Saturday, November 27, 2010

KAHWIN MUDA?! -part 2-

  Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi input2 sambungan dari KAHWIN MUDA?! -part 1-

Ok, in this 2nd part, aku nak habiskan terus cite pasal kahwin muda ni. So, next point nye adalah, cabaran berkahwin ketika belajar ni. Cabaran kahwin masa belajar ni memang ada extra lah dari kahwin di umur standard. 
source: Google images

First, pelajaran. Cinta dan cita-cita dikejar seiring. Susah tu. So, kenalah pandai urus diri dan masa. Ni kena yang betul2 power dalam bab management.

This is because, urus diri tu, termasuk emosi, rohani, mental dan fizikal. Urus masa tu pulak, termasuk, belajar, diri dan keluarga.

Cabaran kedua, persepsi negative masyarakat. Bro Huzaifah cerita semalam, ada kawan beliau bawak isteri untuk buat medical check up orang mengandung, boleh pulak nurse tu complaint; "Orang suruh belajar, dia mengandung"

Aduh.. pedas! So, di sini, penting nya kematangan in handling the situation. Kita nak lawan kasar2 ke, nak senyum je ke, nak perli balik ke atau nk ckp lembut tp ringkas dan padat?

Itu lah dua extra challenges bagi pengantin muda ni. Cabaran lain tu sama je dengan pasangan lain, kata Bro Huzaifah lah.


Public for sure will argue in many things about this early marriage. Paling utama, orang akan persoalkan; 
  • Mana nak dapat duit tanggung anak bini?
  • Nak duduk kat mana?
  • Macam mana nak belajar kalau dah ada anak?
  • Confirm parents si perempuan tak bagi lah!
Satu soalan lah nak tanya, bila  kita mention kahwin ni, mang kena tinggal sebumbung ke? Ni just persoalan yang bermain di kepala aku yang belum kahwin la.. Tataw la kalau jawapan sebenarnya, memang kena.

source: Google images
So, sebelum betul2 decide nak kahwin tu, kena lah ada perancangan yang teliti. Perlu lah rancang, bila nak bertunang, berapa lama, kahwin bila.. Lepas tu, nak tinggal sekali ke atau asing2 sementara belajar.

Keazaman dalam diri untuk tingkatkan kemajuan dan kematangan pun kena kuat. Matang. Penting sangat. Agar pasangan tersebut tak terburu-buru dalam buat keputusan. Apatah lagi, semua orang tahu, nikah kawin dan cerai talak ni benda yang paling tak boleh di buat main2.

Contoh cerita tentang matang, yang dikisahkan oleh Ustaz Majid. Beliau mintak isterinya yang tengah mengandung tolong tengokkan belakang masa nak reverse kereta.. Tapi, tu lah.. mood orang mengandung kot.. Si isteri jawab, "tengoklah sendiri".. Punya lah geram beliau, sepanjang perjalanan dari Selangor ke Kelantan, langsung tak bercakap dgn si isteri. So, matang kah??

Biasanya, bila bercakap tentang kahwin masa belajar, orang akan kaitkan dengan nikah khitbah atau nama melayu nya nikah gantung. Pernikahan ni tetap macam pernikahan lain cuma yang dimaksudkan dengan gantung tu ialah apabila pasangan tidak tinggal sebumbung. Konsep ni perlu difahami oleh dua2 belah pihak.

Maknanya, technically, masing2 masih tinggal dgn family masing2. Family pun tentu lah kena faham. Sebab anak-menantu mereka ni masih belajar. Duit biasiswa tu tentulah masih digunakan untuk tujuan study. Kalau, lelaki yang matang dan betul2 rasa tanggungjawab tu, mesti at least dia tolong top-up kan phone. =)

LOVE by Hendro- deviantart
Ini lah jalan paling sesuai untuk pasangan yang berkahwin ketika masih belajar. They can live as a student like usual.. Live in a dormitory with friends at hostel, go to lecture with friends but with new status, married.

Bila ada title married secara sah (bukan sekadar status di fb sahaja), boleh lah nak keluar dating during weekends, study together, I lep U-U lep Me and calling2..

Kalau nak ulasan lanjut tentang nikah khitbah, sila rujuk sini.

Dalam pukul 11, sesi soal jawab yang nampaknya diminati. Ada satu soalan yang agak lawak but possible lah. Ada sorang brother tu cakap, asal dia balik rumah je, mesti parents dia tnya bila nak kahwin. hahaha.. Gelak semua orang.

Nampaknya dia tak perlu jadi mcm bro Huzaifah yang merancang nak kahwin sampai 3 tahun dan mencari kekuatan serta mereka ayat best smpai seminggu! haha.. Tabik ah!

Then, forum ditutup dengan conclusion oleh ketiga-tiga panelists.

Cinta Allah, cinta ibu bapa mestilah didahulukan.
-Madam Mardhiana

Kahwinlah.. kahwinlah.. kahwinlah tapi jangan abaikan study.
-Bro Huzaifah

Masa kecik2, siket2 panggil mak, siket2 panggil ayah, tapi once kita kenal orang lain, kita lupa mereka! Jangan ingkar dengan mereka! They have reasons for every single thing.
-Ust Majid

**************************
My personal view
Aku bukanlah nak tolak konsep kahwin muda ni atau pun menerima bulat2. Semuanya ada pro dan kontra nya masing2 and pada pandangan masing2.

Perkahwinan bukan mainan. Bukan macam main kawen-kawen masa kecik2 dulu. Ia melibatkan tanggungjawab dan jiwa.

Pada aku, kahwin muda tak salah pon, tapi jangan gopoh dalam buat keputusan. Ada sesetengah tu, kahwin muda, tapi mungkin silap dalam merancang atau gagal mengawal keadaan menyebabkan perkahwinan itu runtuh.

Dan, pada aku jugak.. Kahwin muda ni bermain dgn risiko yang besar. Tapi, jika pasangan tersebut betul2 matang dalam menangani masalah yang datang, baguslah. Yang bimbangnya, kalau masing2 tak reti nak kawal diri masing2. Terutama sekali dalam bab kematangan pasangan.


Matang ke kalau tengok orang main game, nak main jugak walaupun sebenarnya nak study? 
Matang ke kalau da susun jadual elok2 tapi sebab syok sgt layan tdo, terus je tido..
Matang ke kalau subuh pun 'bergajah' lagi?

Nak2 pulak kata orang, darah muda ni mudah je mendidih.. Ni yang paling bahaya.. Kang gaduh siket, melayang pinggan mangkuk periuk belanga.. Tu pon mujur lagi.. Kalau tangan dan kaki sama naik?? Na'uzubillah.. Kesabaran adalah bukti kematangan. Ni yang akan menjadi punca orang tak percaya pada kahwin muda..
 

Banyak nye benda kena semak semula sebelum kahwin! Ready ke nak hidup dgn seorang yang selama ni haram bagi kita? 

Muhasabah

Salah satu yang ditujukan ketika forum tu lebih kurang begini:-

Sanggupkah anak yang akan mendoakan ibu bapanya dibuang seperti sampah? Maaf, saya tak kuat dan tak sanggup nak letak gambar2 bayi dibuang.. Terlalu kejam..

Seorang gadis yang sudah punyai 'boyafren' mintak izin dgn parents nya untuk berkahwin, tapi dihalang oleh family. Lantaran lautan api pon sanggup diredah demi cinta pada si dia, dituruti lah nafsu yang dipandu syaitan. Sehingga akhirnya lahirlah insan kecil yang tidak meminta dirinya hidup di dunia.. Syaitan sekali lagi mencucuk, bayi kecil suci itu, dibuang.
Ada dua perkara yang aku nak ulas.. (buat mcm pandai sgt! hehe)
  • Salah seorang panelist ada beritahu kata2 ulamak, kalau kita nak tengok elok ke tak sesuatu kaum tu, kita tengok mudah atau susah sebuah perkahwinan nya. So, ini ternyata, dalam masyarakat Melayu, perkahwinan adalah sesuatu yang susah.. Mungkin sebab ikut adat hingga kadangkala, terlupa pulak, Islam tu guideline yang sebenar. Atau mungkin jugak, pandangan orang tu lebih penting dari pandangan dan redha Allah. 
  • Bila family tak bagi kahwin, cuba fikirkan sebab nya sendiri (kalau tengah emo la) Atau, tanya baik2, kenapa. Mesti lah mereka akan jawab. Takkan suke suki je mereka tamaw bagi? Mesti antara alasan utama, diri sendiri pon tak terurus lagi, ni pulak nak urus orang lain.. Lepas tu, muhasabah diri.. Yelah, baju pun malas lipat, bangun tidur pon kene tunggu matahari atas kepala dulu, subuh pun ayah kejut, goreng ikan hangit, game 25jam.. and so so.. Kenapa pilih lelaki yang baru dikenali berbanding ibu bapa yang penat lelah mendidik dan mngasihi kita lebih dari segalanya?
Maka, check lah balik diri kita..Eh, jangan la sampai rasa tamaw kahwin! Kata panelists, perasaan nak kahwin yang hadir dalam hati manusia itu tandanya iman kita. Kita berniat untuk menjauhi yang haram dengan memilih yang halal. Tapi, kematangan, kesabaran, perancangan dan persediaan mesti tip top!

Ok, tamat di sini.. Sebarang perkongsian lain, bantahan, cadangan dan komen amat dialu-alu kan.. 
source: idkawanimut pics
Tiga perkara yang Allah telah tetapkan sejak kita belum lahir lagi:
  1. Rezeki
  2. Jodoh
  3. Ajal
So, tak perlu gopoh! InsyaAllah, andai dia untukmu, dia tetap akan menjadi milikmu.. Yakinlah dengan janji Allah; perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. (surah an- Nur, 26)


*slmt pengantin baru kpd yg decide nk kawen muda! jemput aku yer!!  ;)

**err.. tido dgn teddy bear matang tak?? pakcik keretamayat kata tak.. ape kata anda?


7 comments:

Hafizi Azmi said...

wah..~
hang catit ek smua isi dlm forum mlm tuh..
terbaek laa...~
bagus2..! ^^

klu ikut pndgn aku..
hmm..
ntah la, aku ni fikiran mcm dah matang..
kot..
insyaAllah, dah..
tp prangai mmg xleh lari la dari kebudak2an..
so, mcm belum layak utk bernikah je..
kui3.. :P

sukma atiqah said...

yup, ak salin sume sbb tkot ngntok! haha

err.. yg psal pkran matang tu aku tataw la kan.. aku xnmpak.. tapi yg psal mcm bdk2 tu mang jelas la! hehe

RasyidHamid said...

suke yg part closure......

perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. (surah an- Nur, 26)


amin~~

Hafizi Azmi said...

eit..
smua kata2 madah pujangga yg puitis & bermakna dlm blog aku tu perlukan fikiran yg matang & rasional tau..!
kalo fikiran mcm shin chan xdenye dpt cetuskan ayat2 cmtuh.. :P
ops, mcm 'ter'poyo la pulak..
apa2pun, skurang2nya, terbukti jgak la ku ni dah matang..
ngeh3.. :P

aminmenulis said...

Salam, syukran atas perkongsian. Really interesting artikel. Alloh yubarik fiik..

sukma atiqah said...

sama2.. =)

Anonymous said...

semoga Allah redho