Monday, March 14, 2011

Journal #4 : Baktisiswa 2011

5/3/2011

Hari ni adalah hari sukan sekampung! Kami sukan kat bendang taw! Kelas gituhh!

So, as usual sports day mane tunggu sampai petang baru start kan, dari pagi kami da mula.

Mula2, kami bukak penyertaan untuk kanak2 dulu. Mewarna. Ramai betul Sampai tak cukup colour pencil yang kami sediakan. Terharu.. Semangat budak2 ni mewarna.

Then, untuk kaum wanita pulak ada gubahan buah, anyam ketupat dan buat sandwiches. Benda ni buat in group. Ada yang group makcik2 je, ada 1 group budak UIA je and ada jugak group yang kami campur je semua.

Kreatif semuanya! Tapi masa ni aku tak join pun, gi menyibuk and tangkap gambar. Pastu belajar anyam ketupat ngan Acap, tapi tak pas-pas.. Hee~~ Tangan besi agaknya aku ni..

Aku suka tengok suasana masa tu. Ramai orang, tapi tak kecoh.

Ha! Aku took part dalam Fear Factor! Err.. sebenarnya after diletakkan nama secara paksa-separuh-rela oleh Nadhar (dia yang incharge hari sukan ni.. huh.. salah guna kuasa! =P ).

Committee lain dalam group aku ni was Tasnim, Saifuldin and suppose Amir Farhan. Tapi Amir Farhan ada hal lain masa tu. Kami satu group ada 8 orang, so the rest was joined by the kids from the area.

Ada 4 game yang 'fear' nya. Yang first, celup muka dalam air sabun, pastu tiup tepung cari 8 biji gula-gula. Then gula-gula tu pulak kena makan. Perit jugak la nak makan gula2 tu dengan tepung2 sekali!

Game yang kedua, haa.. yang ni aku buat. Semua kena buat sebenarnya. Hikhik..

Ada satu kotak (kotak kertas A4) dengan penutupnya disediakan. Ada lubang yang berbentuk X di buat pada penutup kotak tu dan plastik hitam dilekatkan pada penutup tu di bahagian dalamnya. Aku tawu sebab duduk ngadap Azim buat benda alah ni, sambil dia psiko2 aku.

Eh, aku tolong gak.. Tolong gunting salotape.. Hehe..

Ok, back to the games. Kotak tu diisi dengan haiwan2 kecil yang agak comel tapi menggelikan. Kemudian, diletakkan 4 biji bola ping pong oren dan sebiji bola ping pong putih The task was to take out the white one.

Mula2 aku dengar dorang cakap cengkerik je. Ok lah, takde lah aku seriau sangat. Tapi bila tangan aku masuk dalam kotak tu, menjerit aku, tak rasa pun macam cengkerik! Tataw la apa! Yang pasti 'mereka' hidup, sebab merayap habis kat tangan aku!

Third challenge was to eat. Paham2 la makanan cemana. Takkan nak bagi nasi minyak ngan rendang pulak kan? Haa, dalam pinggan tu ada beberapa hiris halia dan 2 hiris cili besar. Termasuk 2 biji telur mentah dan secawan polisterine kopi pekat. Maaf, ini memang aku takleh terima.

Last task was kena tangkap ayam. Bese jelah, tangkap jelah ayam tu kan.
 Ayam hidup k !

Pastu game lain untuk kanak-kanak, musical chair and baling belon berisi air ke belakang. Seronok tengok budak2 tu melompat bile belon jatuh and meletup! Hehe..

Masa ni aku jaga Adib. Adib Fitri namanya. Dia ni sangat2 dan amat2 comelnya. Dah la tak berapa takot orang. Boleh kata, semua orang ada gambar ngan budak ni. Dah jadi ala-ala satu fenomena pada budak2 Baksis ari tu..

Next, game tarik tali. Khas untuk villagers. Mula2 orang kampung je lawan sesama mereka. Lepas tu, dak UIA pulak lawan antara satu sama lain. Then, pemenang dari UIA lawan pulak dengan pemenang kumpulan orang kampung.

Secara SAH nya, orang kampung menang. Secara TAK SAH nya, budak UIA menang! Hahaha.. Masa peserta Baksis di ambang kekalahan, tiba2 ramai pulak yang berlari gi tolong! Haha

Lepas game tu lah, Aiman dilumur dengan lumpur! Haha.. Mana pernah tengok dia serabai cam tu, but that time, NO EXCUSE. Walaupun dia lari, tetap kena cekup jugak!

Oh ye, ada satu lagi game. Futsal lumpur. Aku tak tengok sangat yang ni. Sebab penontonnya boleh kata semua lelaki. Sogan la eden nak p sana..

Finally, last game adalah a requested game from orang kampung sana khas suruh brothers Baksis main. Pukul Bantal! Pernah korang main? Aku tak..

Sebatang batang pinang diletakkan across the tali air, then dua orang kena duduk mengadap sesama sendiri. Pastu, masing2 diberikan guni yang berisi.. er.. tataw la isi apa. Tapi da macam bantal gak la.

Pemain kena pukul satu sama lain sampai la salah sorang jatuh! Fuhh, seronok tengok! Orang lain main pukul, tapi sorang lain. Boolat (Amirul Faidz). Dia tumbuk and tolak! Hahaha..

Habis game tu, habis la semua aktiviti unutk hari sukan. Lepas tu pemberian hadiah pulak. Kemudian, kami diberitahu yang talk (ceramah) malam tu yang dihandle oleh biro aku, Program Coordinator terpaksa dibatalkan. Sebab? You-know-what..

Talk was actually just about parenting. To encourage parents untuk tidak mengenepikan pendidikan anak-anak walaupun hidup susah. Kerana kita tahu, dengan pendidikanlah dapat mengubah hidup.

Memerah otak aku fikir tajuk yang sesuai, kesian kat Afifah yang dah confirmkan speaker. Agak feeling la jugak. Tapi tentu ada hikmahnya. Mungkin jugak sebab kami terlalu penat.

So, aktiviti malam tu diganti dengan sesi BBQ! Makan.. makan.. makan.. hehe

Malam tu aku tak buat apa sangat pun. Main game budak2 ada lah.. Dengan Esya, Dayah, Malina.. Haha

Selain tu, aku duduk ngan budak2 yang jamming bersam gitar, shaker, kerincing dan gendang-kotak-like yang dimain oleh budak2 yang akan perform esok.

Lagu wajib yang biasa sangat orang main, Kau Ilhamku. Membuai gak aku dengar lagu tu.. Ada jugak yang nyanyi Belaian Jiwa.. Semua nak jiwang and mendayu kan.. Huhu..

Lepas makan, kemas siket2, kami pun pulang. Habis sudah hari ini.   =)

Haa.. ni la PM kami..  Hensem kan? lalala~



to be continued....

5 comments:

Tok Esah said...

haha, beshnye... pesal bulat main tumbuk plak?? ahha buang tabiat betul dia tuh!! hahaks

atiey_ika said...

ntah.. dia je laen.. da la tumbuk, tolak plak tuh! haha

Aimaduddin aiman said...

Allahuakbar..await hang dok pi tayang gambo cheq na..seriau cheq..hahahahahah pi sini pi sana depa mengela sakan.awatlah dok kalut megah condong ke barat, pakat tarik ramai2 biat ke timur condongnya...lalalalaok dah ngaruttt

atiey_ika said...

nsem pa gmbaq tu??

haha.. sbenaq nya da taw ang akn baca, sbb tu khas utk ang! hahah

amirasoy said...

eh,, PM BAKSIS pon gne taktik tolak2.. hehehhe..
btw ,, Baksis best !!