Friday, May 20, 2011

Ustazah pun bolehhh.. ^_^

Assalamualaikum readers!

Senyum  =)

Hehe.. Apa kena dengan penulis ni kan? Hehe.. Takde lah, tadi ada member lama (sekolah rendah punya member) dekat facebook tanya :
" kau dah jadi ustazah ke sukma?? "
Haha.. Tu yang buat aku tersenyum. Well, Mr.Z.. Kalau kau cakap based on aku punya blog yang ala2 tazkirah ni, mungkin jugak.

But if you said that based on my appearance, I'm just trying to fulfill my obligatory to my our God. To be honest, I don't think I appear like I supposed to be yet. Still looking for the real strength.


source : owhsomuslim.com

Dah biasa dengan soalan tu sebenarnya. Dulu masa sekolah menengah, lagi ramai yang bertanya. Erm, nak kata tanya tu tak jugak. Ada jugak bunyi macam perli. Perli? Sesuai ke perkataan tu? Tataw lah.

Masa tu marah. Aku tak suka orang kata aku ni ustazah. Tak tahulah kenapa. Serious tak faham kenapa. Bila fikir balik, apa salahnya orang panggil ustazah kan?


*******
Saudara : Eh, kau belajar kat mana sekarang?
Aku : UIA
Saudara : Owh... *angguk-anguk* Amek apa? Syariah?
Aku : Hahaha.. Tak lah, engineering. *senyum*
Saudara : Uih? Biar betul? 
Aku : Laa, yelah.. Takkan ika nak tipu pulak..
Saudara : Nampak macam lembut je.. 
Aku : Hahaha.. Belajar engineering bukan kena gusti pun.. Hehe *Baru teringat pakngah ni engineer*
Saudara : Haha.. Bagus2.. Kena tough siket taw. Belajar baik-baik!
Know what? Sebab rasa tercabar dengan pandangan pakngah saudara ni lah, aku kentalkan hati untuk stay dalam engineering. There's nothing wrong for a hijab woman to involve in such field. Kan? Baru betul up-to-date.

Orang asyik pandang perempuan tak sesuai, aku bukan menegakkan penyamaan taraf antara lelaki dan perempuan. Tak payah susah2 for that, Islam ada panduan dia. Tapi untuk belajar, tak pernah ada halangan betul tak?

Manalah tahu, satu hari nanti perbualan berubah macam ni ke...
X : Assalamualaikum!
Aku : Waalaikumussalam! MasyaAllah, lamanya tak jumpa!
X : Iya lah.. Eh, kau sambung belajar ke dah kerja sekarang?
Aku : Kerja dah..
X : Ustazah??
Aku : Erm, lebih kurang lah.. tapi orang panggil Prof.
Ameen~

Tapi orang tua-tua kata, perempuan ni kalau tinggi sangat belajarnya, orang laki takut. Is it true?

Belajar je, belum kerja lagi.. At least we (ladies) takkan bergantung sepenuhnya dengan orang. Dicampak ke mana-mana pun, kita boleh independent. Itulah wanita yang tabah!

* Cikgu add maths aku dulu pernah cakap, kalau nak kahwin sekurang-kurangnya perempuan sendiri ada harta dulu. At least kereta. Takde lah nanti jadi beban pada suami.  Its up to you, you decide your future.

Aku? Hmm... Tengah kumpul, tapi sampai nak beli kereta tu, errr, memang habis belajar baru cukup kot. Tak beli kereta pun tapi sebagai simpanan sendiri, insyaAllah lah.

Go ladies go! =)

 Oh ye, ikuti kisah benar aku sebagai ustazah!

Monday, May 16, 2011

:: saya blogger muslim / muslimah , saya jaga aurat dan akhlak saya ::

Bagi menyahut seruan adik Mira yang telah tag saya untuk menjayakan rangkaian dakwah ini, dengan rasa rendah diri dan sedikit perasaan tak layak kerana diri ini juga masih under construction, saya cabar diri. Tapi dengan cara saya sendiri. Enjoy !  ^^



My lab report.

Objective : To investigate how far the truth of the saying that states when something is covered properly, it will be safe.

Hypothesis : If you cover properly then you will be secured.

Apparatus:
  1. two stick of same brand and flavour of chocolates
  2. food plastic wrapper
  3. plate or anything to put on
Procedure :-
sample A
1.  Use a stick chocolate with it cover and cover it again properly with another layer of food plastic wrapper.

sample B

2. With another same type of stick chocolate, torn a little to expose some part of the chocolate.
3. Put both of the tested chocolates on a plate (i'm using the cover of ice-cream container as you can see) for some recorded period. Ensure the location is ants' spot. (banyak semut)

sample A & sample B

4. After any changes showed, record the condition of the sample.

Expectation : Sample B will be surrounded and fulled of hundreds of ants while sample A remain unchange peacefully.

Observation & Result after 140 minutes (8.20pm - 10.40pm) :-
 I was so shocked.

sample A left. sample B missing!

'' HILANG ? ? ? ? ''

 The thing I expected did not happen but the thing that happed was worse! I swear, tak tipu langsung, nobody move the sample and no one would like to eat that bacterias-germs-opened-exposed chocolate!

NOTE : Tikus curi!!!! Larger and scarier than ants!

Error : The experiment is done by wrapping the sample, the thing should be corrected is, it should be covered not wrapped. MENUTUP bukan MEMBALUT.

Conclusion : Hypothesis accepted.

Relationship : If you cover your aurah, you, your dignity and serenity will be secured. InsyaAllah. BUT with good manners, behaviours and words, not only secured, but you will be respected by people. An extra point there.

**Cuba bayangkan "Wrap your body" and "Cover your body" which one yang lebih sedap telinga mendengar???


Short true story (pulak)

# 1
M : Suk (my zaman-sekolah nickname) tau dak, saya pernah sekali keluar dengan family tak pakai sarung kaki. Malas. Orang lain semua pakai lengkap. Tiba-tiba, kereta tu accident siket. Orang lain semua OK, takde luka pape, Saya je yang luka.
Aku : Luka kat mana?
M : Kaki. Berdarah siket. Pahtu, saya serik. Nak keluar, mesti pakai !

*Mungkin kebetulan, tapi pengajaran buat yang berfikir kan M? M, saya betul2 ingat cerita awak ni. Alhamdulillah, it inspires me a lot.
------------------
# 2
A : Seronoknya dia.. Sampai lupa pakai handsock kan?
Aku : Erk.... *rase nak menangis*

*malu sampai rasa nak terjun laut. Kerana apa? Kerana seorang lelaki yang menegur. Walaupun first time tak pakai, tapi Allah betul2 sayang. Terima kasih kerana menegur.




Remember girls! Let's cover our aurah, behave ourselves, talk good words and there we are,  a GOOD MUSLIMAH.  =)



Saturday, May 14, 2011

Hey, pencuri!!!

Assalamualaikum semua!

Sihatkah kalian? Alhamdulillah. Semuanya dari Allah.  =)

Semalam (Jumaat) pagi, aku masih di K.L. To be more precise, di IKEA. Haha.. Tempat yang paling jarang remaja muda belia macam aku untuk hang-out dgn member. Tapi aku suka!

Kemudian, petang,, sudah di Temerloh. Geram betul aku. Ada orang pecah masuk rumah wan(nenek). Habis semua bilik dia selongkar. Entah apa yang dicari. Pen atok selamat, tabung penuh lagi, jam wan yang berderet semua elok je, komputer masih lengkap ahli-ahlinya.. Henfon buruk je hilang.

Tapi kerosakan yang dibuat teruk betul! Mesti dia rasa sia-sia guna tenaga yang ada. Pagar pulak dia potongnya besi tempat sangkut padlock tu. They must be using api kan.. Untuk panaskan and potong! What a pro works! But failed! You got nothing worth!




Guys yang ada akal tapi tak mahu guna tu, don't expect we will leave until 1k cash in the empty house! Dah tambah kerja orang nak bersihkan pulak!

*Empty sebab wan ngan atok baru turun KL pagi tu. Masing2 ada urusan masing2. Means that, mereka ni (I suspected 2 orang) buat kerja tu as soon as they left the house.

Segan je dengan pakcik polis tu. Dia kata, "3 kali dah makcik, saya datang rumah ni" haha

Kalaulah aku dapat pencuri tu, memang la rasa cam nak siat-siat tangan dia tapi waras lagi kot (seriau pulak bila bayang 'siat'). Dia bukan curi apa pun kan.. So, dengan kakinya bergari, aku nak suruh dia kemas balik bilik-bilik tu! Lipat semua baju, susun elok-elok dalam almari, put everything they messed on their places.

Alang-alang, suruh trim pokok terus, bersihkan kolam ikan dan siram pokok keliling rumah! Padan muka kau! Kebaikan yang dibuat adalah penebus dosa. The rest, aku serah pada Allah.

*Sempat berangan jadi CSI! hikhik.. *

Dan pagi ini, aku kembali ke Selangor. Mujurlah tak jauh mana. Tapi duduk dalam kereta lama-lama isn't good for my tulang belakang and pinggang.

Itu sahaja for this time. Sekadar luahan kegeraman terhadap makhluk2 Tuhan yang dah tahu duit tak jatuh dari langit dan terlupa ada malaikat kiri kanan dia.

Aku : Pelik lah, kenapa pencuri masuk rumah orang, tak jumpa hantu ke jembalang ke, benda2 dalam TV tu ke..
Mak : Tu kan geng diorang. Takkan nak kacau member sendiri.




# Seorang adik telah tag saya untuk satu entry yang pada saya, amat penting. Jadi, kajian masih dijalankan. InsyaAllah, will be posted soon by my style.

Wednesday, May 11, 2011

Hutang, bagi haiwan makan, jodoh ??

Assalamualaikum!!  hehe..

Petang semalam kan, aku kan, kebosanan melampau taw. So, aku bukak TV, kot2 la ada siri CSI yang aku tak tengok lagi tapi semua da tengok (saya fanatik CSI). Siap ingat lagi skrip dia. Nak2 pulak kalau iklan cerita Blue Blood tu. Sekali iklan, lama beno. Da la tu, tiap2 jam pulak tu,. isk3..

Oh ya, CSI this week; Teenage criminals. Sape yang fanatik Justin Bieber, sila lah ngadap TV merenung muka comel rambut merimaskan tu. Ops, jangan marah yer.

Ha, aku kan penanam anggur tersohor abad ini. Kadang-kadang tu, bila boring sangat, aku bukak youtube tengok video-video fan yang fanatik gila2! Kelakar OK?! Try la tengok video 'wildest fan 2pm'. Sakit perut aku gelak!
**moga2 tiada muslimah jadi begitu**

Tak pun video baby! Comel dan lucu. No wonder people said, looking at babies can be a therapy.

Eeh, melencong pulak. Sorry2..

So, semalam. Lepas melompat dari satu channel ke channel lain, aku pun tertarik dengan Asrtro Oasis. Masa tu Dato' Fadzilah Kamsah hos. Tak ingat pulak nama program tu. Tapi topiknya : Hutang dengan 'Along'.

Ada lah beliau bagi tips2 elakkan dari hutang. And of course doa. Doa dalam ma'thurat tu. InsyaAllah, yang selalu baca dah ingat dah. Cuma kena amalkan je.


The more we share, the more we have (Tema Baktisiswa'11)

Kalau kita banyak sedekah, insyaAllah bertambah/murah rezeki kita. Tak kira lah seposen dua pun.

Satu lagi, kalau bagi haiwan makan. Dato' kata insyaAllah murah rezeki, rezeki tak putus dan yang paling sharp telinga aku dengar ; terbuka jodoh kita! (hehe.. laju je masing2 bab ni)

Alhamdulillah! =)  Tak sangka pulak selama ni bagi Kuroneko (kucing hitam jalanan yang diberi nama oleh adik dari bahasa Jepun bermaksud kucing hitam) makan, ada hikmah lain tersembunyi.

Kalau balik Temerloh (erk, baru sedar..da lama rupanya tak balik since 2weeks ago), aku suka bagi ikan makan. Seronok taw!

Jemputlah datang rumah kalau rasa nak bagi haiwan makan. Rumah aku dalam hutan. So, haiwan darat, haiwan udara semua ada. Yang bergayut tanpa jemu dari pokok ke pokok lagi banyak.

P/S: kalau jumpa landak sila lari ye. Bimbang anda di shotgun olehnya.
P/Ss: dulu masa baru pindah, nampak babi hutan belakang rumah. Sekarang dah takde, populasi semakin pupus gamaknye.

*hari tu bagi kawan Kuroneko makan. Tiba2 dia lari. Rupanya biawak-yang-bapak-besar datang nak curik (terdiam aku, mcm buaya!). Lepas biawak pergi dengan sopannya dia berjalan, burung pulak kutip sisa yang ada. Kesian kat kucing tu, dah lah bunting. Berapa kali bunting ntah.

# ermm.. da lame tak pergi zoo..

Tuesday, May 10, 2011

Choose the best!

Suddenly you terjaga di keheningan malam. Mata terbuka. Tangan mencapai handphone.
"Belum subuh lagi, lambat lagi.."
Its your choice now. Nak bangun bertahajud atau sambung mimpi indah yang hanya mimpi semata-mata.

It is your very own choice. No body can ask you in the middle of night to wake up for tahajjud. 

Only you and Allah and your faith. Di situ lah menguji keimanan kita sebenarnya.

Betulkan? Kadang-kadang kita terjaga tengah-tengah malam. Allah bagi hint tu. Dia rindukan suara rintihan kita. Dia rindu nak 'dating' dengan kita. Berdua je. Sweet kan??  ^^

Trust me. Give it a shot. Kalau betul-betul kita bangun itu untuk beribadah, tentu dapat rasa nikmatnya and you're gonna miss it. InsyaAllah, esok bangun lagi.  =)

Ada sesetengah orang, sinar hidayah tu muncul terang-terangan untuknya berubah. Contohnya, someone tegur kesalahan dia.

But certain people, Allah bagi hint. And He wants us to think. Contohnya, terjaga tengah malam tu.

You know what? I learned from my past.

Aku pernah hanyut. Mungkin tak teruk but worse enough each time it come across my mind now. Dalam jangka masa tu lah, aku selalu terjaga tengah malam. Mula-mula aku fikir, biasalah tu. Tapi bila kerap sangat, I started to think thoroughly.

Then I realized. It's a sign.
source| Google Images
Ala, tak salah kalau kita fikir Dia rindukan kita. Cinta Allah kan abadi. Subhanallah! Cemana ye and bila la dapat gapai Cinta itu...

Sekarang kan tengah cuti, paling tidak pun cuti dah dekat. Sepatutnya kat rumah lah lagi rajin. Yelah, toilet bukan di hujung blok for wudhu'. Dekat je kan. Maybe dalam bilik, maybe next door. Paling jauh pun, berapa langkah la sangat.

Kalau duduk kampus kan, rasa takut jugak taw. Pukul 3 pagi bangun keluar bilik nak ke toilet.

Kadang-kadang tu buat sedap hati je. Tengok bilik depan bukak lampu, dalam hati cakap, 'Fuhh, dia pun bangun gak'. Padahal dah tahu bilik tu tidur memang tak tutup lampu. =_=

Kalau tengah ambil wudhu' pulak macam-macam la terbayang. Pengaruh TV betul. That's why I don't watch horror movies. Cuma cerita-cerita genre suspen tu je layan.

Apa pun, kena kuat dalam hati. Yakin Allah bersama kita.

Seriously, high motivation is needed to qiamullail.

Paksa diri yang penting. Macam mula-mula belajar solat dulu. Kalau ayah tak panggil, aku kita pun buat derk je.. Kalau bukan masa tu kita solat sebab takut ayah marah, sampai sekarang kita tak tahu perlunya solat itu.

So, the best motivation is, mintak ayah kejut qiamullail! hehe  ;)

Ops, not me! I ada my own motivation.  =D 

Ok, the end.

BTW, aku dah pernah post pasal qiamullail la. HERE!

The End. Assalamualaikum.


*jangan tanya aku duduk rumah buat apa. I'm pretty sure you don't want to know.

Sunday, May 8, 2011

My love..


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian..

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami  terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut.
 
Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : 
"Makanlah nak ibu tak lapar." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. 

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : 
"Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. 

Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : 
"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. 

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : 
"Minumlah nak, ibu tak haus!!" 
-PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. 

Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata :
"Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja dirumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. 

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata :
"Jangan susah-susah, ibu ada duit." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. 

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; 
 "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." 
- PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. 

Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata
"Jangan menangis nak, ibu tak sakit." 
-PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

(cerita ini pasted from internet(bsepah-sepah org copy), I'm not sure the original source. Sorry for no credit. Sesiapa tahu, please inform)
 ***********
by wallcoo.com

"Tiga jenis doa yang mustajab yang tidak diragui keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi"
(HR Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Selamat Hari Ibu sedunia!!



Mak, happy mothers day. Thanks for becoming a loyal listener and peneman segala-galanya. I love u!


Saturday, May 7, 2011

Lamarannya ku terima..

Tatkala sedang enak menjamu mata dengan melihat-lihat perabot di Fella Design Subang, seorang sahabat called and mengkhabarkan berita yang telah lama dinanti.

Lega rasanya bila menerima perkhabaran itu. Setelah berkali-kali Jumaat menanti, akhirnya tiba juga Jumaat yang sebenar.

Andai Cik Siti menerima baik pinangan itu, aku menyambut lamaran tersebut dengan senang hati.

Aku terima. Alhamdulillah. SAH!

**********

*********

********

*******

******

*****

****

***

**

*

.

.

.

.

.

.

.


Jemput klik andai image tidak clear. Lau dah klik tp tak nampak lagi tataw la

Tahniah! Tahniah kepada semua kawan-kawan Engineering dan yang bakal ke Kuantan juge. Selamat mengorak langkah ke dunia baru.

Sebaik terima ni, bertalu-talu phone berbunyi. Bertanyakan apakah yang melamar itu menjadi pilihan hati atau tidak. Alhamdulillah, aku sukakannya. =)


Wuhuu, tak sabar nak masuk Gombak! Dah rindu dengan suasana pembelajaran.  =)


Bila pulak lamaran 'lain'? Ops, biarlah hati yang bicara.. ^_^

Wednesday, May 4, 2011

Sharing is caring | Wudhu'

Assalamualaikum  =)

Jalan ke mana pulak hari ni?? Hehe.. Takde lah, hari ni aku tak ke mana-mana pun. Duduk rumah je. Kumbah almari, then kemas balik..

Entry ini sekadar sharing is caring. Kadang-kadang amalan sunat ni, kita tahu tapi liat nak buat kan? It's ok, kita buat sikit-sikit dan istiqamah. InsyaAllah nanti jadi amalan.


Basic yang kita belajar adalah niat ambil wudhu' dan doa selepas nya. So, what's in the middle??

*saya xde application tulisan jawi, so saya letak maknanya je yer.. 

Semasa membasuh muka:
"Ya Allah, putihkanlah wajahku dengan cahayaMu pada hari hitamnya wajah-wajah, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku pada hari putihnya wajah-wajah"   
(Riwayat Ibn Hibban daripada Anas b. Malik)

Semasa membasuh tangan kanan :
"Ya Allah, berikanlah kitab kepadaku kitab amalanku dengan tangan kananku dan janganlah Engkau berikan kitabku ini kepada tangan kiriku"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)
Semasa membasuh tangan kiri :
"Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada memberikan kepdaku kitab amalanku dengan tangan kiri ataupun dari belakangku"

Selepas menyapu air di atas kepala :
"Ya Allah, peliharalah rambut dan kulitku daripada api neraka. Dan lindungilah daku di bawah naungan Arasy-Mu pada hari tidak ada naungan melainkan naungan"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)

Selepas membasuh kedua-dua belah kaki :
"Ya Allah, tetapkan kedua-dua kakiku di atas titian (Siratul mustaqim) pada hari ramai orang tergelincir"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)

Sunat-sunat lain;

Berkumur dan membaca :
"Ya Allah, berikanlah segelas minuman daripada telaga nabiMu agar aku tidak haus selama-lamanya"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)

Memasukkan air ke dalam hidung, keluarkan dan membaca :
"Ya Allah, janganlah Engkau halangku daripada haruman nikmat-Mu dan syurga-Mu"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)

Membasuh telinga dan membaca :
"Ya Tuhan kami, jadikanlah aku daripada golongan yang mendengar perkataan"
(Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi)

Orite! Sama-sama kita cuba biasakan ok? 

# sumber : Hadiah buat Muslimah, Siti Nor Bahyah & Eda Ezyani

Tuesday, May 3, 2011

Tak nak jadi minah Jenin!

Assalamualaikum  =)

Hari ni kan aku telah mem-busy-kan diri dengan meronda-ronda cuci mata.. Dan hasilnya, of course lah penat! Tapi, baru aku sedar betapa dalam hidup ni banyak sangat benda kita kena fikir. Nak-nak pulak bila kita melangkah ke alam dewasa.

Semua ni tercetus dalam minda aku sebab my mum & I pergi ke kedai perabot je semua.. Hikhik  ;)

Mula-mula pergi SSF pastu Lorenzo then Fella Design and finally Empire Furniture. Kalau nak ikutkan hati, banyak lagi. Aku suka gi tempat2 ni, biasalah, I'm a normal lady. Macam pergi Ikea, never get bored!

But honestly, barang-barang dalam Empire tidak memikat aku at all. Sorry to say, tapi that's the truth. 'Alhamdulillah' mak cakap. Hehe.. Maybe too heavy for us.

Aku jumpa set bilik idaman aku! Tapi, exclusive sangat for me to show you all, lagipun nanti idea kena ciplak! hahaha *evil laugh*

Aku juga ambil tahu pasal tanah-tanah, rumah and so much more.


Kini, aku sedar sebagai orang dewasa banyak sangat benda yang kita kena fikir. Especially, financial. Kena simpan duit untuk rumah, maintenance rumah lagi, kereta & maintenance kereta, nak pergi haji & umrah.. Waahhh!

Pastu mak tambah, anak-anak lagi. Erk, yang ni aku tak terfikir pulak.. =_="  (belum terfikir lagi..)

Angan-angan aku tinggi. Sangat tinggi. Siapa yang tak berangan betul tak? Tipu la kalau takde.. Aku tak percaya. Tambahan pulak aku ni rasa nya takde lah suka shopping sangat (kecuali buku) tapi the things I like, agak high taste lah.. huhu

Maka dengan itu, kerana impian dan tak mahu menjadi modern minah Jenin, aku perlu belajar rajin-rajin dan terus berdoa semoga pilihan dan keputusan aku sentiasa dipandu Allah.

Bukan lelaki je kena berwawasan dan berpandangan ke hadapan, perempuan pun mesti. Kami pun akan membentuk seisi rumah kan?

Saya kan sayap kiri awak. lalalala~~  ;)
*saya : wanita
  awak : lelaki
*jangan salah faham ^^ *

Ops, sudah dengan khayalan! Berpijaklah di bumi nyata.

Jom sahabat-sahabat sekalian! Kita saling menyokong dan memberi semangat.

Moga kerana Allah kita bertemu, kerana Allah kita bersahabat dan berkasih sayang dan kerana Allah kita berpisah.



tak masuk main campus lagi, harap2 terus bersemangat!

Sunday, May 1, 2011

Al-Quran | Hadiah dari kita kepada mereka di Sana

Assalamualaikum  =)

Abu Umamah r.a berkata;
"Rasulullah menganjurkan kami supaya kami semua mempelajari al-Quran. Setelah itu Rasulullah memberitahu tentang kelebihan al-Quran"
Telah bersabda Rasulullah S.A.W.;
"Belajarlah kamu akan al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan bertanya;
"Kenalkah kamu kepadaku?" 
Maka si pembacanya akan menjawab,
"Siapa kamu?"
Maka al-Quran berkata;
"Akulah yang kamu cintai dan sanjungi, dan kamu juga telah bangun malam untukku dan kamu juga telah membacaku di siang hari"
Kemudian si pembaca al-Quran berkata;
"Adakah kamu al-Quran?"
Lalu al-Quran mengakuinya dan menuntuni si pembacanya kepada Allah. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya. Kemudian dia meletakkan mahkotadi atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda sehingga keduanya bertanya;
"Dari manakah kami memperolehi senua ini padahal amal kami tidak sesampai ini?"
Lalu di jawab;
"Kamu diberi ini semua kerana anakmu telah mempelajari al-Quran""

source | Google Images


Sudah tentu kita ingin menghadiahkan anugerah tak ternilai kepada parents kita kan?