Sunday, August 21, 2011

Akhirnya, masjid itu ku tawan~

Assalamualaikum  =)

Nampaknya kita dah berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Terasa cepat je kan, Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Air mataku menitik perlahan saat 10 malam keampunan berakhir.. Rasa tak cukup, ni lah dia.. Dosa banyak sangat!

Alhamdulillah jugak, salah satu impian Ramadhan aku tercapai pada malam terakhir keampunan. Iaitu, solat di Masjid Wilayah idaman hati. Aku tak tahu hati aku melonjak-lonjak nak sangat pergi masjid ni. Setiap kali lalu Jalan Duta mesti rasa macam masjid tu melambai-lambai je menyeru "Datanglah.. Datanglah~"


Alhamdulillah selepas dengan tekad semangatnya walaupun ayah kerja, kena lah balik awal siket sebab anak sulungnya ni.. Hehe.. Dalam pukul 6 lebih, kami pun keluar rumah. Around 6.45ptg macam tu tibalah aku di rumah Allah itu.

Bersyukur sangat kami sekeluarga terpilih menjadi tetamuNya. Kami berbuka puasa di sana. Masa tengah makan, aku pun cakap, lepas ni kita gi masjid besi pulak! Hehe.. Ayah pun OK je.. Tapi tak tahu lah bila. Macam dah tak cukup masa je.. Memang 30 hari Ramadhan tak cukup kan?

Then, maghrib, isya' and tarawih semua kat sana. Dewan solat yang selesa, sejuk, insyaAllah tenang je rasa. Sempat mengaji dulu sementara orang mula memenuhi dewan solat untuk Tarawih dan sebelum kanak-kanak beriang-ria kat situ.

Sorry, gambar blur~ cari angle yg plg hampir dengan aya sophia

Sempat jugak pusing-pusing keliling masjid tu. Terasa tak nak balik! And one thing for sure, aku akan datang lagi walaupun bersendirian.

Hmm.. terima kasih Allah, keluargaku semakin memahami ~

Kalaulah ada duit yang melimpah ruah, teringin sangat nak jelajah dunia pergi ke masjid-masjid terkemuka, merasai manisnya menjadi tetamu Allah.

Benarlah, masjid atau surau biasa-biasa pun boleh, tapi sesekali bertukar angin tu sangat baik, sebab akan mendatangkan kekaguman kita terhadap indahnya dunia ciptaan Allah. Or.. memang sebab aku suke berjalan.. Heh~

Oh ye, macam contoh header Luz de Estrella sepanjang Rmadhan (sampai bila tataw lah). Itu adalah sebahagian dari kawasan di Masjid Besar Sheikh Zayed (Sheikh Zayed Grang Mosque) di Abu Dhabi. Ok, semua orang tahu Abu Dhabi, tempat di mana kekayaan dan kemewahan bersepah-sepah! Try la google tentang info lanjut masjid bapak-punye-mewah ni.. Extra point, dekat sini berderet chandelier besar! Agak membazir untuk tujuan ini, tapi sangat-sangat membazir kalau takde orang mengimarahkannya.

Google

Aya Sophia. Pernah dengar? Ini pulak dekat Turkey. Rekaan Mimar Sinan. Inilah tempat inspirasi Masjid Wilayah. Disebabkan tak lepas nak ke sana, so, Masjid Wilayah lah aku menapak.

Google

Masjid idaman lain? Mestilah masjid besar di haramain yang dirindui. Masijd Nabawi dan Masjidil Haram. Duduk saja-saja pun dalam tu dah rasa tak nak keluar. Tak nak balik. Rasa tenang. Kalau duduk dapat port yang boleh ngadap direct Kaabah, memang taknak bangun. Duduk situ menangis-nangis.

So, a little note to my future hubby, saya suke pergi masjid, so awak pun kena suka jugak, boleh kita gi sama-sama.. Kan? hikhik



2 comments:

zubaidah said...

i suka yg part last tu ma-ma..sweet kot..tp kalo yg tu mmg selalu pergi rasenye..siap jd imam..lalalala

sukma atiqah said...

amboiii u~ nmpak aje yg tu! err, rahsia Allah blake.. hehe~ =P