Friday, October 29, 2010

Ouchh!!

Abes je iron tudung, ak tros gantung tudung tu kat hanger.. Pastu tros duk kat krusi ngadap lappy..

Suddenly, rase mcm seluruh badan kene renjatan elekrik! Tersentak, tersentap! Otomatik, tangan dialihkan. Rupanya, aku pegang iron panas yang aku lupa nk switch off!

Satu jari je kene. Tapi bisanya terase cam sluruh tangan kene! Sakitnya! Roomate soh g letak ubat gigi. Aku pon blari g toilet. Mujur tak tergelincir sbb selipa tu da kehilangan frictional force. Adoii.. nyaris tak jatuh pulak!

Aku pon tak paham sgt nape ltak ubat gigi.. Tapi aku ikot je sbb ubat gigi sejuk! Best! hehe

Tapi, walaupon da letak kat jari yg kene tu, jari laen tetap rase bisanya. Pedih betol! Rase cm nak gigit je jari yg sibuk same sakit nih!

Skang nih, kulit kat part yg kene tu, menggelembung. Putih. Dah tak sakit. Alhamdulilah.

***************

Aku bukan cite suke2 kat ats tu. Bukan jugak nk mengadu sakit and mengharapkn simpati. Tapi, terima kasih bagi yang bersimpati, itu tandanya anda ambil berat ttg saya! hikhik

Sebenarnye, bila aku renung balik jari yang cedera (?) ni, terlintas sesuatu dalam minda aku.

Baru satu jari aku terkena besi panas, dah rase bisa sangat. Cube bayang kan api neraka yang panasnye 69 kali api dunia. Ayat laennye, api dunia tu hanyalah satu per tujuh (1/7) dari api neraka (berdasarkan hadis).


Ya Allah seksanya duk kat dalam tuh! Na'uzubillah! Ni baru bahangnya. Belum lagi seksaan khusus yang menggunakan besi panas bagi orang yang bohong dalam kesaksiannya. Maknanye, saksi yang menipu lah.

Sudah lah lidah mereka digantung pada palang2 besi panas, badan pulak dipukul dengan kuat oleh 70ribu malaikat dengan menggunakan besi panas merah menyala! Na'uzubillah!

Duk dalam neraka tu, nak cari ubat gigi jugak ke? Nak lumur seluruh badan? Tak sempat dah..

Tetiba aku rase nk mengingatkan diri tentang neraka. Bile bace Quran kan banyak cerita tentang syurga dan neraka. Seronok kan kalau bayangkan indahnya syurga tu.. Walaupun kenikmatannya tu melebihi berganda-ganda dari apa yang kita bayangkan.. Sampai tak terjangkau di fikiran!

Tapi, pernah tak bayangkan neraka?

Boleh bayangkan api yang lebih panas dari api kat dunia ni?

Boleh bayangkan besi yang menyala yang dipanaskan dgn menggunakan api yg terlalu amat panas sgt tu??

Ade sesetengah orang bile cerita benda baik je, it could become an inspiration to them utk buat benda baik2. Sebagai contoh, dalam Quran ade cerita tentang keindahan syurga, seolah2 bersinar-sinar je syurga tu. Lalu, orang itu berazam utk jadi soleh dan tinggalkan kemungkaran.

Tapi, for certain people, benda tu macam takde benda! Mungkin org begini perlukn motivasi cara keras dan menggerunkan. Sebab tu lah, Allah ade cerita tentang azab neraka pulak. Bila orang tahu tentang azab seksaan neraka tu, barulah terdetik di hati untuk bertaubat.

Alhamdulillah bagi yang terase dalam hati mereka dan bertaubat. Sinar tu masih ade.

But, for those who didn't even feel anything in their heart?? Sila lah ubati hati anda..


Kata Imam Al-Ghazali: "Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika menunaikan solat. Jika tidak ditemui,carilah hatimu ketika duduk bertakakur mengingati Allah, Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru…."
 
 
 
 
* tghari tadi, makan sambal.. ttbe rase pedih kat satu jari tu. lepas basuh tgn tgok rupenye, ade luka. Dlam gak.. ntah kene apelah pulak agaknye.. ter-relate pulak ngn dosa; ade la ni dosa aku tanpa sedar.. Astaghfirullah! 
 
 
 

No comments: