Masa berlalu begitu pantas
Menggantikan bulan demi bulan
Bergilir musim demi musim
Dalam tidak sedar
Kau kembali
Sememangnya kepulanganmu dinanti
Harapanku masih sama
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas
Amalan ibadah akanku tingkatkan
Insya Allah
Andai kita dapat lihat betapa indahnya Ramadhan, tentu setiap hari kita harapkan adalah Ramadhan. Cuba kalian bayangkan, syaitan semuanya diikat! Pintu neraka ditutup rapat! Pintu syurga pula dibuka seluas-luasnya!
Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. (HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);
Nak mengaji tentu tiada masalah.. kerana tiada syaitan yang membisikkan "TAK PERLU" (dgn muke jeleknye)
Nak bertahajjud tentu tiada halangan.. kerana tiada syaitan yang membisikkan "TAK YAH" (dgn muke menyampahnye)
Nak qiamullail pun tentu tiada dugaan.. kerana tiada syaitan yang membisikkan "TIDURLAH LAGI" (dgn muke jahatnye)
OK, tak perlu rasanya nak nyatakan tentang kewajipan berpuasa selama sebulan ni sebab ayat Quran di bawah dah terang terang lagi bersuluh menyatakannya.
"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (al Baqarah, 185)
OH ye! Ingat tak pada 10 malam terakhir ada 1 malam yang penuh dengan rahmat dan berkat? Malam Lailatul Qadr.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan." (al Qadr, 1-3)
*not going to talk much bout Lailatul Qadr- to be continued in other entry.. InsyaAllah
Ibadah tu ada banyak bentuk, Tak semestinya duduk atas sejadah dan bertasbih je. Mengaji pun ibadah yang dah common kan dalam bulan puasa ni.. Semua orang berusaha nak habiskan 30juzuk. Insya Allah, selamat berjaya ye! Sambil berjalan boleh zikir dalam hati. Alang-alang tengah termenung tu, boleh memerhati dan menghayati indahnya ciptaan Tuhan dan say Alhamdulillah!
Point nya di sini is, constant lah dalam beribadah selama Ramadhan sementara syaitan kene gantung kerja ni. Lagi pun, kita tak tahu andai ini Ramadhan terakhir. Mungkin Izrail datang menjemput sebaik habis Ramadhan? Alhamdulillah lagi sebab sempat jugak kita habiskan Ramadhan kali ni.
Kalau buatnya sekarang ni pun Izrail da tengah usya2 kita? Mungkin sempat 2,3 hari? Maka, 2,3 ari tu, manfaatkanlah baik2..
# Jangan pula beribadah semata-mata kerana Ramadhan, tp niatkan di hati utk mendapat mardhotillah krn Ramadhan akn tinggalkan kita. Bila berlalunya ia, maka kita pun berhenti beribadah ke?? Tentu sekali tak kn..
Insya Allah, kalau Allah nak bagi peluang kita gandakan ibadah, maka bertemulah lah kita dengan Ramadhan akan datang. Andai tak, mungkin Allah nak selamatkan kita dari ujian dan dugaan dunia..
BE WELL PREPARED!
No comments:
Post a Comment