Tuesday, October 5, 2010

5th October

my dad and I, -Bandung, Indonesia 2008
Hari ni birthday ayah! Happy birthday!

Aku berdoa untuk seorang lelaki yang menjadi sebahagian dari hidupku
Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuku, Ibu, adik-adikku, dan untukMu
Seorang lelaki yang selalu menasihatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku
Seorang lelaki yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi sedihnya
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah
Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan mimpi besarku
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu
Dan aku berdoa untuknya

Bismillahirrahmanirrahim..
Berikan kekuatan kepadanya untuk melewati cubaanMu, agar dia mampu bangkit tiap kali badai menghempas pantai kehidupannya
Berikan dia kehidupan yang mulia
Berikan dia hati yang sentiasa ikhlas  
Berikan dia kekuatan dalam memikul amanah-amanahMu
Berikan dia kelapangan dada agar sentiasa sabar dalam mendidik kami anaknya
Berikan dia keberkatan umur agar setiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu
Ya Allah.
Jadikanlah aku anak yang solehah, sehingga aku dapat menjadi pembuka gerbang syurga untuknya.
Ya Allah.
Lindungilah ayahku
Pelihara ayah dari segala kejahatan dunia
Pelihara ayah dari segala fitnah dunia
Moga ayah bertemu kebahagiaan di dalam hidupnya
Di dunia mahu pun akhirat..
Ameen~

No comments: