Saturday, January 29, 2011

Convert agama #1

Assalamualaikum.  =)

Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, aku nak share siket apa yang aku dengar dalam forum Religious Tolerance semalam.

This Perkim-organized program was moderated by one of IIUM lecturer, Sifu Nasir. While the panelists were Ustaz Fitri Abdullah(ex-Hindu) and Bro. Lim Joi Soon(ex-Buddhist, ex-Christian).

Soalan first bila kita jumpa mualaf of course would be how did they converted to Islam, what are the things that encourage them and such things.

Ustaz Fitri: He was taught since a child to be a very devoted Hindu. He learned about all the Hindu gods (330 miliion gods). But as he learned more, he got confuse more. Memandangkan dalam agama Hindu, tuhannya banyak tapi yang sebenarnya satu. Yang banyak tu lebih kurang deities je, bukanlah tuhan. A little bit confusing here.

Aku ada belajar subjek Religions in Malaysia. Ala-ala comparative religion jugak la. So, ada la serba sedikit ilmu tentang agama Hindu tu.

Disebabkan ustaz ni nak menyembah tuhan yang satu tu, beliau pun bertanya dengan orang2 alim Hindu. Mereka semua cakap tuhan tu satu tapi bila disoal macam mana nak sembah tuhan yang satu tu, nobody can answer it. Di situ lah timbulnya niat to seek the truth.

Reason kedua; pada usia beliau 28 tahun, lepas balik dari kerja, beliau nak tengok tv. Bukak, bukak tv tu tengah rancangan ceramah perdana (ke apa ea, yang perdana, perdana tu dulu). Kebetulan masa tu, Ustaz Haron Din tengah bercakap.
"Tak kira lah dia buat baik macam mana sekalipun, bersedekah ke, senyum ke, tolong orang susah ke, tolong anak-anak yatim ke kalau dia tak beriman, semua tu Allah tolak"
Ustaz tu agak marah la, dia rasa dia dah buat semua kebaikan but still, why he will be thrown into the hell? Dari situ lah dia tergerak mengkaji agama Islam. Sehinggalah masuk Islam. Alhamdulillah

Bro Lim: Masa kecil, dia main dengan budak-budak Islam jugak. Satu hari tu, ada seorang Buddhist gaduh dengan budak Islam.
"Kenapa engkau sembah dan sembahyang mengadap patung yang tangan orang sendiri buat?"
"Engkau pun apa bezanya, sembahyang mengadap dinding yang orang bina jugak"
"Tapi kami, takde dinding pun kami sembahyang jugak"
"Apa yang kau sembah kalau tak nampak?"
"Heh, kau boleh nampak tak udara? Kau boleh nampak tak angin? Tapi kau tahu ada kan?"-Ini lah yang masuk dalam kepala beliau.
Dia tanya lah ibunya, kenapa sembah benda yang manusia sendiri buat. Mak dia pon terkejut. Bawak dia pergi kilang patung2 Buddha tu minta tukar patung. Pada mereka andai ada yang tak kena dalam rumah tu, mungkin dia salah pilih patung Buddha tu.(lebih kurang camtu lah)

Lagilah brother ni hairan, dia tanya mak dia depan patung tu, kenapa sembah patung yang orang buat? Mak dia boleh pusing pada patung tu and cakap "Maaf tuhan, anak saya tak tahu" -in Chinese lah.

Dia terus wondered, sehinggalah sampai padanya dakyah Christian. He said that, these Christians was so kind, their attitude was so good and the character each of them was very attractive. Ini menyebabkan dia murtad Buddha and converted to Christian.

Wheen he was a Christian, one of his Muslim friend fell sick. So, he went to visit. Masa tengah lawat tu, kawan dia ni tadi ajak tonton video debat Ahmad Deedat. Tapi, kawan dia tu tak berani jugak sangat. Yelah, takut goyah iman. Tapi, dia pulak semangat nak tengok.

Dalam video tu, dia tengok Ahmad Deedat boleh jawab semua soalan dari paderi tu dalam erti kata menjawab soalan dengan betul. Sedangkan paderi tu tak boleh jawab soalan, dia akan pusing soalan tu semula. Dan ketika itu lah, dia nekad untuk mengkaji segala yang diperkatakan oleh Ahmad Deedat.

Dia beli semua buku dan video Ahmad Deedat. Sehinggalah akhirnya dia betul2 kaji Al-Quran. Dia sangat berpuas hati. Katanya, Quran lah satu-satunya sumber yang boleh menjawab segala persoalan. Alhamdulillah, sekali lagi dia murtad, dari Christian to Muslim.

Begitu lah round pertama yang awal-awal lagi aku dah rasa hebatnya mereka!

Soalan seterusnya, penerimaan keluarga dan orang keliling.

Ustaz Fitri: Mengikutnya, dulu, kalau ada orang tukar agama, dia lah antara orang pertama yang mengutuk orang tersebut. Yelah, dia diajar dengan Hindu yang kuat. And as expected, bila dia yang converted, orang akan mengutuk jugak. Katanya, kadang-kadang orang tak kata depan-depan, tapi yang kata belakang tu pun sampai jugak kat telinga dia.

Malah, dia terkena perang psychology dari relatives sendiri. Cakap dengan parents, mereka diam. Cakap dengan adik-beradik, semua diam. Macam tu lah. Even pada hari atok nya meninggal, semua orang menekan perasaan beliau kerana beliau dibesarkan oleh atoknya tetapi tak mahu balas jasa kerana tak mahu terlibat dengan rites(amalan Hindus untuk cremation).

Kerana tekanan itu, beliau nekad untuk tidak pulang ke kampung. Tetapi pabila diceritakan pada Ustaz Haron Din, ustaz yang mengislamkannya, ustaz tu kata, "Selepas beriman kepada Allah dan Rasul, taatlah pada ibu bapa"

Baru lah beliau sedar. Then, setiap minggu dia akan pulang ke kampung dengan memekakkan telinga unutk menziarahi ibu nya. Malah, beliau sentiasa beli barang keperluan dapur dan pastikan segalanya cukup untuk keperluan ibunya. Belaiu juga ambil segala kesempatan bila tahu ada mana-mana saudara yang dalam kesusahan.

Sehingga 2 tahun, barulah ibu dan adik-beradiknya boleh terima beliau semula.

Bro Lim: Lebih kurang jugak cerita dia. Disisihkan family. Tapi tetap jugak dia pulang ke rumah. Walaupun begitu, abag ipar dia suka sangat menyindir dan mengeluarkan kata-kata pedas. Kalau waktu makan pulak, abang ipar dia siap menunjuk lagi yang makan pork tu sedap lah, minum arak tu best lah tapi dia bodoh je sambil cakap "Saya tahu makan itu sedap, maka saya simpannya untuk akhirat nanti"

Soalan seterusnya tentang trend murtad terkini yang semakin meningkat dan kes permohonan murtad yang diluluskan oleh mahkamah syariah.

Manurut mereka, bila dengar je cerita tentang ada orang baru convert masuk Islam, semua orang suka, "Alhamdulillah, bertambah umat Islam" Tapi, apa lagi yang kita buat pada saudara baru tersebut?

Bila naik pulak kes murtad, semua orang marah. Salahkan didikan family lah, tak belajar agama lah, lemah iman lah tapi apa yang sebenarnya orang-orang yang marah sangat ni telah sumbangkan pada mereka?

Kes orang yang masuk Islam lepas tu murtad, pun jugak orang melenting. Sedangkan adakah orang-orang yang melenting-je-lebih ni berikan mereka apa-apa didikan Islam? Berikan contoh terbaik selaku senior Muslim?

Berdakwah tidak semestinya dengan berkata-kata. Attitude kita perkara first sekali orang tengok. Sebagai contoh, seorang yang selekeh, makan takde adab, pakaian compang camping dan tak terurus, ada orang nak dengar dia cakap? Kalau dia cakap bangunan terbakar pun orang dengar tapi tak percaya.

See? Itu fitrah dunia. Bukanlah nak kata materialistik tapi sort of jugak lah. Tak perlu kaya raya, cukup dengan ilmu yang ringkas tapi padat, penampilan yang kemas dan bersih, attitude yang disenangi, InsyaAllah sesiapa pun tadah telinga.

Ada cerita yang dibawakan oleh Ustaz Fitri, seorang wanita Hindu ada beberapa soalan tentang Islam. Dia tinggal di London. So, ustaz tu pun cakap, kalau nak tanya, senaraikan soalan tu. Maka datang lah perempuan tu tadi untuk bertanya soalan2 yang telah disenaraikan. Sebelum ustaz jawab semua soalan tu, ustaz terangkan tentang Islam yang sebenar. Terus dia kata, itu yang dia nak tahu.

Lepas tu, dia balik London. Sebulan lepas tu, dia beritahu ustaz dia dah Islam. Katanya, dia nampak Islam di London tapi dia nampak orang Islam di Malaysia. -Pada musim sejuk, dia pakai yang ala2 snow cap tapi tutup penuh kepala dan leher. Asal jalan je, mesti ada orang beri salam kat dia. Setiap hari orang beri salam padanya. Disebabkan dia duduk kat Malaysia, so dia tahulah jawabnya waalaikumussalam.

Sehinggalah dia sendiri teringin memberi salam pada orang. So, Islam lah dia. Nampak tak, apa yang dikatakan Islam dan orang Islam tu?


To be continued...(panjang sangat dah rase)

7 comments:

ainaa syahirah said...

good one *like*

atiey_ika said...

thanks ena! =)

Alfi said...

good girl...~~ :D

ansarullah said...

forum perdana la sukma..haha

atiey_ika said...

alfi- tq! ;)
ansarullah- erk.. owhh.. haha.. ok, tq!

MQ said...

time kasih share forum ni.. xsmpat nak g ri2..

atiey_ika said...

same2.. nnti bce smbungannye pulak ea.