Sunday, January 30, 2011

Aku cemburu.....

Melihat suasana itu, hampir menitis air mata ini.. Kini baru kusedar, aku semakin jauh dari-Nya. Dan aku jugak jauh dari Rasulullah SAW.

Terasa seperti hati ini dah tersangkut di sana. Jasadku pulang meninggalkan separuh hatiku di sana.

Sungguh, aku jatuh hati dengan majlis itu.

This was my first time joining such event that I never know how great the feeling is being in there. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang merasainya sebelum terlambat.

Terfikir pulak, mawlid di stesyen TV Al-Hijrah dulu tentu lebih menarik. Lebih meriah kerana lebih terbuka. Pada masa itu, hati aku macam terdesak jugak nak pergi tapi kebetulan pada tarikh yang sama aku balik Temerloh. So, melepaslah.

Adalah baca entry sahabat2 yang berkesempatan ke sana, itu lah yang lebih menarik hati aku untuk menanti susulannya.

Apa yang aku cemburunya?

Aku jealous bila tengok mereka-mereka yang ada di situ tentu sentiasa mengikuti program-program macam ni. Mereka nampak lebih rileks dan serba tahu. Aku pulak, amat excited. Tapi sorok dalam hati jelah. Segan pulak nak tunjuk. Ni bukannya nk naik roller coaster for the first time nak tunjuk sangat excited tu kan..

Terasa betul masa tu diisi. Mungkin sebab aku dah agak lama tak join majlis-majlis ilmu agama sebegitu.

Pengisiannya ringkas je tapi padat. Bukanlah panjang berjela. Tapi point nya sampai dengan mudah. Cerita pasal Rasulullah. Semua orang dah tahu. Its just like to remind us.

Aku suka dengar cerita-cerita nabi, sirah-sirah ni. Suka sangat! Sampaikan dulu, aku pernah berangan bakal suami aku nanti kena tahu banyak cerita nabi-nabi, sirah pahlawan and semua tu lah.. Sebab nak mintak ceritakan pada aku.. *mengada-ngada pulak

Lucu kan? hehe.. Aku tahu, bukan senang nak jadi orang macam tu.. Kalau ada pun, siapalah aku~ (dlm nada lagu Amy Mastura)

Eh eh, terlajak dah! Berbalik semula kes kecemburuan aku.

Kadang-kadang aku cemburu jugak bila tengok diorang join such programs ramai-ramai. Yelah, mesti lah kita ajak kawan, member rapat kan.. Tapi, tataw lah.. Nak jelez jugak, nak wat cemane. Aku nak join jugak.

Tentang program ni, Alhamdulillah aku duk kat UIA ni. Sebab program-program macam ni memang di-expose-kan dan diiklankan merata. Tapi nanti, kalau dah masuk dunia kerjaya nanti? Macam mana nak tahu?

Oleh itu, aku berharap sangat kepada sidang pembaca yang ada maklumat tentang program-program macam ni, share lah dengan aku ye..

Aku pun inginkan ketenangan itu juga. Aku pun inginkan ukhuwah itu juga.

4 comments:

afiqah abrisam said...

alhamdulillah..sukma, fqah pegi time selawat nabi je. lpas tue ader kerja skit, xdpat nk dgr ceramah ustaz muhadhir n habib najmuddin. seday..huhu.

apa yg sukma dapat dalam majlis tue?ce crita ckit?

sukma atiqah said...

crite pasal nabi Muhammad. Sirah nabiyg kite blaja dulu2.. Semua dsampaikan scr ringkas.

Sekadar nak mengingatkn kite la..

Raji and Yeen said...

huhu ak pun cemburu gak
kt sini xbyk program2 cmnih utk join owh x.x

Hafizi Azmi said...

alhamdulillah, sempat jgak join program yg best nih..!
rasa mcm kes kita ni sama la..
excited sgt masa prgrm tuh, masa baca selawat ramai2, masa habib Ali Zainal Abidin bg tazkirah tu...
jeles je ngan org2 laen yg dah biasa baca ratib selawat2 tu..
and I like this quote;
"Aku pun inginkan ketenangan itu juga. Aku pun inginkan ukhuwah itu juga."
InsyaAllah, moga Allah berikan kita peluang lagi utk dtg program2 mcm ni lagi lain kali.. ;)