Pernah diajukan soalan tu?
Hmm.. Aku disoal semasa bengkel menjawab soalan UPSR di UIA Gombak 8 tahun yang lalu. Itulah kali pertama jejak kaki dalam UIA yang terus buat aku jatuh cinta and berazam nak sambung belajar dekat UIA kalau hajat menyambung di UK tak kesampaian.
Alhamdulillah, di UIA aku kini. =)
Ok, back to the topic.
Sekarang soalan versi aku pulak.
FASHION atau DEMAND dulu?
Minggu lepas, aku keluar mencari baju raya. Nak raya kan? Takkan nak cari masa 10 malam terakhir kan? Malam tu mesti semua orang busy beribadah. Or jalan sesak sebab terlalu ramai menyerbu harga runtuh.
Apa yang boleh aku katakan di sini, pencarian aku belum berakhir. MasyaAllah, susahnya nak cari baju aku! Dan adik aku.
Bukan kami yang yang demand. Tapi sebab kami pakai jenis baju yang longgar-longgar. Plus, aku pakai baju yang labuh.
So, pakaian yang banyak jual sekarang ni semua yang jenis kecik-kecik, ketat-ketat.. Memang lah banyak kedai pakaian perempuan, tapi yang banyak tu, jual jenis serupa je. Oh ye, masa nak dekat raya ni lah banyak pemandangan orang jual baju kurung dan baju melayu kan?
Tapi, the problem is ; baju kurung pon, jenis mengerlip bagai. Kain jarang-jarang.. And seriously jenis kain dia bukan jenis pilihan aku. Nipis sangat. Kain macam tu kan mudah 'terik (benang tertarik).
Then, pasal jubah pulak. Aku sangat suka jubah! Tapiii.. Wow! Jubah semua voguey the vast gitu! Mengerlip jangan cakaplah, dengan labuci semua kan. Aku suka tengok fesyen muslimah yang berkembang macam tu tapi pakaian sebegitu, tidak dipakai secara harian. It is specially for certain occasion macam dinner ke, ABPBH ke.. Sesuailah.
Blouse pulak. Ok ok je semua. Takdelah yang menjolok mata keterlaluan. Cuma, takde yang sesuai dengan aku. Bila acu ke badan aku, nampak kecik pulak. Btw, perasan tak sekarang ni dah banyak orang jual blouse labuh? Best kan? Senang nak beli tapi, lengan pulak pendek.
Memang la boleh mix & match kan dengan cardigan tapi tak sesuai dengan aku. The other thing is, kalau yang long sleeve pulak, pattern ke-makcikmakcik-an sangat. Saye yang gadis muda belia ni, hilang minat nak memilih. (ok, aku demand di situ)
Next, tudung. Ini adalah masalah utama akhir zaman. Sebagai pemakai tudung berbidang 60, aku merasa sangat-sangat kecewa. Susah sangat nak cari! Nak -nak pulak kat KL yang kononnya ada-segalanya ni. Yang banyak nya, selendang yang comel-comel tu. Geram je aku tengok. Tapi kalau aku beli pon, bukan aku pakai.
Teruji iman jugak masa tu.Terfikir, dulu senang je aku nak cari tudung. Sekarang ni betul2 menduga.
Serius sedih, nak mengis pun ada. Kenapalah susah sangat, nak buat tudung bidang 60 tu rasanya lagi senang dari nak buat selendang yang kena jahit segala jenis batu, permata, butang, buruf2 kat selendang tu kan?
Masa dah tak larat berjalan kan, tumpang duduk kat kedai sorang makcik tu. Terkeluar lah soalan dari mulut aku yang tak berapa reti nak cover ni..
"Kenapalah susah sangat ye makcik nak cari tudung yang macam saya pakai ni..?"
Makcik tu pun jawab , "Dah tak ramai dik pakai tudung macam tu, sekarang semua orang pakai fesyen ni (selendang).."
Aku pun senyum jelah. The fact is, bukan takde langsung, tapi pilihan tu, terhad and limited sangat amat. Warna pulak, ade tu yang kusam je. Tak selera. (ok, aku demand lagi)
Aku rasa, bukan setakat tudung bidang 60 je yang dah menyepi, tapi jugak tudung bawal biasa pon, dah agak jarang dijual kan? tak segalak dulu.
Di sini lah timbul persoalan di benakku yang keletihan,
semua orang pakai macam ni yang menyebabkan kilang produce fesyen macam ni atau kilang yang produce fesyen ni menyebabkan people have no choice so they wear that way?
Satu lagi, seluar. Ini pun sama. Even seluar slack pun susah nak cari yang longgar-longgar. Orang pakat pakai yang ketat belaka. Kalau jeans tu, mesti nak kecik bawah. Seriously, you don't look cool with that seluar-kecik-bawah. And ladies, leggings are not pants! They are undergarments. Full stop.
Akhirnya, aku beli tudung kat Temerloh. Jauh tak aku travel? Hehe.. Silap-silap nanti kalau dah ada kereta sampai Kelantan aku cari. Kat sana lagi banyak kan? Teringin sangat nak pergi Kelantan, shopping tudung.
Kecek Klate aku, lulus dah.. haa~ bereh r!
Bila balik rumah ayah tanya.
Ayah : Jumpa tak?Aku : TakAyah : Hmm.. demand sangat ni..Aku : Mana ada (tamaw ngaku).. masalahnya sekarang yah, fesyen sekarang susah nak jumpa yang menepati syarak.
Ayah senyum je. Lelaki senang la cari baju kan? Tetiba lelaki plak kena.. haha.. So, no wonder la perempuan rajin berjalan.. Lalala~
Terpikir pulak, macam manalah anak-anak aku nanti nak shopping kalau zaman mak dia ni pun dah payah~
Aku rasa lah kan, kalau ada satu kedai yang jual jubah, baju kurung, tudung-tudung besar yang mengikut syarak, aku pasti kedai tu takkan rugi. Sebab ;
A : Eh, beli kat mana tudung ni? Susah nak cari tudung macam ni sekarang..B : Ala, kat kedai tuu.. Kat situ semua ada. Handsock, sarung kaki, jubah, abaaya, blouse labuh.. macam-macam ada!A : ye ke? kene pegi nih!
See? Disebabkan kedai itu satu dalam seribu, maka si customer akan promote kat kawan-kawan dia. kawan-kawan dia akan promote kat kawan dia and so on. I know lah. I am one of them.
Aku ke yang demand? Tak kaannnn...
Kena kuatkan hati, ini jalan yang aku pilih demi sentiasa mengingatkan aku kepada Allah dan segala perintahNya. Pencarian belum berakhir.
# Ada satu blouse labuh aku berkenan dekat KLCC. Tapi terpaksa pejam mata. RM1500. Made in Turkey. Ni rase nak gi turki borong baju!
2 comments:
wa'alaikumsalam, sukma :)
haa.. topik sama! sedih kan nk beli baju ni =.= raya tahun ni akak beli (baca: borong) jubah & abaya. alang2 4 org gadis dan seorang mak gadis, boleh beli byk2 terus & dpt harga murah.|
kes2 payah cari baju ni buat akk brkobar2 nk jual pakaian muslimah. akk dah start, sukma bila lagi? hehe
insyaAllah kak, sy otw.. hee.. doakan ye.. =D
Post a Comment