Friday, August 13, 2010

'Macam kenal..'

Malam ni betul2 rase nak menaip.. Usai tarawih di Masjid tadi, terus rasa ingin menaip.
Mungkin sebab di masjid tadi ada peristiwa kot. Hal kecik je. Tapi, tak rugi kalau saya nak share kan?

Saya cuma teringat, da ramai orang yang kita kenal sepanjang hidup ni kan? Dari tadika, sekolah rendah (pindah sekolah lagi), sekolah menengah, matrik hingga lah kaki ni menjejak menara gading. Belum termasuk bagi yang join aktiviti2 luar seperti PLKN, kem2 ibadah, kerja part time atau kerja sementara result SPM dulu. Memang ramai kan kenalan kita?

Sayang sekali, tak semua kita keep in touch. Kadang2 tu lupa terus kan? Kalau masing2 saling melupai boleh tahan lg tapi kalau sorang ingat, sorang lagi terus lupa? huu~ sedih!

Tapi bila terjumpa kat mana2 tu, kena lah rajin + BERANI tegur kn? Memang la dah lama tak berjumpa, hampir 5 tahun pun ada kan? Tapi, takkan la drastik sgt perubahan wajah seseorang tu sampai kita langsung tak kenal, betul tak?

Kenapa kene ade BERANI nak tegur? Sebab nya, takut salah orang! Makanya kene lah ada back-up plan in case if the person is not the one we expected. Huhu.. malu wo0!

Ada beberapa peristiwa yang saya nak kongsi. Semuanya berkisar tentang bertemu teman lama. Bukan senang nak dapatkan kekuatan utk menegur tu tapi sbb tak nak terlepas peluang berbual dengan kawan lama, nak contact dgn kawan2 lain, ku gagahi jugak!

#1

Aku berjalan sambil mata melilau intai2 handphone yang berkenan di hati. Second hand-phone actually. Rasa nak beli phone tu sebab first time nak guna gaji sendiri. A little excited there! ;)

Berderet-deret sebenarnya stall yang jual phone kat The Store Sg. Buloh ni. Tapi tataw la hati ni nak yang mana sebenarnya. Sehinggalah aku melalui sebuah stall berhadapan dengan Pizza Hut + Guardian (kalau tak silap la). Mata aku terjeling seorang lady ni.

'Seems familiar', hatiku berkata. Tapi kaki ni terus je berjalan. Kesian kat mak. Ikut je aku. Tapi takpe, mak pon boleh survey phone baru. Lagi pon, mak je yang paling faham perangai aku yang sangat suka berjalan ni.. Hehe.. (I love U mak!) Dalam 5,6 langkah ke hadapan, aku pusing balik.

"Eh, nak gi mana?", tanya mak. " Err, nak tengok phone kat kedai tu jap", aku pon melangkah sambil otak ni ligat menyusun ayat. DAN mencari taktik kalau salah orang.

Aku pon menghampiri balang cermin yang dalam tu letak phone banyak2 tu *tataw name sebenarnya*.
Berlakon tengok2 dgn penuh khusyuk. Sehingga anak mata aku menangkap sister tadi tu datang menghampiri aku.

Aku pon mengangkat muka dengan senyuman, sambil tangan konon2 tunjuk ke arah satu phone, mitak amek la kononnya.

"Eh, err.. Azleen kan???", tanyaku penuh berani.

"Aah.. Erm, Sukma ea?", good respond. I actually hope for that! Hehe.. =)

Azleen ni sekelas ngn aku sejak darjah 5 sampai darjah 6. Penolong ketua pengawas dulu. Kami dalam kelas duduk in group of 6. Meja kami berada di tengah, belakang. Betul2 depan meja guru.

Maka berboraklah kami di situ. Phone aku mintak ambilkan tu, akhirnya aku beli jugak. Bukan sebab ade member lama di situ, tapi memang dah berkenan. Lalala~

#2

'Uish, lambat lagi giliran aku nih', sedikit merungut melihat seat depan yang penuh lagi. Sebenarnya perasaan tu bercampur dengan nervous sekali.

Yelah, its my driving test day! Hope this is the first and the last time I'm here for the test! Test dengan pegawai JPJ. Macam agak menggerunkan jugak lah.

Out of sudden, ternampak seorang jejaka ececeh..hehe. 'Eh, muka ni.. Muka ni macam aku kenal'
Otak pantas diputar. Kat mana ye aku jumpa muka ala2 Ako Mustapha ni? Rasanye memang aku kenal lah. Macam pernah berborak pon ade. Tapi tak ingat la pulak!

Aduhh.. dlm debaran menanti giliran driving test ni, sempat lagi aku perah otak ingat orang!

Aku pon biarkan soalan tu berlalu. Tapi bila dia berdiri dan berjalan, 'seriously I know this guy somewhere!'

After ujian naik bukit and what so ever tu, berpindah pulak ke dalam waiting room for ujian jalan raya pulak. Hah! sedang elok mamat tu duduk depan aku. Selang satu baris depan aku.

Bila da tengok lama2, and otak aku plak da ingat dimana pernah kami bertemu, nama pulak tak ingat! Tapi, nak tegur jugak! Aku tahu, he was in my class masa darjah 6 dulu, duduk group depan belah kiri, geng dengan Fairuz and Amin! Nama dia ade something dengan huruf H. But seriously I cant remember!

Aku pon bangkit dari kerusi dan melangkah setapak ke depan lantas duduk di seat belakang dia but kanan sket. Dengan keyakinan yang tinggi, aku pon bersuara;

"Sedare.."

Dia berpaling. Senyum.  'Eh, senyum pulak mamat ni'

"Err, kenal tak?", itu pulak yang terkeluar dari mulut aku?? Sambil tangan tunjuk ke arah muka sendiri! Haha! Involuntary speech+action!

Dia sengih dengan mesra. (???) "Erm, Sukma kan?" rilek je muka dia.

Laa, mesti dia da perasan aku dari awal kn? Sebab tu lah boleh jawab dengan cool tanpa sebarang kerutan di wajah!

"Aah. Cam pulak ko ek?.. Eh, nama ko ape ye? Ha-Ha something kan?"

"Hazim la. Aku da nampak masa mula2 datang tadi, tapi tak berani gak nak tegur, takut salah orang. Nak2 pulak ko da pakai spek." -ok, alasan kau boleh digunapakai-

Muka dia memang sama. Seriously sama sejak 5 tahun dulu. Kau pakai apa ek? Tapi takde la nampak mcm budak darjah 6 dah.

Kami berbual, sampai la turn aku naik kereta bersama seorang makcik JPJ yang senyap katup melalui jalan 2. Selesai test tu, dapat result terus! PASS!! woohoo! Alhamdulillah!

Pastu sambung pulak borak ngn Hazim. Tukar2 result. Sebab pass je aku sudi share, kalau tak, tak de lar.. Hehe..

-tiada kaitan tp, I LOVE TULIPS!-
#3

Melangkah turun dari escalator, mataku dihidangkan dengan pelbagai fesyen pakaian for sale. Macam biasa, of course lah dengan mak. Aku ikut je mak. Mak nak pergi cucuk duit kat ATM penjuru level tu. Aku di belakang sedikitlah.

Sedang mata dicuci-cuci melihat lihat baju-baju, telinga aku di sapa dengan suara2 yang agak kuat, mungkin sebab the voice owners hampir dengan aku kot.

Aku pun berpaling. Mereka bertiga. Seorang daripadanya sudah berjalan lebih di hadapan. Dua orang lagi berjalan sambil bergurau dengan hand-bag for sale tu. Mereka berdua kini membelakangkan aku.

Tiba-tiba mulutku bersuara. "Lela?!"  *this was seriously cubaan berani mati. 

Aku tak nampak muka pun. Dari belakang je. Suara, erm.. mungkin aku cam suara dia kot. Pada tangan sudah ada phone. In case salah orang, I've planned to act as if I'm on phone! Hehe~

Dia terus berpaling 360 degree. Hampir terlebih. "Eh, ko??! Sukma!"

Thank God, she remembered me! Laila, kawan aku yg sangat protective. Kami kenal masa darjah 4 dan  terus berkawan dan berhubung. Tapi masa tu, kami da lama tak contact each other. Rumah punya jauh di Sg. Buloh, boleh pulak jumpa di JJ Wangsa Maju.

* Before I further my study to Terengganu, she gave me a little cute blue bear! Still dlm simpanan!  Comey sgt! Dia kata, sebab aku suka warna biru so she bought me the blue one. Thanks~

#4

*mcm da banyak pulak kn? tak kire, nak sambung lagi bercerita!

Lokasi: Book Fair, PWTC.

Sambil menyelusuri gerai2 yang dipenuhi my most favourite thing-BOOKS, minda sibuk menghitung dah berapa buah buku yang dah berkenan. Mencongak-congak duit sekali. Hmm..

Setibanya di booth Hijjaz Records, Z belek buku di situ. Aku masih lagi berjalan dalam khayalan seronoknya kalau boleh beli semua buku!!

Tetiba aku terpandang seorang muslimah berjubah dan bertudung labuh sedang membayar buku yang baru dibelinya. 'Eh, ni..'

"Fiqah!" meluncur laju nama Fiqah keluar dari mulut aku.

Fiqah berpaling. "Eh Sukma!"

Lantas kami berpelukan! Seronoknya kami menjejak kasih di situ, sampai Fiqah terlupa duit baki buku dia tu. Hehe.. Brother yang jaga booth tu senyum je. Ala, dia pon faham kot cemane perasaan lupa dunia bila jumpa kawan lama.

Fiqah ni pulak, kami kenal masa form3. Kami satu dorm. Dia katil sebelah. Katil kami pulak dirapatkan. Malam2 sebelum tidur, selalu berborak. After PMR dia tukar sekolah di Kelantan without telling most of us! So, agak lama la jugak tak berjumpa.. Masa jumpa di PWTC tu dia masih di Darul Quran. sekarang kami di tempat belajar yang sama.  ^_^

#5

'Mane la dia ni.. Azan kang ramai pulak yg serbu masjid tu, segan pulak nak pergi. Silap2 tarawih kat sini je.. Huhu..'

Saat masih menanti, terlihat 4,5 orang sisters turun dari tangga. Mata aku terus menangkap salah seorang dari mereka. Tinggi sekali di kalangan mereka. Berjilbab biru lembut dan niqab yang diturunkan menampakkan wajahnya yang masih jelas di ingatan aku.

Mereka berjalan menuju ke masjid. Selepas 10 minit menanti, ak jln jugak ke masjid sendirian dgn beberapa orang sisters yang dari ZC jugak. Masuk je ruang solat muslimat, aku terus tercari-cari sister tadi.

Kat ujung tu rupanya. Sepantasnya, otak aku ligat fikir apa pulak idea aku kali ni. Aku pun buat2 cari ruang kosong nk duduk. Padahal banyak je. Hehe

Aku pun duduk berhampiran dgn beliau. Tapi bukan sebelah la. Kerap jugak aku jeling2 tengok beliau. Cuma nak kepastian je. Walaupun macam dah yakin.

Masa nak solat Isya', beliau bergerak memenuhi soff depan aku. Hmm.. dekat dgn aku.. Senang nak tegur nanti. Usai solat ba'diah isya' aku pun bergerak ke depan sedikit dan mencuit bahunya.

"Kak Nisa' kan?"

"Aah, Sukma ea?" Alhamdulillah, ingat lagi beliau pada budak nakal ni.. Hehe

Berbual lah sebentar kami di situ. Kak Nisa' ni dulu PKP mase aku form2. Fuhh, lama jugak kami tak bertemu, tp dia ingt. Huhu.. Dia berniqab. Seronoknya. Aku?

InsyaAllah kita jumpa di Gombak nanti ye..

*dari sini lah idea nk menulis ni hadir!

###

Letih dah bercerita. Puas menaip mlm ni!!

OK, finally, tak rugi pon kan kalau kita tegur orang? Untung2 dapat jumpa smula yang lama terpisah.
Kalau salah orang pulak, boleh tahu sedalam mana bakat kita dalam bidang lakonan dan sejauh mana critical thinking kita berfungsi!  ;)

8 comments:

zubaidah said...

WAH3..aktif betul menulis..keep it up!

MQ said...

tertarik kat satu part 2..
'Aku?'
huhu

sukma atiqah said...

->ansarullah
hehe, thanks 4 da support!

->MQ
masih jauh utk ke situ rasanya..
huhu

'Aishah Jauhara said...

Salam.

Menginsafkan..huhu..

Sebab kak aishah jenis cepat ingat nama orang and cepat lupa nama orang. Unless, kalau keep in touch. Tapi, kadang2 kak aishah siap boleh ingat dengan nama bapak sekali. Tapi, ada jugak certain2 orang yang kalau kak aishah dah lama tak jumpa tu, muka masih ingat, tapi nama tu dah lupa2 sikit la.

Jadi, sesiapa yang mengenali saya, better tegur la. Sebab kadang2 kita tak perasan, and minta maaf sangat2 kalau ada yang kak aishah tak ingat nama.
*adakah hilang ingatan??huhu..

And, respect la kat sape2 yang masih ingat nama kak aishah! Rasa ta'ajub bila orang tegur kita, dia ingat nama kita, padahal masa tu kita tak ingat nama dia.. *insaf..huhu

Maybe, lepas ni, sukma boleh postkan pula pasal macam mana kita nak ingat nama orang..he..

Moral of the story:
Sentiasa lah contact member2, kawan2, cikgu2 kita. :)

Sekian.. ^^

sukma atiqah said...

aisyah jauhara bt surtahman. btol x??

hehe.. sy pon xdela ingt sume name, tp muke insyaAllah. kalau yg muke pon ingt2 lupa pastu lgsung xingt nama, sy xbrani gak nk tgur..mane la tahu ntah ke org tu mkcik2 yg jg kat kdai kain ke, waitress ke tp termsok jugak dlm ingtn.. hehe

tp ade jugak yg tegur sy. tp sy plak xcam dia, sian dia.. kejam btol! hehe

xpe2, nnti kite jumpe, sy g tegur k.aisyah. mane la thu k.aisyah xcam ke.. hehe ;)

MQ said...

salah la name 2,ade tertinggal ckit.. siti 'aisyah jauhara bt surtahman..

jgn la ckp cm2,dah dekat da.. insyaAllah.. yakin..^_^

sukma atiqah said...

amboi.. tawu detail.. hmm~

^_^

'Aishah Jauhara said...

TQ MQ..tapi ejaan salah sikit je..orang selalu eja,'aisYah, tapi yg betulnya 'aisHah.. ^^

Terima kasih masih ingat.. :)

Btw, insyaAllah i still remember u la sukma.. :D