Tuesday, July 19, 2011

Turun sujud macam mana??

Assalamualaikum..  =)

Aku tak plan pun nak buat sebarang update hari ni sebab masih pening-pening lalat dengan research utk satu entri yang insyaAllah akan menyusul selepas WW minggu ini.

Tapi aku ada persoalan penting utk diajukan kepada semua yang sudi berkongsi ilmu akhirat ini.

Macam ni cerita dia. Aku ada baca dua buah buku dari dua buah terbitan yang berbeza (penulis juga berbeza) untuk dibandingkan isinya under one same topic.

Cara-cara bersujud dalam solat. Sama ada kita perlu turunkan lutut diikuti tangan atau tangan dulu diikuti lutut. 

Buku A kata, lutut dulu. Buku B kata tangan dulu berdasarkan hadis tidak menyerupai unta. Tapi buku A tu sangat dikenali dan penulisnya, glamour la jugak.

So, kekeliruan telah berlaku sekarang.

Harap ada yang sudi berkongsi sebarang ilmu dan fakta yang sohih. Terima kasih  =)

* kedua-dua penerbit tu bole la nak kate terkenal. Kalau sebut nama, orang tahulah itu adalah penerbit buku.

9 comments:

Qamaruls said...

dulu saye belajar turun lutut dulu.

bez.amin said...

menurut ust nidzam abd kadir,dua2 ade hujah n dalil nya.

yg pnting, cube utk khusyu' dlm solat,wallahu a'lam :-)

husnataqwa said...

ana pun belajar turun lutut dulu. tapi dalilnya kurang pasti. tadi tanya ustazah nak kasi konfem, beliau pun kata turun lutut dulu. mungkin kalo nak dalil, kena tanya ustaz muhadir. =)

wallahu a'lam.

sukma atiqah said...

terima kaseh semua, Qamaruls, bez amin & k.husna.. =)

sukma atiqah said...

ok, thanks sbb komen.

tp, cemane nk khusyuk kalau ragu2 dlm hati yg mane btol yg mne salah mase tgh solat?

kite yg dah solat dari dulu, boleh la kate cmtu, what 'bout org yg baru nak blaja solat? tntu nk sst yg tepat dan jelas. nk pulak kalau baru nk brubah...

husnataqwa said...

betul tu sukma. bagus2. soal khusyuk adalah perkara yang penting. dan soal belajar, menuntut ilmu, mencari yang mana paling betul dan tepat juga penting. teruskan menuntut ilmu dan semoga berjaya. =)

sukma atiqah said...

terima kasih k.husna.. masih mncari ilmu dan insyaAllah akan terus mencari.. =)

Nur Areefah said...

mana2 pun boleh rasanya. sebab turun mana dulu bukan antara turutan rukun.

dan pernah dengar talk, disuruh lutut dulu sebab plg bawah. mcm tu la lebih kurang.

apa pun, asalkan ada dalil, dan kita yakin, kita boleh amalkan :D

latest entry : status gol Chealsea vs Malaysia?

'Aishah Jauhara said...

mana2 anggota yang turun dulu, tidak menjadi satu masalah. nak turun tangan dulu pun boleh, nak turun lutut dulu pun boleh. mungkin bagi mereka yang agak berumur, lebih selesa untuk menurunkan tangan terlebih dahulu supaya mereka dapat menampung dan menyeimbangkan badan sewaktu hendak sujud. buatlah apa yang kita mampu, kerana Islam itu tidak menyusahkan, melainkan kita sendiri yang sibuk2 menyusahkannya.. :)

[moga jawapan ini sedikit membantu] ^^,