Monday, March 14, 2011

Journal #3 : Baktisiswa 2011

4/3/2011

Pagi tu kami adakan groundwork unutk program pada malamnya. Ingat tak aku ada cerita pasal motivational programme yang terpaksa canceled tu? So, sebagai penggantinya kami adakan program yang lebih kurang jugak aim and objective nya tapi di surau.

Reason kami kena teruskan jugak sebab tools untuk program tu such as files, papers, hampers etc semua dah ready. Maklumlah, cancellation memang boleh buat last minute kan! Sehari dua before program lagi lah boleh!

So, sehingga zohor kami jalankan promosi ke seluruh kampung. Sisters bahagi-bahagikan pamphlet dari rumah ke rumah while brothers promote kat masjid after their Friday prayer.

Aku bergerak dengan Lina masa tu. Naik motor. Seronok jugak buat kerja ni. Terasa macam dah berpengalaman jadi direct-seller. Yelah, we have to convince the parents to allow their children to join the program.

Macam-macam reaction yang aku dapat. Ada yang terus panggil anak dia, tanya nak gi ke tak. Ada excited terus bagitau yang memang nak hantar and of course ada jugak yang kurang selesa.

Biasalah tu, banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.  =)

Kami buat tu sampai la perut aku memberontak tunjuk perasaan kelaparan. Pastu kami pun balik and terus je duduk kat rumah. Hehe.. Yelah, next task malam ni pulak. So, masa ni lah nak lepak kejap-kejap kat rumah.

Oh ye, masa ni kan, ada satu scene yang aku suka sangat!

Masa tu Lina keluar ikut pintu belakang rumah, nak gi depan amek kasut dia. Nak basuh siket. Aku pulak berdiri kat pintu je. Sekali lalu PM kami, Aiman. Sambil angkat tangan. Pastu lalu pulak sorang lagi, hon pulak. Aku suke situasi tu. (macam pemempatan budak uia saje.. hehe)

Ha, lupa nak crita. Rumah foster family aku tu ngadap jalan yang memang orang lalu lalang. Sebab tu lah nampak je budak-budak UIA meronggeng.

Lunch kami masa tu mak masak gulai lemak ketam. Sedap woo! Fresh punye ketam. 'Umph' dia tu special sket. Sejam lebih makan.. Haha.. lame gile..

Then, petang tu dalam pukul 5 kami keluar pergi laut. This one is so special! Kami naik bot yang biasa nelayan naik tu. Bukan bot besar pon tapi kami gi satu family.

'Pilot' nya sdara mereka jugak. Serious excited masa ni! haha..

Dah la mak buat mee goreng and air oren.. Bawak skali untuk picnic atas bot. Sweet kan??

Suasana masa dari kuala ke laut tu damai sangat.. Indah.. kawasan paya kiri kanan, bangau-bangau berterbangan.. Kalau pagi2 mesti lg cantik.. Dapat tengok sunrise..

Memang atas bot tu jadi lokasi photoshoot ar.. Bergambar je.. Tak pun termenung tengok air yang berkocak.. Sambil2 dengar aboh cerita tentang nelayan-things. Setiap cerita tentang nelayan yang aku dengar tak pernah sama, sentiasa berbeza. Well, lain orang, lain pengalamannya.

Sehinggalah kami tiba di satu 'pulau'. Namanya rumah ikan. Aku panggil pulau sebab tengah2 laut tu ade tempat untuk mendarat. Hehe..

Rumah ikan ni ada banyak petak.. Setiap petak tu ada ikan. Ada petak yang ada jaring. Aboh kata yang ada jaring tu maknya bertuan.Yang tanpa jaring tu bolehlah kalau nak pancing.

Haa, situ pun jadi photoshoot location! Hahaha.. Atas papan sekeping yang lendut tu pun boleh je nak snap pic!

Sedang kami membiasakan diri dengan keadaan (cececeh..), sampai sebuah lagi bot. Ouh.. budak Baksis jugak rupanya. Azmah, Fatin, Afiq, Saiful and Aishatun lau tak silap.

Lepas semua tangkap gambar. Tiba lah masa nak balik. Dorang balik while kami masih di situ, menjamu selera, ber-picnic di atas bot di sisi rumah ikan. Best ok..

Duduk atas bot sambil mulut dijamu mee goreng, mata dijamu pemandangan laut luas ibarat tiada penghujung. Tenang je rasa. Kosong fikiran ni.

Lepas sebekas mee goreng licin, kami pun bertolak balik. Hala balik tu, 'pilot' offer kami untuk 'drive'. Woha! Excited! Muka keterujaan aku memang tak boleh nak di-cover2 lagi!

Tapi kena ikut turn lah.. Mula2 Athirah bawak dulu, pastu Lina then abru aku sehingga lah masuk kuala.

Tak susah pun rupanya. Macam drive kereta/motor la jugak. Kena alert all the time. Memang la xde traffic light or kanak2 melintas tapi xda line taw. Simpang2 pun kita sendiri yang tentukan bila nak belok kiri kanan.

Lama jugak aku bawak.. Siap memandai speed-up lagi! Ayat aboh
"Luluih dah ni, boleh da kheja kat laut"
(lulus dah ni, boleh dah keje kat laut)

Masuk kuala, tengah aku seronok gile control bot tu (kdg2 speed siket), tiba2 bot berhenti. Aku ingatkan aku tak pulas dia punya 'gear' tu. Aku pun pulas habis. Tapi tak bergerak jugak!

Rupa-rupanya minyak habis! Hahaha.. haru sungguh! Pastu apa tah yang dilakukan oleh 'pilot' kami, boleh la jalan. Mujur sampai jugak kat jeti tu.

Malam tu, program "Saya Bijak, Saya Soleh" kat surau. The attendance was so unexpected! Ramai sangat kanak-kanak datang dengan izin ibu bapa masing-masing. Dorang pun nampak seronok je nak join.

Aku dan rakan2 selain biro catering, prep tech and special task ditugaskan unutk jadi facilitator kanak-kanak ini.. Aku bergandingan dengan Kak Wan pegang group 14.

Masa ni lah kami cuba berikan seadanya dan berkongsi untuk galakkan mereka belajar. Macam keletah. Banyak mulut, of course!

Oh ye, ada something yang buat aku ingat sangat. These kids called me ustazah instead of kak. Bukan apa, just terbayang memori silam (sila klik). Tanpa ku sedar mulut aku pun membahasakan diri ustazah jugak instead of kak.

Banyak kali gak tersasul dan aku betulkan. Tapi last2, aku guna jugak ustazah tu. 

Lepas habis module yang sepatutnya, kami bukak hamper yang diagihkan unutk setiap kumpulan.

Then, tamatlah program hari tu.


to be continued..


source pic: facebook accounts (adk angkat, shahirun, umar, syahmi)

5 comments:

ibah said...

comelnye ada foster family. kat mana ni ika?

atiey_ika said...

kat perkampungan nelayan parit buntar, perak.

Dalam entry yg before2 this ad sy btaw.. jemput lah bce.. =)

Tok Esah said...

hehe, rumah ikan?/ ehhe toki kucer pernah buat sangkar ikan mcm tuh.. besh wooo

ikan kerapu biasa bela..

hurm, besh lah kak ada program macam ni.. hahhaks

Aimaduddin aiman said...

hahahha aku ni kalau nak g surau siap usha umah korg, kalau kereta ader g sah2 korang x g lagi..tebungkang dlm umahhh hahahh..yang kau cakap aku nmpak korg kat dapur tue eh,,yup aku ingtkan Lina dgn kau nak meng skodeng rmah sebelah

atiey_ika said...

haha.. xlrat nk skodeng aih rumah sblah tu.. asal bukak pintu mang nampak dah! haha