Tentu lah, ini kali pertama. Semua benda rasa tak kena. Tudung yang dah elok pun, nak elokkan lagi.
"Dah ok dah tudung tu. Macam mana pun tudung tu wajah ika tetap sama. Apa nak takut sangat nya??". Mama rimas kot melihat anak buahnya yang seorang ini tak senang duduk.
Avanza biru mama berhenti betul2 di hadapan pagar hitam itu. Syahmi, sepupuku darjah satu keluar kereta dan terus berlari mendapatkan rakan2 nya. Aku terdiam.
"Aik, tak nak turun ke?" tanya mama. Aku sengih. Sambil tangan membuka pintu kereta.
Turun dari kereta, aku membetulkan kain kurung biruku pula. Aku serba biru hari ini. Warna kegemaran. Lagi pun biru boleh menenangkan. Harapnya. Tapi macam kurang efisyen pulak kata2 tu nak dibandingkan dengan situasi aku sekarang.
Langkah kususun penuh tertib memasuki perkarangan Maahad Tahfiz Faqeh, Temerloh. Aku bakal bergelar guru. Kelihatan beberapa orang kanak2 lelaki berkejar-kejaran. Riuh dengan suara kanak2. Happening.
Ku menghala ke pintu masuk banglo dua tingkat itu. Di pintu aku disambut oleh Ustaz Zaharim, guru besar. Beliau menyuruh aku terus ke pejabat dan tunggu di sana. Aku pun masuk dan terus ke pejabat. Aku sememangnya dah tahu kedudukan pejabat kerana aku di-interview di situ.
Sedang berjalan aku disapa.
"Hah Saiful, ni geng aok(awak) nih" Aku menolah sekilas. Tak faham. Yang bersuara tu, Ustaz Faiz. Seorang lagi Ustaz Saiful.
Aku terus menanti dalam pejabat. Mereka ada perhimpunan di luar. 'Yelah, hari ni kan isnin'
Usai perhimpunan, bising kanak2 riang itu berjalan memasuki kelas masing2. Ada lah jugak yang terintai-intai aku. 'Ustazah baru' bisik mereka. Soseh soseh je dengar. hehe
Seketika lepas itu, Ustaz Zaharim masuk. Beliau pun maklumkan padaku yang aku akan mengajar subjek Sains darjah 1 hingga 4 (memang kat sini sampai darjah 4 je ade) dan Maths darjah 3 dan 4. Selain tu, pendidikan seni dan pendidikan jasmani.
'huh??? apa lah yang aku tahu tentang pendidikan jasmani? seni boleh tahan lagi!' dalam hati jelah.
"Err tapi ustaz, saya mintak ajar Bahasa Inggeris." Aku bersuara.
"Oh, takpe2, kita dah ada tenaga mahir dalam bidang tu. Dari sijil2 awak, rasa nye lagi sesuai kalau ajar sains dengan maths." tenang jawapannya.
Aku pun terdiam. 'Aduhh'
"Ha, satu lagi. Ustazah berapa juzuk?" soalnya setelah melihat sijil hafazanku.
"Oh, err ###"
"Bolehlah nanti tolong jadi tukang tebuk atau ganti saya untuk kelas tahun 4"
Terdiam lagi. Rasa macam tak layak.
Dan aku jugak guru kelas tahun 1. 1 Nafi' "
"Ok, sekarang ni awak duduk dulu dalam ni sebab sekarang waktu tasmi' budak2 ni"
-kelas: 1 Nafi' guru kelas: Ustazah Atiqah- |
************
Begitu lah hari pertama aku bekerja di Maahad Tahfiz Faqeh.
blkg: aku, kak aainaa, (2 guru tadika), u.Faiz, Saiful
depan: u.Zaharim, u. Alia, u. Aziah, u. Diana, u. Zalizan
Selepas dalam 10 minit duduk dalam pejabat tu, Ustaz Saiful masuk. Kami berkenalan Rupanya maksud 'geng' yang Ustaz Faiz mention tadi is, kami sebaya. Takde lah aku panggil dia ustaz dah lepas tu. Saiful pun tengah tunggu result SPM. Samalah dengan aku. Tapi dia start mengajar sejak sesi persekolahan mula lagi. Minggu lepas. Aku ni masuk minggu kedua dah.
Dialah yang beritahu aku; " Budak2 ni nakal. Awak marah je. Rotan pun takpe. Ni ha ade rotan satu lagi. Guna je." Aku nak marah anak orang takut! Serious tak berani!
Kelas pertama aku masuk, darjah 3. Ada 2 orang je student tapi mcm 30 orang riuhnya mereka ni. Amir si pengusik dan Arif si pen-jerit. Diorang saling melengkapi. Yang ni kacau, yang tu menjerit. Yang ni jatuh kerusi, yang tu tolong gelak. Yang ni keluar toilet tak tutup pintu, yang tu marah2 tapi last2 aku jugak kena tutupnya. Sorang siap kerja, sorang lagi tiru. Sorang minat Sains tapi tak suka Maths, yang sorang lagi tak minat Sains tapi suka Maths. Sorang mengusik aku, sorang lagi gelakkan aku. Adoi la budak2 ni..
Secara jujurnya, profession guru memang mencabar. Sangat mencabar sebenarnya. Nak2 pulak dapat student macam budak berdua ni. Tapi, dengan mereka lah kenangan banyak tercipta.
Ada sekali tu, hari kedua kalau tak silap. Aku naik tangga ke tingkat 2 nak masuk ke kelas tahun 3. Amir halang dengan pembaris kayu kuning panjang tu.
"Eh, nape ni?" aku tanya.
"Nah ustazah." Dia hulur pembaris tu. Aku tanyalah kenapa.
"Ustaz Saiful suruh bagi kat ustazah. Dia kata kalau kitorang nakal ustazah kene pukul guna pembaris ni." Dengan jujur dan telus nya dia menjawab. Ya Tuhanku, nak gelak golek2 rasanya masa tu. Kalau aku lah jadi mereka ni, aku sorok pembaris tu! haha Tulah Amir. Dia ni super nakal dan hyperactive nya. Tapi kadang2 dia sweet. Dia senyum buat aku pon nak tersenyum. Memang tak jadi nak marah dibuatnya!
Amir & Arif |
Tapi memang semua student kat MTF sweet. Kalau buat je muka sweet dorang tu, rasa macam terbantut siket nak marah. Tapi marah jugak!
Pernah jugak sekali tu, suasana tengah hening dalam kelas tahun 3 tu, tiba2 ada bau yang sangat tidak menyenangkan. Rupanya Arif melepaskan anginnya!! Ya Allah! Aku dengan Amir berlari keluar! Hahah! Saiful dari kelas depan datang tanya kenapa. Amir semangat sangat lah cerita salah orang lain! Saiful pun nak masuk kelas aku tadi tapi terhenti kat pintu je. Hahaha! Arif pulak sengih2 je dari dalam kelas. Macam2 kerenah betul!
Waktu Maths di tahun 3 jugak ada cabaran yang aku tak sangka. Topik: Division. Susahnya aku nak bagi dorang faham. Nak2 pulak si Amir yang ada je arguments dia! Akhirnya aku keluar kelas cari bantal, tekup kat muka dan menjerit! hehe.. Pastu berebut pulak bantal tu dengan Ustaz Faiz. Isk3..
Amir selalu cakap; " Ustazah Atiqah, nape ustazah marah macam tak marah?" Boleh dia kata aku marah main2?? Padahal darah dah menyirap sampai ke muka pun boleh dia cakap macam tu? Tu yang paling aku tak tahan dengan Amir ni. Dia tak nampak yang aku tengah marah!
Hari Jumaat waktu ustaz2 dan student lelaki darjah 3 dan 4 pergi solat Jumaat, aku lah kena jaga budak2 yang lain tu. Terasa macam mak orang dah masa tu. Dengan kena masak nasi, hidangkan, guard these kids, suruh budak2 ni zohor jemaah and the toughest one is nak kena paksa kanak2 ribena ni tidur! Aku tak faham betul dengan mereka ni, tidur pun kena paksa. Maybe dorang tak tahu nikmatnya tidur tanpa memikirkan hal lain.. Memang orang dewasa je lah yang faham. Nak suruh tidur tu, sampai aku pulak mengejar dorang. Dengan tangan pegang rotan, kejar keliling bangunan tu, adoii.. macam mak tiri! Kalau ada lah jejaka idaman tengok, memang out of list dah aku! hahaha
Anis, tahun 1. Sangat suka merayau dan hanya nak mengaji dengan aku jer! ^^,
Begitulah serba sedikit karenah budak2 tu. Belum lagi masalah, muntahnya, buang air dalam seluar lagi.. Macam2 perangai. Yang malas mengaji, dah hafal tapi tak mahu tasmi; pun ada jugak..Belum campur dengan aku sendiri yang kekadang lupa diri bila dengan budak2. Pernah terlajak tidur tengah hari dengan budak2 ni sampai Ustaz Zaharim naik atas ketuk pintu. hikhik.. malu!
Masuk bulan kedua Ustazah Atiqah kerja di situ, masuk lah seorang lagi ustazah. Kak Aainaa. Inilah geng aku sejak tu. Kalau tidak, duduk pun dengan budak2 je tak pun sekali sekala borak dengan Saiful. Dengan Ustaz Faiz mula2 macam segan mungkin segan kerana hormat al-hafiz yang hebat ni. Lama2 jadi biasa jugak.
Aku dengan Kak Aainaa rapat. Sangat rapat. Dia dah pernah kerja kat MTF 4 years before, after dia SPM. Lepas tu dia sambung ambil forensik. Lepas 4 tahun tu lah dia kembali bekerja sementara nak sambung MBBS (kot). Aku respect her. She already got the offer to further to India but her mother did not let her.
Sepanjang hampir 5 bulan aku berkerjaya sebagai ustazah sains di sana, I've joined their 4 main programmes. Lawatan ke Terengganu (aku kena buat paperwork), lawatan ke ladang itik, hari ibu bapa dan sports day.
Lawatan ke Terengganu tu boleh kata aku yang handle because I know more about Terengganu than others in the school. We stayed for a night at Mayang Sari Resort, Dungun before went for visit to Imtiaz Dungun. Kelakar betul reaksi cikgu2 aku.
Saiful, u. Faiz, (Luqman dan ibunya), k.Aainaa, aku |
"Sukma cikgu budok2 ni ke??" Cikgu Hamizah tak percaya. Haha. Siap tarik aku duduk sebelah beliau masa Umi bagi ucapan. Kami borak2. Cerita perasaan yang sama jadi cikgu. Hehe
Hari ibu bapa pulak was totally asing for me. Yelah, before this mak dengan ayah datang sekolah berjumpa cikgu bercakap pasal prestasi kita, sekarang; parents pulak datang pada aku dan aku yang bercakap pasal anak2 mereka. Waahh! Kadang2 macam tak percaya pulak! Even now, I still cant believe I was a teacher!
Sports day. Aku guru rumah kuning. Eh, ye ke?? tak ingat! Tapi sekali dgn Ustazah Diana. Kami buat tema rama2. Masa sama2 dah pakat nak pergi beli barang, semua accidentally met kat Cowboy. Slah sebuah pasaraya borong di Temerloh. Lawak masa tu. Kononnya nak bertanding rumah sukan paling cantik. Tengok2 sama2 beli barang. Haha
Masa ni lah aku dapat gelaran baru. SESUNGUT. Saiful lah punya kerja. Ada ke dia panggil aku sesungut, siap dgn gaya sekali.
Pernah satu hari tu, Ustaz Faiz panggil aku masuk pejabat. Masa tu, budak2 tengah rehat. Aku pun masuk lah. Saiful dah ada di dalam. Ustaz Faiz suruh aku duduk di depan komputer. And cari perbezaan antara dua gambar pemandangan. Aku agak the scenery was in Mauritius. Dia pun dengan baik hati fullscreen kan both pictures. Katanya, dia dengan Saiful dah puas cari tapi tak jumpa. Saiful pun menyokong. Then, aku pun mengkhusyukkan dan menfokuskan minda mencari. Masa muka aku sangat rapat dengan computer screen, suddenly keluar muka hantu yang superb huduh plus bunyi seram! Aku, menjerit lah! Terbahak- bahak dua orang lelaki tu gelakkan aku! Ces! Pucat muka aku! Dan2 lah Ustaz Faiz slow kan volume speaker. Hahaha! Tahu pulak korang gelabah ea! Malu sebenarnya. Menjerit camtu. Tapi bila ingat semula, lucu pulak.
Petang tu, aku dengan Saiful kenakan Ustazah Zalizan pulak. Lepas tu Ustazah Diana. Hahaha. Lawak betul! Bak kata Ustazah Zalizan, "Hish, memang budak2 lagi kamu berdua ni!" hehe *wink!
************
Now, its almost more than a year since I left the school. Terasa seperti ada rindu bertandang di hati. Birthday present dari murid tahun 4, Betty si ikan laga
~ammar, madani, firdaus, aisyah, alia, najihah, syamilah
Saiful pulak sekarang di Kolej Tahfiz Klang.
Kak Aainaa pulak dah sambung belajar lagi di UKM.
Dan aku di sini, mengimbau kenangan yang menyapa fikiran. Tak mungkin aku lupakan kenangan ini. Tak mungkin.
Kepada bakal2 guru di luar sana, sila lah menuntut dengan aku! hehe.. Takde lah, pointnya is, menjadi guru bukan mudah. Akarnya adalah kesabaran. dan tahan gelak! hehe.. Ilmu pun kena melangkaui apa yang kita ajar. Tak semstinya sains yang kita ajar, sains je kita kena fokus. Soalan mereka di luar dugaan. be prepared!
Cuba selitkan jugak unsur dakwah dan tarbiyyah di celah2 nya. Anak2 kecil ni lebih mudah untuk dibentuk. Jadilah guru yang boleh dicontohi, dihormati dan boleh menjadi sahabat.
*Masa kecik aku nak jadi cikgu. Dah tercapai. Tapi aku masih nak lagi. huhu..
16 comments:
amboi ustazah atiqah.. ade jejaka idaman da ke..
erk.. hehe
jejaka idaman tu rekaan semata-mata.
tiada kaitan dgn yg idop mau pon mati.
hehe.. ;)
slm sukma..wahaha..seronoknya jadi cikgu , kan?
tu cita2 saya dari kecik..baguslah ika..keep it up!!
cam kenal je ustaz faiz 2.. die jadi imam masjid abu bakar temerloh skang nieyh kalu xclap la..
yup, mang ust faiz imam situ..
kdg2 bg khutbah kan?
salam ukhuwah,seronoknya pengalaman sukma.he2.guru muda yg mithali
a'ah.. merdu gak suare die..huhu
hahahaha...gelak golek bace cite ustazah atikah!!
sukma lari bawak rotan ke??
hoho..ni kalo sukma cite direct,lagi gempak nih..mst banyak lg kan??
hehe.. hai nurus!
iye, sy lari bwk rotan, mcm xsdar je yg sy pkai bju kurung.. skill galah pjg pon kene ade mase jg dak2 ni.. dri jaoh cpai rotan, bile xkene dorg bleh plak ejek?! tu yg mncabar tuh! hehe
aah. byak lg perangai dak2 ni.. kalau bleh borak2 face to face bez kn?? cm kat dorm dulu2..
huhu.. rindu nye!!
best nye!!!
nice nice nice!!!
wuwuwu...rindu nk ngaja balik!
:-)
yup, sgt rindu! =)
salam....suk!!nk tergelak nih..hehe,pndai r sukma menulis=)
hehe.. trima kasih fqah! =)
nice sharing.. mmg best jadi cikgu. Tapi apakan daya? Bidang pon dah lain kat ukm ni..
yup, same lah.. bidang da laen..
Post a Comment