Wednesday, March 30, 2011

Cari ketenangan itu..

Assalamualaikum..

Dengarlah dan renungkan.

video


credit to my friend, Najibah yg posted this video to fb.



Saturday, March 26, 2011

Watch your words, watch your actions

Coz somebody is watching and ready to do exactly like you did!

Aku sekarang ni jadi babysitter. Err, boleh laa. Jaga 3-year-old little girl. This girl very talkative. Sangat-sangat.

Sebagai babysitter sepenuh masa yang hanya jaga seorang budak sahaja, memang boleh kata full time aku layan dia je lah.

Buat milo, tolong cari channel tv yang dia berkenan and of course Tom & Jerry yang kalau tak silap aku marathon sampai 2,3 jam and kerja2 lain sebagai babysitter lah except satu kerja yang.. hehe.. aku tak reti2 buat.

Aku jugak kadang-kadang ngadap abang-abangnya yang super extremely hyperactive. Nampak tak betapa bersungguhnya aku nak describe? and I am not lying or being sarcastic. This is totally based on true story.

Bila berhadapan dengan budak2 ni, aku sering jadi pemerhati. Pemerhati tegar seterusnya aku berfikir kenapa dan bagaimana dan kesannya.

suke tengok budak-budak baca buku    =)

Bukankah most of child's action reflect parents'? Tapi nowadays, takde lah most sangat sebab pengaruh TV yang kuat sangat melampau.

Aku pernah tengok cerita Motherhood. Dari tajuk pon tahu kan its all about mother-ing. Satu mesej yang sangat sampai ke dalam kalbu aku adalah bagaimana western people (some) watch their words very much each time ade children around them.

Contohnya satu scene dalam cerita tu, si perempuan ni (the mother) kejar masa sampai termasuk laluan sehalala. Then pengguna jalan raya yang lain marah lah. Yelah orang lain pon kejar masa jugak kn.

Ada lah sorang pemandu lori tu maki dia. Dia turun dari kereta, pergi kat laki tu and warn that guy to speak proper sebab ade anak dia dalam kereta tu.

Ada jugak scene masa the mother jadi mangsa orang potong queue dia kat kaunter, and dia marah then terkeluarlah perkataan yang tak sepatutnya. Tanpa dia sedar ada sorang customer tu bawak budak. The customer tutup telinga anak dia.

Bila the mother perasan, dia sangat menyesal. She went to that little girl MINTAK MAAF and pesan don't use that jerk words.

Aku kagum dengan betapa parents ni jaga bahasa supaya anak2 tak hanyut dalam arus kekejaman bahasa.

Yes, aku takde anak. Takde lagi. Kahwin pun belum. So I can't even imagine how hard to become parents yang nak kena besarkan anak-anak supaya betul-betul jadi orang.

Tapi sebagai anak sulung, aku banyak (mungkin) membantu and also memerhati. Yes, I am a good observer. And thinker too.. (I hope)

Memang susah nak jaga anak kan (buat macam reti sangat..hehe), ak tahu lah.. Tengok mak ngan ayah jaga aku pun, tahu dah susah. Nak2 pulak anak perempuan. Nak2 lagi macam aku yang.. err.. hehe.. tak tau lah..

Setiap orang pasti ada cara masing-masing untuk setiap anak. Yelah, bukan semua anak tu perangai dia sama kan? Dan pastinya ada sorang yang lain sangat perangainya. Omputih kata black sheep. Om-russia kata white crow. Om-melayu? alah yang setandan pisang tu.. Aku pun tataw. Teruk betul!

Yang aku nak highlight siket;
  • Jangan terlalu kasar mendidik budak.
  • Jangan marah budak guna bahasa kasar. Aku pun tak suka dengar.
  • Jangan caci orang dengan makian dan hamunan terutama ada budak around.

Ok, before ending. Enjoy the video yang sangat membuka mata. Tak mustahil. Mesti dah boleh agak video apa kan? Huh, biarlah..

video


Parents are the best model. 
Children are the best imitator. 
(erk, cam taksesuai je imitator tu)

Ok lah. Aku tutup bebelanku dengan harapan semoga aku dapat menjadi ibu yang baik dan contoh yang lebih baik buat anak-anakku in the future. Ameen~ 

Eh, ayahnya juge. Ameen~  ;)

Monday, March 21, 2011

Journal #5 : Baktisiswa 2011

6/3/2011

Pada sebelah pagi, kami adakan gotong-royong di dua lokasi. Surau dan tanah perkuburan. 78 orang dari kami ni dibahagikan secara tidak sama rata dan diagihkan kerja masing2.

Aku telah ditugaskan untuk membersihkan surau. Surau tu bukannya kotor just habuk2, biasalah tu. Lepas lap tingkap baggi kilat kilat gitu, aku menghulurkan tangan melipat sejadah bersama beberapa orang lain sambil mulut pun buat kerja. Hehe.. Borak-borak tentang 'ceritera Baksis'

Habis tu ada orang sapu2 sampah semua tu, aku terpaksa lari keluar. Aku tak berapa boleh dengan habuk, kang habislah bersin tak berenti sampai kempis perut nanti.

Masa keluar tu, Izzat panggil. Masa tu dia tengah gelek tepung untuk buat karipap and ketua chef nya adalah Mak Tam.

Dia panggil suruh aku belajar kelim karipap. Boleh buat kat rumah nanti katanya. Huh.. tawu la aku tak reti buat tu.. Ingat aku cakap tu dalam hati je rupanya terkeluar gak kat mulut. Hee~

Aku pun belajarlah dengan tekun dan penuh ketelitian. Segan gak la Izzat duk tengok je cam nak perli tapi kesian kot kat aku yang nampak tak putus asa. Hehehe..

Thanks Izzat.  At least aku belajaq cara betui nak kelim karipap. Dah reti ok! =D

Sebelah petang orang kampung sembelih seekor lembu. So, petang tu sesi di dapur. Gotong royong memasak pulak.

Pada sebelah malamnya, was the Kurik Kundi Night & Closing Ceremony of Baktisiswa 2011. Masa kami bersiap kat rumah yang actually dah agak lambat masa tu, mak bagi tudung sebagai hadiah untuk kami! Waahh, gembira bukan kepalang lah! Hehe..

Kebetulan masa tu, aku pakai baju coklat, Lina pakai ala-ala coklat tapi lagi gelap and Athirah pakai hitam. 3 helai tudung yang mak bagi tu, tudung bertona dua warna. Coklat, hitam putih and green yellowish. Semua matching ngn baju yang kami pakai malam tu. Terus pakai tudung baru!

Malam tu ada persembahan nasyid kanak-kanak dari penduduk kampung. Lagu sedih.. Perpisahan. Sayu je aku dengar. Ada marhaban jugak dari orang surau. And of course persembahan dari pihak kami sendiri.

Persembahan pertama dari Azwan, Kay, Firdaus and Ikhsan. Dorang nyanyi 2 buah lagu. Yang kedua aku tak ingat tapi yang first was great! Lagu Belaian Jiwa. Fuhh.. sorang2 bila tarik tu.. menyusup sukma! Hee~

Next, pantomime dari group Bulat. Pasal angan2 Mat Jenin. Seronok! Sempoi je semua.

Second pantomime from Nad's group. Pasal Si Tonggeng (Tanggang). Menarik taw! Moral of the story sangat jelas.


Pastu persembahan dari group Syahmi, Amir Farhan dan Luqman. Dorang nyanyi lagu inshaAllah malay mixed with english version. Second song best! Lagu yang memang dah lama aku minat pon. Hehe.. Lagu Kau Ilhamku dengan iringan gitar played by Jepah and kotak-like instrument tu played by Syahmi and Umar played shaker and tamborine. *Umar dah bagitaw nama benda alah tu, aku yang tak ingat. Hehe..

Owh, aku tak join. Tidak berbakat dalam bab-bab pementasan ni.

Pastu kan kami, semua peserta Baksis menyanyi lagu tema, Kurik Kundi. sekarang lagu tu dah jadi mainan kat bibir aku. Biasalah 'lagu fenomena'.

7/3/2011

Its Monday. Its the last day. Its the sad day we never waited for.

Pagi tu, aku dengan Lina pergi kedai runcit. Nak beli sikit barang buat kek batik. Tu je yang mampu kami buat untuk keluarga angkat. Athirah pergi surau. Tolong-tolong selesaikan apa yang tak selesai.

Alhamdulillah jadilah jugak kek batik tu walaupun tak berapa sedap bak kata Nad. Agak la.

Lebih kurang pukul 2 (lebih), kami berkumpul kat surau. Ada short brief then gambar2 (of course).

Pastu kami keluar simpang. Sudah menanti dua buah bas UIAM. Di situlah perpisahan berlaku.

Di mana pertemuan bermula, di situlah perpisahan berlaku...
Di mana kenangan tercipta, di situlah rindu bertandang...



Monday, March 14, 2011

Journal #4 : Baktisiswa 2011

5/3/2011

Hari ni adalah hari sukan sekampung! Kami sukan kat bendang taw! Kelas gituhh!

So, as usual sports day mane tunggu sampai petang baru start kan, dari pagi kami da mula.

Mula2, kami bukak penyertaan untuk kanak2 dulu. Mewarna. Ramai betul Sampai tak cukup colour pencil yang kami sediakan. Terharu.. Semangat budak2 ni mewarna.

Then, untuk kaum wanita pulak ada gubahan buah, anyam ketupat dan buat sandwiches. Benda ni buat in group. Ada yang group makcik2 je, ada 1 group budak UIA je and ada jugak group yang kami campur je semua.

Kreatif semuanya! Tapi masa ni aku tak join pun, gi menyibuk and tangkap gambar. Pastu belajar anyam ketupat ngan Acap, tapi tak pas-pas.. Hee~~ Tangan besi agaknya aku ni..

Aku suka tengok suasana masa tu. Ramai orang, tapi tak kecoh.

Ha! Aku took part dalam Fear Factor! Err.. sebenarnya after diletakkan nama secara paksa-separuh-rela oleh Nadhar (dia yang incharge hari sukan ni.. huh.. salah guna kuasa! =P ).

Committee lain dalam group aku ni was Tasnim, Saifuldin and suppose Amir Farhan. Tapi Amir Farhan ada hal lain masa tu. Kami satu group ada 8 orang, so the rest was joined by the kids from the area.

Ada 4 game yang 'fear' nya. Yang first, celup muka dalam air sabun, pastu tiup tepung cari 8 biji gula-gula. Then gula-gula tu pulak kena makan. Perit jugak la nak makan gula2 tu dengan tepung2 sekali!

Game yang kedua, haa.. yang ni aku buat. Semua kena buat sebenarnya. Hikhik..

Ada satu kotak (kotak kertas A4) dengan penutupnya disediakan. Ada lubang yang berbentuk X di buat pada penutup kotak tu dan plastik hitam dilekatkan pada penutup tu di bahagian dalamnya. Aku tawu sebab duduk ngadap Azim buat benda alah ni, sambil dia psiko2 aku.

Eh, aku tolong gak.. Tolong gunting salotape.. Hehe..

Ok, back to the games. Kotak tu diisi dengan haiwan2 kecil yang agak comel tapi menggelikan. Kemudian, diletakkan 4 biji bola ping pong oren dan sebiji bola ping pong putih The task was to take out the white one.

Mula2 aku dengar dorang cakap cengkerik je. Ok lah, takde lah aku seriau sangat. Tapi bila tangan aku masuk dalam kotak tu, menjerit aku, tak rasa pun macam cengkerik! Tataw la apa! Yang pasti 'mereka' hidup, sebab merayap habis kat tangan aku!

Third challenge was to eat. Paham2 la makanan cemana. Takkan nak bagi nasi minyak ngan rendang pulak kan? Haa, dalam pinggan tu ada beberapa hiris halia dan 2 hiris cili besar. Termasuk 2 biji telur mentah dan secawan polisterine kopi pekat. Maaf, ini memang aku takleh terima.

Last task was kena tangkap ayam. Bese jelah, tangkap jelah ayam tu kan.
 Ayam hidup k !

Pastu game lain untuk kanak-kanak, musical chair and baling belon berisi air ke belakang. Seronok tengok budak2 tu melompat bile belon jatuh and meletup! Hehe..

Masa ni aku jaga Adib. Adib Fitri namanya. Dia ni sangat2 dan amat2 comelnya. Dah la tak berapa takot orang. Boleh kata, semua orang ada gambar ngan budak ni. Dah jadi ala-ala satu fenomena pada budak2 Baksis ari tu..

Next, game tarik tali. Khas untuk villagers. Mula2 orang kampung je lawan sesama mereka. Lepas tu, dak UIA pulak lawan antara satu sama lain. Then, pemenang dari UIA lawan pulak dengan pemenang kumpulan orang kampung.

Secara SAH nya, orang kampung menang. Secara TAK SAH nya, budak UIA menang! Hahaha.. Masa peserta Baksis di ambang kekalahan, tiba2 ramai pulak yang berlari gi tolong! Haha

Lepas game tu lah, Aiman dilumur dengan lumpur! Haha.. Mana pernah tengok dia serabai cam tu, but that time, NO EXCUSE. Walaupun dia lari, tetap kena cekup jugak!

Oh ye, ada satu lagi game. Futsal lumpur. Aku tak tengok sangat yang ni. Sebab penontonnya boleh kata semua lelaki. Sogan la eden nak p sana..

Finally, last game adalah a requested game from orang kampung sana khas suruh brothers Baksis main. Pukul Bantal! Pernah korang main? Aku tak..

Sebatang batang pinang diletakkan across the tali air, then dua orang kena duduk mengadap sesama sendiri. Pastu, masing2 diberikan guni yang berisi.. er.. tataw la isi apa. Tapi da macam bantal gak la.

Pemain kena pukul satu sama lain sampai la salah sorang jatuh! Fuhh, seronok tengok! Orang lain main pukul, tapi sorang lain. Boolat (Amirul Faidz). Dia tumbuk and tolak! Hahaha..

Habis game tu, habis la semua aktiviti unutk hari sukan. Lepas tu pemberian hadiah pulak. Kemudian, kami diberitahu yang talk (ceramah) malam tu yang dihandle oleh biro aku, Program Coordinator terpaksa dibatalkan. Sebab? You-know-what..

Talk was actually just about parenting. To encourage parents untuk tidak mengenepikan pendidikan anak-anak walaupun hidup susah. Kerana kita tahu, dengan pendidikanlah dapat mengubah hidup.

Memerah otak aku fikir tajuk yang sesuai, kesian kat Afifah yang dah confirmkan speaker. Agak feeling la jugak. Tapi tentu ada hikmahnya. Mungkin jugak sebab kami terlalu penat.

So, aktiviti malam tu diganti dengan sesi BBQ! Makan.. makan.. makan.. hehe

Malam tu aku tak buat apa sangat pun. Main game budak2 ada lah.. Dengan Esya, Dayah, Malina.. Haha

Selain tu, aku duduk ngan budak2 yang jamming bersam gitar, shaker, kerincing dan gendang-kotak-like yang dimain oleh budak2 yang akan perform esok.

Lagu wajib yang biasa sangat orang main, Kau Ilhamku. Membuai gak aku dengar lagu tu.. Ada jugak yang nyanyi Belaian Jiwa.. Semua nak jiwang and mendayu kan.. Huhu..

Lepas makan, kemas siket2, kami pun pulang. Habis sudah hari ini.   =)

Haa.. ni la PM kami..  Hensem kan? lalala~



to be continued....

Journal #3 : Baktisiswa 2011

4/3/2011

Pagi tu kami adakan groundwork unutk program pada malamnya. Ingat tak aku ada cerita pasal motivational programme yang terpaksa canceled tu? So, sebagai penggantinya kami adakan program yang lebih kurang jugak aim and objective nya tapi di surau.

Reason kami kena teruskan jugak sebab tools untuk program tu such as files, papers, hampers etc semua dah ready. Maklumlah, cancellation memang boleh buat last minute kan! Sehari dua before program lagi lah boleh!

So, sehingga zohor kami jalankan promosi ke seluruh kampung. Sisters bahagi-bahagikan pamphlet dari rumah ke rumah while brothers promote kat masjid after their Friday prayer.

Aku bergerak dengan Lina masa tu. Naik motor. Seronok jugak buat kerja ni. Terasa macam dah berpengalaman jadi direct-seller. Yelah, we have to convince the parents to allow their children to join the program.

Macam-macam reaction yang aku dapat. Ada yang terus panggil anak dia, tanya nak gi ke tak. Ada excited terus bagitau yang memang nak hantar and of course ada jugak yang kurang selesa.

Biasalah tu, banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.  =)

Kami buat tu sampai la perut aku memberontak tunjuk perasaan kelaparan. Pastu kami pun balik and terus je duduk kat rumah. Hehe.. Yelah, next task malam ni pulak. So, masa ni lah nak lepak kejap-kejap kat rumah.

Oh ye, masa ni kan, ada satu scene yang aku suka sangat!

Masa tu Lina keluar ikut pintu belakang rumah, nak gi depan amek kasut dia. Nak basuh siket. Aku pulak berdiri kat pintu je. Sekali lalu PM kami, Aiman. Sambil angkat tangan. Pastu lalu pulak sorang lagi, hon pulak. Aku suke situasi tu. (macam pemempatan budak uia saje.. hehe)

Ha, lupa nak crita. Rumah foster family aku tu ngadap jalan yang memang orang lalu lalang. Sebab tu lah nampak je budak-budak UIA meronggeng.

Lunch kami masa tu mak masak gulai lemak ketam. Sedap woo! Fresh punye ketam. 'Umph' dia tu special sket. Sejam lebih makan.. Haha.. lame gile..

Then, petang tu dalam pukul 5 kami keluar pergi laut. This one is so special! Kami naik bot yang biasa nelayan naik tu. Bukan bot besar pon tapi kami gi satu family.

'Pilot' nya sdara mereka jugak. Serious excited masa ni! haha..

Dah la mak buat mee goreng and air oren.. Bawak skali untuk picnic atas bot. Sweet kan??
video

Suasana masa dari kuala ke laut tu damai sangat.. Indah.. kawasan paya kiri kanan, bangau-bangau berterbangan.. Kalau pagi2 mesti lg cantik.. Dapat tengok sunrise..

Memang atas bot tu jadi lokasi photoshoot ar.. Bergambar je.. Tak pun termenung tengok air yang berkocak.. Sambil2 dengar aboh cerita tentang nelayan-things. Setiap cerita tentang nelayan yang aku dengar tak pernah sama, sentiasa berbeza. Well, lain orang, lain pengalamannya.

Sehinggalah kami tiba di satu 'pulau'. Namanya rumah ikan. Aku panggil pulau sebab tengah2 laut tu ade tempat untuk mendarat. Hehe..

Rumah ikan ni ada banyak petak.. Setiap petak tu ada ikan. Ada petak yang ada jaring. Aboh kata yang ada jaring tu maknya bertuan.Yang tanpa jaring tu bolehlah kalau nak pancing.

Haa, situ pun jadi photoshoot location! Hahaha.. Atas papan sekeping yang lendut tu pun boleh je nak snap pic!

Sedang kami membiasakan diri dengan keadaan (cececeh..), sampai sebuah lagi bot. Ouh.. budak Baksis jugak rupanya. Azmah, Fatin, Afiq, Saiful and Aishatun lau tak silap.

Lepas semua tangkap gambar. Tiba lah masa nak balik. Dorang balik while kami masih di situ, menjamu selera, ber-picnic di atas bot di sisi rumah ikan. Best ok..

Duduk atas bot sambil mulut dijamu mee goreng, mata dijamu pemandangan laut luas ibarat tiada penghujung. Tenang je rasa. Kosong fikiran ni.

Lepas sebekas mee goreng licin, kami pun bertolak balik. Hala balik tu, 'pilot' offer kami untuk 'drive'. Woha! Excited! Muka keterujaan aku memang tak boleh nak di-cover2 lagi!

Tapi kena ikut turn lah.. Mula2 Athirah bawak dulu, pastu Lina then abru aku sehingga lah masuk kuala.

Tak susah pun rupanya. Macam drive kereta/motor la jugak. Kena alert all the time. Memang la xde traffic light or kanak2 melintas tapi xda line taw. Simpang2 pun kita sendiri yang tentukan bila nak belok kiri kanan.

Lama jugak aku bawak.. Siap memandai speed-up lagi! Ayat aboh
"Luluih dah ni, boleh da kheja kat laut"
(lulus dah ni, boleh dah keje kat laut)

Masuk kuala, tengah aku seronok gile control bot tu (kdg2 speed siket), tiba2 bot berhenti. Aku ingatkan aku tak pulas dia punya 'gear' tu. Aku pun pulas habis. Tapi tak bergerak jugak!

Rupa-rupanya minyak habis! Hahaha.. haru sungguh! Pastu apa tah yang dilakukan oleh 'pilot' kami, boleh la jalan. Mujur sampai jugak kat jeti tu.

Malam tu, program "Saya Bijak, Saya Soleh" kat surau. The attendance was so unexpected! Ramai sangat kanak-kanak datang dengan izin ibu bapa masing-masing. Dorang pun nampak seronok je nak join.

Aku dan rakan2 selain biro catering, prep tech and special task ditugaskan unutk jadi facilitator kanak-kanak ini.. Aku bergandingan dengan Kak Wan pegang group 14.

Masa ni lah kami cuba berikan seadanya dan berkongsi untuk galakkan mereka belajar. Macam keletah. Banyak mulut, of course!

Oh ye, ada something yang buat aku ingat sangat. These kids called me ustazah instead of kak. Bukan apa, just terbayang memori silam (sila klik). Tanpa ku sedar mulut aku pun membahasakan diri ustazah jugak instead of kak.

Banyak kali gak tersasul dan aku betulkan. Tapi last2, aku guna jugak ustazah tu. 

Lepas habis module yang sepatutnya, kami bukak hamper yang diagihkan unutk setiap kumpulan.

Then, tamatlah program hari tu.


to be continued..


source pic: facebook accounts (adk angkat, shahirun, umar, syahmi)

Thursday, March 10, 2011

Journal #2 : Baktisiswa 2011

3/3/2011

It was quite a big day for me.. Sebab program hari ni adalah antara program yang paling aku nantikan dalam Baksis ni. Pada sebelah pagi, kami adakan groundwork untuk program yang akan dijalankan pada sebelah petang.

Sekitar 2.30-3.00pm kami bertolak ke Kampung Raja Bashah untuk program "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Program ni sepatutnya dijalankan pada 4th March tapi atas sebab yang telah dinyatakan dalam previous entry, terpaksalah schedule dianjak.

So, we arrived there around 3 or 4 something. We were already separated into groups which is called Alpha. There were 3 Alphas, each Alpha consisted of 2 Betas and under each Betas there were 3 minor Charlie groups. My group was 1-1-1.

Kat kampung ni, kami hulurkan serba sedikit sumbangan kepada penduduk sini. Keadaan mereka memang dhaif. Tak tahu lah nak cakap cane.. Tapi, memang susah. Rumah yang aku pergi tu rumah pakcik Abu.

He was a nelayan. Sekarang ni katanya dah tak larat nk pergi laut. Yelah, dah tua. Tambah pulak pukat dia hilang. Dugaan betul.

Masa brothers borak dengan Pakcik tu, aku dan Alia ikut si Makcik ke dapur. Hanya Tuhan saja yang tahu cemane keadaan kehidupan mereka sebenarnya. Tak reti lah aku nak describe.

Pakcik tu cakap, kalau dia ke laut hari tu, ada lah duit lebih siket untuk makan hari tu. Kalau tak, tak de lah.. Makan jimat2 jelah. Kat sini lah baru aku nampak pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Saat kami hulurkan seplastik bantuan (berisi gula, beras dan lain2), hamper, sepasang baju kurung+tudung dan makanan bungkus, pakcik tu menangis. Sebak sangat masa tu. Tapi aku control. Air mata memang dah nak mengalir, tapi kena la control macho kan..

Lepas tu, pakcik tu tadah tangan baca doa. Doa kesyukuran barangkali. Kami pun turut sama meng-amin-kannya.

Sepanjang kat rumah tu banyak jugak lah pengetahuan tentang nelayan2 ni aku tahu.  Alhamdulillah, pengalaman dapat, ilmu dapat, keinsafan untuk lebih bersyukur pun bertandang di hati.

*Mereka hormat tetamu walaupun susah. Kami tetap dijamu dengan air dan roti.
*This couple have no diseases macam standard warga emas sekarang(diabetes, darah tinggi, sakit jantung), cuma sakit tua, batuk2 dan lenguh2 badan je.

Lepas keluar dari rumah Pakcik tu, aku terus menuju ke tempat berkumpul kami iaitu di sebuah court yang terletak di tengah2 kawasan kediaman tu. Kat situ ramai sangat budak2.

Masa ni lah ada yang main futsal, main basikal, nyanyi ramai2.. Seronok jugak tengok kanak-kanak tu gembira.  =)

Aku pun pergi lah kat satu kumpulan kanak-kanak tu. Dorang tengah nyanyi ramai2 masa tu. Kay yg mengetuainya. Aku pun join lah sama nyanyi jugak.

Tiba2 terdetik dalam hati, tak salahkan kalau kita beri sedikit ilmu tentang perkara basic dalam Islam?

So, aku ajak budak2 tu nyanyi lagu 25 Rasul. Ramai yang ingat. Alhamdulillah. Tapi ada sorang budak tu, kecik lagi, dia ingat dengan lancar. 3,4 kali jugak ulang lagu Raihan tu. Harap2 ianya bermanfaat pada mereka semua.

Lepas tu kami teruskan dengan lagu2 yang bacaan doa. Contohnya doa makan, doa lepas makan dan doa unutk ibu bapa. Masa tu Kay nyanyi doa unutk ibu bapa tu, sedih pulak aku dengar lagu tu.

Seronok. Thats all I can say.

Petang tu sampai rumah, memang terasa jugak badan dah lemah. Ngantok lah..

Oh ye, malam tu jugak, mak masak udang lipan (body udang ni siyez mcm lipan). Korang pernah makan tak udang lipan? It was my first time! Calar-calar habis jari, kuku aku makan bende alah ni. Tapi sedap.

Klau bayang lipan, memang tak lalu nak makan, tapi sebab aku bayang udang, habis setalam kami bedal!

Mata ngantok, badan letih, jari dah pedih-pedih tapi mulut ngap jugak! hehe..

p/s: Sepanjang duk sini makan seafood je trutama ikan! Tapi tak muak taw, maybe sebab semua fresh! Segar dari laut. Well, aboh kan nelayan.. Senang la nak dapat yang fresh2.. hee~



source gambar: facebook accounts (shahirun, umar, syahmi)

Wednesday, March 9, 2011

Journal #1 : Baktisiswa 2011

27/2/2011

Around 6pm 2 buses bergerak meninggalkan perkarangan CFS IIUM PJ. Dalam pukul 11pm macam tu sampai di Desa Permai Homestay, Parit Buntar, Perak. Rumah teres 2 tingkat tu kami sumbat sampai 40++ sisters yang ada. Selebihnya brothers duk kat umah lain seberang jalan besar.

Rumah tu mang panas gile. Berhaba je rase.. Tidur pun macam talk berapa nak tidur je menyebabkan aku bangun pukul 3.39am. Pastu terus mandi. Takut nanti berebut dengan orang lain, dah la bilik air ada 3 je. Lagi pon, aku harap sangat nak mandi air sejuk...

Tapi hampa, air paip kat situ tak sejuk. Huhu..

28/2/2011-1/3/2011

Dua hari ni induction je untuk Baksis. Masa ni kami settle semua hal berkaitan Baksis yang bakal amek masa seminggu nanti. Balut2 hamper, siapkan master plan, action plan, floor plan, buat details aktiviti etc.

Kirenye dua hari ni, lebih banyak discussion je. Oh ye, induction ni diadakan di Masjid Ubudiyyah (kot.. tak ingat sangat namanya).

2/3/2011

Hari ni start lah hari pertama Baktisiswa 2011. Dari homestay yang kami duduk tu, adalah dalam setengah jam p[erjalanan pergi ke Kampung Kuala Bagan Tiang. Kami diturunkan di Surau Haji Shaari. Dan inilah boleh dikatakan OR kami. Tempat berkumpul dan beroperasi.

Lebih kurang dalam pukul 3pm, opening ceremony began. Started with speeches and finally waktu penyerahan anak angkat. Aku bertiga dengan Lina and Athirah dapat sorang pakcik ni. Tapi riak wajah dia macam kurang berkenan.

Baru tahu rupanya pakcik tu mintak anak lelaki tapi dapat kami. Last2, pakcik tu tukar anak dengan parents angkat Faiz and Jijul. Hehe.. Lucu pulak bila ingat balik.

Makanya, kami pun tinggal lah di rumah abah Halip. Abah dan mak ada 6 orang anak. Sulung, kedua, keempat dan bongsu lelaki. Tapi, tinggal yang bongsu tu je kat rumah. Yang lain tinggal kat asrama. 2 orang yang tengah pulak kembar. Girls. Yang ni pun stay kat rumah.

Diorang lah nak kakak angkat, silap2 dapat abang. Mak kata, merajuk. Terus balik rumah. Bila dah tukar tu baru datang semula. Hehe..

Petang tu lepas habis majlis, semua orang balik. Baru aku sedar, takde sape tinggal untuk tolong orang surau bersihkan tempat tu. Mujur kami tak balik lagi, sekali dengan Faiz and Jijul. Mak pun tolong basuk2 pinggan jugak. Kesian pulak, patutnya kerja kami.

After that, pulanglah kami ke rumah keluarga angkat. Masa tu baru dapat borak dengan mak dan si kembar tu. Aisyah dan Atiqah. Mereka ni SPM candidates.

Malam tu lepas maghrib kami pergi ke surau untuk groundwork tomorrows programme. Masa sampai tu, orang tengah solat Isyak. Aku jadi agak teruja sebab ramai sangat budak2 kat situ. Kawasan surau dipenuhi dengan motor.

Ramai betul pengunjung surau ni. Tak padan dengan keadaannya yang boleh dikatakan under construction. Surau ni kecik je. Tapi, ada si pemurah mewakafkan tanah untuk disambuhng lagi surau tu. Part yang  disambung is ruang solat muslimin. So part tu, masih berdinding bata lagi. Belum bercat. Belum berlantai elok.
Lantai tu hanyalah pasir yang dialas dengan karpet.

Usai solat, keadaan sangat meriah. Macam baru siap tarawih. Seronok.

Malam tu kami terima berita yang aktiviti yang sepatutnya dijalankan esok terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang aku rasa tak masuk akal. Well, sebab you-know-what. *Geram+sakit hati.. Biro special programme mesti lagi sakit hati*

Suppose, kami wat motivational programme for standard 5 students. Main objective is to encourage them to study. We were suppose to be their facilitator. How exciting! Tapi hancur begitu saja harapan yang diidam.

So, we replaced it with the next day activity. That is "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". As program coordinator bureau, we have to reschedule the master plan. Tapi, takde lah berat sangat. Alhamdulillah everything was fine and nice that night.

Kami banyak borak about foster family masing2..

To be continued...

Tuesday, March 8, 2011

Saye dah balik! hee~

Assalamaualaikum..

Hye! Alhamdulillah.. For your information, I just arrived home safely from Kampung Kuala Bagan Tiang, Parit Buntar, Perak semalam. Kat sana kami ada Baktisiswa.

One thing for sure, it is a very2 precious memory. Takkan dapat dilupakan. Dengan segala perit jerih, gelak tawa dan susah senang mengajar kami, keluarga Baksis 2011 bersyukur dan lebih matang dan the most important is the bond of friendship in it.

Aku akan share the whole thing with you out there tapi bukan hari ni lah kot. Sebab nak tunggu gambar2 dulu. And apa yang aku akan kongsi itu adalah from myself and my personal feelings and views. Nanti lau ade lagi mana2 ahli family Baksis yang buat any entry 'bout it, I'll share the link for a wider views.
BAKTISISWA tu apa?

Secara ringkasnya, the word came from bakti-siswa. Ok, this is clear enough. Or, siswa yang berbakti.

So, seramai 78 orang pelajar CFS IIUM (PJ & Nilai) telah pergi ke Perak untuk menghulurkan bantuan kepada golongan susah (kais pagi makan pagi, kais petang makan petang) atas dasar kemanusiaan dan bukan sebab lain atau unsur2 you-know-what.

Majoriti golongan yang kami bantu adalah dari keluarga nelayan dan petani. Our main point yang cuba kami sampaikan adalah education. Sesusah mana pun hidup, belajar tetap belajar. Sesuailah dengan kami yang masih berstatus pelajar.

Cerita lebih lanjut dan aktiviti2 yang telah dijalankan will be posted soon.