Tetamu.
Masa aku form1 dulu, dalam pelajaran I'dadi under subjek Sirah Nabawiyah in the first chapter, belajar tentang zaman jahiliah. Di mana wujudnya dua golongan orang Arab. Arab badwi dan Arab madani.
Perbezaan paling ketara yang membezakan kedua-dua golongan ini adalah tempat tinggal mereka iaitu arab badwi tinggal di kawasan pedalaman. Manakala, arab hadari tinggal di tepi-tepi pantai. (mcm subjek sejarah form4 pulak)
Tetapi, persamaan mereka adalah, hidup di zaman jahiliah. Satu zaman yang di mana kegiatan dan altiviti tidak bermoral begitu berleluasa. Namun, tahukah kalian, walaupun mereka ni jahil, memang adat orang arab ni sangat-sangat menghormati tetamu. Inilah antara sifat-sifat terpuji orang arab jahiliah yang aku belajar dulu.
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
Betapa tetamu ni perlu dimuliakan. Kata orang, tetamu bawa rahmat. Pulangya tetamu, perginya dosa kita. Tetamu pun ada hak-haknya yang perlu kita sebagai tuan rumah penuhi. Contohnya;
- Menjamu mereka dengan makanan dan minuman yang sebaiknya,mengikut kemampuan yang ada.
- Menyediakan tempat tidur bagi memudahkan mereka untuk berehat mengikut kemampuan yang ada.
Cakap pasal tetamu ni, rumah aku meriah semalam.
Semua adik-adik mak datang rumah. Kami buat makan kecil-kecilan sempena meraikan hari jadi Along Nabiha (cousin), Ayie (cousin) dan Lala (adik) dan sebagai ucapan tahniah jugak untuk Angah Shadiq(cousin) sebab dapat asrama lepas PMR baru2 ni.
Wan (nenek) pun ada, tapi atok takde. Outstation. Semua ada kecuali atok dan anak-anak mama(mak sedara) dan bibik mama. So, tak dapat la nak jumpe Dik Ya yang comel melampau dan mulut becok tu..
left- cheese cake. right- chocolate cake yg kehilangan ultraman & doraemon di atasnya |
Menu nya, for sure lah ada cake. 2 bijik pulak tu.. Adoii.. dah la kenyang makan gulai ikan patin(kome org pahang.. hehe) ngan udang special yang gedabak-gedabak, tambah lagi kek yang mummy beli untuk along, ayie ngan lala. Fuhh.. gemuk la aku..
Pape pon, alhamdulillah. Seronok bila semua ada berkumpul ramai-ramai. Biasanya berkumpul kat rumah wan kat Temerloh tu, semalam buat kat rumah Sungai Buloh pulak. Orang semua sama je. Tapi suasana ada lain siket.
birthday boy, ayie the boy in brown pijama |
suspek&tertuduh dikenalpasti. suspek: Qim. tertuduh: Ayie(culik doraemon), Iman(culik ultraman*fanatik ultraman kot) |
Akhir kata, selamat melangkah ke alam remaja to my sis, Lala yang dah masuk 12 tahun. Selamat menjadi remaja separa dewasa to my cousin, along yang dah masuk 18 tahun. Dan, selamat menjadi kanak-kanak riang ria di sekolah to Ayie yang dah masuk 5 tahun.
Oh oh, angah. Selamat menjalani kehidupan baru di asrama. Enjoy it ngah! You will miss it damn much one day when leave the school. Ha, kakak tak rasa ada orang nak buli ko ngan badan kental macam tu tapi takut ko je yang buli orang..
*tadi g jln2, tgok beberapa org yg sgt tak sabar tunggu lif. Ditekannya button lif tu berkali-kali. Encik/puan, doing that doesn't speed up the lift at all. Merosakkan button ada lah. Sila tunjukkan moral yang baik in public ok, especially when there are kids around you. Thank you.
4 comments:
wah, bestnye balik umah!!
hehe.. bez2!
ooh...~~
mama blaja I'dadi jgak dulu...
Thanawi amek tak..?
(nak tanya tu je.. hee..~)
lorh.. da blajo, kene lah amek kn?? hehe
Post a Comment