Monday, July 25, 2011

Letih berendam air mata

Assalamualaikum..  =')

Hmm.. Dah lama aku tak menangis since.. *tuuuuttt* hehe  ;)

Hari ni aku menangis lagi. Makin rancak berbanding semalam. Sekarang aku keletihan menangis. Sungguh. Terasa pedih mata. Otot muka pun dah lenguh. Lesu rasanya.

Mungkin aku agak ketinggalan. Tapi at least aku sempat jugak dan menghayatinya dengan penuh empathy.

One Litre of Tears.

Google
It was really, surely 1 litre of tears. Indeed, a litre every episode!

Aku tengok bermula dengan niat untuk mengisi masa yang terlalu lapang ni. Kebetulan adik beli CD tu sebab tak puas tengok online katanya. Aku pun tumpang sekaki.

Bila air mata mula bergenang, aku lawan. Air mata tak jadi keluar. Untuk 3 episod pertama je lah. Lepas tu tak boleh tahan dah.

Bila tengok true story macam tu, aku terpanggil untuk menjadi lebih empathy dengan cuba membayangkan aku di tempat Aya-chan. Ye, aku betul-betul lakukan.

Aku dapat memuhasabah diri aku sepanjang tengok cerita tu.

Masa tu lah terfikir, aku belum cukup baik untuk semua orang. Mampu ke aku berjasa pada semua orang? Bolehkah aku begitu redha dengan qada' dan qadar Allah? Mampukah aku untuk tidak mempersoalkan kenapa aku yang dipilihNya untuk lalui ujian tersebut?

Dan yang paling utama.. Bersyukurkah aku with the ability to run, to write, to talk and to walk properly as I could now???

Honestly, aku pernah merasa ketakutan yang sering Aya-chan ungkapkan dalam cerita tu. Takut tak dapat berjalan lagi. Takut pabila berdiri tapi terpaksa berpaut pada dinding malah semakin takut bila terasa seolah-olah kaki tiada pada badan..

Semakin takut lagi saat duduk atas kerusi roda.

Alhamdulillah, cepat dikesan dan aku sempat diselamatkan. Tak perlu rasanya aku sebut nama penyakit yang sampai sekarang melekat dalam kepala aku sejak pertama kali doktor beritahu. Tapi bukan penyakit yang sama lah.

Seriously, setiap detail suasana hospital masa aku pergi tu, masih dalam ingatan. Aku mula takut bila doktor tunjukkan kesan penyakit tu yang telah berlaku pada seorang budak lelaki berbaju kuning yang juga berada atas wheelchair. Keadaannya menyedihkan. Aku tamaw describe tapi sungguh aku ketakutan masa tu.

I was admitted for a week into a single room ward. I missed my class trip. Setiap hari doktor masuk 2,3 kali sehari. Kadang-kadang bersama 2,3 orang doktor lain which caused me to freak out so much! Setiap hari jugak tangan kena cucuk ambil darah sampai bengkak2..

Keadaan Aya-chan dalam cerita tu betul-betul mengembalikan ingatan dan perasaan aku ketika itu.

Kini, terasa sangat bersyukur Allah masih beri peluang pada aku untuk hidup normally.

Kelebihannya bila kita tahu ada penyakit, kita akan lebih menghargai setiap satu yang berada di seliling kita. Lebih bersyukur. Lebih tabah. Masa yang ada jugak kita akan cuba isi dengan sebanyak-banyak ibadah sebab kita tahu mati tu dah dekat sangat.

Walaupun kita tahu mati tu bila-bila saja, tak kira orang sakit atau tidak.

Itu kelebihan mereka yang diuji Allah dengan sakit.

Sedangkan kita yang sihat, kita susah sekali kan nak menghargai apa yang kita ada? Susah sekali kita nak bersyukur.. Susah sekali nak bersangka baik dengan orang.. Susah sekali nak berbakti..

Terfikir jugak, andai berlaku dalam keluarga aku, mampukah aku membantu sehabis daya? Mampukah aku berikan semangat yang diperlukan?


Aku tak menyesal tengok cerita ni. Mungkin akan ulang menontonnya lagi dan lagi. Kerana ianya dapat menginsafkan aku. Dapat buat aku bersyukur.

Alhamdulillah, terima kasih Allah!

* mula-mula duduk ats wheelchair, excited jugak.. tapi bila sedar balik, aku duduk ats bende alah tu sebab aku tak boleh jalan, sebab aku tak rasa kaki aku, terus rasa takut je yang menyerbu diri..

7 comments:

MQ said...

mcam sedey je.. Ingtkan xbez, cite plak cam bez je.. Kene tgk ni..hu

Hafizi Azmi said...

this drama was really amazing..
lagi2 bila based on true story..
mmg nangis kot bila tgk crita ni.. T__T
(kantoi nangis jugak.. =.=)
aku tgk crita ni time kecik2 dulu kot..
(x la kecik sgt..)
bdk kecik nangis xpe kan..? >.<"

sukma atiqah said...

> MQ : sedey sgt cte ni.. tgok laa, kalau tak nanges tataw la nak kate, mmg ati keras dri batu lah.. abes tgok nnti, jmput la kongsi tangisan anda di ruang komen ini.. hehe

Piji > yup! really2 amazing! haha.. tp kalau ang tgok lg cte tu, ang tetap akn nanges jgak kn?? jgn tipu laaa, at least setitik air mata tumpah.. =P

Hafizi Azmi said...

agak ar.. >.<"
bagus la kalo nangis..
hati tak keras cam batu.. :D

sukma atiqah said...

hehe.. good2!

bez.amin said...

beta kena tgk sorg2 baru nk nanges dgn aman.haha.
ego ke? xtau~~
hehe.

sukma atiqah said...

eleh, tu bkn ego.. malu nanges dpan org la tu.. haha