Sunday, January 23, 2011

Nasib mereka kita takkan mampu rasa, tapi kita boleh selami..

Assalamualaikum.

Eh jap, perasan tak aku macam rajin je sejak 2,3 hari ni meng-update blog ni? Tak perasan tataw la nak kata.. Bukan apa, Januari dah nak habis tapi entry sepanjang bulan ni amat sedikit. So, tak seronok pulak tengok. Lantas, rajin bertandang.

Before aku start berceloteh, kita layan video ni jap. Sesiapa yang rasa tak boleh recall pape masa belajar biology dulu, nasiblah. Tapi, sure ingat punya. Cuma nama-nama je yang tak ingat kot..


Selalu kan, asal nak exam besar-besar kita diberi motivasi bahawa kita adalah yang paling bertuah. Kita pernah jadi juara. Kita lah yang terpilih.

Benar bukan? Dari beribu-ribu tu, kita sahaja yang terpilih. Cuba bayangkan kalau itu bukan kita? Wujudkah Minah bt Dolah? Samad bin Mamat?

Aku bukan nak jadi pakar-pakar motivasi jemputan untuk bercakap topik yang sama. Tapi, aku nak ajak korang semua cuba letakkan diri kita sekarang di satu tempat yang lain.

Sebagai muhasabah dan sesuatu untuk berfikir di hujung minggu ni.

Kalau dilihat kembali dalam video tu, semuanya berebut-rebut nak hidup. Eager nak merasa kehidupan di dunia. Berlumba-lumba semuanya tanpa mengetahui betapa hebatnya dugaan di dunia ni. Biasalah budak-budak.. apa yang dia paham.. kn?

Sehinggalah the chosen one berjaya membentuk manusia. Gembiralah hatinya. Hati pun bermonolog dengan riang;
"Nanti dah sampai dunia, nak ucap terima kasih pada mak sebab, beri aku makan dan lahirkan aku. Walaupun selesa duk dalam ni, tapi kat luar tu mesti lagi luas! Tak sabarnya!!"

Maka, lahirlah anak itu.. Namun,
"Bu, mana ibu? Nape banyak lalat kat sini? Ibu, adik takut.. Ada binatang cium-cium adik, adik nak ibu yang cium.. Ibu, adik lapar.."
"Bu, nape ibu letak adik kat sini?"
Tangisannya bergema.. Namun, manusia yang selayaknya diberi penghormatan sebagai seorang ibu, langsung tidak berperikemanusiaan meninggalkan insan suci yang dahagakan cinta dan kasih itu sendirian ketakutan.

Kerana Allah itu maha pengasih lagi penyayang, tidak dibiarkan anak kecil itu sendirian bersama rintihan syahdunya. Allah ambilnya semula. Terkilanlah di hati anak yang kepingin merasa indahnya dunia. Tetapi, Allahhu Latif memujuknya dengan kata-kata indah dan memberinya pelbagai nikmat di sana.

Insan suci itu bersih dari dosa dan noda, meski pun tidak dapat merasa kehidupan dunia, dia hidup lebih tenang di sana. Lebih bahagia dari dunia.. Kalaulah dia tahu, makhluk dunia ini pun mahukan kehidupan itu..

Insan ini boleh lagi dikatakan bertuah kerana sekurang-kurangnya dia dilahirkan juga ke dunia.. Cuba bayangkan yang tak sempat pun membentuk seorang manusia. Bukan setakat angankan dunia, melihat tangan dan kaki sendiri pun tak dapat.

Before pape, awal2 aku nak cakap, dalam entry ni xde gambar real yang wat lembut lutut sbb aku pun xsanggup. Sekian, ejoy the read.

Dalam keadaan janin dia dibuang dari rahim ibunya. Disedut ke dalam mesin yang ibarat mengisar jantung dan kulit yang baru nak develop.

Alat/mesin yang digunakan untuk pengguguran biasanya berlainan mengikut usia kandungan. Cara kejam ini biasanya dilakukan secara haram. Maknanya tiada medical security.
source:Google Images - Click to enlarge the suction of 9weeks or below
Contoh, pada usia kurang dari 1 bulan, janin masih dalam keadaan yang teramat-amat kecil dan rapuh. Alat yang digunakan untuk menyingkirkannya adalah mesin penyedut atau digelar kaedah suction.. Ini lah yang saya mention kat atas tu. Ada sesetengah tu panggil vacuum.

Cuba bayangkan seorang manusia disedut ke dalam vacuum. Korang pernah tak bukak vacuum paper bag tu? Dalam tu kan segala habuk, debu, rambut berselingkaran. Kalau nak cari syiling 50sen pun susah!

Kalau janin berumur lebih kurang 1 hingga 3 bulan, cara lain pulak. Kejam nak mampos yang ni. Dengan menggunakan alat yang bergelar cunam abortus, mereka cuba mencapai mana bahagian yang mudah seperti pinggang, leher dan bahu kemudian dipatah-patahkan. 
source:Google Images -click to enlarge-

 *sungguh sudah kering perasaan seriau aku ketika menaip ini*

Last sekali, jika kandungan berusia lingkungan 3 hingga 6 bulan. Di mana kesemua anggota badan dah sempurna. Nak guna suction, dah keras dah.. Nak main patah-patahkan pun, takut tangan doktor tu yang cramp.

So, mereka gunakan cara macam hukuman bunuh dalam penjara. Eh eh, bukan gantung sampai mati! Racun. Bayi di dalam rahim tersebut diberikan suntikan maut atau ianya digelar sebagai saline abortion. Suntikan itu akan membakar kulit bayi dan menyesakkan nafasnya. Selepas berjam-jam menderita  kekejaman ibu sendiri, akhirnya bayi tersebut mati.
source: Google Images. -click to enlarge-
Kita tak boleh salahkan kenapa pengguguran dibenarkan. Sedangkan berzina yang haram pun orang buat apatah lagi undang-undang manusia.

Lagi pun, pengguguran sebenarnya untuk kandungan yang meninggal didalam rahim. Contohnya, si ibu terjatuh atau kandungan luar rahim, yang mana kedua-duanya membahayakan nyawa si ibu.

Sedihnya.. Berangan nak hidup dalam belaian kasih sayang ayah dan ibu tetapi disumbat ke dalam plastik, dicampak ke tong sampah, ditinggalkan bersama anjing dan kucing, berteriak di tangga masjid dan surau, dibiarkan di tepi jalan.. Na'uzubillah..

Andai mereka hidup, membesar dan menjadi seorang yang soleh/solehah, doa mereka yang kalian perlukan. Andai didoakan balasan terhadap kalian.. Fikirlah sendiri..



*taw tak kenapa alam rahim digelar rahim? Rahim kan bermaksud sayang. Ketika di alam rahim, percayalah mereka yang beruntung, ibu kita sentiasa membelai kita dengan penuh kasih sayang. Diusapnya kita setiap hari dan kalau perasan pabila pregnant woman berjalan, dia selalu pegang perut, seolah-olah menjadi perisai kerana anak itu bakal menjadi kebanggaannya.   =)

*mungkinkah anak2 itu menanti ibunya di pintu syurga?

4 comments:

syazwani ab said...

Alhamdulillah .
terbit rasa syukur bile bace entry ni .
sangat menyentuh hati :)

sukma atiqah said...

Alhamdulillah, moga kite sama2 bersyukur dengan setiap rahmat yang diberikanNya.. =)

bawahbumi said...

perasan perasan!sgt rajin mengupdate weewit.hehe.
buat research pasal ni eh ika?kagum.thnx,dpt ilmu tmbhn...


dan,adohai kejamnya!

sukma atiqah said...

ena, thanks! =D

urm, xde lah research sgt.. terjumpe video tu ari tu, dtg lah idea nk tulis ni..

yg cari pon pasal teknik abortion tu je.. tu pon sume roughly..

yg laen tu, cetusan sendiri yg xsberapa lah.. =)