Masjidil_Haram_by_edgeofuniverse- deviantart |
Haramain.. pakej umrah + haji.
Italy, the city of love.. destinasi percutian idaman kalbu.
England.. sambung belajar siket dalam 2 tahun kat sana.
Pulau Sipadan, Sabah.. Duduk termenung sepanjang hari mengadap lautan luas..
Tapi, tak cukupkan dengan hanya RM10 000. Laen la kalau tambah lagi 3 bijik '0' belakang tu.. Pastu tukar mata wang kepada pound sterling.. Heaven la hidup aku! haha
Ok2, apalah yang aku merepek malam2 jumaat nih.. Bukan apa, bangun2 pagi tadi terbayang agaknya kalau jatuh 10 000 hinggit dari langit, apa aku nak wat duit tu...? hehe
Tapi kan, pada zaman sekarang ini, ten thousand isn't that much.
Masa zaman aku sekolah dulu, segelas kecik sirap tu kalau tak silap 50sen.. kot.. *aku tak pernah beli.. hehe
Sepinggan nasi minyak, nasi lemak, laksa semua 50sen. Yelah, pinggan kecik tu, tapi ok lah.. Standard budak sekolah rendah.. Makan bukan macam sekarang.. Now, perut pun dah besar..
Semua benda murah.. Sekarang ni, harga siket2 naik. Kita mungkin tak rasa sangat. Habis sekolah rendah masuk asrama, makan bayar sebulan sekali, tak pun setahun 2kali.
Aku pun sedar benda ni bila tengok duit belanja adik-adik. Dulu, aku dapat 3ringgit untuk sekolah kebangsaan pada pagi dan sekolah agama petangnya. Bila aku fikir balik sekarang, realiti sekarang, nak beli apa untuk survive seharian di sekolah dari pukul 7.40pagi sampai 12 tengah hari (lebih 12 maybe), 2.30 petang sampai 4 lebih dengan RM3.00..?
Aku ke sekolah dulu sentiasa bawak air botol sendiri, kiranya dah jimat la 50sen, 20sen beli sate ikan (yang pakcik bawak set 'BBQ' kat motor dia tu) seringgit lagi simpan, masuk tabung. So, lebih kurang, plus minus RM1.50 untuk pagi dan petang?? Wah.. cermatnya aku berbelanja DULU!
Sekarang? RM1.50 itu mungkin hanya untuk sepinggan nasi lemak+sambal+1/2 telur rebus+timun sehiris. Hanya untuk breakfast. Belum lunch and dinner lagi. Kalau tiba-tiba perut mengada-ngada nak minum petang pulak?
Semua orang perlukan duit sekarang. Dulu, orang kata, kalau tak belajar rajin-rajin, tak dapat duit tapi sekarang kalau tak ada duit, susah nak belajar. Tapi tetap boleh belajar sebenarnya.. Ilmu Allah itu di mana-mana. Tapi, cabarannya tu, certain orang je boleh kalis.
Some people so desperate to get money sampai lakukan kerja haram. Berlonggok cerita tentang tu. Tak berapa dulu, ada isu tentang ibu yang bekerja sebagai GRO ke pelacur sebab nak sara anak dia. Walaupun niat dia betul, tapi cara dia salah. Niat halal, cara haram. Ingat, niat tidak sekali-kali menghalalkan cara.
source-Google Images |
Ada pula cerita tentang Najwa Abu Amra yang dipenjarakan kerana meniduri lelaki untuk mencari duit demi menyara 2 anak lelakinya dan suaminya. Ya, dan suaminya. Suami dia seorang penagih dadah dan dia lah yang menyuruh Najwa meniduri lelaki lain.
Najwa ada mengugutnya untuk minta cerai tapi, suami dia kahwin lain pulak! Cis! Ada pulak pompuan lain yang nak kat dia tu..
Akhirnya, dia dipenjarakan kerana kesalahan meniduri lelaki. Tu di Gaza. Kelakuan begitu dipenjarakan.
Aku dah terjauh pulak mendalami topik ini. Ok lah.. Setakat itu sahaja cerita aku di malam Jumaat ini. Esok hari Jumaat, yang mana tak baca lagi Kahfi malam ni, boleh la baca esok ye.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Daripada Umar berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (HR Ibnu Katsir)
2 comments:
good entry..:)
trime kaseh =)
Post a Comment