicated! Bukti manusia tak pernah puas kn? Ouch! terase!

Cuti lama2 pun, terbit jugak the word 'bosan' tu kan? Pandai2 la cari kerja.. Kat rumah tu banyak je kerja, cuma rajin dengan malas je.. 
[sila klik to enlarge]

So, jom tambah satu lagi azam baru! Banyakkan berzikir! Gandakan ibadah dengan pelbagai aktiviti lillahi ta'ala. Say NO to bosan!

Selamat bertahun baru!  =)

*kalah main congkak ngn adik, Qim (drj 1)! huh.. malu beta! msti bru blaja main kat skola 
   (wat sedap ati =_=')
** baru beli buku, Detik Cemas Mavi Marmara; PALESTINE KAMI DATANG karya fatimah syarha dan suami

Sunday, December 5, 2010

Lepat Ubi

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, berilah kesihatan kepada atok.. Sembuhkanlah beliau.. Berikan kekuatan dan ketabahan kepadanya dalam menghadapi ujianMu ini.. Ameen~

Atok memang sudah keluar dari wad.. Tapi katanya, badannya masih sakit2.. Selera pun tiada walau untuk menjamah makanan. Ubat yang doktor bagi (6 jenis, pelbagai warna, bentuk dan saiz) perlu dimakan before and after meal.. Tapi, bila atok tak makan, cemana nak makan ubat..huhu..

Sedih tengok atok mcm tu.. Sebelum ni segar bugar, active ke sana sini.. Tapi, begitu lah kitaran hidup..

************
Bila balik rumah ni, faham2 saja lah.. Bawak balik buku, tapi bukak je.. Mata, entah ke mana.. Fikiran pun entah jugak.. 

Tadi, keluar dengan mak dan wan, pergi beli barang sikit.. Yang best nya, aku drive.. hehe.. Bukan tak pernah drive tapi sebab drive kereta baru atok! hehe.. Honda CRV 2010. 

Best gak drive CRV ni, takde lah rasa mcm besar sangat.. Dulu (hampir setahun lepas) bawak Sorento atok rasa mcm gedabak gile! Terasa mcm bawak bulldozer pun ade.. hikhik.. After2 that aku drive Camry je.. Tak la rasa besar..

Hehe.. semua kereta orang aku drive.. Pinjam! Yela, kereta sendiri takde lagi.. huhu  ^_^

Masa kat luar tu, mak dan wan decided to take atok to Melaka sebagai ikhtiar lain. Mak called ayah, then mereka pun bertolak ke Melaka dalam pukul 5ptg tadi.. Tak tahu la balik pukul berapa ni..

Tiba2, abah (bapa saudara) datang pulak. Dari ladang kot.. Tapi sedih sebab abah datang sendirian without Iman yg 'comel yang tak dapat dinafikan' selain Dik Ya. huhu..

Abah bawak balik something taw. Aku tengok macam... "Eh, apa ni? Cheese ke?", tanya Yeen.

Huh, terkeluar gak fikiran aku dari mulut dia. Tapi aku pelik sebab kenapa pulak letak dalam penapis..

Sekali, abah gelakkan! "Hahaha, tu ubi lah Abuyeen" "Oohhhh" hehe.. keseganan kami! hikhik

Mesti nak kata aku tak kenal kan? Bukan apa, ni bukan ubi yang seketul tu! Ni ubi yang da kisar tu.. So, agak berupa mozarella cheese tapi warna dia creamy sikit.. 

Rupa2 nya, kehadiran ubi kayu yang dikisar itu adalah kerana abah nak buat lepat ubi. Seriously, it was my first time dengar nama kuih tu. Aku pun menyibuklah..

ini lah rupa dia ye tuan2, puan2
masukkan elok2, comey2 dlm daun pisang tu then lipat
lepas dikukus, jadilah begini.. Selamat menjamu selera!
Begitu lah kisah nya.. Malas nak taip panjang2 tentang cara masak tu.. Kang terlebih pulak.. Ni pun abah jugak yang ajar.. hehe

Tapi supper aku malam ni; Secret Recipe's dark chocolate cheese cake! haha.. 


*rindukan yg tidak merindu~  ='(

Friday, December 3, 2010

Nak sgt2!!

Assalamualaikum..

Aku takde topik menarik sepanjang minggu ni nak share ngn dunia.. ceh, mcm la satu dunia bukak blog ni kan.. haha..

Cuma, minggu ni emosi krg stabil.. Tataw la nape.. Sume benda wat rase tak btol.. Tapi, Alhamdulillah tak effect precious time in class..

Pegang sikat, jatuh, pegang kertas, berselerak, pegang nfon pon terpelanting.. Adoii.. Pegang bantal je tak berganjak..  wink!

Exam in two weeks more..

Begitu lah situasi aku sepanjang minggu ini. Sehinggalah mak call, tanya nak balik ke tak. Terus aku jawab nak.. Tapi, memikirkan assignment computer2 and chemistry lab report yang tidak siap lagi, aku katakan tak jadilah nak balik. Tapi, dalam hati nak balik!!

Lepas tu, mak pun beritahu, atok sakit. Masuk wad. Zupp! Terus terbayang semua benda yang aku buat tak betul tu..

Aku tah tahu lah instinct or what.. Tapi, lepas tahu tu, mcm tak rasa dah the 'serba tak kena' feeling tu.

Alhamdulillah, atok dah keluar wad.. Tup tup, aku sekarang dah kat Temerloh. Asalnya tak nak balik, sampai sudah mahligai wan n atok ni.. Dari hari Ahad lagi rupanya dah admitted.. Semalam baru discharge.

Lega bab tu.. Tapi, aku sedang merindu lah.. 

Rindu kan pantai..
 Aku nak duduk atas pasir putih lembut itu, sambil menjamu mata dengan lautan biru luas yang seolah-olah tiada penghujungnya.. Menikmati angin lembut menampar pipi, meniup halus hujung tudung.. Ah, tentu terasa persis bidadari! 
 (prasan cantik! hikhik)

SOMEBODY.. PLEASE, TAKE ME THERE!!!!!!

Sambil, menghirup coconut shake dari gerai mokcik yg ketiga dari kanan mengadap pantai.. huhu.. tangan menguis-nguis pepasir lembut.. udara dihirup sedalam-dalamnya..

"Ahh.. indahnya ciptaan Tuhan!"

~bila lah pulak aku dapat pergi ke sana..~

p/s I am 'damnly' very serious about going to the pantai.. SGT2 nak..

Saturday, November 27, 2010

KAHWIN MUDA?! -part 2-

  Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi input2 sambungan dari KAHWIN MUDA?! -part 1-

Ok, in this 2nd part, aku nak habiskan terus cite pasal kahwin muda ni. So, next point nye adalah, cabaran berkahwin ketika belajar ni. Cabaran kahwin masa belajar ni memang ada extra lah dari kahwin di umur standard. 
source: Google images

First, pelajaran. Cinta dan cita-cita dikejar seiring. Susah tu. So, kenalah pandai urus diri dan masa. Ni kena yang betul2 power dalam bab management.

This is because, urus diri tu, termasuk emosi, rohani, mental dan fizikal. Urus masa tu pulak, termasuk, belajar, diri dan keluarga.

Cabaran kedua, persepsi negative masyarakat. Bro Huzaifah cerita semalam, ada kawan beliau bawak isteri untuk buat medical check up orang mengandung, boleh pulak nurse tu complaint; "Orang suruh belajar, dia mengandung"

Aduh.. pedas! So, di sini, penting nya kematangan in handling the situation. Kita nak lawan kasar2 ke, nak senyum je ke, nak perli balik ke atau nk ckp lembut tp ringkas dan padat?

Itu lah dua extra challenges bagi pengantin muda ni. Cabaran lain tu sama je dengan pasangan lain, kata Bro Huzaifah lah.


Public for sure will argue in many things about this early marriage. Paling utama, orang akan persoalkan; 
  • Mana nak dapat duit tanggung anak bini?
  • Nak duduk kat mana?
  • Macam mana nak belajar kalau dah ada anak?
  • Confirm parents si perempuan tak bagi lah!
Satu soalan lah nak tanya, bila  kita mention kahwin ni, mang kena tinggal sebumbung ke? Ni just persoalan yang bermain di kepala aku yang belum kahwin la.. Tataw la kalau jawapan sebenarnya, memang kena.

source: Google images
So, sebelum betul2 decide nak kahwin tu, kena lah ada perancangan yang teliti. Perlu lah rancang, bila nak bertunang, berapa lama, kahwin bila.. Lepas tu, nak tinggal sekali ke atau asing2 sementara belajar.

Keazaman dalam diri untuk tingkatkan kemajuan dan kematangan pun kena kuat. Matang. Penting sangat. Agar pasangan tersebut tak terburu-buru dalam buat keputusan. Apatah lagi, semua orang tahu, nikah kawin dan cerai talak ni benda yang paling tak boleh di buat main2.

Contoh cerita tentang matang, yang dikisahkan oleh Ustaz Majid. Beliau mintak isterinya yang tengah mengandung tolong tengokkan belakang masa nak reverse kereta.. Tapi, tu lah.. mood orang mengandung kot.. Si isteri jawab, "tengoklah sendiri".. Punya lah geram beliau, sepanjang perjalanan dari Selangor ke Kelantan, langsung tak bercakap dgn si isteri. So, matang kah??

Biasanya, bila bercakap tentang kahwin masa belajar, orang akan kaitkan dengan nikah khitbah atau nama melayu nya nikah gantung. Pernikahan ni tetap macam pernikahan lain cuma yang dimaksudkan dengan gantung tu ialah apabila pasangan tidak tinggal sebumbung. Konsep ni perlu difahami oleh dua2 belah pihak.

Maknanya, technically, masing2 masih tinggal dgn family masing2. Family pun tentu lah kena faham. Sebab anak-menantu mereka ni masih belajar. Duit biasiswa tu tentulah masih digunakan untuk tujuan study. Kalau, lelaki yang matang dan betul2 rasa tanggungjawab tu, mesti at least dia tolong top-up kan phone. =)

LOVE by Hendro- deviantart
Ini lah jalan paling sesuai untuk pasangan yang berkahwin ketika masih belajar. They can live as a student like usual.. Live in a dormitory with friends at hostel, go to lecture with friends but with new status, married.

Bila ada title married secara sah (bukan sekadar status di fb sahaja), boleh lah nak keluar dating during weekends, study together, I lep U-U lep Me and calling2..

Kalau nak ulasan lanjut tentang nikah khitbah, sila rujuk sini.

Dalam pukul 11, sesi soal jawab yang nampaknya diminati. Ada satu soalan yang agak lawak but possible lah. Ada sorang brother tu cakap, asal dia balik rumah je, mesti parents dia tnya bila nak kahwin. hahaha.. Gelak semua orang.

Nampaknya dia tak perlu jadi mcm bro Huzaifah yang merancang nak kahwin sampai 3 tahun dan mencari kekuatan serta mereka ayat best smpai seminggu! haha.. Tabik ah!

Then, forum ditutup dengan conclusion oleh ketiga-tiga panelists.

Cinta Allah, cinta ibu bapa mestilah didahulukan.
-Madam Mardhiana

Kahwinlah.. kahwinlah.. kahwinlah tapi jangan abaikan study.
-Bro Huzaifah

Masa kecik2, siket2 panggil mak, siket2 panggil ayah, tapi once kita kenal orang lain, kita lupa mereka! Jangan ingkar dengan mereka! They have reasons for every single thing.
-Ust Majid

**************************
My personal view
Aku bukanlah nak tolak konsep kahwin muda ni atau pun menerima bulat2. Semuanya ada pro dan kontra nya masing2 and pada pandangan masing2.

Perkahwinan bukan mainan. Bukan macam main kawen-kawen masa kecik2 dulu. Ia melibatkan tanggungjawab dan jiwa.

Pada aku, kahwin muda tak salah pon, tapi jangan gopoh dalam buat keputusan. Ada sesetengah tu, kahwin muda, tapi mungkin silap dalam merancang atau gagal mengawal keadaan menyebabkan perkahwinan itu runtuh.

Dan, pada aku jugak.. Kahwin muda ni bermain dgn risiko yang besar. Tapi, jika pasangan tersebut betul2 matang dalam menangani masalah yang datang, baguslah. Yang bimbangnya, kalau masing2 tak reti nak kawal diri masing2. Terutama sekali dalam bab kematangan pasangan.


Matang ke kalau tengok orang main game, nak main jugak walaupun sebenarnya nak study? 
Matang ke kalau da susun jadual elok2 tapi sebab syok sgt layan tdo, terus je tido..
Matang ke kalau subuh pun 'bergajah' lagi?

Nak2 pulak kata orang, darah muda ni mudah je mendidih.. Ni yang paling bahaya.. Kang gaduh siket, melayang pinggan mangkuk periuk belanga.. Tu pon mujur lagi.. Kalau tangan dan kaki sama naik?? Na'uzubillah.. Kesabaran adalah bukti kematangan. Ni yang akan menjadi punca orang tak percaya pada kahwin muda..
 

Banyak nye benda kena semak semula sebelum kahwin! Ready ke nak hidup dgn seorang yang selama ni haram bagi kita? 

Muhasabah

Salah satu yang ditujukan ketika forum tu lebih kurang begini:-

Sanggupkah anak yang akan mendoakan ibu bapanya dibuang seperti sampah? Maaf, saya tak kuat dan tak sanggup nak letak gambar2 bayi dibuang.. Terlalu kejam..

Seorang gadis yang sudah punyai 'boyafren' mintak izin dgn parents nya untuk berkahwin, tapi dihalang oleh family. Lantaran lautan api pon sanggup diredah demi cinta pada si dia, dituruti lah nafsu yang dipandu syaitan. Sehingga akhirnya lahirlah insan kecil yang tidak meminta dirinya hidup di dunia.. Syaitan sekali lagi mencucuk, bayi kecil suci itu, dibuang.
Ada dua perkara yang aku nak ulas.. (buat mcm pandai sgt! hehe)
  • Salah seorang panelist ada beritahu kata2 ulamak, kalau kita nak tengok elok ke tak sesuatu kaum tu, kita tengok mudah atau susah sebuah perkahwinan nya. So, ini ternyata, dalam masyarakat Melayu, perkahwinan adalah sesuatu yang susah.. Mungkin sebab ikut adat hingga kadangkala, terlupa pulak, Islam tu guideline yang sebenar. Atau mungkin jugak, pandangan orang tu lebih penting dari pandangan dan redha Allah. 
  • Bila family tak bagi kahwin, cuba fikirkan sebab nya sendiri (kalau tengah emo la) Atau, tanya baik2, kenapa. Mesti lah mereka akan jawab. Takkan suke suki je mereka tamaw bagi? Mesti antara alasan utama, diri sendiri pon tak terurus lagi, ni pulak nak urus orang lain.. Lepas tu, muhasabah diri.. Yelah, baju pun malas lipat, bangun tidur pon kene tunggu matahari atas kepala dulu, subuh pun ayah kejut, goreng ikan hangit, game 25jam.. and so so.. Kenapa pilih lelaki yang baru dikenali berbanding ibu bapa yang penat lelah mendidik dan mngasihi kita lebih dari segalanya?
Maka, check lah balik diri kita..Eh, jangan la sampai rasa tamaw kahwin! Kata panelists, perasaan nak kahwin yang hadir dalam hati manusia itu tandanya iman kita. Kita berniat untuk menjauhi yang haram dengan memilih yang halal. Tapi, kematangan, kesabaran, perancangan dan persediaan mesti tip top!

Ok, tamat di sini.. Sebarang perkongsian lain, bantahan, cadangan dan komen amat dialu-alu kan.. 
source: idkawanimut pics
Tiga perkara yang Allah telah tetapkan sejak kita belum lahir lagi:
  1. Rezeki
  2. Jodoh
  3. Ajal
So, tak perlu gopoh! InsyaAllah, andai dia untukmu, dia tetap akan menjadi milikmu.. Yakinlah dengan janji Allah; perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. (surah an- Nur, 26)


*slmt pengantin baru kpd yg decide nk kawen muda! jemput aku yer!!  ;)

**err.. tido dgn teddy bear matang tak?? pakcik keretamayat kata tak.. ape kata anda?


KAHWIN MUDA?! -part 1-

Assalamualaikum! hehe..
Jom nyanyi! Aku suka lagu ni..

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
source: 4eyesmonkey.blogspot

*Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
ulang* 


OK.. nanti sambung nyanyi lagi ea.. 

Before I start my story-telling time, aku nak ulas lah siket pasal lagu tu.. Kalau perasan, actually that song is obviously some kind of advice.. Its a kind of guideline for non-halal lover. Good enough right? Especially dengan masalah remaja masyarakat kita sekarang ni.
In addition, the highlighted line is a hadis. 
Dari Jabir bin Samurah  berkata;Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
Tu je nak share 'bout that song.. Now, let us proceed to our next agenda (hehe.. ayat common for MCs).

Semalam, 25/11/2010, bertempat di AMF tercinta, ada talk btajuk 'Kahwin Muda'.. Catchy kan tajuk ni? Memang terbukti, isi dewan yang hadir malam tadi melimpah ruah.. Mesti kembang je hati2 si penganjur (MRC).. Tahniah!

Aku datang pon agak lambat sebab ada meeting before tu.. Tapi, talk tu belum start lagi sebab dorang buat closing of Youth Awareness Campaign dulu. Tu pon, aku kene duduk kat blkg, tepi2 kat dinding yang biasanya letak kerusi banyak2 tu.. Tapi untungnya, sebab duduk hujung skali, boleh la duduk bersila ke, apa ke.. hehe

Actually it wasn't really a talk, it was a forum. Moderator dari pihak MRC sendiri, Azhar. Ahli panelnya 3 orang, Ustaz Majid, Bro Huzaifah mechatronic engineering student from UIA Gombak and Madam Mardhiana, lecturer of Quranic Language UIA PJ. Persamaan mereka bertiga ni is, semua kahwin muda- kahwin masa belajar.

So, this is the topic all about. Aku nak kongsi la siket input and tips yang aku dapat dari forum tu. 


Bila kita sebut NAK kahwin muda(dlm konteks sbg IPT student), apakah pandangan masyarakat setempat??
"Gatai nak nikah!"
Well, possible kan?

lebih kurang macam tu lah pandangan orang kita sekarang ni.. Tu mungkin pandangan orang tua tapi pada remaja sendiri mungkin akan respond begini pulak;
"Ingat ni 20 tahun lalu ke??"
Very possible!

Sometime, because of all these reasons lah, ramai bayi2 dibuang.. Adoii.. ak nak sebut the word 'buang' tu pon tak sanggup.. They are humans, bukan rubbish yang selayaknya dibuang.. If these babies can speak, mereka akn cakap, mereka tamaw pon hidup kat dunia ni yang penuh dgn dugaan. Apatah lagi dgn status anak haram..

Berkahwin ketika belajar.. Sesetengah orang mungkin akan pertikaikan, selepas kahwin nanti, pelajaran terabai or worse, tak habis pon belajar.

Kalau macam tu, kenapa ada orang yang bercinta scr tidak halal, dan jadikan alasan pasangan mereka boleh jadi pembakar semangat, motivator and what so ever lah.. Sama je bila dah kahwin kan? Malah, mereka ni halal..

Maka, boleh lah keluar study sama-sama, calling2 sebelum tidur, dating kat mana2 pon, orang tak boleh nak kata apa. Sebab, mereka tak salah. sweet plak kan calling2 b4 tdo tu?? hehe.. ngn suami@isteri je yer!

Eh, aku bukan lah nak galakkan semua orang kahwin masa belajar, this is just positive nye. Orang sekarang lebih pentingkan pandangan manusia dari pandangan Allah. 

Kadang2, tak ape lah 'couple' lama2 pon, asal orang tak kata gatal nak kahwin. Indeed, sesetengah parents mcm ok jer bila tahu anak2 dah berpunya.. Ada tu mcm bangga pulak.. sori, kalau pedas dan bisa 

Solusinya, terutamanya untuk lelaki lah, kalau dah ada yang berkenan di hati tu, lepas buat istikharah dan yakin dgn pilihan tersebut, rasa tenang je bila decide untuk pilih muslimah tersebut, suarakan lah pada ibu bapa.

__love___by_LimpidD -deviantart
So, first of all.. Agak2 nye lah, apa reaksi parents kita bila bagitahu nak kahwin? Huh! konpem terkejut beruk! Respond seterusnya, sama ada green light ke red light ke or even yellow ke, nasib lah.. 

Menurut Madam Mardhiana, ada 3 respond  parents;
1) keras.. maksudnya tak boleh tanpa pertimbangan dah! 
2) tak boleh, tapi lepas tu boleh pulak.. agaknya dah nampak si anak tu matang. 
3) lembut.. setuju je.
OK, mcm mana pulak kita nak cakap kat parents? Takkan tiba2 telefon, takde angin, takde ribut cakap;
"Pak, nak kahwin" Erk?? Freaky gile! Si bapa pon boleh tersedak dengar kalau ckp mcm tu! haha

So, berikut adalah tips nya;

~ tunjukkan prestasi dan kualiti diri (contohnya, bila balik rumah tu rajin2 kan diri buat kerja rumah.. tak kira lah lelaki atau perempuan.. tunjukkan prestasi yang baik dlm belajar)

~ tengok mood dan keadaan parents

~ bincang baik-baik, slow and steady.. terangkan konsep sebenar perkahwinan dalam Islam, konsep nikah khitbah, bukan konsep melayu semata-mata (kita kdg2 terlalu terikat dgn adat tradisi)

~ andai dipersetujui, Alhamdulillah.. jadikan segala nasihat parents yang lebih dulu makan garam sbg panduan.

~ andaikata, parents tak bagi jugak.. tentu ada reason yang relevan. our parents know us better. they know our ability and weaknesses which sometime we try to deny it by our heart.

~most important, parents must come first! tanpa restu, perkahwinan tidak akan ke mana.


OK, part 1 stops here. Nanti I'll continue to the second part..


*Rasa macam buat kursus kahwin pulak! hahaha.. bukan pe, berkongsi ilmu..
Lagi pon, mesti ramai je nak tahu sebenarnya, tapi segan.. so, aku dgn agak kurang segannya berkongsi.  =)

Friday, November 19, 2010

Bila isteri dah TAK CANTIK...


Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Sebelum tu, mai sama2 tadah tangan baca doa ni;

“Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air yang dingin"

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..

 ********************
"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya.

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. 

Pearl by ethereal_forest303
Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.


Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.

Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah.......

pasted from facebook by Saya Cinta Suami Saya 
Friday, November 12, 2010 at 11:24pm

Hmm.. tak tahu lah nak komen apa. Seperti yang dinyatakan di atas memang betul, mungkin tak semua lelaki begini, tapi tergugat jugak kn? hehe

Tambahan pula, dalam surat khabar Metro semalam (18/11/2010, Khamis) di muka surat dua;


Mungkin benar, kecantikan itu menjadi kayu ukur pertama, tapi itu bukan lah yg utama. 

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam
pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Luahan tidak puas hati for both stories: 
  • Elok sgt kah rupa si lelaki hingga mengejar yang cantik aje?
  • Mesti melopong, ternganga si ex-suami tengok bini dia dah slim lepas ni! Padan muke!
  • Perkahwinan seharusnya dapat mengawal both husband and wife drpd melakukan maksiat. Theres must be something wrong with the marriage if it fails to do so. Balik pada agama..
  • Kahwin muda tak semestinya hancur rumah tangga. Malah, boleh jadi lebih bahagia.
  • Isteri bukan kuli rumah dan hamba suami.
  • Isteri bukan bahan untuk ditayang-tayang pada rakan2, its anugerah tak ternilai dan amanah.. Tak takut ke tayang2 kang, ade orang tackle??
  • Gula2 berbalut, sepatutnya is preferable than without wrap. Sedangkan semut pon berusaha nak makan gula2 yang berbalut. 
  • Cek, mai nak ingtkan, kecantikan akn pudar.. Pompuan cantik pon nnti muka bkedut jugak! Pahtu, hang nk pi cari lain la? xsedaq da tua bangka la tu!
  • Kalau takde beautiful ladies kat dunia ni, lelaki nak kahwin ngan siapa??

 tak puas hati  >_<


Thursday, November 11, 2010

Rimau pon tak hingin!

* Harimau pun tidak ingin.

Sepanjang minggu ni, CFS IIUM (PJ & Nilai) is having the annual festival which we call Raudhah Festival (Rafest). So, banyak lah exhibitions yg ada di AMF Hall. Macam2 ada.

On the 2nd day, aku tertarik tok pergi satu booth tu. If I'm not mistaken organized by Environment and Nature Club (ENC), booth World Wildlife Fund (WWF). Ade lah sorg chinese guy tu explain mcm2 kat aku about wildlife care.

 But actually, I was more attracted to the posters yang dorg letak kat situ. Gambar harimau. Cantik. Berdasarkan apa yg chinese guy tu explain kat aku, only 300 tigers left now in this world (kalau tak silap lah). Aku renunglah gambar harimau tu. Seriuos. Cantik!

Aku pon lepas tu, melanjutkan pandangan aku pada next poster. Terkejut sgt tengok gambar harimau tu. Gambar chopped tiger. Badan harimau yang dipotong-potong. Perut dia terburai. Kepala dipancung. Kaki kene ikat. Sedih aku tengok.

The exhibitor said that the tiger was found in a PETI AIS here, in Malaysia 5 years ago. Bila pihak berkuasa soal tuan rumah tu, guess what he answered??  " I don't know how did it came here "

Oh gosh! Is it an acceptable answer???????

Manusia selalu marah kat harimau sebab harimau ni rosakkan tanaman lah, makan ayam lah itik lah lembu semua tu.. Tapi manusia fikir tak kenapa harimau buat semua tu?

Sebab tu semua makanan dia? Sebab Pak Belang tu lapo??  NO! Thats not it!

Harimau takkan baham benda2 ni melainkan dia desperate! Deforestation kan memusnahkan habitat harimau tersebut sekali gus meragut sumber2 makanan dia!

Disebabkan tak tahan lapo, macam kite lah, ape pon depan mata nampak sedap kan? Maka, dia baham jelah! Nak2 pulak tigers are carnivorous. Meat eaters. Suka lah dia kan?

But you know something, they actually didn't prefer humans. Bak kata chinese guy tu, "We are not their choice"

Terlintas something di benakku. Tentu lah harimau tamaw manusia ni, hati kotor! Hitam! Silap2 pahit ape..

Agaknya, kalau makan orang pon, dia buang hati orang tu. Yelah, hati manusia banyak tompok hitam kan? Ntah2 kalau hati yang berpenyakit tu lagi harimau tamaw! Takot kang bjangkit kat dia..

Hairan kan, kita pon tak nampak hati kita, pandai2 lak aku nak ckp harimau nampak!

hybrid heart by Roux-S, devianART

Take something with heart and mind.

Bukankah setiap kejahatan yang kita lakukan bukan setakat dicatat oleh malaikat kiri kanan ni tapi jugak bertambah tompok hitam dalam hati. Cuba bayangkan kalau lah tompok2 hitam tu Allah takdirkan letak kat muka? Nak kuar umah?

Sayangnya Allah kat kita. Tak nak bagi rupa kita ni buruk disebabkan tompok2 tu. Silap2 tak tompok dah! Satu wajah hitam! Sebab Allah tahu kan, hambanya selalu buat dosa. Bezanya; sedar atau tak dgn taubat atau tak.

"Oh Tuhan, ku pinta hati yang baru.."


*bila renung kaki harimau yang kene ikat tu, kesiannya........ Comel je kaki dia. Rasa cam nak pegang je.. ttbe rase cm jatuh hati pd harimau!  hikhik


**berpeluang bkenalan dgn Baby and Totoi Rescue (TR). Active and passive respectively. 2ekor ular kecik yang diangkut oleh JPA. Suke Baby sbb bile pegang tu dia tak duk diam.. Merayap je, lilit tangan..

***jemput hadir ke Rafest Closing Ceremony organized by my club, Culture and Arts Club (CAC) 14th November 2010, AMF.
.
 

Saturday, November 6, 2010

Blog saye dapat Award!!

Sounds really excited rite?? Haha.. Yeah, I know!

Because this is my first! Here it is..

Terima kasih kepada Kucer@Tok Esah, kerana telah menganugerahi *Luz de Estrella* dgn award ini. Moga segala pengisian laman ini mampu mberi manfaat kepada semua.

Dengan ini saya ingin respond kpd soalan2 Tok Esah.
1~Bagitahu tok 5 pandangan korang tentang blog ToK eSaH ni
  =err.. first impression, eh, "nape jadi Tok Esah plak budak ini??"
  = masih pelik ngn 'Tok Esah'
  = input menarik!
  =Kucer upenye
  = Tok Esah, slmt menjadi da'ie muda err.. muda? All da bez in your study, life and the blogging world dek..

2~Bagitahu tok 5 aktiviti yg selalu korang buat bila balik kampung...
  = tido awal
  = cuci bilik air! hikhik 
  =tgok tb puas2
  = ngumbah (selongkar) bilik
  = wat keje umah, skali skala balik umah kan.. skali skala kah?? haha

Friday, November 5, 2010

GRAPH OF LIFE~


Kita hidup kan sekarang ni?

tataw la soklan genre ape tu.. -_-"

Tapi, pernah tak terfikir, apakah sebenarnya hidup itu? Sama ada dari perkataan hidup itself atau apakah erti hidup seorang manusia..?

"Hidup ni; bila kita sedih kerana diuji tapi gembira dgn hikmah di sebaliknya."

"Hidup ni, bila kita sedar betapa sesungguhnya kesedihan dan kekecewaan in the past is actually a path towards training ourselves to become a better human."

These two, will be my answers. Memang hidup ni begitu dan begini. Sedih dan gembira bersilih ganti. Tangis dan tawa menghiasi.Turun dan naik bergilir-gilir.

Kalau lah hidup ni ada nilai X dan Y, then cuba kita plot a graph. The title would be something like... My Life Graph. 

Guess what the pattern will be? For sure, something like up and down, again and again. And a short horizontal/vertical straight line.. Right?

Tapi, kalau dapat pattern, increasing constantly, Alhamdulillah. But be prepared! Takut2 kalau jatuh, menjunam! Dan lagi takut, kalau tak mampu nk bangun lagi..


Tapi, redha lah.. Ini lah yang mengajar kita erti kehidupan.

Alhamdulillah, aku gembira sekarang. Gembira setelah menangis dulu.

Belum lah berjaya lagi, tapi at least aku dah boleh tersenyum ikhlasly dan lupakan tangisan tu..

Walau apa pun yang berlaku, the first word SHOULD be Alhamdulillah, kn? Iyer, percayalah. Segalanya telah ditentukan. Allah takkan biar hamba-Nya terkapai-kapai kalau hamba itu bersyukur.


Pegang lah ayat ni,

 "...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (surah al Baqarah, 216)



*coretan santai agar lamanku ini tak dipenuhi sawang dan spiderwebs! ;)
**terima kasih kpd kwn2 yg byk menyokong dan beri semangat.. InsyaAllah, aku takkan abaikan nasihat kalian.  =) 


Friday, October 29, 2010

Ouchh!!

Abes je iron tudung, ak tros gantung tudung tu kat hanger.. Pastu tros duk kat krusi ngadap lappy..

Suddenly, rase mcm seluruh badan kene renjatan elekrik! Tersentak, tersentap! Otomatik, tangan dialihkan. Rupanya, aku pegang iron panas yang aku lupa nk switch off!

Satu jari je kene. Tapi bisanya terase cam sluruh tangan kene! Sakitnya! Roomate soh g letak ubat gigi. Aku pon blari g toilet. Mujur tak tergelincir sbb selipa tu da kehilangan frictional force. Adoii.. nyaris tak jatuh pulak!

Aku pon tak paham sgt nape ltak ubat gigi.. Tapi aku ikot je sbb ubat gigi sejuk! Best! hehe

Tapi, walaupon da letak kat jari yg kene tu, jari laen tetap rase bisanya. Pedih betol! Rase cm nak gigit je jari yg sibuk same sakit nih!

Skang nih, kulit kat part yg kene tu, menggelembung. Putih. Dah tak sakit. Alhamdulilah.

***************

Aku bukan cite suke2 kat ats tu. Bukan jugak nk mengadu sakit and mengharapkn simpati. Tapi, terima kasih bagi yang bersimpati, itu tandanya anda ambil berat ttg saya! hikhik

Sebenarnye, bila aku renung balik jari yang cedera (?) ni, terlintas sesuatu dalam minda aku.

Baru satu jari aku terkena besi panas, dah rase bisa sangat. Cube bayang kan api neraka yang panasnye 69 kali api dunia. Ayat laennye, api dunia tu hanyalah satu per tujuh (1/7) dari api neraka (berdasarkan hadis).


Ya Allah seksanya duk kat dalam tuh! Na'uzubillah! Ni baru bahangnya. Belum lagi seksaan khusus yang menggunakan besi panas bagi orang yang bohong dalam kesaksiannya. Maknanye, saksi yang menipu lah.

Sudah lah lidah mereka digantung pada palang2 besi panas, badan pulak dipukul dengan kuat oleh 70ribu malaikat dengan menggunakan besi panas merah menyala! Na'uzubillah!

Duk dalam neraka tu, nak cari ubat gigi jugak ke? Nak lumur seluruh badan? Tak sempat dah..

Tetiba aku rase nk mengingatkan diri tentang neraka. Bile bace Quran kan banyak cerita tentang syurga dan neraka. Seronok kan kalau bayangkan indahnya syurga tu.. Walaupun kenikmatannya tu melebihi berganda-ganda dari apa yang kita bayangkan.. Sampai tak terjangkau di fikiran!

Tapi, pernah tak bayangkan neraka?

Boleh bayangkan api yang lebih panas dari api kat dunia ni?

Boleh bayangkan besi yang menyala yang dipanaskan dgn menggunakan api yg terlalu amat panas sgt tu??

Ade sesetengah orang bile cerita benda baik je, it could become an inspiration to them utk buat benda baik2. Sebagai contoh, dalam Quran ade cerita tentang keindahan syurga, seolah2 bersinar-sinar je syurga tu. Lalu, orang itu berazam utk jadi soleh dan tinggalkan kemungkaran.

Tapi, for certain people, benda tu macam takde benda! Mungkin org begini perlukn motivasi cara keras dan menggerunkan. Sebab tu lah, Allah ade cerita tentang azab neraka pulak. Bila orang tahu tentang azab seksaan neraka tu, barulah terdetik di hati untuk bertaubat.

Alhamdulillah bagi yang terase dalam hati mereka dan bertaubat. Sinar tu masih ade.

But, for those who didn't even feel anything in their heart?? Sila lah ubati hati anda..


Kata Imam Al-Ghazali: "Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika menunaikan solat. Jika tidak ditemui,carilah hatimu ketika duduk bertakakur mengingati Allah, Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru…."
 
 
 
 
* tghari tadi, makan sambal.. ttbe rase pedih kat satu jari tu. lepas basuh tgn tgok rupenye, ade luka. Dlam gak.. ntah kene apelah pulak agaknye.. ter-relate pulak ngn dosa; ade la ni dosa aku tanpa sedar.. Astaghfirullah! 
 
 
 

Tuesday, October 26, 2010

To Baah Bie!!

Eh, purple seems match us very well lah!

Happy Birthday yunk!!
  • May Allah bless you here and hereafter..
  • May your wishes, ambitions and dreams come true.. 
  • Remember my dearest friend, as we grow older, the responsibility and kewajipan towards ourself grow as well..
  • May the age Allah gave you will be used wisely as a student, daughter, wife-to-be hehe and the most important of all, as a devotee to Allah.
  • Wait for me there in Gombak! Insya Allah..  =)

Love U!

Friday, October 22, 2010

Being another Sindarella!

Ok, I'm not talking bout the drama Sh. Amani acted as a pengkid.. Juz a malay Cinderella.. hee~Bukan jugak nk share kebahagiaan the real Cinderella yg finally got married with the prince..

aku mang suke tgok cite2 disney princess dulu.. err, skrg pon
But, about me. Kondisi aku sekarang sehat physically and mentally.. Its juz maybe about emotionally is not very well I guess.

Terase sedikit tekanan pagi td  lepas bangun tdo.. So, rase cm nak lepas tension je.. Ade rase cm nk pecahkan kaca lah, nk baling barang lah but thats all too jerk! I'm not really of that kind. Kebetulan plak mak mintak cuci kan bilik air, YES! ade gak keje bgune dan bmanfaat..

Actually dari smlm rase nk tny mak ade pape yg kene cuci tak, tp segan plak.. Kang mak kate buang tebiat ke ape aku ni.. Selame ni malas, ttbe ari ni offer diri plak! hikhik

Ok! Lets cuci bilik air! First and foremost, persediaan diri! Jangan and never pakai kain batik or pelekat! Loroh kang, ngn kain2 tu tercuci.. mcm la ak pnah pkai kain batik kat umah.. haha

Secondly, pkai gloves. Suke ati lah nk pakai yg mcm doktor punye ke atau yg kuning Phua Chu Kang tu.. tapi tak yah la gatal2 nk pakai boot kuning tu.. Tak perlu pon..

Sediakan segale jenis peralatan. Berus2, detergents or whatever your mom prepared for toilet cleaning mission. Now, bru langkah masuk bilik air. Eh, bce doa dulu!!

Basahkan seluruh toilet itu dgn air ofkos la ngn air and flush the bowl. Then, tabur sabun.. aku gune sabun powder yg dlm botol tggi tu, ape tah name dia.. Biarkan kejap, sementara itu, amek toilet bowl detergent ala yg botol ade muncung tu, tuang keliling bowl tu.. Tuang ni wat mcm iklan harpic Afdlin Shauki tu taw.. Muncung dia tu kat bhgn dlm bowl..


Then proceed with amek berus, tak kire lah berus ape bntuk pon cume berus basuh baju tu not suggested lah.. And mulekan misi memberus!

Ha, sental kuat2!! Biar ilang kotoran dan bakteria! Especially intersection surface between lantai ngn dinding tu! Lau kat celah tu, gune berus gigi terpakai lg bagus! Tapi aku xla gune berus gigi sbb ade 1 alat yg ala2 brus gig jugak but bigger, mang untuk pembersihan di celah2 tiles.

Lagi best kalau ade acid dlm botol coklat tu.. Ni pon aku tak ingat nama dia.. Tapi mang hebat lah effect dia! Tuang siket je kat lantai tros bunyi 'sshhhhh', abes sume keledak2 air keluar! Tapi tadi, acid tu abes.. huhu..Aku gak yg abeskannye 3minggu yg lepas.. hikhik

Jgn lupe! Sental abes-abesan!! Sambil sental tu, bole la korg nak lepaskan geram ke, tension ke.. Korg ckp la sorg2 dgn ape nada skali pon.. Lau kakak ke abg ke adk ke tny ckp ape, btaw je "Ni ha, kotor ni tamaw ilang!" atau "Mane ade ckp, org nyanyi lah" ngee~   ^_^

Tengah2 khusyuk ak mberus, terdengar lak kat sinar.fm lagu ziana zain. Benti kejap, g kuatkan radio.. Lagu Anggapanmu. Lagu tu kan mcm mlepaskan geram jugak.. So, mang kene lah ngn mo0d skang. Then, msok smula bilik air, smbung nyental smbil mlalak slow2.. lau umah korg tu ade possibility jiran dgr, jgn wat taw.. malu!

Jangan lupa ya sahabat2 pildacil sekalian, lubang longkang tu! Berus betol2 kat penutup dia, sekeliling dia..

Ok, td kan kite tinggalkan bowl tu berisi detergent td, its actually tok kembangkan kotoran degil dlm bowl tu.. Sekarang capai berus basuh tandas. Berus ni mang khas utk basuh tndas. Dia siap ade bekas mcm mangkuk tu. Pastu, sental plak kuat2 dlm bowl tu..

ni bukan aku
Selepas puas menyentaal yg tu, tengok sekeliling, berbuih tak?? He he..

Ok, lantai kite dah sental, tandas pon dah.. skrg, siling dinding plak.

Maybe, dinding nampak bersih je.. But we dont know the hidden one. Ade lumut air sebenarnye. Korg taw x?? Aku pon bru taw, mak aku btaw 3mggu lepas d mane ak menghabiskan acid botol coklat tu dek krn excited dgr bunyi 'ssshhhhh' tu.. hikhik

Untuk dinding plak, ok je korg nak gune berus lntai td.. Tapi aku gune yg mcm sponge tu cuma dia tak lmbut mcm sponge tu, dia kasar sket.. Erk,bukan besi bsuh periuk taw! Menjerit mak kang tgok dinding bilik air calar balar!

Haa, sental kuat2!! Biar berbuih! Hah! puas ati aku!!

Ok, suda bpeluh! Bagus sbg senaman untuk kite! Ok, skrg ni jgn dilupakan sinki itu. Sinki ni tak susah sgt pon. Tabur dgn sabun, then gosoklah dgn berus sponge kasar td.. Kat lubang sinki , kat kepale pili pili? biase ak sbut paip, bawah mangkuk sinki, paip PVC blkg tu, nmpak cm tak kotor, tp cube sentuh ngn jari tnpa gloves, msti rse licin semacam je, ha tu lah lumut air!

Mesti rase puas bile tgok sume kotoran ilang or atleast tgok buih banyak..

Satu lg, cermin di singki itu jgn dilupakan.. Basuh jugak yg tu, sabun skali. Dont use sabun mandi! Cermin tak bpeluh sbg mana fungsi sabun mandi utk bersihkan bdn dari peluh. Cermin ni, nak gosok ngn tangan pon takpe. Sticker2 spongebob naek kuda laut yg tertepek kat cermin tu  pon gosok je.. Biasela, kanak2 riang yg gune bilik air tu.. huhu  -_-"

Oh ye, kalau basuh toilet duduk tu, make sure berus skali kaki toilet! Blkg2 kaki toilet tu.. Mesti belambak lumut air kat area tu..

Setelah rase berpuas hati dgn kerja anda, kini tibalah mase nye untuk membilas! Yes! Air!! Pulas paip air tu abes-abesan, then, sembur!!

Aku gune water heater. Pasang to the maximum volume and maximum temperature! Kononnye dgn hrpn mampus semua kuman2, bakteria2, kotoran2 degil tuh! Dont you dare show me your face again!!

Melanguk lah kejap tengok air mengalir msok lubang longkang.. Good bye you bloody dirts!
walaupon kalian comey, kalian tetap bloody dirts!
Fuhh~ Selesai 2 bilik air! Kepuasan hatian aku!

Mission accomplished!

Erk, perot da lapo! Ops, pagi td bace Kahfi tak?? Kahfi tu ape? Sila rujuk Quran, muka surat 293-304, sbg tambahan amalan tok akhirat nnti..


Nak kemas brg plak, nk lari umah balik CFS IIUM sok.. daa~~ 

Wednesday, October 20, 2010

20102010

Pada tarikh yg cntik ini, pada hari yg special ini.. Tangan ni terasa gatal nak mencoretkan sesuatu walaupon minda masih tercari-cari buah fikiran untuk dilakarkan di kanvas maya ini..

I'm a student. Ordinary student. Macam orang lain. Masuk kelas, belajar2, balik kelas, belek2 buku sampai la waktu yang tidak dinantikan, EXAM.

Ok, sekarang ni student laen yang rasenye seusia ngn aku tengah prepare 4 exams next week.. Budak2 sekolah pulak ngah exam minggu ni.. Dan aku, dah lepas! hahahaha! (haha yang dibuat-buat)

Aku skang ngah menghitung detik2 kematian, eh.. erm, ye jugak. Tapi for this nearest moment yang tinggal around a few minutes je ni, I'm waiting for the hasil of my examinations. Or the most common word is RESULT.


Result akan keluar pkul 5 ni. Tapi, since portal tu slalu je mengalami kesesakan traffic bile tibe masenye result keluar, aku pon maen try2 la bukak pkul 11 tadi.. And taw tak, dah tak lepas2 masok dah! And now, the moment I'm typing this(3.43pm), still tak lepas ag!

Debar, mang debar.. Ketaq tak sangka jugak.. Hmm.. namun, yakinlah..

"......Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya" (surah al Imran, 159)

Sekali lagi aku ulang ayat ni.. Before this da aku letakkan ayat ni dalam entry Album Raya. Untuk topik yang sama jugak, exam.  Sekarang ni nak cakap siket lah tentang konsep tawakal yang sebenarnye sebagai motivasi dan basic knowledge untuk diri sendiri dan sidang pengunjung.

Sesetengah orang anggap tawakal ni, macam berserah je atau pasrah.

"Ok lah, da lah, tawakal jelah" Keluh X sbb da tak larat nak tahan ngntok slps maen game 2jam. Sedangkan exam pada esok harinya....... macam tu kah tawakal??

Tidak.. tawakal ni selain buat sunguh2 dan doa, kite balik semula pada point hadis pertama dlm Hadis 40.

 انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدني 
يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الى  ما هاجر اليه . البخارى ومسلم
  
Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niat, sesungguhnya diberi balasan kepadanya setiap apa yang diniatkannya, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka ia berhijrah kerana Allah dan RasulNya dan sesiapa yang berhijrah kerna dunia dan segala isinya atau perempuan yang mahu dinikahinya, maka dapatlah dia apa yang dihijrahkannya. (HR Bukhari, Muslim)

Kita kene lah niatkan kerana Allah. Memang susahkan.. Jawab exam sbb nak pass, nak grad pastu nak kerja. Macamtu lah biasanya. Aku pon ape kurangnye.. Study sebab nak pass exam.
Why not, kita cube ubah lepas ni.. Study sebab nak keredhaan Allah. Cuba ingatkan diri kita, ilmu yang kita belajar tu, yang kita ngadap tiap2 hari tu sume ilmu Allah. Semua dari Allah.

*Aduhh.. sakit perut aku tengok jam! 4.46pm!! waa! GEMURUH jiwa!!!

Ok, sambung perbincangan kite tadi.. Lepas tu, gunakan segala peluang yang ada! Walaupun ada siket mase, cuba jugak study. Study pulak xsmstinye bwk buku or notes ke hulu ke hilir.. Sebab aku pon tak mampu buat mcm tu.. hehe

Sambil jln tu cuba ingt2 balik ape yg kite bace.. Kan senang siket, xde lah nak kelek buku sana sini.. Tapi bagi yang da biasa bwk buku, tahniah! Anda memang terbaekk!

*Aturan degupan jantung ak da tak teratur!! 4.52pm..

Lepas dah blaja sungguh2, da ulangkaji, jawab exam betul2, sungguh2,, jgn lupa doa! Doa jelah our final step. Doa, doa dan terus doa.. ye, aku skrg tengah doa jugak..


*****Kite stop di sini sebentar. Debaran kian kencang, tak mampu nak tahan*****
  
Ok, jom sambung semula.

Masa nak check result, biasa la bile traffic jam tu kan.. so, sabo jeler..


Bile da dapat result, aku akui bile result tu elok, puas ati je kite ucap alhamdulillah kan?


Bile terok, unexpected, lupa nk ckp Alhamdulillah.. Tu la yg menambah terok! huu~


Redha je lah.. Bukan tak usaha, bukan tak doa.. Cuma kadang2 Allah nak uji kesabaran.. Tak semestinya apa yang kita doa tu dpat on the spot.. rite??


K, aku dah tengok result. Its not good. Worse than I thought. Something that hard for me to accept. Tapi, whatever it is, I still have to accept. Dah itu tertulis utk aku..


Emo? Yes, I am. Takde orang hope for bad things to happen after all the efforts we put on rite? Bile apa yang diharap jadi sebaliknya, dgn otomatik nye, hati hancur dan tenggelam dlm emosi.


Aku kuatkan hati.. Quran ada. Allah ada. Tak cukup ke? Cuma, I need a short time to learn to accept the reality.


Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar,
DIA beri aku kaktus berduri,
Aku minta rama-rama, Dia beri aku beluncas..
Aku sedih dan kecewa..
kemudian, kaktus itu berbunga indah
dan beluncas bertukar menjadi rama-rama yang cantik..
itulah jalan Tuhan..indah…
DIA tak memberi apa yang kita harapkan,
tetapi DIA beri apa yang kita perlukan…
kadang-kadang… kita sedih dan kecewa,
kita sering merungut…
tetapi sebenarnya DIA sedang mengatur yang terbaik dalam hidup kita..


OK, cukup di sini sahaja. Takleh tulis lebih2 tatkala hati sdg menangis. Bukan tak redha, saje suke nak nanges! hee~ 

*zapp! ttbe terfikir, betol ke bidang ni suites me well?
** spoil the mo0d btol bile org nga sdeyh2, perut lapo! hishh!