Before start, baca Kahfi tak semalam? Alhamdulillah, moga istiqamah =)
(sila rujuk entry sebelum2 ni)
Aktiviti meng-update aku terhenti sebentar sebab dah balik ke kampus. Bukannya tiada langsung idea untuk update, malah mencurah-curah, tapi bila on je laptop, start connecting to internet, connection pulak buat hal. So, terbantut la semangat nak meng-update.
Rabu lepas, aku nak sangat share dengan you all tentang kegiatan seharian aku yang aku kira sangat mencabar dan meletihkan, tapi tu lah.. Banyak pulak halangan dia.
Dekat main campus (Gombak, insyaAllah) nanti, tentu lebih mencabar perjalanannya. Semoga segala urusan aku dan rakan-rakanku dipermudah oleh Nya.
Ahad lepas, aku dan cik roommate merancang untuk ke Petrosains pada hari Jumaat. Makanya kami memulakan perjalanan kami lebih kurang dalam pukul 11 macam tu lah.
Sampai di KLCC dalam pukul 11.20, kami beli tiket dan kemudian masuk terus. Permulaan travel kami tu lah yang paling aku suka sejak dulu. Naik gondola hitam tu., Bermisteri je. Hehe..
Eh, sebenarnya bukanlah nak cerita adventure masuk situ dengan berjumpa Mr T-rex yang menyanyi rap ke apa, sebenarnya nak bagitaw, itu lah kali pertama ke Petrosains dalam suasana yang sangat lengang! Serious takde orang. I mean, bukanlah takde orang langsug, its just, well you know!
Takde beratur-ratur nak beli tiket, takde beratur nak naik gondola, takde beratur nak naik helikopter.. Pendek kata memang takde istilah beratur pun! Kalau ada pun, lebih kurang 3 families je.. Itu pun dalam lingkungan 3,4 orang je beratur. Bahagia amat!
Kesannya, aku telah mencuba segala permainan yang boleh dicuba. Baling bola, push the lighting buttons, jadi goalkeeper ganti Apex (hikhik), rasa gempa bumi, rase puting beliung, main lumba kereta and everything lah! Semuanya aku cuba tanpa segan silu. Sebab?
Sebab takde orang! Siap boleh jadi guide lagi tok anak2 orang Arab yang kiut miut tuh!
And oh ya, dapat satu open offer untuk jadi volunteer kat Petrosains. Menarik kan? Boleh la jadi kerja memandangkan aku akan bercuti seLAMA 7 bulan nanti.
Seriously puas hati pergi Petrosains hari ni. Thanks to Cik roommate yang beriya sangat mengajak. Kalau tidak, tak merasa lah aku masuk Petrosains dalam keadaan lengang dan tenang. =)
Lepas tu, kami meronggeng lah kat KLCC tu. I went there without any intention to buy any new book(s), at first. Tapi tu lah, kita merancang, Allah yang menentukan. Terbeli jugak.
In fact, it was worse! Aku beli buku yang harganya mencecah RM100++!! Bukan kerana cover dia (cover dia kosong je), bukan jugak kerana harganya yang mahal (sesetengah org suka benda2 mahal) but because of my personal interest about the genre of the book.
Tambahan pulak Cik rommate sangat memberi sokongan! Kami minat genre buku yang sama. Mostly lah.. Sekarang ni pulak aku dah macam berjangkit dengan dia yang minat sastera. Adehh..
Mula2, nak beli satu tu je, tapi biasalah, mana boleh tahan duk lama-lama dalam Kinokuniya tu. Ada je buku yang aku berkenan. Before jumpa buku mahal tu, jumpa buku ni dulu. Mahal la jugak. RM80++. Dah la poetry. Tak percaya betul aku jatuh hati dengan buku poetry. Yeah, of course English books. Mana ada buku Melayu mahal-mahal mcm tu..
But I really have to choose. Takkan nak beli both kan.. Botak la aku..
Melayang jugak money aku beli buku. Kini terbukti cinta dan kasihku terhadap buku amat-amat mendalam mengatasi segala yang lain aku minat. (Baju, beg, jam tangan etc)
Oh oh, aku actually (was) kumpul duit nak beli jam tangan Swatch idaman kalbu and a blue iPod nano multi-touch tapi nampaknya terpaksa lah aku restart kumpul duit nak beli semua tu. huhu.. (jam tu aku dah usya sejak 3 tahun lepas, menanti bila harga nak turun walaupun sedia maklum ianya TAKKAN turun)
Kami tiba di CFS around 6.30pm. Malam pulak aku pergi dengar forum Religious Tolerance. Sangat menarik! Next entry insyaAllah aku ceritakan sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat tadi. InsyaAllah.
*Terlintas di fikiran: Aunty-aunty Arab (tourists) relax je dengan jubah nya even to KLCC. Orang kita pun tak pandang pelik kan? But why bila orang kita pakai macam tu, dipandang seolah-olah sangat asing? (yelah, klcc kot.. nak gi sane semua nak pakai baju cantik2, liplapliplap, up-to-date etc)
P/S: Promise to myself: NO MORE NEW BOOKS UNTIL BOOK FAIR! [tapi dah ade list nak beli buku and of course beratus jugak.. adehh.. seronoknya kalau boleh bayar dengan senyuman je ;) ]
No comments:
Post a Comment