Tadi kan aku ronda-ronda dunia tanpa sempadan ni.. Bukan buat apa, saja meng-update diri tentang fashion muslimah terkini. Well, walaupun aku bukanlah Miss Fashionista tapi aku suka tengok variuos styles of hijab..
Yang mana aku rasa macam berkenan, aku capailah pashmina, ngadap cermin and ikut tutorial cara-cara pakai.. Amatlah menunjukkan betapa aku tiada kerja duduk di rumah seharian sendirian. Huhu..
So far, aku bergaya depan cermin dalam rumah jelah. Kadang-kadang ayah balik, ayah tanya ; "Kenapa ni dengan bertudung sakan???" Hahahaha.. Hanya sengih je mampu aku berikan.
Tapi in my condition right now, agak perlu bertudung dalam rumah, sebab kat luar tu sangat ramai orang lelaki lalu lalang, sedang siapkan kerja-kerja pembinaan renovation rumah bahagian belakang. So, relevan jugaklah aku bertudung dalam rumah. Hehehe
Hey, aku bukan nak bercerita tentang ni sebenarnya. Macam ni, tadi kan google dan terus menggoogle sehingga aku bertemu tentang satu hijab style ni.
Selepas itu aku pun meng-wikipedia dan jumpalah fakta ini.
Selain tidak cukup syarat (tidak menutupi dada) sebagai pakaian muslimah, ada makna lain di sebaliknya.
Nama fesyen ini ialah Tichel. Ianya wajib dipakai oleh perempuan Yahudi yang sudah berkahwin. Mereka percaya bahawa setelah berkahwin, rambut mereka hanya boleh ditayang dan didedah kepada suami sahaja. Sebagai satu penghormatan untuk suami.
Tichel ni ada banyak cara simpulannya yang mana aku perhatikan banyak jugak dipakai di Malaysia oleh muslimah sebagai fesyen terkini.
Aku bukanlah nak menjatuhkan hukuman ke atas pemakaian tichel ni secara sesuka hati tapi berdasarkan perintah menutup aurat dengan melabuhkan hijab menutupi paras dada yang terang-terangan dalam Quran, rasanya dah jelas tentang pemakaiannya.
Tambah pula, tentu sekali semua orang tahu, kalau sesuatu kaum tu meniru kaum lain, maka si peniru adalah sebahagian dari kaum itu. Aku tak nak berleter panjang tentang isu ini sebab terlalu panjang kalau nak hurai secara detail.
Tambah tambah pula, antara syarat pemakaian seorang Islam adalah tidak menyerupai pakaian keagamaan lain. Aku tak sure boleh ke ini dikategorikan sebagai pemakaian keagamaan? Yang pasti, timbul was-was dalam hati. Dan kalau was-was (syubhah) better, avoid from it.
Sekadar berkogsi..
Dear beloved muslimah, kita ni cantik tahu tak? Cantik dalam pakaian sederhana dan lebih cantik dengan pakaian takwa. =)
Sebarang perkongsian dipersilakan melalui komen di bawah. =)
6 comments:
http://ustadzaris.com/parameter-menyerupai-orang-kafir
wah baru tahu pasal fesyen tu.. tp mmg selalu la nmpk org pakai lebih2 celebrity 'muslimah'
bukan sekadar tayang dada tapi juga leher, walaupun ada sesetengah yang pakaibaju jenis ada 'leher'
janggal disitu
nurareefah.com latest entry:
1. Apa yang jadi pada blog kita selepas kita mati?
2. BIASISWA KHAS TENAGA AKADEMIK IPTA 2011
its hard for me to tell is it allowed in islam?
when you go to pasar malam/shopping center,most malay lady,they just wear short sleeve t-shirt and wear the tudung....sorry to say that most of my friends telling me that they still show their chest area...so this shows that we still lack of knowledge..The ustazah/ustaz in school must tell the student during school times.
> ibtisam najmi : terima kasih atas link yg dberi. sy dah baca, so sy rase kesimpulannya, ianya tidak dikategorikan sbg pakaian non-muslim. Betul? sbb dah tersebar sehingga susah nak membuktikan ianya pakaian yahudi. Namun, sy percaya yang ia tetap tidak sesuai dipakai oleh muslimah krn tak cukup syarat =)
trima kaseh skali lg..
> efa : ehm, agak ramai la jugak.. cube ko bce link yg commentor Ibtisam tu bg.. n ape pndangan ko?
btw, ak tgok bju ade leher tu mcm xsesuai je kat mlysia yg mmg 'bersalji' spjg mase ni..
> Mohamed Firdaus Shajahan : betul jugak. mungkin ada guru2 yang rasa tugas dia hanya buat student lulus exam je kan? itu mengajar bukan mndidik.
but i still believe that even how hard the teachers tried, pengaruh luar terlalu kuat tambah dgn sikap sambil lewa.
contohnye pegi pasar malam tu kan, orang pikir "ala, pasar malam depan rumah" sambil lewa la tu.
tetapi masih tidak dinafikan masih ada yg xtahu ttg definisi aurat sebenar. yg mana mrk hanya fhm aurat itu rambut. sbb tu lah wujud yg pakai tudung tp bju lengan pendek, ketat dsb.
conclusion, 1) kite perlukan pendidik, bukan pengajar. (Beduk Diketuk) 2) tugas kita lah yang tahu utk sampaikan kpd yg xtahu.. =) (yaasin : 6)
Post a Comment