Friday, August 26, 2011

Budak kecik pon tahu

Assalamualaikum..  =)

Ini mungkin entry terakhir aku before raya. Mungkin lah. Tak tahulah kalau esok ade idea pulak kan. Sebab insyaAllah, esok malam aku akan melalui perjalanan yang jauh. Perlis!

Dulu, setakat ke Terengganu, aku ok je. Tapi sekarang, badan dah mengade, balik Temerloh pon nak lenguh2 bagai. Mabuk darat kot.

Comel yg tak bole blah~ Google

Tadi aku pergi amek adik sekolah. Aku tunggu kat luar. Tak best duduk dalam kereta bila angin bertiup nyaman di luar. Aku pun menanti lah adik yang ada kelas tambahan sambil menjeling-jeling adik sorang lagi yang main kat playground montessori.

Sambil tengok budak-budak berkejaran riang ria, yang perempuan duduk bersila dan bersimpuh main batu seremban. Ala, macam kita jugak la dulu2..

Tetiba, lalu sekumpulan 3 orang budak sekolah rendah lingkungan darjah 2,3 camtu.

Budak A : Weyh, cemane dorang masuk dalam tu? Montessori dah tutup la!
Budak B : Ala, masuk ikot belakang lah..
Budak A : Teacher marah kang!
Budak B : Tak pun. Tadi teacher tengok ok je..
Budak C : Teacher sabar je tu.  Ni kan bulan puasa mana boleh marah.

Gulp!!

1 comment:

Fakir said...

BUDAK2~ hehe..

cikgu puasa, mane blh marah??
haha