Saturday, July 2, 2011

Beduk Diketuk : Mengocak Fikiran

Assalamualaikum..  =)

Hari ni terasa nak buat book review.

Alhamdulillah, hari ni aku baru habis baca 'Beduk Diketuk' karya Pahrol Mohd Juoi terbitan Telaga Biru. Hah, lengkap information aku bagi!


Memang tulisan beliau sentiasa matching dengan jiwa aku. First book dia yang aku beli, 'Tentang Cinta' masa aku form 3 or form 4.. Dekat 4,5 tahun sudah buku tersebut!

Tulisan dia sangat mempengaruhi aku. Sampai sekarang pun, aku masih ulang-ulang baca Tentang Cinta.  Sebagai penguat kata orang. Bila kadang-kadang terhanyut, buku tu jugak yang aku capai.-

Dah nak lunyai dah buku tu. Siap ada beberapa part yang aku highlight lagi! Hoho.. kalah buku text Chemistry aku. Kuikuikui..

Ok. Berbalik pada Beduk Diketuk. Konsep buku ni, sangat aku cari sebelum ni. Kisah benar yang diambil berdasarkan perbualan penulis dengan beberapa teman dan colleague. Dihuraikan pula secara Islamic.

Kalau perasan lah, banyak jugak rasanya entry dalam Luz de Estrella ni berkonsepkan begitu. Ambil ibrah dari perbualan harian.

Aku sangat berpuas hati dengan buku ni. Tak tahu nak bagi banyak mana thumbs up tapi memang banyak lah. Cuma Tentang Cinta lagi banyak kot! Hehe..

Isu dalam buku ni kontemporari pada aku. Most of them aku setuju. MOST of them. Maknanya, ada lah beberapa part yang kurang setuju. Biasalah, lain orang lain cara kan?

Aku suka bila baca and ada isu-isu yang selama ni aku terfikir, dan kaji tapi tak ada yang menjawab soalan aku.

Antara isu yang aku selalu fikir dan renungkan ;
  • hasanah dunia dan hasanah akhirat yang dipisahkan
  • kopiah vs songkok (well, you-know-what)
  • orang baik mati cepat
  • masalah sosial remaja
  • ajaran Islam yang diambil separuh-separuh
  • filem yang mengajar kejahatan, bukan kebaikan
  • budaya / adat yang lari dari nilai Islam

Contoh kes kopiah vs songkok. Selalu jadi isu. Personally, I don't think it should be an issue. Berdasarkan pengalaman, penulis terangkan dengan sangat baik!

Another major case in this book yang diketengahkan adalah, hasanah dunia dan hasanah akhirat yang dipisahkan. Masya-Allah, sangat ramai lagi orang di luar sana tak nampak relationship between dua 'beradik' ni.

Sangat suka illustration ni!

Orang yang mudah melenting / melatah rasanya tak sesuai baca buku ini. Dalam buku ni, semuanya realiti sekarang. Bukan teori. Open your eyes, heart and mind lau nak baca jugak.

Tentang Islamophobia contohnya. Kita hanya tuding jari pada orang Barat. Tapi realiti sekarang, puncanya dari orang Islam sendiri. Muslim yang Islamophobia!

*teringat lagu Maher Zain, Awaken ( yes, its easy to blame everything on the West, when in fact all focus should be on ourselves )

Oh ye, tentang jodoh pun ada! Well, remaja ~~

Cara penyampaian, all in all aku puas hati 90% . 

So, buku beliau seterusnya adalah, 'Di mana DIA di Hatiku?' ( baru nak beli ). Padahal buku ni yang keluar dulu before Beduk Diketuk. Biasa lah, kena dengar orang komen dulu.

Tapi Beduk Diketuk ni memang beli sebab hati tertarik. Judge book by its cover kah aku??

p/s sila baca Beduk Diketuk dengan mata hati. Gambar dia pun cantik! Nik Wafdi lukis, you know him right?? Kalau tak tahu sila Google.

p/ss And and, baca setiap topik sampai habis. Orang kita ni kadang-kadang baca separuh terus conclude. Lepas tu melenting, attack orang.  Ops, tlg jgn hack blog yang takde pape ni..

2 comments:

Ummu Abiha said...

assalamualaikum.. kak sukma,, buku ni best sgt.. terasa sgt2.. huhuhu.. mira dh beli jugak =) bce buku 101 luahan hati.. its like komik tpi ad hdis ye =)

sukma atiqah said...

waalaikumussalam mira.. sgt best kan??

yes, 101 luahan hati pun akak da baca. Pelukis yang sama dgn beduk diketuk.. lukisan dia semua 'berbisa'