Thursday, August 4, 2011

Boleh enjoy lagi ke kalau kahwin awal??

Assalamualaikum..  =)

Semalam kan lepak-lepak kat facebook lepas tarawih tu, ada sorang kawan post satu soalan dkat wall group Kami nak Nikah Awal / We Want to Get Marry Early. Jangan ditanya mana aku jumpa group ni, sebab aku pun tak sure.. Tahu-tahu ada orang add aku.

Bagus jugak group ni, banyak idea, pendapat dan cadangan yang dikongsi bersama. Sesuailah untuk dijadikan wadah perbincangan sesama student.

So, soalan tersebut berbunyi begini.  
ada yg cakap kalau kawin awal,nanti tak puas enjoy zaman bujang??mintak pendapat
Aku agak yakin, ramai jugak yang terfikirkan perkara serupa. Sebab aku pun pernah terfikir jugak.

Enjoy yang aku faham dari soalan ni adalah; contohnya keluar lepak dgn kawan-kawan, tengok bola ke main futsal ke atau pape jelah yang biasa dilakukan masa bujang.

So, apa pendapat korang?

Enjoy ni banyak tafsirannya. Terpulang pada individu sendiri. Dalam perkahwinan tu sendiri pun ada enjoy nya jugak. Enjoy yang bagi bonus pahala pada kita.

Enjoy bagi para da'ie pula, tentulah apabila dapat menyampaikan dakwah.

Tapi, biasalah, jiwa remaja. Jiwa muda. Mesti masih ada rasa nak enjoy dengan kawan-kawan jugak kan? This is my personal opinion lah.

Google
Tak salah pun. Communication memainkan peranan terpenting. Kita cakap baik-baik. Aku macam yakin jugaklah yang pasangan akan memahami. Sebab masing-masing masih muda.

Katalah, si suami tu ajak sekali isteri dia tengok dia main futsal, kalau member dia yang lain tu bawak isteri mereka ok lah. Tapi kalau dia sorang. Sampai hati ke tengok bini dia duduk luar court dengar mp3 sambil baca buku sorang-sorang?

Kalau aku, kesian.  Eh, bukan aku tak setia menanti, tapi.. semua orang pun tahu penantian satu penyiksaan.

Lagipon, for sure si suami rasa tak best jugak nnti kan? Lepas main, mesti nak lepak kedai mamak, minum teh tarik and tengok bola kat skrin besar tu. So, takkan isteri yang sorang ni nak duduk semeja? Of course la tak, terkial-kial la aku dia nanti.

Contoh lain tengok bola, walaupun aku ni amek port jugak tengok bola, tapi.. bila tengok ayah tengok bola dengan pak-pak sdara lain, nmpak lagi meriah. Tengok dgn adik aku, goal pun mnjerit, tak goal pun dia mnjerit.

Tapi kalau bola yang dalam pukul 3,4 pagi tu, hmm.. tengok kat rumah sudah. Boleh kejut si isteri sama-sama buat tahajjud dulu, pastu, bolehla aku teman tengok bola tu jugak. kihkih  ;)

Itu pada pihak lelaki yang nak keluar main futsal and tengok bola. Perempuan pulak? Haa.. kalau aku ( aku lah watak dalam contoh ni ye..hehe ) nak pergi shopping? Window shopping ke, tak kiralah.

Google
Shopping dengan hubby lain. Lagi pon, satu kenyataan yang telah dipersetujui oleh semua para lelaki sedunia adalah, lelaki tak suka shopping.

Sebab? Dia yang kena pegang paper bags apa semua. Wakakaka.. ( erk, buruknye gelak! )

Ladies always need support and opinion bila dia nak beli sesuatu. Contohnya, nak beli baju, dia akan tanya si peneman tu, ok ke tak baju tu? Colour mana yang sesuai? Cutting ni kecik sangat ke? Design tu same ke dengan makcik belakang rumah pakai ke? Guys, boleh korang bagi pandangan tu dengan muka excited dan tidak berpura-pura? Even lepas 5,6 buah kedai tengok baju yang sama tapi tak beli-beli?

Hahaha.. Mesti ada lelaki yang kata aku ni kuat shopping kan? Aku shopping dengan mak, so far mak je yang larat teman aku. Lagi pun mak setuju bila aku kata, "cemane-cemane pun, shopping tetap paling best sesama perempuan"

Jangan la takut, aku bukan kaki shopping pun (cuma bila shopping payah nak jumpa yang betul2 berkenan, so takde lah shopping mane, dpt bjimat di situ ye!) tapi window shopping la kuat. Exercise siket. Menguatkan otot kaki. Ngee~  =D

One more thing, aku rasa window shopping paling best dengan incik suami kot. Jalan-jalan je. Sambil jalan pegang tangan sambil borak. Duduk kejap makan ice-cream. Pastu sambung jalan lagi. Duduk-duduk tengok budak-budak main kat playground, naik basikal sama-sama ke, berkayak ke (ok,aku terbayang KLCC sbb aku suka pergi KLCC and taman2 rekreasi sekeliling KL).. waa~ so sweet!!

Ini kalau untuk yang sedar masing-masing tu kuat berjalan. And jenis outdoor siket.

Ada sorang commentor mncadangkan begini pula.. dan mendapat 4 'like' tak termasuk aku.
nk tambah ckt pasal lepak2 nih..sebagaimana lelaki x suka perempuan keluar lepak2, begitu juga perempuan, x suka lelaki yg suka keluar lepak2..so,kalau impikan suami/isteri yg suka duk kat umah, diri sendiri pun kena lah rajin2 duk rumah..lebih2 lagi bila xde keperluan langsung nak kena keluar rumah..perempuan terutamanya..
 Ada benarnya. Untuk statement ni, aku agak tertampar la jugak. Maybe aku bukan dari jenis yang terlalu duduk rumah. Bukan langsung tak tahan duduk rumah, cuma.. hmm cam tu lah! Tapi, kalau incik suami tak bagi, tetap kena belajar duduk rumah.

Tea_love_by_lena483-deviantart
Tapikan, lagi sweet kalau sama-sama keluar (keluar lagi..), pergi usrah. Suami dengan usrahnya, isteri dengan usrahnya. Lagi best kan? On the way balik tu bolehlah, singgah mana-mana taman, duduk picnic tepi tasik. Sharing-sharing input yang dapat masa usrah. Haa, sweetest of all!


*Nak jugak keluar kan.. haha

Tapikan, aku yakin, bila dah kahwin, tentu rasa tanggungjawab antara satu sama lain automatically akan timbul. Nak keluar boleh, tapi jangan pulak sampai terabai salah sorang. Jangan rasa masih berstatus single and available pulak. 

Contohnya, yang tak tingaal serumah, duduk hostel lah misalnya. Especially kepada perempuan, nak keluar, keluar lah tapi agak-agak la kalau balik sampai pukul 12 tgh mlm. Awak tu dah kahwin walaupun tak duduk sekali, suami tetap bertanggungjawab.

Walau apa pun, perempuan tu lebih baik kalau banyak duduk rumah je. Atau duduk hostel je (bagi yang tidak tinggal sebumbung). And ingat, nak keluar kena mintak izin suami, and its better keluar ramai-ramai sesama muslimah lain. InsyaAllah, suami pun senang hati nak lepaskan.


Oh ye, aku dah semakin reti duduk rumah ok! Serius!

Itulah saja perkongsian pendapat aku. Aku bagi option dan caranya. Tidak menyebelahi mana-mana. Sebab tak tahu lagi kan bakal incik suami nanti orang nya macam mana. Harap dapat terima antara satu sama lain dengan seadanya. Ameen~ 

All in all, bila dah kahwin, tanggungjawab yang hadir dalam diri akan mematangkan individu tersebut. Kita akan sedar bila kita dimiliki orang dan kita sedar bila sebenarnya kita menjaga seseorang. Tapi. diri sendiri tetap kena beringat.

Ingat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Bukan kata orang, tapi janji Allah.


Sekian, renung-renungkan.  =)

# Kahwin Muda part 1, part 2 .. enjoy!




...

18 comments:

bez amin said...

eh,xlame lg ade r org tag kad kawen kt fb nanti..hehe ~

sukma atiqah said...

haa, tuanku dah add patik kt fb? senang tuanku nk tag patik nnti.. hikhik ^_^

Niza Azwani said...

wah wah..entry pasal kawen muda mmg menarik di perhatianku :)

sukma atiqah said...

wah wah wani, ad mkna tu~ jgn lupe jmput ak sudaa!

RaihanFarhana said...

bagus2 input menarik...=)

sukma atiqah said...

trima kaseh.. smoga bmnfaat =)

ハリス said...

xpe, shbt sy suke jalan2..

sukma atiqah said...

err.. ckp ngn sy ke??? haha

RasyidHamid said...

ko mmg nak kawin awal ea?? ker guano....hahha

sukma atiqah said...

haha.. xde lah! ak imagine je ni.. bg sokongan kot2 ko ke yg nk kawen awl.. baek kawen kn dri bkepit merata.. ;P

sukma atiqah said...

maaf ade komen yg tdk boleh di publish.. ad prob sket.. sori.

ⓐⓝⓢⓐⓡⓤⓛⓛⓐⓗ said...

haha..sukma..taun depan kira jadi la yek..btw..kat formspring u tnya pasal tarkh kawen tu i la..haha

sukma atiqah said...

haha, da agak! haha.. jadi sgt! u bukak kalender, tgok molek deh tarikh tu.. pahtu wat reminder! hehe

ⓐⓝⓢⓐⓡⓤⓛⓛⓐⓗ said...

haha..mmg r..simpan dalam kalendar..tp kita bawak ke depan jadi 2/3..haha

sukma atiqah said...

uish, 2/3 taon dpan ari jumaat! haa.. bole jadilah kot! hahaha..

mane bleh maen bwk g dpan.. i gave the exact date, so that is the date! memandai je nk bwk g dpan! haha

husnataqwa said...

bagus.. bagus..

kahwin bukan berkenaan umur, tapi ia berkenaan kesediaan dan persediaan. =)

sukma atiqah said...

=)

Alfi Ramadhani said...

haa.. aku pun ade org add kan jugak dlm group tuh.. layan je laa..~~