Thursday, October 7, 2010

Perginya Seorang Tokwan

Jumaat, 1/10/2010

9am ++
Tokwan ke bendang.. lakukan tugas mcm biasa di petak sawah nye.

11am ++
Tokwan tak dpt dikesan. Usually, tokwan akan pergi rumah mak long yang duk dekat ngn petak sawah tokwan tu tok minum2. Tapi hari ni, tokwan tak dtg. Paklong pon cari lah kat merata-rata.

12noon sharp
Mak dpt call dari ayah. Hairan Nape suare mak laen? Pastu, mak macam tak boleh berdiri. Then after the call, she sat on a chair beside the telephone. Mata merah.

"Kemas2 la, kite balik Perlis. Tokwan meninggal" tenggelam timbul suara mak.

"ha?" aku ngn Yeen. Betul ke?

"Kemas barang, tokwan meninggal. Ayah da on the way. Lepas ayah amek Qim ngn Lala, kite terus bertolak"

Dekat2 pukul 1 macam tu, makcik sampai. Muka makcik tak bermaya, mata bengkak. Tentu lah, makcik anak bongsu dalam family ayah. Lepas tu, ayah pulak sampai. Ada kelainan pada wajahnya, tak mcm biasa walaupon nampaknya ayah cuba mengawal perasaan. Lelaki.. susah nak express kan perasaan kan?

1.45pm
Tengah kemas2 barang masuk dlm kereta, fon ayah rang. Someone from Perlis. Macam berbincang tentang pengebumian. Bunyi mcm nak kebumi pukul 6, tapi ayah mitak tunggu jap sampai pukul 6.30..
err.. the journey should take about 5 to 6 hours..

1.50pm
Bertolak dari Sg. Buloh ke Perlis.


Dengar crite dari Perlis, tokwan jatuh. Tapi, tataw la kesahihan crite ni. Aku harap sgt sepanjang perjalanan dipermudahkan. Sedang fikiran melayang, tiba2 terpandang wajah ayah through cermin tengah tu. Lepas tu aku kalihkan pulak pandangan ke makcik yang duk depan. Hmm.. terus teringat hadis tu:

 

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah telah bersabda: Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalan, melainkan 3 perkara yg dibawa pergi iaitu pahala amalan (yg dilakukan semasa hayatnya masih ada), sedekah yang berkekalan (sadakah jariah), ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh. (HR Muslim)

 

Apa yang mampu buat was just doa mpga2 perjalanan ni lancar. Tanpa sedar, aku tertidur. Sehinggalah ayah berhenti sekejap untuk ke toilet and kami beli makanan siket sbg alas perut. Tu pon, agak rushing jugak.

 

5.07pm 

Pergerakan kereta slow. Traffic jam kat Penang

 

5.30pm

Makcik dapat call. Orang tanya kat mana. lepas tu dapat message pulak..

 

5.40pm

Jalan da OK, ayah dah pecut sangat2. 103km to Kangar tp kami setakat smapai Simpang Empat je, so maybe tak sampai 100km.

 

5.42pm

Makcik dapat call lagi.. Aku dapat rase yang keadaaan dah makin genting, kereta dah makin laju..

 

5.45pm

Ayah dah tak senang duduk. Tangan dah menari-nari kebimbangan atas steering, garu2 muka.. Ade jalan sesak lagi.. Yelah, sekarang kan da waktu orang keluar office.

 

5.55pm

Baru masuk simpang ke Alor Star-Kangar. Maksudnya, kami baru di Kedah. Ayah gelisah. Makcik pon. "Tak dan da kot Zana" Ayah ckp kat makcik.


 

5.58pm

Masok bandar. Lagi rumit, dengan traffic light lagi.. Mase terase makin patas berlari..

 

6.11pm

Mak call mak lang Na mitak tunggu kejap. Mak lang Na ckp terus pergi kubur nnti.

 

6.12pm

Ayah da start gune lorong kecemasan n laluan motor kat tepi jalan tu.. Biase la, bila da msuk area kampung ni, pakcik2, atok2 bawak motor sgt bersopan.. Ditambah pulak remaje2 yang smbile ride smbil borak ngn pembonceng sebelah la.. Aduhh.. sakit ati pulak aku tengok.. Kwn2, tlg la jgn wat camni.. Orang lain tentu byk keje, jgn selfish! (aku tak bwk moto.. hee)

 

6.27pm

Hampir bertembung ngn kereta dari arah bertentangan. Kereta tu potong lori then lmbat masuk line, Alhamdulillah xde pape jadi.

 

6.33pm

Masuk simpang Permatang Bongor. Sekarang jalan straight je. Ade 2 org pakcik berbaju melayu n berkain pelekat. They probably from umah tokwan.  Mase sampai je kat pagar tanah perkuburan, mereka sedang menurunkan keranda jenazah dari van.

 

 

 Alhamdulillah, ayah made it. Sebelum dikebumikan, ustaz tu bukak keranda tersebut utk ayah, makcik n kami  tgok buat kali terakhir. Mase ayah nak cium tu, ayah menggigil. Makcik dah tersedu sedan. Suasana ni buat aku mengalirkan air mata deras. Sayu. Perpisahan yang selamanya.
Seterusnya, proses pengebumian dijalankan seperti biasa dengan lancar dan tiada sebarang masalah. Alhamdulillah.

 

 

Hala balik dari kubur, aku jalan kaki ngn makcik n sepupu. Mase masuk perkarangan rumah, bertembung ngn tokngah, kakak arwah tokwan. Beliau sakit, ade kencing manis, terlantar atas tilam, tak boleh bergerak sgt.. Pendek kata, da uzur. Mase tu she was on her wheelchair. Menangisnye dia bile jumpe makcik, dia peluk makcik and menangis sgt.

 

Kata ayah, mesti lah dia sedih sebab yang sakit selama ni, dia. Tokwan sehat. Tapi tokwan meninggal dulu, mesti lah dia fikir macam tu. Ya, maati tidak kenal bila.. One thing for sure, everybody will feel it one day tanpa terawal atau tercepat walau sesaat.

 

" Tiap tiap yang berjiwa akan merasakan mati....." (surah al 'Imran)

 

Tok(nenek) tenang. Tak nampak pon macam nanges. Memang tok kuat. Makcik pon cakap, tok kuat. Lepas sdare mare n jiran2 beransur pulang, kami pulak berkumpul sefamily. Rupanye, arwah bukan meninggal sebab jatuh. Mungkin mase tengah kerja tu, arwah sakit dada, so arwah duduk la kat tepi petak sawah tu. Kepala pulak disandarkan atas batas. Mungkin masa tu lah, malaikat Izrail jalankan tugasnya. Takde bukti jatuh sebab baju tokwan bersih lagi. Kalau jatuh tentulah ade percikan lumpur dari sawah tu.


Keesokan harinya, aku dapat tahu ayam kesayangan arwah mati. Menurut sumber, ayam tu selalu ikot tokwan gi mane2 je. Kata mak, "tuan dia takde, dia pon pergi"

Ayah tanam ayam tu dekat blkg rumah kami tu. Tempat ayam2 lain mendapat kebebasan bergerak. Pagi tu jugak, banyak ayam berkumpul kat muka pintu belakang rumah. 

Kata mak Ja, "depa cari tokwan, biasanya tokwan yang bagi ayam2 tu makan"

Padahal dah ade dah makanan ditabur atas tanah utk mereka. Hmm.. terharu.. Ayam pon tahu sayang taw.

 

Haikal tanya: " Kalau kita doa utk tokwan, nanti tokwan balik semula kan?" Makanya, dia pon solat dan doa. Bila tanya " adik doa pa?" Dia jawab, "doa tokwan" 


Haikal, 4 tahun.

 

Al-fatihah buat arwah tokwan, moga rohmu tenang di sana..

 

 Aku cuba bayangkan andai aku di tempat ayah n makcik, perkara pertama yang aku pikir is, was I a good daughter to my dad? To make sure that every my prayer reach him there..



#Hari Isnin baru kami bertolak pulang ke Sg. Buloh. Kali ni perjalanan normal, 5jam lebih.. Tak macam hala pergi tempoh hari, 4jam? Selangor-Perlis?? fuhh..

 

 

3 comments:

Anonymous said...

al-fatihah.

Hafizi Azmi said...

salam takziah sukma.. may Allah bless him & all of your family.. amiin..

Unknown said...

al-fatihah.

semoga roh tokwan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.amiiin