Wednesday, March 9, 2011

Journal #1 : Baktisiswa 2011

27/2/2011

Around 6pm 2 buses bergerak meninggalkan perkarangan CFS IIUM PJ. Dalam pukul 11pm macam tu sampai di Desa Permai Homestay, Parit Buntar, Perak. Rumah teres 2 tingkat tu kami sumbat sampai 40++ sisters yang ada. Selebihnya brothers duk kat umah lain seberang jalan besar.

Rumah tu mang panas gile. Berhaba je rase.. Tidur pun macam talk berapa nak tidur je menyebabkan aku bangun pukul 3.39am. Pastu terus mandi. Takut nanti berebut dengan orang lain, dah la bilik air ada 3 je. Lagi pon, aku harap sangat nak mandi air sejuk...

Tapi hampa, air paip kat situ tak sejuk. Huhu..

28/2/2011-1/3/2011

Dua hari ni induction je untuk Baksis. Masa ni kami settle semua hal berkaitan Baksis yang bakal amek masa seminggu nanti. Balut2 hamper, siapkan master plan, action plan, floor plan, buat details aktiviti etc.

Kirenye dua hari ni, lebih banyak discussion je. Oh ye, induction ni diadakan di Masjid Ubudiyyah (kot.. tak ingat sangat namanya).

2/3/2011

Hari ni start lah hari pertama Baktisiswa 2011. Dari homestay yang kami duduk tu, adalah dalam setengah jam p[erjalanan pergi ke Kampung Kuala Bagan Tiang. Kami diturunkan di Surau Haji Shaari. Dan inilah boleh dikatakan OR kami. Tempat berkumpul dan beroperasi.

Lebih kurang dalam pukul 3pm, opening ceremony began. Started with speeches and finally waktu penyerahan anak angkat. Aku bertiga dengan Lina and Athirah dapat sorang pakcik ni. Tapi riak wajah dia macam kurang berkenan.

Baru tahu rupanya pakcik tu mintak anak lelaki tapi dapat kami. Last2, pakcik tu tukar anak dengan parents angkat Faiz and Jijul. Hehe.. Lucu pulak bila ingat balik.

Makanya, kami pun tinggal lah di rumah abah Halip. Abah dan mak ada 6 orang anak. Sulung, kedua, keempat dan bongsu lelaki. Tapi, tinggal yang bongsu tu je kat rumah. Yang lain tinggal kat asrama. 2 orang yang tengah pulak kembar. Girls. Yang ni pun stay kat rumah.

Diorang lah nak kakak angkat, silap2 dapat abang. Mak kata, merajuk. Terus balik rumah. Bila dah tukar tu baru datang semula. Hehe..

Petang tu lepas habis majlis, semua orang balik. Baru aku sedar, takde sape tinggal untuk tolong orang surau bersihkan tempat tu. Mujur kami tak balik lagi, sekali dengan Faiz and Jijul. Mak pun tolong basuk2 pinggan jugak. Kesian pulak, patutnya kerja kami.

After that, pulanglah kami ke rumah keluarga angkat. Masa tu baru dapat borak dengan mak dan si kembar tu. Aisyah dan Atiqah. Mereka ni SPM candidates.

Malam tu lepas maghrib kami pergi ke surau untuk groundwork tomorrows programme. Masa sampai tu, orang tengah solat Isyak. Aku jadi agak teruja sebab ramai sangat budak2 kat situ. Kawasan surau dipenuhi dengan motor.

Ramai betul pengunjung surau ni. Tak padan dengan keadaannya yang boleh dikatakan under construction. Surau ni kecik je. Tapi, ada si pemurah mewakafkan tanah untuk disambuhng lagi surau tu. Part yang  disambung is ruang solat muslimin. So part tu, masih berdinding bata lagi. Belum bercat. Belum berlantai elok.
Lantai tu hanyalah pasir yang dialas dengan karpet.

Usai solat, keadaan sangat meriah. Macam baru siap tarawih. Seronok.

Malam tu kami terima berita yang aktiviti yang sepatutnya dijalankan esok terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang aku rasa tak masuk akal. Well, sebab you-know-what. *Geram+sakit hati.. Biro special programme mesti lagi sakit hati*

Suppose, kami wat motivational programme for standard 5 students. Main objective is to encourage them to study. We were suppose to be their facilitator. How exciting! Tapi hancur begitu saja harapan yang diidam.

So, we replaced it with the next day activity. That is "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". As program coordinator bureau, we have to reschedule the master plan. Tapi, takde lah berat sangat. Alhamdulillah everything was fine and nice that night.

Kami banyak borak about foster family masing2..

To be continued...

No comments: