Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem~

Assalamualaikum..
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
al-Baqarah: 183

Alhamdulillah, dengan rahmat dan inayahNya, bertemu kita di bulan penuh barakah ini, Ramadhan. InsyaAllah.

Orang selalu sebut bulan puasa, bulan puasa. Sedikit sahaja orang yang menyebut bulan Ramadhan. Sedangkan Allah berikan Ramadhan sebagai nama bulan mulia ini. Maka, lazimilah menggunakan term yang betul. Lagi pun, the word ramadhan tu ada maknanye.

Sebenarnya bulan Ramadhan ni ada banyak lagi nama samarannya. InsyaAllah sepanjang entry ini akan diketengahkan nama manja Ramadhan  ;)

Baiklah, sedikit ulasan tentang ayat di atas.

Yang saya bold-kan itu adalah point utamanya.

Maknanya, objective puasa adalah untuk menjadi orang bertaqwa. Simple kan?

Tapi, takde lah sepanjang syahrul 'ibadah ni, kita puasa semata-mata.. Nama pun syahrul 'ibadah (bulan ibadah), setiap amalan-kerana-Allah yang kita lakukan digandakan pahalanya. Memang rugilah kalau kita rasa dengan puasa sahaja dah cukup kita beribadah.

Ibarat orang hulur RM100, tapi kita ambil RM10 je.

Jadi apakah bentuk ibadah yang kita boleh lakukan? Sama seperti bulan-bulan lain;

  • Mengaji al-Quran
  • Bersedekah
  • Berdoa
  • Membantu orang
  • Belajar (pergi kelas dll.)
  • Solat sunat tarawih
  • Qiamullail
  • dll..


Letakkan target kita sepanjang syahrul tarbiyyah (bulan mendidik (diri)) ni. Contohnya;

  • Khatam Quran
  • Ma'thurat pagi dan petang
  • Qiamullail (at least 2/3 kali seminggu)
  • Teliti makna ayat Quran
  • Pergi majlis2 ilmu agama at least seminggu skali


Apa yang penting, kita buat ikut kemampuan kita.

Jangan pulak awal-awal ni, kalau boleh semua benda kita nak buat. Tapi dah hujung-hujung nanti, masa-masa yang lebih barakah tu nanti kita dah liat. Sebabnya? Dah habis tenaga pecut awal2..

So, maintain the speed.

ramdan nights by funkyah

Meriahkan syahrul maghfiroh (bulan keampunan) ini dengan senyuman, zikir dan ibadah!

.

No comments: