- Mencari buku baru untuk minggu ini. its a must for me to have a new book every week. I LOVE BOOKS!
- Secret Recipe's beef lasagna! yummy cheesy! I LOVE CHEESE!
Mr. T model jer.. hehe |
Memang berjalan masa puasa ni letih dia lain siket. Kan? Cepat je rasa letih. Padahal Mid tu je ;) hehe
Tapi jangan layankan sangat badan nak bermanja tu.. Perang Badar dalam bulan Ramadhan jugak. Siap menang lagi.. Hmm.. memang la turunnya bantuan dari Allah tapi andai mereka tak berusaha dan tidak berdoa, tentu tak dapat jugak.
" .......Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri........" (ar-Ra'd, 11)
Ok, yang aku nak cerita sebenarnya soal pemandangan di bulan Ramadhan. Actually it is not suppose to be specifically in this fasting month but Alhamdulillah la, tetap ada rasa nak jaga kualiti puasa.
Aku ada terbaca pasal wanita bertudung memang lagi siket dari wanita tak bertudung. Ni bab bertudung je belum lagi kira yang bertudung tapi kurang sedap mata memandang pakaiannya. Jadi, tentu sukar bagi kaum lelaki untuk menjaga pandangan mereka kan?
Cane nak wat tudung cam ustazah ni ek?? |
Macam di Mid Valley tadi, sudah la ramai berbangsa cina, ada jugak Melayu Islam yang kurang sopan pakaiannya. Aku bukanlah nak komen apa, aku sendiri pun bukannya berbaju kurung dan berjubah 24hours although jubah is my favourite malah aku lebih senang keluar berjalan pakai seluar, tapi at least biarla tutup dan longgar.
Satu contoh. Tadi. Aku ada ternampak sepasang couple. Married maybe. Perempuan tu bertudung. Selendang, tapi elok. Nampak kemas. Blouse purple hingga atas siket je dari lutut. Tapi sayang, she wore legging. *seluar getah ketat
Tiba2 teringat pulak perbualan kat Hot.fm hari Isnin 2 minggu lepas. Kecoh bila ada seorang brother ni call Hot then complaint;
" Kepada kakak2, adik2, makcik2 yang nak gi bazaar tu, tolong la pakai elok siket. Kami orang laki ni elok2 puasa terjaga dari pagi tiba2 petang gi bazaar, pahala kurang cam tu jer.. Bukannya suruh pakai baju kurung pun, tapi jangan la pakai baju ketat2, pakai skirt lah, seluar pendek lah.. "
Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Ada jugak dia mention pasal tak cukup kain apa semua tu. Beberapa ketika kemudian, ada lah respond dari pemanggil wanita pulak.
" Kepada bro tadi, yang marah2 tu, kami punya suka lah nak pakai apa pun, HAK kami. You takde hak nak halang kami. Kalau tak suke tak yah la tengok. Jalan tutup mata!" tempelak pompuan ni. Nada dia geram betul! Bersungguh menyatakan pendapat yang tak bernas tu.
Aku sebagai pendengar setia sudah rasa panas. Takde ke orang nak betulkan program otak pompuan tu tadi?? Akhirnya lepas some calls from guys supporting the first argument, ada lah satu call dari sorang perempuan. Lembut je nada dia.
" Betul lah apa yang akak tu kata tadi. Hak perempuan nak pakai apa pun. Tapi kita sebagai perempuan kena la jaga. Kalau pakai bukak sana bukak sini, bukan ke memang menarik perhatian lelaki? Bila orang pandang kata gatal pulak kan? Dah kalau tak nak orang pandang jangan pakai mcm tu. Kalau kita tak nak jaga pahala puasa orang, at least jaga lah puasa sendiri. "
Ada jugak orang yang masih boleh berfikiran waras dan berlandaskan agama. Aku tamaw ulas panjang2 dialog2 ni, semua boleh fikir dan conclude sendiri.
Tapi macam tak puas hati jugak la kat makcik tu. Jalan tutup mata? Hak? Sampai bila nak persoalkan hak individu? Pegang anjing pun individual rights jugak.. Lau camtu langgar jelah lampu merah, hak kita.. Tol aku bayar, cukai jalan bayar, parking pon bayar.. kan?
Tapi tu lah, langgar hak Allah kita tak kena saman directly, bawak kereta overspeed siket, kena tahan dah kat depan.. Huhu..
Hai lelaki, kesian kalian.. Berusahalah! Moga usaha kalian dengan niat yang baik menjadi kiraan timbangan kebaikan.
Pape pun, doakan wanita2 yang berkenaan moga bertemu hidayah.. Ameen~
#sekali lagi, cik penaip ni tidak sempurna, tidak sehebat kawan2 nya, masih mencari cahaya. Doakan lah.
No comments:
Post a Comment