Monday, July 9, 2012

Kanak-kanak itu..

Assalamualaikum..  =)

Alhamdulillah hari tu berkesempatan menjadi committee untuk sebuah lawatan dari sebuah sekolah rendah elit ke UIA. Selain ingin melawat UIA ni, pihak guru meminta untuk menjalankan slot usrah bersama adik-adik dan penekanan khusus dalam bab solat.

Maka, dari 87 orang murid yang menyertai, terbinalah 10 group usrah yang diketuai oleh seorang facilitator setiap kumpulan.

Namun..

Tugas saya hanyalah di unit module dalam slot Ice Breaking. Tak cukup layak lagi untuk saya jadi facilitator yang ala-ala naqibah usrah itu.. hehe

Walaubagaimana pun,  sempat jugak lah saya curi-curi masa untuk borak-borak dengan adik-adik tersebut. Meneliti cara pergaulan mereka.

Tentu satu tanggungjawab yang amat berat untuk guru-guru sekarang. Yelah, handphone anak murid pun lebih canggih dari cikgu. Oh, itu standard la ye?

Tapi, siap bawak i-pad, galaxy tab.. Amboii.. akak pon takde benda-benda tu dik.. huhu

Bila berpeluang berbual dengan guru-guru, ternyata memang benar sangkaan saya, susah nak kawal kanak-kanak tersebut. Mereka telah terbiasa dimanjakan di rumah, nak apa semua dapat, maka di sekolah menjadi sesuatu yang sukar lah bagi guru-guru untuk mengawalnya.

Namun, seperkara yang agak obvious tentang budak zaman sekarang adalah sikap ingin tahu yang tinggi, mudah curious dan enthusiastic.

Lihatlah, nak didik budak zaman sekarang tak boleh lagi guna method zaman dulu. Tak sesuai sama sekali. Para dewasa zaman sekarang perlu menjadi lebih rasional, kreatif dan seimbang dalam mendidik anak kecil agar tidak terlalu keras (bimbang akan memberontak) tetapi tidak juga terlalu lembut (bimbang pijak kepala).

Fuhh.. berat tu! Namun insyaAllah jika diri kita dididik lebih dahulu, maka insyaAllah anak-anak kita juga akan terdidik sekali.

Seperti jawapan Luqman Hakim apabila ditanya oleh seorang sahabatnya bagaimana beliau mendidik anaknya;
"Aku mendidik anakku sebelum mereka lahir lagi, bahkan sebelum aku berkahwin"

Oh, macam mana tu?? Luqman Hakim jawab;
"Didiklah dirimu dahulu, jadilah seperti mana anak yang kamu inginkan"


Pesanan Saidina Ali:
Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.
7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.


ececeh.. tetibe post pasal anak, macam la cik penulis dah kahwin~ muehehe

Tak mengapa, inilah masanya nak cari ilmu, bagi anak-anak kita juga rajin mencari ilmu kelak. InsyaAllah ^^

trivia: sekolah tersebut adalah sebuah sekolah rendah perempuan sahaja

Nanti sy update gambar~


N : akak, akak jangan lari taw, kite suke akak. ni kakak ipar saye! (announce kat kwn2 dia)
aku : erk?? hahaha (persoalannya; suamiku nanti ade adik ke??)




.

8 comments:

Firdaus said...

saya suka budak kecik.,,,

wardatulhumayra said...

budak2...sallu pening nak handle dorang.. macam karenah and perangai. tapi suka kot tengok muka dorang..comel suci tanpa noda lagi.. hee.. :)

Alfi Ramadhani said...

woah~~~ terbaek la mama..~~

sukma atiqah said...

Firdaus- alhamdulillah, mmg ramai yang suke budak kecik~

wardatulhumayra- btol, sbb muke suci xde dosa tu lah buat ramai orang suke tengok dorang ^^

piji- haha.. trime ksh~

nusaibah said...

ehem! nampak gaya mcm dah xlama dah aunty sukma kita ;)

sukma atiqah said...

ehem aunty saibah, ckp siang2 pandang2.. hehe

bukh said...

sedang menunggu jemputan =P

sukma atiqah said...

hahaha.. bukh2~ =D