Abu Umamah r.a berkata;
"Rasulullah menganjurkan kami supaya kami semua mempelajari al-Quran. Setelah itu Rasulullah memberitahu tentang kelebihan al-Quran"
Telah bersabda Rasulullah S.A.W.;
"Belajarlah kamu akan al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan bertanya;
"Kenalkah kamu kepadaku?"Maka si pembacanya akan menjawab,
"Siapa kamu?"Maka al-Quran berkata;
"Akulah yang kamu cintai dan sanjungi, dan kamu juga telah bangun malam untukku dan kamu juga telah membacaku di siang hari"Kemudian si pembaca al-Quran berkata;
"Adakah kamu al-Quran?"Lalu al-Quran mengakuinya dan menuntuni si pembacanya kepada Allah. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya. Kemudian dia meletakkan mahkotadi atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda sehingga keduanya bertanya;
"Dari manakah kami memperolehi senua ini padahal amal kami tidak sesampai ini?"Lalu di jawab;
"Kamu diberi ini semua kerana anakmu telah mempelajari al-Quran""
source | Google Images |
Sudah tentu kita ingin menghadiahkan anugerah tak ternilai kepada parents kita kan?
No comments:
Post a Comment