Sunday, January 30, 2011

Convert agama #2

*sambungan dari previous entry*

Ustaz Fitri ni antara kerja dia adalah bagi nasihat dan khidmat counseling untuk mereka yang mintak tukar agama. Lebih kurang nak me-neutral-kan semula mind-set mereka. Katanya, setiap hari ada orang datang padanya minta tukar agama. Pada hari forum tu saja, ada 2 orang mintak murtad, hari sebelumnya 4 orang.

Astaghfirullah.. Moga-moga iman mereka terpelihara.

Isu seterusnya adalah satu isu yang agak sensitive. Aku pernah terfikir tentang ni tapi ilmu yang ada terlalu cetek. So, topik nya is, kenapa bila Islam orang kaitkan dengan Melayu? Apa kaitan Islam-Melayu?

Mentaliti masyarakat kita, generally, Malaysians memang macam tu. Seolah-olah tertulis Islam-Melayu, Hindu-India, Buddha-Cina. Kata Ustaz Fitri, benda ni sebenarnya bukan salah kita. Sejak undang-undang negara ditubuhkan dulu, memang dah tertulis macam tu. Tugas kita sekarang ni lah untuk merubah pandangan dan perspektif tu.

Contoh yang diberi Sifu Nasir adalah Brother Lim. Dia Chinese but Muslim. Orang kata dia masuk Melayu sebab Islam. Apa yang ada pada dia tu orang nampak Melayu? Muka pun memang purely Chinese. Di sinilah bro Lim ambil langkah bijak untuk merubah mindset masyarakat.

Beliau Islam tapi masih Chinese. Buktinya, for sure lah muka dia and another one is his name. He didn't change his name. It's still Lim Joi Soon. Apa ada pada nama? Nama Muslim tak semestinya kena dalam Arabic. As long as the name means good, that doesn't be any matter.

Kalau katalah nama arab hanya untuk Muslim, warga Mesir, Syria and in the middle-east countries yang non-muslim kena tukar nama and guna English names lah? Tak kan?

Encik moderator dan Bro Lim ada pengalaman yang sama. Mereka ke masjid tapi kena halau! Because they are so so Chinese-look (of course lah, originally Chinese)

Bro Lim pergi masjid untuk sembahyang subuh. Lepas tu pak cik guard masjid yang kononnya menjalankan tugas tu  boleh jerkah dia "Hey, lu nak pergi mana??" Bro Lim kata, kalau ikut hati memang kena tengking balik lah jaga tu. Tapi dia sabar je. Cakap je lah nak gi solat subuh.

Sifu Nasir pun kena halau dari masjid. Katanya, buat malu je lecturer UIA kene halau! hahaha.. Di sebabkan dia geram, terus dia speaking Arabic dengan pak guard tu. Baru lah jaga tu bagi masuk. Padahal satu line je dia speaking, tanya nama pulak tuh! hahaha

Jelas kan, orang memandang Islam untuk Melayu. Tidak! Islam adalah universal! Bangsa apa pun berhak menerima Islam. Jangan sempitkan pemikiran kita. Murtad agama memang wujud, tapi murtad bangsa tidak akan berlaku walau mati hidup semula pun!

Jangan jugak pandang pada pakaian. Aku rasa lah kalau these brothers pergi masjid pakai baju Melayu or jubah or bersongkok or berkopiah, mesti jaga tu tak halau kan? Lihatlah, betapa kita mengecilkan skop pemikiran kita!

Masa forum tu, Ustaz Fitri pakai kurta. Ada masalah? Tak de.. Syarat pemakaian mudah je, menutup aurat dan as long as pakaian tu tak menyerupai pakaian keagamaan lain. Kurta, punjabi suit bukan pakaian keagamaan tapi pakaian bangsa. So, no hal lah!

Tidak ketinggalan jugak isu Islam= Terrorism. Tapi, isu ni tidak lah dikupas mendalam sangat sebab masa zaman mereka converted to Islam, tak ada lagi isu terrorism ni.

Satu contoh yang Ustaz Fitri bagi yang buat aku terfikir, tidak adilnya pemerintahan dunia sekarang is; Apabila certain negara diserang, katanya terrorists yang buat. Bangunan tu runtuh, tempat tu kena bom semua terrorists, and that terrorist is referred to Muslim.

Sedangkan kalau dekat Eropah tu, Christian Catholics and Christian Protestants perang takde pulak mana2 antara dua tu dituduh terrorist! Kenapa? Sebab dua-dua Christian ke?

Sebenarnya banyak lagi yang telah dikongsi dengan kami. Sepanjang forum tu, memang meriah. Forum tu santai, fun but informative. Sangat menarik. Kalau ada yang menguap tu, memang ajaib lah because the forum was very interesting. Leka siket, terlepas lah info menarik.

Maybe jugak seronok sebab mereka2 ni banyak pengalaman. Pengalaman tu lah yang berharga. Bukan semua orang ada the same experience.

Point lain yang aku dapat, dakwah. Selagi ada non-Muslim, selagi tu lah kerja dakwah tidak boleh berhenti. As mentioned before, dakwah does not solely mean to speak or deliver speech or ceramah what so ever, but the most important is our attitude.

So that people know, "Ohh.. Islam teaches this, not to do this, must respect this... bla bla bla"

Bro Lim cakap, brothers Christians yang sampaikan dakyah2 mereka tu sangat2 komited. Semua orang dah exposed tentang ni. Even duit pun dorang hulur sebab apa? There is a thing that motivate them to do so. What is that?

Mereka tak lupa jasa dan pengorbanan Jesus yang rela to be crucified to protect the people. -fahaman mereka-

Tapi kita? Begitu banyak jasa dan pengorbanan Rasulullah, ter-motivate tak kita? (korang selawat tak lepas sebut Rasulullah? haa, dari situ boleh nampak korang appreciate him or not)

Benar, jalan dakwah bukan senang. Kekuatan mental dan rohani diperlukan berganda dari fizikal. As for now, rasanya cukup kalau kita tunjukkan attitude yang baik sebagai image and first impression towards Islam.

Biar orang kenal Islam dan orang Islam tu kerana Islamnya. Ambil ayat Cat Stevens@Yusuf Islam sebagai teladan,
"Saya rasa bertuah kerana menjumpai Islam sebelum melihat orang Islam"
Sepatutnya indahnya Islam is reflected by the Muslim, but clearly it is not happening.


*Islam is universal but not liberal*



 ++ Saidina Umar ambil masa 10 tahun untuk habiskan Baqarah. Yes, the second surah in Quran, The longest but why until 10 years? Kita pun tak sampai sebulan kan? 
"Selagi aku tidak dapat mengamalkan setiap ayat yang aku baca, aku tidak akan bergerak ke ayat seterusnya"


  #tak sempat snap any pictures sbb sronok sgt mengutip pengalaman dan ilmu mereka  =)