Wednesday, February 8, 2012

Kalau jadi pada anda, apa tindakan anda?

Assalamualaikum..  =)

Hari Jumaat lepas, aku bawa Wan (nenek) buat medical check-up di Gleneagles Intan Medical Center, KL. Selepas menghantar beliau di hadapan pintu masuk bangunan specialist consultation, aku keluarkan kad Touch n Go dan touch-kannya di mesin untuk naik ke bahagian parking berbumbung.

Sehingga level 3 aku main pusing-pusing, tapi tiada ruang kosong untuk meletakkan kereta comel itu. Aku pun turun, touch sekali lagi dan bergerak ke kawasan open parking. 2 kali pusing, baru jumpa tempat kosong yang sangat strategik.

Off radio, tutup aircond, 'tutup' side mirror dan matikan enjin. Melangkah keluar. Tekan button untuk lock kereta. Kebetulan, ada seorang aunty Chinese juga baru keluar dari kereta yang di-park belakang keretaku.  Kemudian dia berjalan mendahului. Aku melangkah dengan penuh bergaya lagak seorang wanita berkerjaya.

Tiba-tiba seorang lelaki cina menegur.
 
"Excuse me miss"

 "Yes?"

"Mau tanya sikit boleh?" Kepalaku hanya mengangguk.

"Kalau itu lampu minyak sudah menyala, berapa jauh boleh pergi?"

"Kalau lampu minyak you da lama menyala tak jauh boleh pergi"

Wajahnya cemas benar!

"Itu sampai Subang boleh pergi tak? Wallet saya tertinggal di ofis di Subang laa"

"Uish, Subang jauh maa.. Mana sampai.. Jauh sangat tu"

"Owhh.. Hmm.. Boleh tak you kasi pinjam 10 ringgit ka, 15 ka.. Nanti saya pulang. You kerja sini ka?" sambil tunjuk bangunan hospital. "Ka you busy??"

"Owh er sorry ya, I bukan kerja sini, I hantar orang and need to rush sebab ada hal lain.." Aku tak tipu, memang ada hal lain. Lagi 2 jam.

"Owhh.. Ok ok.. Takpe takpe.. Thank you aa.."

"Ya ya, sori aa.. " Sambil menunduk-nunduk 2,3 kali. Aku  senyum dengan rasa bersalah kemudian terus berjalan meninggalkannya.

Aku bukan berkira dia nak pulangkan atau tidak 10 ringgit tu, atau dia nak lesap begitu saja. Bukan itu yang aku fikir. Aku tak kisah kalau dia tak bayar semula sekadar 10 ringgit. Sungguh, aku memang rasa nak tolong.

Tapi yang aku fikirkan sebenarnya, kalau-kalau semasa aku mengeluarkan wallet aku, ada orang lain rampas my wallet dan lari bersama Chinese uncle tu.

Bukan nak buruk sangka.

Bukan jugak nak kata yang duit aku berkepul-kepul dalam wallet tu tapi voucher buku RM200 aku ada dalam tu, tak bersentuh lagi. Hehe.. Takde lah, dalam wallet, ada IC, lesen, kad bank lagi, matric card UIA..Duit tak seberapa pun, tapi memang not 10 ringgit tu ada.

Kalau aku memang main selit je 10 ringgit dalam beg, mungkin aku bagi, sebab tak perlu keluarkan wallet. Tapi biasanya, aku ni main selit-selit camtu hanya untuk not satu ringgit.

Aku buat begitu berdasarkan pemerhatian situasi sekeliling jugak. Open parking tu memang penuh dengan kereta tapi bukan dengan orang. Kawasan itu hanya terdapat beberapa orang sahaja. Tak ramai. Termasuk seorang lelaki yang memang aku perasan berkeliaran ketika aku baru sampai di situ. Ahh..dia cari kereta tak jumpa kot. (cuba untuk ber-husnuz-zhon)

Malah, kenapa dia tidak menegur aunty yang berjalan depan aku tadi? We passed the same way. Aunty tu sebangsa dengannya, bukankah lebih senang dia nak berkomunikasi? Mungkinkah dia pilih aku sebab muka aku nampak innocent? Muka mong (blank)? Atau nampak muka seorang yang pemurah? (hikhikhik.. merepek)

Ahhh.. mungkin aku dah buruk sangka.

Maaf uncle, I dont mean to let u face the difficulty  yourself, I wish to help you. But I was just too afraid of everything around me. Well, you know, we were in KL, a city where any evil can happen.

Andai perkara yang sama berlaku pada anda, apakah tindakan anda?


.

3 comments:

pecinta Maha Cinta said...

insyAllah tu tundakan terbaik.
bukan xna tolong, tp tolong diri sendiri dr jadi mangsa. ta salah beringat, :)

sukma atiqah said...

xpe kan? hehe.. thanks :)

Mohamed Firdaus Shajahan said...

hati dah ada niat baik....
So dun worry