Aku di-tag oleh cik Hanan untuk join kempen ni. So, terima kasih kepada beliau yang menjemput. Ekceli, aku dah lama terpikir pasal ni. Lagi pun, aku yakin, ini adalah antara objektif utama seseorang blogger terlibat dengan dunia blogging selain sebagai medium feeling expression and sharing.
#patutnya tajuk entry yg bawah ni, tp mcm kurang menarik minat tajuk ni. korang kene bace sampai habis! by hook or by crook!
JOM JADIKAN BLOG SEBAGAI MEDIUM DAKWAH
Hanan tag aku 18hb hari tu, punyalah berkurun aku nak buat kan. Sorry, sometimes the neuron is not at the right place.
Bila bercakap tentang dakwah, orang akan pikir, berkhutbah, berceramah ape semua tu. Hakikatnya tidak ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Dakwah ni modus operandinya pelbagai.
Salah satu cara termoden adalah dengan blogging. Dalam blog ni, kita punya hak untuk bersuara sepenuhnya. So, takde orang nak baling telur ke muka kalau kita cakap panjang lebar. Takde jugak orang nak boo kalau cakap lebih-lebih.
So, apa kata di samping kita meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman di alam maya ni, kita selitkan unsur dakwah. Contohnya, kita berpeluang pergi ke satu tempat yang susah atau serba kekurangan. Apabila kita berkongsi dengan pembaca, describe betul2, biar orang yang membaca akan turut merasai apa yang anda rasai.
Kemudian, kita selitkan ayat Quran yang berkaitan. Nak share tu pulak, jangan letak ayat Quran tanpa translation, aku pun terkial-kial jugak nanti nak relate ayat tu dengan situasi. Di situ, kita boleh nampak, Allah tidak bebankan seseorang tu melainkan Allah tahu, orang itu mampu menanggungnya. InsyaAllah, kita akan buka hati orang yang membaca untuk lebih bersyukur dan lebih bernasib baik, andai si pembaca turut menghulurkan bantuan.
Satu lagi contoh. Kita describe betapa indahnya perasaan duduk dalam masjid. Tenangnya walaupun hanya duduk diam dalam masjid tu. Cerita je, bagi orang rasa 'eh seronok yek duk dalam masjid? Nak test lah'
Its ok to show your eagerness to tell others, its your blog anyway.
Hah, penggunaan bahasa. Secara jujurnya, aku lebih cenderung dengan bahasa yang santai tapi tak melencong jauh. Bila kita menulis macam kita berborak, its easier to be digested. But its fine. Cara penulisan adalah hak masing-masing. Ada je blog yang aku minat gile tu berbahasa formal. Its fine.
Clearly, blog aku ni informal. I prefer this way. Macam lagi senang nak berinteraksi.
Banyak sangat yang boleh dimanfaatkan sebagai modern da'ie ni. Dakwah tu tanggungjawab kita. Our duty as moslem. So, jangan ingat tugas ustaz2 je.. Even kita tweet 'solat weh'! Tu pun dah jadi amar makruf. Mudahnya dapat pahala! Terlepas dah tugas kita, orang nak ikut ke tak, hal dorang la pulak.
Same goes to blogging. Manusia ni perlu sentiasa diingatkan. Sebab kita selalu lupa. Kita hanya akan ingat bila kita buat benda tu.
Ok lah, berhajat bangun awal dari biasa tonight. Taknak menangis saat Ramadhan melambai pergi krn menyesal tak guna peluang yang ada leklok.
Wassalam. Selamat menghayati malam-malam terakhir Rmadhan =(
* cakap pasal ceramah, aku menyampah betol watak ust sauki dlm crite tahajjud cinta tu! tak logik langsung! cakap ngn bini-ss pon ber-ustazzz bagai. apa yg baik kita amek, yang buruk kite tohok laut!
Astaghfirullah, sesungguhnya aku berpuasa!
1 comment:
blog medan dakwah...tidak best
tidak akan rasa pengorbanan sahabat dan Nabi SAW...
Post a Comment