Tuesday, May 3, 2011

Tak nak jadi minah Jenin!

Assalamualaikum  =)

Hari ni kan aku telah mem-busy-kan diri dengan meronda-ronda cuci mata.. Dan hasilnya, of course lah penat! Tapi, baru aku sedar betapa dalam hidup ni banyak sangat benda kita kena fikir. Nak-nak pulak bila kita melangkah ke alam dewasa.

Semua ni tercetus dalam minda aku sebab my mum & I pergi ke kedai perabot je semua.. Hikhik  ;)

Mula-mula pergi SSF pastu Lorenzo then Fella Design and finally Empire Furniture. Kalau nak ikutkan hati, banyak lagi. Aku suka gi tempat2 ni, biasalah, I'm a normal lady. Macam pergi Ikea, never get bored!

But honestly, barang-barang dalam Empire tidak memikat aku at all. Sorry to say, tapi that's the truth. 'Alhamdulillah' mak cakap. Hehe.. Maybe too heavy for us.

Aku jumpa set bilik idaman aku! Tapi, exclusive sangat for me to show you all, lagipun nanti idea kena ciplak! hahaha *evil laugh*

Aku juga ambil tahu pasal tanah-tanah, rumah and so much more.


Kini, aku sedar sebagai orang dewasa banyak sangat benda yang kita kena fikir. Especially, financial. Kena simpan duit untuk rumah, maintenance rumah lagi, kereta & maintenance kereta, nak pergi haji & umrah.. Waahhh!

Pastu mak tambah, anak-anak lagi. Erk, yang ni aku tak terfikir pulak.. =_="  (belum terfikir lagi..)

Angan-angan aku tinggi. Sangat tinggi. Siapa yang tak berangan betul tak? Tipu la kalau takde.. Aku tak percaya. Tambahan pulak aku ni rasa nya takde lah suka shopping sangat (kecuali buku) tapi the things I like, agak high taste lah.. huhu

Maka dengan itu, kerana impian dan tak mahu menjadi modern minah Jenin, aku perlu belajar rajin-rajin dan terus berdoa semoga pilihan dan keputusan aku sentiasa dipandu Allah.

Bukan lelaki je kena berwawasan dan berpandangan ke hadapan, perempuan pun mesti. Kami pun akan membentuk seisi rumah kan?

Saya kan sayap kiri awak. lalalala~~  ;)
*saya : wanita
  awak : lelaki
*jangan salah faham ^^ *

Ops, sudah dengan khayalan! Berpijaklah di bumi nyata.

Jom sahabat-sahabat sekalian! Kita saling menyokong dan memberi semangat.

Moga kerana Allah kita bertemu, kerana Allah kita bersahabat dan berkasih sayang dan kerana Allah kita berpisah.



tak masuk main campus lagi, harap2 terus bersemangat!

4 comments:

bawahbumi said...

betul2 best berangan.tapi takpe la kalau berangan sekali dengan plan.cerah masa depan insyaAllah. he he.

sukma atiqah said...

ameen~ smoga masa dpan kita same2 cerah, insyaAllah =)

umarmukhtar said...

jenin2. :P

sukma atiqah said...

umar2.. =p