Tuesday, December 7, 2010

Jangan bosan!

Salam Maal Hijrah semua!
Semoga tahun ini membawa perubahan yang lebih baik terhadap diri antum antunna semua..
"Menyedari kesilapan adalah langkah kepada kesempurnaan"   -Yusuf al-Qardawi
So, buat apa hari ini? Semua orang bercuti sempena menyambut tahun baru 1432. Termasuklah aku di CFS IIUM ini walaupun pagi tadi ada jugak 2 kelas yg dijalankan atas persetujuan semua orang.

Ada hikmahnya. Tak ada lah aku bangun lambat.. hehe

Mesti semua orang banyak kerja yang perlu dibereskan kn? Isi lah masa dengan lakukan kerja-kerja yang berfaedah.. Aku bukanlah nak bicara tentang masa yang semua orang sudah sedia maklum bak emas, bak pedang and what so ever.

Cumanya, tentu ada yang akan berkata, "boring la" atau "tak tahu nak buat apa"..

Sedangkan sebenarnya, dalam hidup kita ini, banyak lagi tanggungjawab yang belum kita sempurnakan. Antaranya;
"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah" 
(surah al-Dzariyat, 56)
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" (surah al-Baqarah, 30)
So? Nampak tak apa yang sepatutnya kita lakukan pabila rasa ada masa terluang?

Bersumberkan majalah Solusi isu no.26, orang yang sentiasa berasa bosan sebenarnya jiwa mereka kosong. Tiada matlamat. Jiwa begitulah nanti yang cuba diisinya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti mengikut budaya hedonisme dan seumpamanya.

Ececeh.. tetibe rase cam aku ni bakal jadi pakar motivasi pulak! hehe

K, sambung! Kita ambil contoh seorang lelaki/perempuan berkerjaya yang beriman. Tentu sekali masa yang ada dipenuhi dengan kerja2 duniawi dan tak lupa jugak beribadah kepada Allah. Pantang ada masa terluang, sekurang-kurangnya, zikir membasahi bibir.

So, takkan ada istilah bosan@boring dalam kehidupan ini.  Ada kerja tak semestinya sibuk betul tak? Kadang2, bila sibuk, kita akan jadi lebih menghargai masa yang ada.

Walau apa pun, ibadah kita tu yang tak boleh stop even kelas takde, ofis tutup or cuti sekolah. Amal ibadah tak pernah habis. Tak pernah cukup.

Kelihatan dua orang sahabat ssedang membaca akhbar tentang kemalangan maut. Salah seorang berkata, "Ya Allah, tak boleh bayang kalau aku kat tempat dorang ni.. Dah la ibadah belum cukup"

Bila aku dengar orang cakap seperti ini, aku selalu terfikir, pernah ke ibadah kita cukup? Kalau betul cukup, macam mana kita nak tahu ibadah kita cukup??

Sedangkan Rasulullah sollahu'alaihiwassalam sendiri yang maksum tu pun, sentiasa beristighfar. Maknanya, nabi kita pun sentiasa merasakan yang ibadahnya perlu ditambah dan dilipat kali gandakan. Apatah lagi kita.

Hakikatnya kita takkan pernah tahu bila ibadah kita tu cukup. Sebab itu lah, wujudnya pepatah,
'Bekerjalah seperti kita akan hidup selama-lamanya, beribadah la seperti kita akan mati esok'
Cuba bayangkan kalau kita mati esok, mesti taknak bangun dari sejadah kan? Walau pun dah berkali-kali buat solat taubat pun, masih lagi rasa tak cukup. Sampai tak tahu nak solat ke nak mengaji dulu..

Part bekerja pulak, kalau kita niatkan lillahi ta'ala, seluruh kerja kita jadi ibadah. So, bergandalah ibadah kita.. Tapi, jangan rasa cukup! Dengan ibadah kita tak boleh ada rasa cukup.. Buat je sebanyak mungkin!

Skop ibadah pula, jangan dikecilkan dan dikhususkan amalan atas sejadah je.. Tidak. Merenung langit biru, melihat indahnya ciptaan Tuhan, menginsafi diri dengan rasa kerdilnya diri ini, lantas mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar pun dikira ibadah.

Tipulah kan kalau aku tak pernah mengeluh sebab bosan.. Kadang2 tu bosan sebab banyak sangat kerja sampai tak tahu nak buat yang mana satu.. Tapi, tengah wat kerja pun, bosan jugak..huhu.. Memang manusai ni complicated! Bukti manusia tak pernah puas kn? Ouch! terase!

Cuti lama2 pun, terbit jugak the word 'bosan' tu kan? Pandai2 la cari kerja.. Kat rumah tu banyak je kerja, cuma rajin dengan malas je.. 
[sila klik to enlarge]

So, jom tambah satu lagi azam baru! Banyakkan berzikir! Gandakan ibadah dengan pelbagai aktiviti lillahi ta'ala. Say NO to bosan!

Selamat bertahun baru!  =)

*kalah main congkak ngn adik, Qim (drj 1)! huh.. malu beta! msti bru blaja main kat skola 
   (wat sedap ati =_=')
** baru beli buku, Detik Cemas Mavi Marmara; PALESTINE KAMI DATANG karya fatimah syarha dan suami

5 comments:

AF said...

tertarik dengan 10 muwasafat tarbiah 2.. mantap2.. truskan usaha..

Hafizi Azmi said...

setuju ngan AF..
Suke ngan Muwassafat Tarbiah tu..
Moga2 kita dpt amalkan, insyaAllah.. ^^

Tok Esah said...

tok setuju!!!! bagus...

sukma atiqah said...

moga kita semua dapat biasakan diri dgn semua tu, andai tak mampu lakukan dgn sempurna pun, at least kite cube..
Insya Allah..

Anonymous said...

like this one! nice post!