Sunday, July 31, 2011

Ramadhan | Itulah diri kita !

Assalamualaikum dan salam Ramadhan  =)

Boleh kata kebanyakan blogger sekarang dah start post pasal puasa. Yelah, esok kan dah puasa. Esok puasa?? Wahh! Seronok sebab hidup bebas syaitan!

So, apa planning ramadhan ni?

Aku plan macam-macam.. InsyaAllah.


Semua orang tahu kan bulan ramadhan ni syaitan-syaitan semua diikat, digari, dikurung and what so ever yang seerti dengan tidak memperoleh kebebasan.. Tapi, kenapa masih ada sikap negative?
Adik : Kakak, kita dalam bulan puasa?
Kakak : A'ah, kenapa?
Adik : Semua syaitan kena ikatkan?
Kakak : Yelah, kan kakak cerita hari tu?
Adik : Dah tu, kenapa ada orang mencuri lagi? Kenapa dalam berita ada lagi orang buat jahat? Kenapa ramai lagi yang pakai tak tutup aurat?
Andai si kakak jawab 'nafsu', si adik takkan faham kan? Konpem lah tak paham! Malah dia akan tanya semula nafsu tu apa.. Ha, lagi buntu nak jawab!

Aku just terfikir. Biasalah dikelilingi kanak-kanak kecil yang selalunya soalan mereka memerlukan jawapan selepas otak diperah dan dipulas untuk pemahaman mereka.

Jawapan paling mudah, "Diorang dah biasa buat macam tu.. Dah selalu buat sampai sekarang, walaupun takde syaitan suruh, diorang buat jugak." ok tak jawapan tu?

Ianya adalah hakikat. Disebabkan dulu kita terlalu ikut syaitan hasut pape. Bila selalu buat, benda tu dah terbiasa. Bila dah jadi habit, orang tak suruh pun, kita buat kan?

Ramadhan ni lah, satu-satunya tempoh untuk kita check diri kita sebenarnya. Siapa kita, dalam kategori baik ke perlu diperbaikkan lagi.

Ramadhan ni lah waktunya, hanya kita di dalam kita. Segalanya bergantung pada kita. Kita malas ke, kita kuat tidur ke kita liat mengaji ke, itulah kita! Sebabnya, takde dah si syaitan untuk kita tuding jari!

Kadang-kadang takut nak terima diri kita yang sebenar kan? Walau apa pun, itu lah kita. Kena terima dan kena improve. Kena jugak improve. Walaupun sedikit perubahan yang kita lakukan, jangan ingat Allah tak nampak, Allah sentiasa nampak.

Allah akan tetap berikan ganjaran untuk setiap perbuatan kita. Itu janjiNya.

Perubahan yang paling baik adalah apabila kita terus dalam perubahan itu walaupun tamatnya Ramadhan. Pendek kata, kebaikan kita itu tak terbatas dek waktu. Lagi pendek, istiqamah.

Ok lah, sekian bebelan ambang Ramadhan dari Miss Writer. Selamat menyambut Ramadhan buat semua saudara saudari seislamku sekalian. Moga segala amal ibadah kita dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dan diterima. Ameen~

Klik la sini! SINI!  =D


* Tadi dekat Kinokuniya sangat ramai orang. Agak strange sebab kedai buku jarang ramai orang. Terdetik dalam hati aku, maybe diorang prefer baca buku dari tengok TV sepanjang puasa ni demi menjaga pandangan. Alhamdulillah, ramai yang beli buku tentang ibadah sunat dan doa-doa.

   yang sunat, buat jugak.. yg wajib jangan dipandang remeh  =)


..

No comments: