Monday, March 21, 2011

Journal #5 : Baktisiswa 2011

6/3/2011

Pada sebelah pagi, kami adakan gotong-royong di dua lokasi. Surau dan tanah perkuburan. 78 orang dari kami ni dibahagikan secara tidak sama rata dan diagihkan kerja masing2.

Aku telah ditugaskan untuk membersihkan surau. Surau tu bukannya kotor just habuk2, biasalah tu. Lepas lap tingkap baggi kilat kilat gitu, aku menghulurkan tangan melipat sejadah bersama beberapa orang lain sambil mulut pun buat kerja. Hehe.. Borak-borak tentang 'ceritera Baksis'

Habis tu ada orang sapu2 sampah semua tu, aku terpaksa lari keluar. Aku tak berapa boleh dengan habuk, kang habislah bersin tak berenti sampai kempis perut nanti.

Masa keluar tu, Izzat panggil. Masa tu dia tengah gelek tepung untuk buat karipap and ketua chef nya adalah Mak Tam.

Dia panggil suruh aku belajar kelim karipap. Boleh buat kat rumah nanti katanya. Huh.. tawu la aku tak reti buat tu.. Ingat aku cakap tu dalam hati je rupanya terkeluar gak kat mulut. Hee~

Aku pun belajarlah dengan tekun dan penuh ketelitian. Segan gak la Izzat duk tengok je cam nak perli tapi kesian kot kat aku yang nampak tak putus asa. Hehehe..

Thanks Izzat.  At least aku belajaq cara betui nak kelim karipap. Dah reti ok! =D

Sebelah petang orang kampung sembelih seekor lembu. So, petang tu sesi di dapur. Gotong royong memasak pulak.

Pada sebelah malamnya, was the Kurik Kundi Night & Closing Ceremony of Baktisiswa 2011. Masa kami bersiap kat rumah yang actually dah agak lambat masa tu, mak bagi tudung sebagai hadiah untuk kami! Waahh, gembira bukan kepalang lah! Hehe..

Kebetulan masa tu, aku pakai baju coklat, Lina pakai ala-ala coklat tapi lagi gelap and Athirah pakai hitam. 3 helai tudung yang mak bagi tu, tudung bertona dua warna. Coklat, hitam putih and green yellowish. Semua matching ngn baju yang kami pakai malam tu. Terus pakai tudung baru!

Malam tu ada persembahan nasyid kanak-kanak dari penduduk kampung. Lagu sedih.. Perpisahan. Sayu je aku dengar. Ada marhaban jugak dari orang surau. And of course persembahan dari pihak kami sendiri.

Persembahan pertama dari Azwan, Kay, Firdaus and Ikhsan. Dorang nyanyi 2 buah lagu. Yang kedua aku tak ingat tapi yang first was great! Lagu Belaian Jiwa. Fuhh.. sorang2 bila tarik tu.. menyusup sukma! Hee~

Next, pantomime dari group Bulat. Pasal angan2 Mat Jenin. Seronok! Sempoi je semua.

Second pantomime from Nad's group. Pasal Si Tonggeng (Tanggang). Menarik taw! Moral of the story sangat jelas.


Pastu persembahan dari group Syahmi, Amir Farhan dan Luqman. Dorang nyanyi lagu inshaAllah malay mixed with english version. Second song best! Lagu yang memang dah lama aku minat pon. Hehe.. Lagu Kau Ilhamku dengan iringan gitar played by Jepah and kotak-like instrument tu played by Syahmi and Umar played shaker and tamborine. *Umar dah bagitaw nama benda alah tu, aku yang tak ingat. Hehe..

Owh, aku tak join. Tidak berbakat dalam bab-bab pementasan ni.

Pastu kan kami, semua peserta Baksis menyanyi lagu tema, Kurik Kundi. sekarang lagu tu dah jadi mainan kat bibir aku. Biasalah 'lagu fenomena'.

7/3/2011

Its Monday. Its the last day. Its the sad day we never waited for.

Pagi tu, aku dengan Lina pergi kedai runcit. Nak beli sikit barang buat kek batik. Tu je yang mampu kami buat untuk keluarga angkat. Athirah pergi surau. Tolong-tolong selesaikan apa yang tak selesai.

Alhamdulillah jadilah jugak kek batik tu walaupun tak berapa sedap bak kata Nad. Agak la.

Lebih kurang pukul 2 (lebih), kami berkumpul kat surau. Ada short brief then gambar2 (of course).

Pastu kami keluar simpang. Sudah menanti dua buah bas UIAM. Di situlah perpisahan berlaku.

Di mana pertemuan bermula, di situlah perpisahan berlaku...
Di mana kenangan tercipta, di situlah rindu bertandang...



5 comments:

umarmukhtar said...

err, syahmi la yg maen cagon(pronounce ka-hon) tu... aku maen shaker ngn tamborine... anyway, best bce diari ko ni... hoho i loike.. :)

atiey_ika said...

owh.. ok, i'll correct that.
cagon ea? haha.. tq2!

umarmukhtar said...

tp tu aku main hentam je eja... tp sebutan dia da btol la... heee

amirasoy said...

u make me cry!!!
huhuh.. miss all the sweet moment with baksis family!

atiey_ika said...

mira- tangisan kerinduan.. <3