Saturday, November 27, 2010

KAHWIN MUDA?! -part 1-

Assalamualaikum! hehe..
Jom nyanyi! Aku suka lagu ni..

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
source: 4eyesmonkey.blogspot

*Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
ulang* 


OK.. nanti sambung nyanyi lagi ea.. 

Before I start my story-telling time, aku nak ulas lah siket pasal lagu tu.. Kalau perasan, actually that song is obviously some kind of advice.. Its a kind of guideline for non-halal lover. Good enough right? Especially dengan masalah remaja masyarakat kita sekarang ni.
In addition, the highlighted line is a hadis. 
Dari Jabir bin Samurah  berkata;Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
Tu je nak share 'bout that song.. Now, let us proceed to our next agenda (hehe.. ayat common for MCs).

Semalam, 25/11/2010, bertempat di AMF tercinta, ada talk btajuk 'Kahwin Muda'.. Catchy kan tajuk ni? Memang terbukti, isi dewan yang hadir malam tadi melimpah ruah.. Mesti kembang je hati2 si penganjur (MRC).. Tahniah!

Aku datang pon agak lambat sebab ada meeting before tu.. Tapi, talk tu belum start lagi sebab dorang buat closing of Youth Awareness Campaign dulu. Tu pon, aku kene duduk kat blkg, tepi2 kat dinding yang biasanya letak kerusi banyak2 tu.. Tapi untungnya, sebab duduk hujung skali, boleh la duduk bersila ke, apa ke.. hehe

Actually it wasn't really a talk, it was a forum. Moderator dari pihak MRC sendiri, Azhar. Ahli panelnya 3 orang, Ustaz Majid, Bro Huzaifah mechatronic engineering student from UIA Gombak and Madam Mardhiana, lecturer of Quranic Language UIA PJ. Persamaan mereka bertiga ni is, semua kahwin muda- kahwin masa belajar.

So, this is the topic all about. Aku nak kongsi la siket input and tips yang aku dapat dari forum tu. 


Bila kita sebut NAK kahwin muda(dlm konteks sbg IPT student), apakah pandangan masyarakat setempat??
"Gatai nak nikah!"
Well, possible kan?

lebih kurang macam tu lah pandangan orang kita sekarang ni.. Tu mungkin pandangan orang tua tapi pada remaja sendiri mungkin akan respond begini pulak;
"Ingat ni 20 tahun lalu ke??"
Very possible!

Sometime, because of all these reasons lah, ramai bayi2 dibuang.. Adoii.. ak nak sebut the word 'buang' tu pon tak sanggup.. They are humans, bukan rubbish yang selayaknya dibuang.. If these babies can speak, mereka akn cakap, mereka tamaw pon hidup kat dunia ni yang penuh dgn dugaan. Apatah lagi dgn status anak haram..

Berkahwin ketika belajar.. Sesetengah orang mungkin akan pertikaikan, selepas kahwin nanti, pelajaran terabai or worse, tak habis pon belajar.

Kalau macam tu, kenapa ada orang yang bercinta scr tidak halal, dan jadikan alasan pasangan mereka boleh jadi pembakar semangat, motivator and what so ever lah.. Sama je bila dah kahwin kan? Malah, mereka ni halal..

Maka, boleh lah keluar study sama-sama, calling2 sebelum tidur, dating kat mana2 pon, orang tak boleh nak kata apa. Sebab, mereka tak salah. sweet plak kan calling2 b4 tdo tu?? hehe.. ngn suami@isteri je yer!

Eh, aku bukan lah nak galakkan semua orang kahwin masa belajar, this is just positive nye. Orang sekarang lebih pentingkan pandangan manusia dari pandangan Allah. 

Kadang2, tak ape lah 'couple' lama2 pon, asal orang tak kata gatal nak kahwin. Indeed, sesetengah parents mcm ok jer bila tahu anak2 dah berpunya.. Ada tu mcm bangga pulak.. sori, kalau pedas dan bisa 

Solusinya, terutamanya untuk lelaki lah, kalau dah ada yang berkenan di hati tu, lepas buat istikharah dan yakin dgn pilihan tersebut, rasa tenang je bila decide untuk pilih muslimah tersebut, suarakan lah pada ibu bapa.

__love___by_LimpidD -deviantart
So, first of all.. Agak2 nye lah, apa reaksi parents kita bila bagitahu nak kahwin? Huh! konpem terkejut beruk! Respond seterusnya, sama ada green light ke red light ke or even yellow ke, nasib lah.. 

Menurut Madam Mardhiana, ada 3 respond  parents;
1) keras.. maksudnya tak boleh tanpa pertimbangan dah! 
2) tak boleh, tapi lepas tu boleh pulak.. agaknya dah nampak si anak tu matang. 
3) lembut.. setuju je.
OK, mcm mana pulak kita nak cakap kat parents? Takkan tiba2 telefon, takde angin, takde ribut cakap;
"Pak, nak kahwin" Erk?? Freaky gile! Si bapa pon boleh tersedak dengar kalau ckp mcm tu! haha

So, berikut adalah tips nya;

~ tunjukkan prestasi dan kualiti diri (contohnya, bila balik rumah tu rajin2 kan diri buat kerja rumah.. tak kira lah lelaki atau perempuan.. tunjukkan prestasi yang baik dlm belajar)

~ tengok mood dan keadaan parents

~ bincang baik-baik, slow and steady.. terangkan konsep sebenar perkahwinan dalam Islam, konsep nikah khitbah, bukan konsep melayu semata-mata (kita kdg2 terlalu terikat dgn adat tradisi)

~ andai dipersetujui, Alhamdulillah.. jadikan segala nasihat parents yang lebih dulu makan garam sbg panduan.

~ andaikata, parents tak bagi jugak.. tentu ada reason yang relevan. our parents know us better. they know our ability and weaknesses which sometime we try to deny it by our heart.

~most important, parents must come first! tanpa restu, perkahwinan tidak akan ke mana.


OK, part 1 stops here. Nanti I'll continue to the second part..


*Rasa macam buat kursus kahwin pulak! hahaha.. bukan pe, berkongsi ilmu..
Lagi pon, mesti ramai je nak tahu sebenarnya, tapi segan.. so, aku dgn agak kurang segannya berkongsi.  =)