Pernah baca artikel ini, Beruntunglah Dikau Wahai Lelaki Soleh?
Cuba lah baca. Saya hanya ada satu perasaan menguasai ketika membacanya.
CEMBURU
Sungguh. Walau sehingga 2,3 kali saya membacanya, saya masih cemburu.
Saya cemburu, mungkin tempat saya akan diganti dengan Sang Bidadari syurgawi yang tak terbayang indahnya. Yang bercahaya wajahnya, yang putih kulitnya, yang cantik matanya, yang pandai menuturkan kata cinta dan yang sebagainya lah!
Ahhh, sumpah aku jeles!
Maka, wahai bakal incik husband saya, tolong didik saya, jangan jemu mengajar saya kerana saya ingin cuba menandingi bidadari-bidadari itu dengan menjadi ketua mereka. Saya masih ingin bertemu anda dan anak-anak di syurga kelak. Saya masih ingin mengadap muka anda. InsyaAllah.
Kerana isteri solehah adalah ketua bidadari suaminya di syurga kelak~
Menjadi ketua bidadari di syurga tentu sekali menjadi cita-cita setiap wanita di dunia ini. Begitu juga saya.
Dear bakal incik husband, izinkan saya menjadi ketua bidadari anda... ^_^
*"Yang diciptakan khas untuk anda."- ahhhh jeles! (sesungguhnya saya manusia biasa yang punyai perasaan cemburu.)
**untuk ke arah itu, saya harus berusaha menjadi solehah dulu, so, doakan saya yang masih mencari cahaya ini. saya akan berusaha!.
1 comment:
Menjadi bidadari, idaman semua wanita kan? Moga Allah permudahkan urusan menjadi bidadari dunia.
Salam ziarah dari bumi permaisuri. Jemput ziarah, artikel terbaru minggu ini : Kita kembali beriman
Post a Comment