Sunday, January 30, 2011

Aku cemburu.....

Melihat suasana itu, hampir menitis air mata ini.. Kini baru kusedar, aku semakin jauh dari-Nya. Dan aku jugak jauh dari Rasulullah SAW.

Terasa seperti hati ini dah tersangkut di sana. Jasadku pulang meninggalkan separuh hatiku di sana.

Sungguh, aku jatuh hati dengan majlis itu.

This was my first time joining such event that I never know how great the feeling is being in there. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang merasainya sebelum terlambat.

Terfikir pulak, mawlid di stesyen TV Al-Hijrah dulu tentu lebih menarik. Lebih meriah kerana lebih terbuka. Pada masa itu, hati aku macam terdesak jugak nak pergi tapi kebetulan pada tarikh yang sama aku balik Temerloh. So, melepaslah.

Adalah baca entry sahabat2 yang berkesempatan ke sana, itu lah yang lebih menarik hati aku untuk menanti susulannya.

Apa yang aku cemburunya?

Aku jealous bila tengok mereka-mereka yang ada di situ tentu sentiasa mengikuti program-program macam ni. Mereka nampak lebih rileks dan serba tahu. Aku pulak, amat excited. Tapi sorok dalam hati jelah. Segan pulak nak tunjuk. Ni bukannya nk naik roller coaster for the first time nak tunjuk sangat excited tu kan..

Terasa betul masa tu diisi. Mungkin sebab aku dah agak lama tak join majlis-majlis ilmu agama sebegitu.

Pengisiannya ringkas je tapi padat. Bukanlah panjang berjela. Tapi point nya sampai dengan mudah. Cerita pasal Rasulullah. Semua orang dah tahu. Its just like to remind us.

Aku suka dengar cerita-cerita nabi, sirah-sirah ni. Suka sangat! Sampaikan dulu, aku pernah berangan bakal suami aku nanti kena tahu banyak cerita nabi-nabi, sirah pahlawan and semua tu lah.. Sebab nak mintak ceritakan pada aku.. *mengada-ngada pulak

Lucu kan? hehe.. Aku tahu, bukan senang nak jadi orang macam tu.. Kalau ada pun, siapalah aku~ (dlm nada lagu Amy Mastura)

Eh eh, terlajak dah! Berbalik semula kes kecemburuan aku.

Kadang-kadang aku cemburu jugak bila tengok diorang join such programs ramai-ramai. Yelah, mesti lah kita ajak kawan, member rapat kan.. Tapi, tataw lah.. Nak jelez jugak, nak wat cemane. Aku nak join jugak.

Tentang program ni, Alhamdulillah aku duk kat UIA ni. Sebab program-program macam ni memang di-expose-kan dan diiklankan merata. Tapi nanti, kalau dah masuk dunia kerjaya nanti? Macam mana nak tahu?

Oleh itu, aku berharap sangat kepada sidang pembaca yang ada maklumat tentang program-program macam ni, share lah dengan aku ye..

Aku pun inginkan ketenangan itu juga. Aku pun inginkan ukhuwah itu juga.

Convert agama #2

*sambungan dari previous entry*

Ustaz Fitri ni antara kerja dia adalah bagi nasihat dan khidmat counseling untuk mereka yang mintak tukar agama. Lebih kurang nak me-neutral-kan semula mind-set mereka. Katanya, setiap hari ada orang datang padanya minta tukar agama. Pada hari forum tu saja, ada 2 orang mintak murtad, hari sebelumnya 4 orang.

Astaghfirullah.. Moga-moga iman mereka terpelihara.

Isu seterusnya adalah satu isu yang agak sensitive. Aku pernah terfikir tentang ni tapi ilmu yang ada terlalu cetek. So, topik nya is, kenapa bila Islam orang kaitkan dengan Melayu? Apa kaitan Islam-Melayu?

Mentaliti masyarakat kita, generally, Malaysians memang macam tu. Seolah-olah tertulis Islam-Melayu, Hindu-India, Buddha-Cina. Kata Ustaz Fitri, benda ni sebenarnya bukan salah kita. Sejak undang-undang negara ditubuhkan dulu, memang dah tertulis macam tu. Tugas kita sekarang ni lah untuk merubah pandangan dan perspektif tu.

Contoh yang diberi Sifu Nasir adalah Brother Lim. Dia Chinese but Muslim. Orang kata dia masuk Melayu sebab Islam. Apa yang ada pada dia tu orang nampak Melayu? Muka pun memang purely Chinese. Di sinilah bro Lim ambil langkah bijak untuk merubah mindset masyarakat.

Beliau Islam tapi masih Chinese. Buktinya, for sure lah muka dia and another one is his name. He didn't change his name. It's still Lim Joi Soon. Apa ada pada nama? Nama Muslim tak semestinya kena dalam Arabic. As long as the name means good, that doesn't be any matter.

Kalau katalah nama arab hanya untuk Muslim, warga Mesir, Syria and in the middle-east countries yang non-muslim kena tukar nama and guna English names lah? Tak kan?

Encik moderator dan Bro Lim ada pengalaman yang sama. Mereka ke masjid tapi kena halau! Because they are so so Chinese-look (of course lah, originally Chinese)

Bro Lim pergi masjid untuk sembahyang subuh. Lepas tu pak cik guard masjid yang kononnya menjalankan tugas tu  boleh jerkah dia "Hey, lu nak pergi mana??" Bro Lim kata, kalau ikut hati memang kena tengking balik lah jaga tu. Tapi dia sabar je. Cakap je lah nak gi solat subuh.

Sifu Nasir pun kena halau dari masjid. Katanya, buat malu je lecturer UIA kene halau! hahaha.. Di sebabkan dia geram, terus dia speaking Arabic dengan pak guard tu. Baru lah jaga tu bagi masuk. Padahal satu line je dia speaking, tanya nama pulak tuh! hahaha

Jelas kan, orang memandang Islam untuk Melayu. Tidak! Islam adalah universal! Bangsa apa pun berhak menerima Islam. Jangan sempitkan pemikiran kita. Murtad agama memang wujud, tapi murtad bangsa tidak akan berlaku walau mati hidup semula pun!

Jangan jugak pandang pada pakaian. Aku rasa lah kalau these brothers pergi masjid pakai baju Melayu or jubah or bersongkok or berkopiah, mesti jaga tu tak halau kan? Lihatlah, betapa kita mengecilkan skop pemikiran kita!

Masa forum tu, Ustaz Fitri pakai kurta. Ada masalah? Tak de.. Syarat pemakaian mudah je, menutup aurat dan as long as pakaian tu tak menyerupai pakaian keagamaan lain. Kurta, punjabi suit bukan pakaian keagamaan tapi pakaian bangsa. So, no hal lah!

Tidak ketinggalan jugak isu Islam= Terrorism. Tapi, isu ni tidak lah dikupas mendalam sangat sebab masa zaman mereka converted to Islam, tak ada lagi isu terrorism ni.

Satu contoh yang Ustaz Fitri bagi yang buat aku terfikir, tidak adilnya pemerintahan dunia sekarang is; Apabila certain negara diserang, katanya terrorists yang buat. Bangunan tu runtuh, tempat tu kena bom semua terrorists, and that terrorist is referred to Muslim.

Sedangkan kalau dekat Eropah tu, Christian Catholics and Christian Protestants perang takde pulak mana2 antara dua tu dituduh terrorist! Kenapa? Sebab dua-dua Christian ke?

Sebenarnya banyak lagi yang telah dikongsi dengan kami. Sepanjang forum tu, memang meriah. Forum tu santai, fun but informative. Sangat menarik. Kalau ada yang menguap tu, memang ajaib lah because the forum was very interesting. Leka siket, terlepas lah info menarik.

Maybe jugak seronok sebab mereka2 ni banyak pengalaman. Pengalaman tu lah yang berharga. Bukan semua orang ada the same experience.

Point lain yang aku dapat, dakwah. Selagi ada non-Muslim, selagi tu lah kerja dakwah tidak boleh berhenti. As mentioned before, dakwah does not solely mean to speak or deliver speech or ceramah what so ever, but the most important is our attitude.

So that people know, "Ohh.. Islam teaches this, not to do this, must respect this... bla bla bla"

Bro Lim cakap, brothers Christians yang sampaikan dakyah2 mereka tu sangat2 komited. Semua orang dah exposed tentang ni. Even duit pun dorang hulur sebab apa? There is a thing that motivate them to do so. What is that?

Mereka tak lupa jasa dan pengorbanan Jesus yang rela to be crucified to protect the people. -fahaman mereka-

Tapi kita? Begitu banyak jasa dan pengorbanan Rasulullah, ter-motivate tak kita? (korang selawat tak lepas sebut Rasulullah? haa, dari situ boleh nampak korang appreciate him or not)

Benar, jalan dakwah bukan senang. Kekuatan mental dan rohani diperlukan berganda dari fizikal. As for now, rasanya cukup kalau kita tunjukkan attitude yang baik sebagai image and first impression towards Islam.

Biar orang kenal Islam dan orang Islam tu kerana Islamnya. Ambil ayat Cat Stevens@Yusuf Islam sebagai teladan,
"Saya rasa bertuah kerana menjumpai Islam sebelum melihat orang Islam"
Sepatutnya indahnya Islam is reflected by the Muslim, but clearly it is not happening.


*Islam is universal but not liberal*



 ++ Saidina Umar ambil masa 10 tahun untuk habiskan Baqarah. Yes, the second surah in Quran, The longest but why until 10 years? Kita pun tak sampai sebulan kan? 
"Selagi aku tidak dapat mengamalkan setiap ayat yang aku baca, aku tidak akan bergerak ke ayat seterusnya"


  #tak sempat snap any pictures sbb sronok sgt mengutip pengalaman dan ilmu mereka  =)
 


Saturday, January 29, 2011

Convert agama #1

Assalamualaikum.  =)

Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, aku nak share siket apa yang aku dengar dalam forum Religious Tolerance semalam.

This Perkim-organized program was moderated by one of IIUM lecturer, Sifu Nasir. While the panelists were Ustaz Fitri Abdullah(ex-Hindu) and Bro. Lim Joi Soon(ex-Buddhist, ex-Christian).

Soalan first bila kita jumpa mualaf of course would be how did they converted to Islam, what are the things that encourage them and such things.

Ustaz Fitri: He was taught since a child to be a very devoted Hindu. He learned about all the Hindu gods (330 miliion gods). But as he learned more, he got confuse more. Memandangkan dalam agama Hindu, tuhannya banyak tapi yang sebenarnya satu. Yang banyak tu lebih kurang deities je, bukanlah tuhan. A little bit confusing here.

Aku ada belajar subjek Religions in Malaysia. Ala-ala comparative religion jugak la. So, ada la serba sedikit ilmu tentang agama Hindu tu.

Disebabkan ustaz ni nak menyembah tuhan yang satu tu, beliau pun bertanya dengan orang2 alim Hindu. Mereka semua cakap tuhan tu satu tapi bila disoal macam mana nak sembah tuhan yang satu tu, nobody can answer it. Di situ lah timbulnya niat to seek the truth.

Reason kedua; pada usia beliau 28 tahun, lepas balik dari kerja, beliau nak tengok tv. Bukak, bukak tv tu tengah rancangan ceramah perdana (ke apa ea, yang perdana, perdana tu dulu). Kebetulan masa tu, Ustaz Haron Din tengah bercakap.
"Tak kira lah dia buat baik macam mana sekalipun, bersedekah ke, senyum ke, tolong orang susah ke, tolong anak-anak yatim ke kalau dia tak beriman, semua tu Allah tolak"
Ustaz tu agak marah la, dia rasa dia dah buat semua kebaikan but still, why he will be thrown into the hell? Dari situ lah dia tergerak mengkaji agama Islam. Sehinggalah masuk Islam. Alhamdulillah

Bro Lim: Masa kecil, dia main dengan budak-budak Islam jugak. Satu hari tu, ada seorang Buddhist gaduh dengan budak Islam.
"Kenapa engkau sembah dan sembahyang mengadap patung yang tangan orang sendiri buat?"
"Engkau pun apa bezanya, sembahyang mengadap dinding yang orang bina jugak"
"Tapi kami, takde dinding pun kami sembahyang jugak"
"Apa yang kau sembah kalau tak nampak?"
"Heh, kau boleh nampak tak udara? Kau boleh nampak tak angin? Tapi kau tahu ada kan?"-Ini lah yang masuk dalam kepala beliau.
Dia tanya lah ibunya, kenapa sembah benda yang manusia sendiri buat. Mak dia pon terkejut. Bawak dia pergi kilang patung2 Buddha tu minta tukar patung. Pada mereka andai ada yang tak kena dalam rumah tu, mungkin dia salah pilih patung Buddha tu.(lebih kurang camtu lah)

Lagilah brother ni hairan, dia tanya mak dia depan patung tu, kenapa sembah patung yang orang buat? Mak dia boleh pusing pada patung tu and cakap "Maaf tuhan, anak saya tak tahu" -in Chinese lah.

Dia terus wondered, sehinggalah sampai padanya dakyah Christian. He said that, these Christians was so kind, their attitude was so good and the character each of them was very attractive. Ini menyebabkan dia murtad Buddha and converted to Christian.

Wheen he was a Christian, one of his Muslim friend fell sick. So, he went to visit. Masa tengah lawat tu, kawan dia ni tadi ajak tonton video debat Ahmad Deedat. Tapi, kawan dia tu tak berani jugak sangat. Yelah, takut goyah iman. Tapi, dia pulak semangat nak tengok.

Dalam video tu, dia tengok Ahmad Deedat boleh jawab semua soalan dari paderi tu dalam erti kata menjawab soalan dengan betul. Sedangkan paderi tu tak boleh jawab soalan, dia akan pusing soalan tu semula. Dan ketika itu lah, dia nekad untuk mengkaji segala yang diperkatakan oleh Ahmad Deedat.

Dia beli semua buku dan video Ahmad Deedat. Sehinggalah akhirnya dia betul2 kaji Al-Quran. Dia sangat berpuas hati. Katanya, Quran lah satu-satunya sumber yang boleh menjawab segala persoalan. Alhamdulillah, sekali lagi dia murtad, dari Christian to Muslim.

Begitu lah round pertama yang awal-awal lagi aku dah rasa hebatnya mereka!

Soalan seterusnya, penerimaan keluarga dan orang keliling.

Ustaz Fitri: Mengikutnya, dulu, kalau ada orang tukar agama, dia lah antara orang pertama yang mengutuk orang tersebut. Yelah, dia diajar dengan Hindu yang kuat. And as expected, bila dia yang converted, orang akan mengutuk jugak. Katanya, kadang-kadang orang tak kata depan-depan, tapi yang kata belakang tu pun sampai jugak kat telinga dia.

Malah, dia terkena perang psychology dari relatives sendiri. Cakap dengan parents, mereka diam. Cakap dengan adik-beradik, semua diam. Macam tu lah. Even pada hari atok nya meninggal, semua orang menekan perasaan beliau kerana beliau dibesarkan oleh atoknya tetapi tak mahu balas jasa kerana tak mahu terlibat dengan rites(amalan Hindus untuk cremation).

Kerana tekanan itu, beliau nekad untuk tidak pulang ke kampung. Tetapi pabila diceritakan pada Ustaz Haron Din, ustaz yang mengislamkannya, ustaz tu kata, "Selepas beriman kepada Allah dan Rasul, taatlah pada ibu bapa"

Baru lah beliau sedar. Then, setiap minggu dia akan pulang ke kampung dengan memekakkan telinga unutk menziarahi ibu nya. Malah, beliau sentiasa beli barang keperluan dapur dan pastikan segalanya cukup untuk keperluan ibunya. Belaiu juga ambil segala kesempatan bila tahu ada mana-mana saudara yang dalam kesusahan.

Sehingga 2 tahun, barulah ibu dan adik-beradiknya boleh terima beliau semula.

Bro Lim: Lebih kurang jugak cerita dia. Disisihkan family. Tapi tetap jugak dia pulang ke rumah. Walaupun begitu, abag ipar dia suka sangat menyindir dan mengeluarkan kata-kata pedas. Kalau waktu makan pulak, abang ipar dia siap menunjuk lagi yang makan pork tu sedap lah, minum arak tu best lah tapi dia bodoh je sambil cakap "Saya tahu makan itu sedap, maka saya simpannya untuk akhirat nanti"

Soalan seterusnya tentang trend murtad terkini yang semakin meningkat dan kes permohonan murtad yang diluluskan oleh mahkamah syariah.

Manurut mereka, bila dengar je cerita tentang ada orang baru convert masuk Islam, semua orang suka, "Alhamdulillah, bertambah umat Islam" Tapi, apa lagi yang kita buat pada saudara baru tersebut?

Bila naik pulak kes murtad, semua orang marah. Salahkan didikan family lah, tak belajar agama lah, lemah iman lah tapi apa yang sebenarnya orang-orang yang marah sangat ni telah sumbangkan pada mereka?

Kes orang yang masuk Islam lepas tu murtad, pun jugak orang melenting. Sedangkan adakah orang-orang yang melenting-je-lebih ni berikan mereka apa-apa didikan Islam? Berikan contoh terbaik selaku senior Muslim?

Berdakwah tidak semestinya dengan berkata-kata. Attitude kita perkara first sekali orang tengok. Sebagai contoh, seorang yang selekeh, makan takde adab, pakaian compang camping dan tak terurus, ada orang nak dengar dia cakap? Kalau dia cakap bangunan terbakar pun orang dengar tapi tak percaya.

See? Itu fitrah dunia. Bukanlah nak kata materialistik tapi sort of jugak lah. Tak perlu kaya raya, cukup dengan ilmu yang ringkas tapi padat, penampilan yang kemas dan bersih, attitude yang disenangi, InsyaAllah sesiapa pun tadah telinga.

Ada cerita yang dibawakan oleh Ustaz Fitri, seorang wanita Hindu ada beberapa soalan tentang Islam. Dia tinggal di London. So, ustaz tu pun cakap, kalau nak tanya, senaraikan soalan tu. Maka datang lah perempuan tu tadi untuk bertanya soalan2 yang telah disenaraikan. Sebelum ustaz jawab semua soalan tu, ustaz terangkan tentang Islam yang sebenar. Terus dia kata, itu yang dia nak tahu.

Lepas tu, dia balik London. Sebulan lepas tu, dia beritahu ustaz dia dah Islam. Katanya, dia nampak Islam di London tapi dia nampak orang Islam di Malaysia. -Pada musim sejuk, dia pakai yang ala2 snow cap tapi tutup penuh kepala dan leher. Asal jalan je, mesti ada orang beri salam kat dia. Setiap hari orang beri salam padanya. Disebabkan dia duduk kat Malaysia, so dia tahulah jawabnya waalaikumussalam.

Sehinggalah dia sendiri teringin memberi salam pada orang. So, Islam lah dia. Nampak tak, apa yang dikatakan Islam dan orang Islam tu?


To be continued...(panjang sangat dah rase)

Friday, January 28, 2011

-[Tataw nak letak tajuk apa]-

Assalamualaikum.

Before start, baca Kahfi tak semalam? Alhamdulillah, moga istiqamah  =)
(sila rujuk entry sebelum2 ni)

Aktiviti meng-update aku terhenti sebentar sebab dah balik ke kampus. Bukannya tiada langsung idea untuk update, malah mencurah-curah, tapi bila on je laptop, start connecting to internet, connection pulak buat hal. So, terbantut la semangat nak meng-update.

Rabu lepas, aku nak sangat share dengan you all tentang kegiatan seharian aku yang aku kira sangat mencabar dan meletihkan, tapi tu lah.. Banyak pulak halangan dia.

Dekat main campus (Gombak, insyaAllah) nanti, tentu lebih mencabar perjalanannya. Semoga segala urusan aku dan rakan-rakanku dipermudah oleh Nya.

Ahad lepas, aku dan cik roommate merancang untuk ke Petrosains pada hari Jumaat. Makanya kami memulakan perjalanan kami lebih kurang dalam pukul 11 macam tu lah.

Sampai di KLCC dalam pukul 11.20, kami beli tiket dan kemudian masuk terus. Permulaan travel kami tu lah yang paling aku suka sejak dulu. Naik gondola hitam tu., Bermisteri je. Hehe..

Eh, sebenarnya bukanlah nak cerita adventure masuk situ dengan berjumpa Mr T-rex yang menyanyi rap ke apa, sebenarnya nak bagitaw, itu lah kali pertama ke Petrosains dalam suasana yang sangat lengang! Serious takde orang.  I mean, bukanlah takde orang langsug, its just, well you know!

Takde beratur-ratur nak beli tiket, takde beratur nak naik gondola, takde beratur nak naik helikopter.. Pendek kata memang takde istilah beratur pun! Kalau ada pun, lebih kurang 3 families je.. Itu pun dalam lingkungan 3,4 orang je beratur. Bahagia amat!

Kesannya, aku telah mencuba segala permainan yang boleh dicuba. Baling bola, push the lighting buttons, jadi goalkeeper ganti Apex (hikhik), rasa gempa bumi, rase puting beliung, main lumba kereta and everything lah! Semuanya aku cuba tanpa segan silu. Sebab?

Sebab takde orang! Siap boleh jadi guide lagi tok anak2 orang Arab yang kiut miut tuh!

And oh ya, dapat satu open offer untuk jadi volunteer kat Petrosains. Menarik kan? Boleh la jadi kerja memandangkan aku akan bercuti seLAMA 7 bulan nanti.

Seriously puas hati pergi Petrosains hari ni. Thanks to Cik roommate yang beriya sangat mengajak. Kalau tidak, tak merasa lah aku masuk Petrosains dalam keadaan lengang dan tenang.  =)

Lepas tu, kami meronggeng lah kat KLCC tu. I went there without any intention to buy any new book(s), at first. Tapi tu lah, kita merancang, Allah yang menentukan. Terbeli jugak.

In fact, it was worse! Aku beli buku yang harganya mencecah RM100++!! Bukan kerana cover dia (cover dia kosong je), bukan jugak kerana harganya yang mahal (sesetengah org suka benda2 mahal) but because of my personal interest about the genre of the book.

Tambahan pulak Cik rommate sangat memberi sokongan! Kami minat genre buku yang sama. Mostly lah.. Sekarang ni pulak aku dah macam berjangkit dengan dia yang minat sastera. Adehh..

Mula2, nak beli satu tu je, tapi biasalah, mana boleh tahan duk lama-lama dalam Kinokuniya tu. Ada je buku yang aku berkenan. Before jumpa buku mahal tu, jumpa buku ni dulu. Mahal la jugak. RM80++. Dah la poetry. Tak percaya betul aku jatuh hati dengan buku poetry. Yeah, of course English books. Mana ada buku Melayu mahal-mahal mcm tu..

But I really have to choose. Takkan nak beli both kan.. Botak la aku..

Melayang jugak money aku beli buku. Kini terbukti cinta dan kasihku terhadap buku amat-amat mendalam mengatasi segala yang lain aku minat. (Baju, beg, jam tangan etc)

Oh oh, aku actually (was) kumpul duit nak beli jam tangan Swatch idaman kalbu and a blue iPod nano multi-touch tapi nampaknya terpaksa lah aku restart kumpul duit nak beli semua tu. huhu.. (jam tu aku dah usya sejak 3 tahun lepas, menanti bila harga nak turun walaupun sedia maklum ianya TAKKAN turun)

Kami tiba di CFS around 6.30pm. Malam pulak aku pergi dengar forum Religious Tolerance. Sangat menarik! Next entry insyaAllah aku ceritakan sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat tadi. InsyaAllah.

*Terlintas di fikiran: Aunty-aunty Arab (tourists) relax je dengan jubah nya even to KLCC. Orang kita pun tak pandang pelik kan? But why bila orang kita pakai macam tu, dipandang seolah-olah sangat asing? (yelah, klcc kot.. nak gi sane semua nak pakai baju cantik2, liplapliplap, up-to-date etc)

P/S: Promise to myself: NO MORE NEW BOOKS UNTIL BOOK FAIR! [tapi dah ade list nak beli buku and of course beratus jugak.. adehh.. seronoknya kalau boleh bayar dengan senyuman je ;) ]


Sunday, January 23, 2011

Nasib mereka kita takkan mampu rasa, tapi kita boleh selami..

Assalamualaikum.

Eh jap, perasan tak aku macam rajin je sejak 2,3 hari ni meng-update blog ni? Tak perasan tataw la nak kata.. Bukan apa, Januari dah nak habis tapi entry sepanjang bulan ni amat sedikit. So, tak seronok pulak tengok. Lantas, rajin bertandang.

Before aku start berceloteh, kita layan video ni jap. Sesiapa yang rasa tak boleh recall pape masa belajar biology dulu, nasiblah. Tapi, sure ingat punya. Cuma nama-nama je yang tak ingat kot..

video

Selalu kan, asal nak exam besar-besar kita diberi motivasi bahawa kita adalah yang paling bertuah. Kita pernah jadi juara. Kita lah yang terpilih.

Benar bukan? Dari beribu-ribu tu, kita sahaja yang terpilih. Cuba bayangkan kalau itu bukan kita? Wujudkah Minah bt Dolah? Samad bin Mamat?

Aku bukan nak jadi pakar-pakar motivasi jemputan untuk bercakap topik yang sama. Tapi, aku nak ajak korang semua cuba letakkan diri kita sekarang di satu tempat yang lain.

Sebagai muhasabah dan sesuatu untuk berfikir di hujung minggu ni.

Kalau dilihat kembali dalam video tu, semuanya berebut-rebut nak hidup. Eager nak merasa kehidupan di dunia. Berlumba-lumba semuanya tanpa mengetahui betapa hebatnya dugaan di dunia ni. Biasalah budak-budak.. apa yang dia paham.. kn?

Sehinggalah the chosen one berjaya membentuk manusia. Gembiralah hatinya. Hati pun bermonolog dengan riang;
"Nanti dah sampai dunia, nak ucap terima kasih pada mak sebab, beri aku makan dan lahirkan aku. Walaupun selesa duk dalam ni, tapi kat luar tu mesti lagi luas! Tak sabarnya!!"

Maka, lahirlah anak itu.. Namun,
"Bu, mana ibu? Nape banyak lalat kat sini? Ibu, adik takut.. Ada binatang cium-cium adik, adik nak ibu yang cium.. Ibu, adik lapar.."
"Bu, nape ibu letak adik kat sini?"
Tangisannya bergema.. Namun, manusia yang selayaknya diberi penghormatan sebagai seorang ibu, langsung tidak berperikemanusiaan meninggalkan insan suci yang dahagakan cinta dan kasih itu sendirian ketakutan.

Kerana Allah itu maha pengasih lagi penyayang, tidak dibiarkan anak kecil itu sendirian bersama rintihan syahdunya. Allah ambilnya semula. Terkilanlah di hati anak yang kepingin merasa indahnya dunia. Tetapi, Allahhu Latif memujuknya dengan kata-kata indah dan memberinya pelbagai nikmat di sana.

Insan suci itu bersih dari dosa dan noda, meski pun tidak dapat merasa kehidupan dunia, dia hidup lebih tenang di sana. Lebih bahagia dari dunia.. Kalaulah dia tahu, makhluk dunia ini pun mahukan kehidupan itu..

Insan ini boleh lagi dikatakan bertuah kerana sekurang-kurangnya dia dilahirkan juga ke dunia.. Cuba bayangkan yang tak sempat pun membentuk seorang manusia. Bukan setakat angankan dunia, melihat tangan dan kaki sendiri pun tak dapat.

Before pape, awal2 aku nak cakap, dalam entry ni xde gambar real yang wat lembut lutut sbb aku pun xsanggup. Sekian, ejoy the read.

Dalam keadaan janin dia dibuang dari rahim ibunya. Disedut ke dalam mesin yang ibarat mengisar jantung dan kulit yang baru nak develop.

Alat/mesin yang digunakan untuk pengguguran biasanya berlainan mengikut usia kandungan. Cara kejam ini biasanya dilakukan secara haram. Maknanya tiada medical security.
source:Google Images - Click to enlarge the suction of 9weeks or below
Contoh, pada usia kurang dari 1 bulan, janin masih dalam keadaan yang teramat-amat kecil dan rapuh. Alat yang digunakan untuk menyingkirkannya adalah mesin penyedut atau digelar kaedah suction.. Ini lah yang saya mention kat atas tu. Ada sesetengah tu panggil vacuum.

Cuba bayangkan seorang manusia disedut ke dalam vacuum. Korang pernah tak bukak vacuum paper bag tu? Dalam tu kan segala habuk, debu, rambut berselingkaran. Kalau nak cari syiling 50sen pun susah!

Kalau janin berumur lebih kurang 1 hingga 3 bulan, cara lain pulak. Kejam nak mampos yang ni. Dengan menggunakan alat yang bergelar cunam abortus, mereka cuba mencapai mana bahagian yang mudah seperti pinggang, leher dan bahu kemudian dipatah-patahkan. 
source:Google Images -click to enlarge-

 *sungguh sudah kering perasaan seriau aku ketika menaip ini*

Last sekali, jika kandungan berusia lingkungan 3 hingga 6 bulan. Di mana kesemua anggota badan dah sempurna. Nak guna suction, dah keras dah.. Nak main patah-patahkan pun, takut tangan doktor tu yang cramp.

So, mereka gunakan cara macam hukuman bunuh dalam penjara. Eh eh, bukan gantung sampai mati! Racun. Bayi di dalam rahim tersebut diberikan suntikan maut atau ianya digelar sebagai saline abortion. Suntikan itu akan membakar kulit bayi dan menyesakkan nafasnya. Selepas berjam-jam menderita  kekejaman ibu sendiri, akhirnya bayi tersebut mati.
source: Google Images. -click to enlarge-
Kita tak boleh salahkan kenapa pengguguran dibenarkan. Sedangkan berzina yang haram pun orang buat apatah lagi undang-undang manusia.

Lagi pun, pengguguran sebenarnya untuk kandungan yang meninggal didalam rahim. Contohnya, si ibu terjatuh atau kandungan luar rahim, yang mana kedua-duanya membahayakan nyawa si ibu.

Sedihnya.. Berangan nak hidup dalam belaian kasih sayang ayah dan ibu tetapi disumbat ke dalam plastik, dicampak ke tong sampah, ditinggalkan bersama anjing dan kucing, berteriak di tangga masjid dan surau, dibiarkan di tepi jalan.. Na'uzubillah..

Andai mereka hidup, membesar dan menjadi seorang yang soleh/solehah, doa mereka yang kalian perlukan. Andai didoakan balasan terhadap kalian.. Fikirlah sendiri..



*taw tak kenapa alam rahim digelar rahim? Rahim kan bermaksud sayang. Ketika di alam rahim, percayalah mereka yang beruntung, ibu kita sentiasa membelai kita dengan penuh kasih sayang. Diusapnya kita setiap hari dan kalau perasan pabila pregnant woman berjalan, dia selalu pegang perut, seolah-olah menjadi perisai kerana anak itu bakal menjadi kebanggaannya.   =)

*mungkinkah anak2 itu menanti ibunya di pintu syurga?

Saturday, January 22, 2011

Tok! Tok! Tok! Ada orang tak??

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam di kejauhan alam maya.

Tetamu.

Masa aku form1 dulu, dalam pelajaran I'dadi under subjek Sirah Nabawiyah in the first chapter, belajar tentang zaman jahiliah. Di mana wujudnya dua golongan orang Arab. Arab badwi dan Arab madani.

Perbezaan paling ketara yang membezakan kedua-dua golongan ini adalah tempat tinggal mereka iaitu arab badwi tinggal di kawasan pedalaman. Manakala, arab hadari tinggal di tepi-tepi pantai. (mcm subjek sejarah form4 pulak)

Tetapi, persamaan mereka adalah, hidup di zaman jahiliah. Satu zaman yang di mana kegiatan dan altiviti tidak bermoral begitu berleluasa. Namun, tahukah kalian, walaupun mereka ni jahil, memang adat orang arab ni sangat-sangat menghormati tetamu. Inilah antara sifat-sifat terpuji orang arab jahiliah yang aku belajar dulu.

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

Betapa tetamu ni perlu dimuliakan. Kata orang, tetamu bawa rahmat. Pulangya tetamu, perginya dosa kita. Tetamu pun ada hak-haknya yang perlu kita sebagai tuan rumah penuhi. Contohnya;
  1. Menjamu mereka dengan makanan dan minuman yang sebaiknya,mengikut kemampuan yang ada.
  2. Menyediakan tempat tidur bagi memudahkan mereka untuk berehat mengikut kemampuan yang ada.
So, kepada rakan-rakan yang dah pernah bertandang ke rumah aku kat Sungai Buloh tu, was I a good tuan rumah?? Kalau tak, sila tegur ye.. Need to improve it..   =)

Cakap pasal tetamu ni, rumah aku meriah semalam.

Semua adik-adik mak datang rumah. Kami buat makan kecil-kecilan sempena meraikan hari jadi Along Nabiha (cousin), Ayie (cousin) dan Lala (adik) dan sebagai ucapan tahniah jugak untuk Angah Shadiq(cousin) sebab dapat asrama lepas PMR baru2 ni.

Wan (nenek) pun ada, tapi atok takde. Outstation. Semua ada kecuali atok dan anak-anak mama(mak sedara) dan bibik mama. So, tak dapat la nak jumpe Dik Ya yang comel melampau dan mulut becok tu..
left- cheese cake. right- chocolate cake yg kehilangan ultraman & doraemon di atasnya

Menu nya, for sure lah ada cake. 2 bijik pulak tu.. Adoii.. dah la kenyang makan gulai ikan patin(kome org pahang.. hehe) ngan udang special yang gedabak-gedabak, tambah lagi kek yang mummy beli untuk along, ayie ngan lala. Fuhh.. gemuk la aku..

Pape pon, alhamdulillah. Seronok bila semua ada berkumpul ramai-ramai. Biasanya berkumpul kat rumah wan kat Temerloh tu, semalam buat kat rumah Sungai Buloh pulak. Orang semua sama je. Tapi suasana ada lain siket.

birthday boy, ayie the boy in brown pijama
Kat Temerloh, budak-budak buat bising kat tingkat atas, kat sini takde tingkat atas, terjerit terpekik terlolong semua dengar sampai ruang tamu. Kat ruang tamu golongan bapa-bapa berborak masalah global. Ruang makan pulak, ibu-ibu dan gadis-gadis remaja bukak kedai kopi.
suspek&tertuduh dikenalpasti. suspek: Qim. tertuduh: Ayie(culik doraemon), Iman(culik ultraman*fanatik ultraman kot)

Akhir kata, selamat melangkah ke alam remaja to my sis, Lala yang dah masuk 12 tahun. Selamat menjadi remaja separa dewasa to my cousin, along yang dah masuk 18 tahun. Dan, selamat menjadi kanak-kanak riang ria di sekolah to Ayie yang dah masuk 5 tahun.

Oh oh, angah. Selamat menjalani kehidupan baru di asrama. Enjoy it ngah! You will miss it damn much one day when leave the school. Ha, kakak tak rasa ada orang nak buli ko ngan badan kental macam tu tapi takut ko je yang buli orang..

*tadi g jln2, tgok beberapa org yg sgt tak sabar tunggu lif. Ditekannya button lif tu berkali-kali. Encik/puan, doing that doesn't speed up the lift at all. Merosakkan button ada lah. Sila tunjukkan moral yang baik in public ok, especially when there are kids around you. Thank you.

Friday, January 21, 2011

Hari ini hari Jumaat =)

Salam penghulu segala hari.. Selamat hari Jumaat..

Before I start my 'leteran' today, have you checked on the updated entry? I just added some photos and a video about the program.

So, buat apakah anda hari ini? Aku di rumah sekarang sejak semalam. Rasa macam dah lama je tak balik rumah.. Ada lah dalam 3 minggu.. Ha! Mesti yang orang jauh- jauh tu nak cakap dia lagi lama tak balik kan?? Jangan tipu lah, I know what your heart says..  =P

Takpe lah.. Standard lah tu. Dulu masa aku sekolah di Terengganu, dua bulan sekali baru balik Sg. Buloh. Masa tu budak lagi tu, kuat jugak aku kan.. hehe  *terangkat bakul sendiri*

Cuba kalian renung sebentar, perjalanan hidup kita.. Adakah makin besar makin jauh dengan family atau makin besar makin dekat?
-not too far away by hidlight, deviantart-
Kalau aku, makin besar, makin dekat.. Err, sekolah rendah tak masuk list lah, semua sekolah rendah dekat dengan dengan rumah kan? Sekangkang kera je.. Belakang rumah aku berekor-rekor kera.. Kadang dulu, balik sekolah jalan kaki, kera yang sambut dekat simpang nak masuk rumah.. Kera-kera tersebut siap buat roadblock lagi.. Mereka beratur panjang-panjang block jalan aku.. Kuang asam betol..

Lepas tu aku da takut nak jalan kaki.. Started from standard 5 to standard 6, I rode a bicycle to school.. Turun bukit paling best! Ada sekali tu, rasa macam dah pro, tak control handbrake pon, sekali terlajak langgar pintu kabin hijau yang dulu lebih kurang macam 'guardhouse' la.. hahaha.. (eh, korang jgn bayangkan basikal aku 'basikal gadis ayu' yang ada raga kat depan tu.. basikal aku lebih kurang basikal laki taw, but not the racing one lah..)

Lepas langgar tu, tergelak.. Padahal cuak terlajak masuk parit! Dalam  hati dah ready dah, kalau Cik Murni tanya buat apa kat kabin tu aku nak jawab "rehat kejap".. haha.. tak masuk akal langsung!

Manakala, naik bukit adalah detik-detik paling sakit.. Kadang-kadang saja je cabar diri, jangan turun, kayuh je.. Sudahnya, sampai sekolah kaki lenguh gila! Mujur tak cramp!

Panjang pulak mengimbau kenangan. Point tadi, semakin besar, semakin dekat dengan family kan? hehe.. Ok, continue, sekolah menengah di Terengganu.. Jauh gile aku rasa. Dah lah di sana sebatang kara, tiada sanak sedara mara.. Nak balik setiap hujung minggu? Jangan harap lah.. Tapi boleh kata setiap minggu gak balik dulu.. Masa form1.. Teruk kan? Dah lah  ayah drive pergi balik. Teruk betul aku!

Sekarang di Petaling Jaya. Adalah lebih kurang 45minit dari/ke rumah. Akan datang, InsyaAllah di Gombak. Lebih kurang 30 minit sahaja dari/ke rumah. *masa yang dinyatakan tidak termasuk traffic jam. Lau jam, sehari pun boleh jadi..

Ok, cukup lah renungan kita bersama hari ini.. Masuk sesi serius pulak. Semua orang tahu Jumaat adalah penghulu segala hari dalam seminggu ini. So, apakah special nya Jumaat ni?
-Smile, it's Friday by meppol, deviantart-
A) Adakah kerana ada Good Friday? Ops, itu bukan sambutan seorang muslim. Good Friday is a religious holiday observed by Christians. Ianya adalah bersempena dengan hari di mana Jesus disalib dan kematiannya.

B) Atau mungkinkah kerana wujudnya restoran TGI Friday's. Of course no. Aku ada dengar rumors yang mengatakan asal usul nama TGI ni sebab ada kaitan dengan Good Friday. Wallahua'lam.

C) Mungkin jugak sebab its the last working/class day of the week?

Jawapannya.. Neither A nor B. C maybe. But the most important as a moslem that we must know are these:-

Banyak amalan yang telah disunatkan pada hari Jumaat. Antaranya adalah:-
  • Mandi
Sabda Baginda yang bermaksud,
"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat,maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

  • Potong kuku
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

  • Baca surah Kahfi
rujuk bottom of this entry

  • Perbanyakkan doa
Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin telah berkata dalam bab yang menerangkan adab Al-Jumu’ah lain :
Hendaklah dia bersedia untuk hari Jumaat itu pada hari Khamis dengan berazam hendak bersembahyang Jumaat dan menghadapi kelebihannya maka hendaklah dia beramal dengan berdoa dan memohon ampun kepada Allah dan bertasbih selepas waktu Asar hari Khamis kerana ianya adalah ketika yang sebanding dengan satu saat yang penting pada hari Jumaat.

  • Perbanyakkan selawat
Sabda baginda yang bermaksud, 
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

*pagi tadi aku basuh sinki dapur.. puas ati menyental.. hehe.. nanti lah cerita sesi cuci menyental ni 

 

Thursday, January 20, 2011

RM10 000??

Masjidil_Haram_by_edgeofuniverse- deviantart

Haramain.. pakej umrah + haji.
Italy, the city of love.. destinasi percutian idaman kalbu.
England.. sambung belajar siket dalam 2 tahun kat sana.
Pulau Sipadan, Sabah.. Duduk termenung sepanjang hari mengadap lautan luas..

Tapi, tak cukupkan dengan hanya RM10 000. Laen la kalau tambah lagi 3 bijik '0' belakang tu.. Pastu tukar mata wang kepada pound sterling.. Heaven la hidup aku! haha

Ok2, apalah yang aku merepek malam2 jumaat nih.. Bukan apa, bangun2 pagi tadi terbayang agaknya kalau jatuh 10 000 hinggit dari langit, apa aku nak wat duit tu...? hehe

Tapi kan, pada zaman sekarang ini, ten thousand isn't that much.

Masa zaman aku sekolah dulu, segelas kecik sirap tu kalau tak silap 50sen.. kot.. *aku tak pernah beli.. hehe

Sepinggan nasi minyak, nasi lemak, laksa semua 50sen. Yelah, pinggan kecik tu, tapi ok lah.. Standard budak sekolah rendah.. Makan bukan macam sekarang.. Now, perut pun dah besar..

Semua benda murah.. Sekarang ni, harga siket2 naik. Kita mungkin tak rasa sangat. Habis sekolah rendah masuk asrama, makan bayar sebulan sekali, tak pun setahun 2kali.

Aku pun sedar benda ni bila tengok duit belanja adik-adik. Dulu, aku dapat 3ringgit untuk sekolah kebangsaan pada pagi dan sekolah agama petangnya. Bila aku fikir balik sekarang, realiti sekarang, nak beli apa untuk survive seharian di sekolah dari pukul 7.40pagi sampai 12 tengah hari (lebih 12 maybe),  2.30 petang sampai 4 lebih dengan RM3.00..?

Aku ke sekolah dulu sentiasa bawak air botol sendiri, kiranya dah jimat la 50sen, 20sen beli sate ikan (yang pakcik bawak set 'BBQ' kat motor dia tu) seringgit lagi simpan, masuk tabung. So, lebih kurang, plus minus RM1.50 untuk pagi dan petang??  Wah.. cermatnya aku berbelanja DULU!

Sekarang? RM1.50 itu mungkin hanya untuk sepinggan nasi lemak+sambal+1/2 telur rebus+timun sehiris. Hanya untuk breakfast. Belum lunch and dinner lagi. Kalau tiba-tiba perut mengada-ngada nak minum petang pulak?

Semua orang perlukan duit sekarang. Dulu, orang kata, kalau tak belajar rajin-rajin, tak dapat duit tapi sekarang kalau tak ada duit, susah nak belajar. Tapi tetap boleh belajar sebenarnya.. Ilmu Allah itu di mana-mana. Tapi, cabarannya tu, certain orang je boleh kalis.

Some people so desperate to get money sampai lakukan kerja haram. Berlonggok cerita tentang tu. Tak berapa dulu, ada isu tentang ibu yang bekerja sebagai GRO ke pelacur sebab nak sara anak dia. Walaupun niat dia betul, tapi cara dia salah. Niat halal, cara haram. Ingat, niat tidak sekali-kali menghalalkan cara.
source-Google Images
Latest, aku baca di akhbar Metro. Tentang seorang ibu yang sanggup jual tubuh anaknya untuk membayar hutang. Na'uzubillah. Sampainya hati ibu tersebut. Tapi, mungkin ibu tu tak mahu tapi kerana desakan, dia terpaksa. Tapi, mesti ada lain kan? Tapi.. hmm.. entah la.. we're not in their shoes.. So, we never can feel the same.

Ada pula cerita tentang Najwa Abu Amra yang dipenjarakan kerana meniduri lelaki untuk mencari duit demi menyara 2 anak lelakinya dan suaminya. Ya, dan suaminya. Suami dia seorang penagih dadah dan dia lah yang menyuruh Najwa meniduri lelaki lain.

Najwa ada mengugutnya untuk minta cerai tapi, suami dia kahwin lain pulak! Cis! Ada pulak pompuan lain yang nak kat dia tu..

Akhirnya, dia dipenjarakan kerana kesalahan meniduri lelaki. Tu di Gaza. Kelakuan begitu dipenjarakan.

Aku dah terjauh pulak mendalami topik ini. Ok lah.. Setakat itu sahaja cerita aku di malam Jumaat ini. Esok hari Jumaat, yang mana tak baca lagi Kahfi malam ni, boleh la baca esok ye.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.” 
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Daripada Umar berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (HR Ibnu Katsir)

Monday, January 17, 2011

My tough week ended! *updated*


entry ini telah saya siapkan pada hari sabtu 15/1 yang lepas.. tapi disebabkan internet connection yang amat siput dan jln raya siput sesak krn terlalu byk siput yang siput, maka tertangguh hingga hari ini. sila baca dlm mood hari sabtu  =)

Alhamdulillah.. Finally,  my tough week ended with a happy ending. =)

For your information, last week (10/1-14/1) was a blast for me! With all three subjects’ quizzes and the

CAC Week which was organized by Culture and Arts Club, my club (my club?? Sounds like totally mine! Hehe..)

Alhamdulillah for all the quizzes, I have tried the best and of course gave the best shot. But no result yet from any of them.  Just pray hard although for some people they said ‘just’ a quiz. It is, but still it means a lot for me.

How about with the CAC Week?

Alhamdulillah again, everything was fine. I’d love to share the experience here. Organizing an event or a program is more preferable for me than joining the event. But its still ok with joining and take part in something I really eager for.

So, in organizing a program, the toughest part, for certain people is the budget (of course), or maybe the venue or the smoothness of program. For me, ALL of them!

Even the simplest things such as a tray for prize giving, ‘door waiter’ or who will be the ushers. I don’t think all these simple things are simple. Because every part in a program plays a very very important role to ensure the whole program runs smoothly.

Well, so far I’m not a perfectionist.. yet. Hehe..

Memang aku bimbang akan kelancaran program. Tapi personally, aku rasa, kebimbangan tersebut mestilah diselesai dan diungkai sebelum majlis.  Benar, tiada yang sempurna tapi tidak salah andai kita berusaha ke arah kesempurnaan tersebut.

Expect the unexpected right? Tapi kalau tetap ada juga yang terlepas pandang tu, lumrah kehidupanlah.. manusia memang cuai.

And whatever happens, never show your worrying worried face to people.  Sometimes, it is so annoying. Stay cool and think positively. Plus, never point others for any mistakes.  It could be ours as well, as we don’t remind each other.  Teamwork never works alone. Always in team. Remind and help each other.

Aku tak mahu komen melampau-lampau macam dalam post mortem kan, tapi kepada committees of CAC Week, post mortem nanti tadah lah telinga kalian dengar saya cakap ye.. hehe *evil laugh

video
-gambar aku, gambar lame... huhu-

One of the main program held in this CAC Week was Battle of Nasyeedians(BON), a nasyeed competition for both sisters and brothers. For sisters, it was held at Mahallah Zainab Jahsy’s badminton court. And for brothers at  Al Malik Faisal Hall together with the closing and prize giving ceremony.

Overall, BON for sisters was good. I did hear some said that the previous was more happening though.

Yeah, it’s true. I admit that with the participation which needed us to make a semi-final round. But it’s ok, everybody did the best. There were 6 groups.  And frankly speaking, all of the vocalists for this year were so brilliant! They all have the voice!

While, BON for brothers was so unexpected! The hall was empty at first when the ceremony just began. But then, when the battle started, it was like the whole brothers of CFS gathered there!  The hall was full and even less space. Suddenly I felt that the hall was not that huge.

7 groups took part. Yeah well, maybe their friends were on the stage so they came to support. That’s what good in them. Very supportive. Even some of them were so sarcastic!

Sementara tunggu markah dikira, Pitok dari kumpulan Inkheart, an indie nasyeed group performed along with another guy from his group, a sound crew of AJL and some of Saljuk, champion of BON 2years ago. Their first song was a spontaneous song which was actually introduced us to the guys on the stage.

Very spontaneous but very stylo!

Lagu kedua pula tentang syarat-syarat seorang lelaki sebelum mencintai seorang perempuan. Seronok lagu ni. Nada dia best. Lirik pun sangat menarik! Terbawa-bawa jugak lah.

And the last song was my most favourite! A song about Palestine. So catchy! Lagu tersebut telah dibawa dalam nada rancak dan ada rap. Aku yang sememangnya suka dengan lagu-lagu jenis macam tu memang lagi enjoy lah! Liriknya menginsafkan sebenarnya. Ada part yang kalau tak silap aku dia sebut anak2 Palestine lahir2, dengar bunyi bom; anak kita….(tak ingat) *tlg smbung siapa yang ingat

Finally, the ceremony came to the end. Although the participants were all great, the champion is still one. So, congratulation to all the winners and the one who did not manage to win, you are not losers it’s just not the right time for you to win and you may be had less practice.

Dengan tamatnya majlis itu, tamat lah minggu yang agak keras buat aku. Minggu depan ada lagi kuiz.



Friday, January 7, 2011

Thiqah??

Assalamualaikum..

First of all, aku memang bukan blogger tegar yang rajin meng-update blog setiap hari or 2,3 kali sehari. So, I am sorry for any inconvenience. The existence of this is solely because of a feeling to share my little knowledge and experience. Andaikata ada entry yang menyimpang dari tujuan asal, tegurlah ye..

:::confused::: by McBrave- deviantart

For this entry, it is more to question and wondering. Harap-harap dapat reply and respond dari pembaca yang sudi berkongsi.

Aku pernah, erm, not exactly pernah but selalu baca di blogs or comments or status tentang thiqah. Kadang-kadang tu, ayat dia berbunyi lebih kurang begini
"Jatuhlah thiqah ana"
"Thiqah kena jaga, malu la orang tahu nanti"
So, I just wondered, apakah sebenarnya thiqah itu? Aku ada bertanya dengan seorang senior sekolah semalam sebab aku rasa macam dia lebih tahu bab2 ni.

Katanya, thiqah bermakna percaya. Kiranya, thiqah literally is believe = percaya.

Tapi, kenapa pulak timbulnya dialog2 seperti yang di atas tadi?  Mungkinkah sebabnya sama dengan penggunaan istilah 'alim?

A short brief about the term 'alim. Literally, it means know. While 'alim yang meniti dari bibir ke bibir orang sekarang means people who know atau orang yang mengetahui atau lebih mudah difahami, orang yang berpengetahuan.  (orang yang mengetahui dalam bahasa arab sebenarnya mu'alim.)

Tapi, di Malaysia ini, orang telah menyalahgunakan istilah ini. 

Sebagai contoh, nampak ladies yang bertudung labuh, berjubah siket; kata alim. Maksud budak2 nakal ni sebenarnya nak perli. Dan aku yakin apa yang mereka nak perkatakan adalah warak. Tapi, kerana kecetekan ilmu sendiri, dia ditertawakan dalam hati (aku lah). Sorry, kurang berhemah! Aku berkata-kata berdasarkan pengalaman.

Walau bagaimanapun, bergembiralah andai anda dikatakan sebagai seorang 'alim kerana sesungguhnya kata-kata itu doa. Amin kan jelah. Mudah-mudahan makbul.

Boleh jadi sebabnya kita tak tahu maksud sebenar dan penggunaan yang betul. Tapi, pada pandangan aku sendiri, PERSONAL view, kenapa dari lenggok bahasa dialog itu macam nak menjadi thiqah kerana orang? Means bukan kerana Allah.

Seolah-olah nak menunjuk yang dia tu sebenarnya thiqah, tapi kerana terlebih bergurau siket, hilang thiqah dia dan mengatakan pada orang yang dia perlu menjadi thiqah kembali. Urm, got it? I am not really good in playing around with words.

PERSONAL view (lagi), bukankah andai benar thiqah yang dimaksudkan itu adalah warak; tak perlu dihebahkan? Orang jahat takkan mengaku dia jahat kan? Orang yang mengaku baik pun orang tak percaya.

Ok, maybe bergurau. Aku bolehlah faham. Joking sarcastically maybe, kan? Tapi, bagaimana pula andai yang membaca itu benar-benar tidak mengerti?

Last words, I am not opposing anybody. Aku mungkin menegur dan jugak meluahkan ketidakfahaman atau salah faham. So, please correct my understanding.

*mungkinkah thiqah itu ada makna khusus untuk dialog itu? maaf, andai saya ter-bersangka buruk.