Wednesday, May 4, 2011

Sharing is caring | Wudhu'

Assalamualaikum  =)

Jalan ke mana pulak hari ni?? Hehe.. Takde lah, hari ni aku tak ke mana-mana pun. Duduk rumah je. Kumbah almari, then kemas balik..

Entry ini sekadar sharing is caring. Kadang-kadang amalan sunat ni, kita tahu tapi liat nak buat kan? It's ok, kita buat sikit-sikit dan istiqamah. InsyaAllah nanti jadi amalan.


Basic yang kita belajar adalah niat ambil wudhu' dan doa selepas nya. So, what's in the middle??

*saya xde application tulisan jawi, so saya letak maknanya je yer.. 

Semasa membasuh muka:
"Ya Allah, putihkanlah wajahku dengan cahayaMu pada hari hitamnya wajah-wajah, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku pada hari putihnya wajah-wajah"   
(Riwayat Ibn Hibban daripada Anas b. Malik)

Semasa membasuh tangan kanan :
"Ya Allah, berikanlah kitab kepadaku kitab amalanku dengan tangan kananku dan janganlah Engkau berikan kitabku ini kepada tangan kiriku"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)
Semasa membasuh tangan kiri :
"Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada memberikan kepdaku kitab amalanku dengan tangan kiri ataupun dari belakangku"

Selepas menyapu air di atas kepala :
"Ya Allah, peliharalah rambut dan kulitku daripada api neraka. Dan lindungilah daku di bawah naungan Arasy-Mu pada hari tidak ada naungan melainkan naungan"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)

Selepas membasuh kedua-dua belah kaki :
"Ya Allah, tetapkan kedua-dua kakiku di atas titian (Siratul mustaqim) pada hari ramai orang tergelincir"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)

Sunat-sunat lain;

Berkumur dan membaca :
"Ya Allah, berikanlah segelas minuman daripada telaga nabiMu agar aku tidak haus selama-lamanya"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)

Memasukkan air ke dalam hidung, keluarkan dan membaca :
"Ya Allah, janganlah Engkau halangku daripada haruman nikmat-Mu dan syurga-Mu"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)

Membasuh telinga dan membaca :
"Ya Tuhan kami, jadikanlah aku daripada golongan yang mendengar perkataan"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)

Orite! Sama-sama kita cuba biasakan ok? 

# sumber : Hadiah buat Muslimah, Siti Nor Bahyah & Eda Ezyani

2 comments:

umarmukhtar said...

interesting. =)

beyha said...

thnx for sharing :)