Saturday, November 27, 2010

KAHWIN MUDA?! -part 2-

  Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi input2 sambungan dari KAHWIN MUDA?! -part 1-

Ok, in this 2nd part, aku nak habiskan terus cite pasal kahwin muda ni. So, next point nye adalah, cabaran berkahwin ketika belajar ni. Cabaran kahwin masa belajar ni memang ada extra lah dari kahwin di umur standard. 
source: Google images

First, pelajaran. Cinta dan cita-cita dikejar seiring. Susah tu. So, kenalah pandai urus diri dan masa. Ni kena yang betul2 power dalam bab management.

This is because, urus diri tu, termasuk emosi, rohani, mental dan fizikal. Urus masa tu pulak, termasuk, belajar, diri dan keluarga.

Cabaran kedua, persepsi negative masyarakat. Bro Huzaifah cerita semalam, ada kawan beliau bawak isteri untuk buat medical check up orang mengandung, boleh pulak nurse tu complaint; "Orang suruh belajar, dia mengandung"

Aduh.. pedas! So, di sini, penting nya kematangan in handling the situation. Kita nak lawan kasar2 ke, nak senyum je ke, nak perli balik ke atau nk ckp lembut tp ringkas dan padat?

Itu lah dua extra challenges bagi pengantin muda ni. Cabaran lain tu sama je dengan pasangan lain, kata Bro Huzaifah lah.


Public for sure will argue in many things about this early marriage. Paling utama, orang akan persoalkan; 
  • Mana nak dapat duit tanggung anak bini?
  • Nak duduk kat mana?
  • Macam mana nak belajar kalau dah ada anak?
  • Confirm parents si perempuan tak bagi lah!
Satu soalan lah nak tanya, bila  kita mention kahwin ni, mang kena tinggal sebumbung ke? Ni just persoalan yang bermain di kepala aku yang belum kahwin la.. Tataw la kalau jawapan sebenarnya, memang kena.

source: Google images
So, sebelum betul2 decide nak kahwin tu, kena lah ada perancangan yang teliti. Perlu lah rancang, bila nak bertunang, berapa lama, kahwin bila.. Lepas tu, nak tinggal sekali ke atau asing2 sementara belajar.

Keazaman dalam diri untuk tingkatkan kemajuan dan kematangan pun kena kuat. Matang. Penting sangat. Agar pasangan tersebut tak terburu-buru dalam buat keputusan. Apatah lagi, semua orang tahu, nikah kawin dan cerai talak ni benda yang paling tak boleh di buat main2.

Contoh cerita tentang matang, yang dikisahkan oleh Ustaz Majid. Beliau mintak isterinya yang tengah mengandung tolong tengokkan belakang masa nak reverse kereta.. Tapi, tu lah.. mood orang mengandung kot.. Si isteri jawab, "tengoklah sendiri".. Punya lah geram beliau, sepanjang perjalanan dari Selangor ke Kelantan, langsung tak bercakap dgn si isteri. So, matang kah??

Biasanya, bila bercakap tentang kahwin masa belajar, orang akan kaitkan dengan nikah khitbah atau nama melayu nya nikah gantung. Pernikahan ni tetap macam pernikahan lain cuma yang dimaksudkan dengan gantung tu ialah apabila pasangan tidak tinggal sebumbung. Konsep ni perlu difahami oleh dua2 belah pihak.

Maknanya, technically, masing2 masih tinggal dgn family masing2. Family pun tentu lah kena faham. Sebab anak-menantu mereka ni masih belajar. Duit biasiswa tu tentulah masih digunakan untuk tujuan study. Kalau, lelaki yang matang dan betul2 rasa tanggungjawab tu, mesti at least dia tolong top-up kan phone. =)

LOVE by Hendro- deviantart
Ini lah jalan paling sesuai untuk pasangan yang berkahwin ketika masih belajar. They can live as a student like usual.. Live in a dormitory with friends at hostel, go to lecture with friends but with new status, married.

Bila ada title married secara sah (bukan sekadar status di fb sahaja), boleh lah nak keluar dating during weekends, study together, I lep U-U lep Me and calling2..

Kalau nak ulasan lanjut tentang nikah khitbah, sila rujuk sini.

Dalam pukul 11, sesi soal jawab yang nampaknya diminati. Ada satu soalan yang agak lawak but possible lah. Ada sorang brother tu cakap, asal dia balik rumah je, mesti parents dia tnya bila nak kahwin. hahaha.. Gelak semua orang.

Nampaknya dia tak perlu jadi mcm bro Huzaifah yang merancang nak kahwin sampai 3 tahun dan mencari kekuatan serta mereka ayat best smpai seminggu! haha.. Tabik ah!

Then, forum ditutup dengan conclusion oleh ketiga-tiga panelists.

Cinta Allah, cinta ibu bapa mestilah didahulukan.
-Madam Mardhiana

Kahwinlah.. kahwinlah.. kahwinlah tapi jangan abaikan study.
-Bro Huzaifah

Masa kecik2, siket2 panggil mak, siket2 panggil ayah, tapi once kita kenal orang lain, kita lupa mereka! Jangan ingkar dengan mereka! They have reasons for every single thing.
-Ust Majid

**************************
My personal view
Aku bukanlah nak tolak konsep kahwin muda ni atau pun menerima bulat2. Semuanya ada pro dan kontra nya masing2 and pada pandangan masing2.

Perkahwinan bukan mainan. Bukan macam main kawen-kawen masa kecik2 dulu. Ia melibatkan tanggungjawab dan jiwa.

Pada aku, kahwin muda tak salah pon, tapi jangan gopoh dalam buat keputusan. Ada sesetengah tu, kahwin muda, tapi mungkin silap dalam merancang atau gagal mengawal keadaan menyebabkan perkahwinan itu runtuh.

Dan, pada aku jugak.. Kahwin muda ni bermain dgn risiko yang besar. Tapi, jika pasangan tersebut betul2 matang dalam menangani masalah yang datang, baguslah. Yang bimbangnya, kalau masing2 tak reti nak kawal diri masing2. Terutama sekali dalam bab kematangan pasangan.


Matang ke kalau tengok orang main game, nak main jugak walaupun sebenarnya nak study? 
Matang ke kalau da susun jadual elok2 tapi sebab syok sgt layan tdo, terus je tido..
Matang ke kalau subuh pun 'bergajah' lagi?

Nak2 pulak kata orang, darah muda ni mudah je mendidih.. Ni yang paling bahaya.. Kang gaduh siket, melayang pinggan mangkuk periuk belanga.. Tu pon mujur lagi.. Kalau tangan dan kaki sama naik?? Na'uzubillah.. Kesabaran adalah bukti kematangan. Ni yang akan menjadi punca orang tak percaya pada kahwin muda..
 

Banyak nye benda kena semak semula sebelum kahwin! Ready ke nak hidup dgn seorang yang selama ni haram bagi kita? 

Muhasabah

Salah satu yang ditujukan ketika forum tu lebih kurang begini:-

Sanggupkah anak yang akan mendoakan ibu bapanya dibuang seperti sampah? Maaf, saya tak kuat dan tak sanggup nak letak gambar2 bayi dibuang.. Terlalu kejam..

Seorang gadis yang sudah punyai 'boyafren' mintak izin dgn parents nya untuk berkahwin, tapi dihalang oleh family. Lantaran lautan api pon sanggup diredah demi cinta pada si dia, dituruti lah nafsu yang dipandu syaitan. Sehingga akhirnya lahirlah insan kecil yang tidak meminta dirinya hidup di dunia.. Syaitan sekali lagi mencucuk, bayi kecil suci itu, dibuang.
Ada dua perkara yang aku nak ulas.. (buat mcm pandai sgt! hehe)
  • Salah seorang panelist ada beritahu kata2 ulamak, kalau kita nak tengok elok ke tak sesuatu kaum tu, kita tengok mudah atau susah sebuah perkahwinan nya. So, ini ternyata, dalam masyarakat Melayu, perkahwinan adalah sesuatu yang susah.. Mungkin sebab ikut adat hingga kadangkala, terlupa pulak, Islam tu guideline yang sebenar. Atau mungkin jugak, pandangan orang tu lebih penting dari pandangan dan redha Allah. 
  • Bila family tak bagi kahwin, cuba fikirkan sebab nya sendiri (kalau tengah emo la) Atau, tanya baik2, kenapa. Mesti lah mereka akan jawab. Takkan suke suki je mereka tamaw bagi? Mesti antara alasan utama, diri sendiri pon tak terurus lagi, ni pulak nak urus orang lain.. Lepas tu, muhasabah diri.. Yelah, baju pun malas lipat, bangun tidur pon kene tunggu matahari atas kepala dulu, subuh pun ayah kejut, goreng ikan hangit, game 25jam.. and so so.. Kenapa pilih lelaki yang baru dikenali berbanding ibu bapa yang penat lelah mendidik dan mngasihi kita lebih dari segalanya?
Maka, check lah balik diri kita..Eh, jangan la sampai rasa tamaw kahwin! Kata panelists, perasaan nak kahwin yang hadir dalam hati manusia itu tandanya iman kita. Kita berniat untuk menjauhi yang haram dengan memilih yang halal. Tapi, kematangan, kesabaran, perancangan dan persediaan mesti tip top!

Ok, tamat di sini.. Sebarang perkongsian lain, bantahan, cadangan dan komen amat dialu-alu kan.. 
source: idkawanimut pics
Tiga perkara yang Allah telah tetapkan sejak kita belum lahir lagi:
  1. Rezeki
  2. Jodoh
  3. Ajal
So, tak perlu gopoh! InsyaAllah, andai dia untukmu, dia tetap akan menjadi milikmu.. Yakinlah dengan janji Allah; perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. (surah an- Nur, 26)


*slmt pengantin baru kpd yg decide nk kawen muda! jemput aku yer!!  ;)

**err.. tido dgn teddy bear matang tak?? pakcik keretamayat kata tak.. ape kata anda?


KAHWIN MUDA?! -part 1-

Assalamualaikum! hehe..
Jom nyanyi! Aku suka lagu ni..

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
source: 4eyesmonkey.blogspot

*Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
ulang* 


OK.. nanti sambung nyanyi lagi ea.. 

Before I start my story-telling time, aku nak ulas lah siket pasal lagu tu.. Kalau perasan, actually that song is obviously some kind of advice.. Its a kind of guideline for non-halal lover. Good enough right? Especially dengan masalah remaja masyarakat kita sekarang ni.
In addition, the highlighted line is a hadis. 
Dari Jabir bin Samurah  berkata;Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
Tu je nak share 'bout that song.. Now, let us proceed to our next agenda (hehe.. ayat common for MCs).

Semalam, 25/11/2010, bertempat di AMF tercinta, ada talk btajuk 'Kahwin Muda'.. Catchy kan tajuk ni? Memang terbukti, isi dewan yang hadir malam tadi melimpah ruah.. Mesti kembang je hati2 si penganjur (MRC).. Tahniah!

Aku datang pon agak lambat sebab ada meeting before tu.. Tapi, talk tu belum start lagi sebab dorang buat closing of Youth Awareness Campaign dulu. Tu pon, aku kene duduk kat blkg, tepi2 kat dinding yang biasanya letak kerusi banyak2 tu.. Tapi untungnya, sebab duduk hujung skali, boleh la duduk bersila ke, apa ke.. hehe

Actually it wasn't really a talk, it was a forum. Moderator dari pihak MRC sendiri, Azhar. Ahli panelnya 3 orang, Ustaz Majid, Bro Huzaifah mechatronic engineering student from UIA Gombak and Madam Mardhiana, lecturer of Quranic Language UIA PJ. Persamaan mereka bertiga ni is, semua kahwin muda- kahwin masa belajar.

So, this is the topic all about. Aku nak kongsi la siket input and tips yang aku dapat dari forum tu. 


Bila kita sebut NAK kahwin muda(dlm konteks sbg IPT student), apakah pandangan masyarakat setempat??
"Gatai nak nikah!"
Well, possible kan?

lebih kurang macam tu lah pandangan orang kita sekarang ni.. Tu mungkin pandangan orang tua tapi pada remaja sendiri mungkin akan respond begini pulak;
"Ingat ni 20 tahun lalu ke??"
Very possible!

Sometime, because of all these reasons lah, ramai bayi2 dibuang.. Adoii.. ak nak sebut the word 'buang' tu pon tak sanggup.. They are humans, bukan rubbish yang selayaknya dibuang.. If these babies can speak, mereka akn cakap, mereka tamaw pon hidup kat dunia ni yang penuh dgn dugaan. Apatah lagi dgn status anak haram..

Berkahwin ketika belajar.. Sesetengah orang mungkin akan pertikaikan, selepas kahwin nanti, pelajaran terabai or worse, tak habis pon belajar.

Kalau macam tu, kenapa ada orang yang bercinta scr tidak halal, dan jadikan alasan pasangan mereka boleh jadi pembakar semangat, motivator and what so ever lah.. Sama je bila dah kahwin kan? Malah, mereka ni halal..

Maka, boleh lah keluar study sama-sama, calling2 sebelum tidur, dating kat mana2 pon, orang tak boleh nak kata apa. Sebab, mereka tak salah. sweet plak kan calling2 b4 tdo tu?? hehe.. ngn suami@isteri je yer!

Eh, aku bukan lah nak galakkan semua orang kahwin masa belajar, this is just positive nye. Orang sekarang lebih pentingkan pandangan manusia dari pandangan Allah. 

Kadang2, tak ape lah 'couple' lama2 pon, asal orang tak kata gatal nak kahwin. Indeed, sesetengah parents mcm ok jer bila tahu anak2 dah berpunya.. Ada tu mcm bangga pulak.. sori, kalau pedas dan bisa 

Solusinya, terutamanya untuk lelaki lah, kalau dah ada yang berkenan di hati tu, lepas buat istikharah dan yakin dgn pilihan tersebut, rasa tenang je bila decide untuk pilih muslimah tersebut, suarakan lah pada ibu bapa.

__love___by_LimpidD -deviantart
So, first of all.. Agak2 nye lah, apa reaksi parents kita bila bagitahu nak kahwin? Huh! konpem terkejut beruk! Respond seterusnya, sama ada green light ke red light ke or even yellow ke, nasib lah.. 

Menurut Madam Mardhiana, ada 3 respond  parents;
1) keras.. maksudnya tak boleh tanpa pertimbangan dah! 
2) tak boleh, tapi lepas tu boleh pulak.. agaknya dah nampak si anak tu matang. 
3) lembut.. setuju je.
OK, mcm mana pulak kita nak cakap kat parents? Takkan tiba2 telefon, takde angin, takde ribut cakap;
"Pak, nak kahwin" Erk?? Freaky gile! Si bapa pon boleh tersedak dengar kalau ckp mcm tu! haha

So, berikut adalah tips nya;

~ tunjukkan prestasi dan kualiti diri (contohnya, bila balik rumah tu rajin2 kan diri buat kerja rumah.. tak kira lah lelaki atau perempuan.. tunjukkan prestasi yang baik dlm belajar)

~ tengok mood dan keadaan parents

~ bincang baik-baik, slow and steady.. terangkan konsep sebenar perkahwinan dalam Islam, konsep nikah khitbah, bukan konsep melayu semata-mata (kita kdg2 terlalu terikat dgn adat tradisi)

~ andai dipersetujui, Alhamdulillah.. jadikan segala nasihat parents yang lebih dulu makan garam sbg panduan.

~ andaikata, parents tak bagi jugak.. tentu ada reason yang relevan. our parents know us better. they know our ability and weaknesses which sometime we try to deny it by our heart.

~most important, parents must come first! tanpa restu, perkahwinan tidak akan ke mana.


OK, part 1 stops here. Nanti I'll continue to the second part..


*Rasa macam buat kursus kahwin pulak! hahaha.. bukan pe, berkongsi ilmu..
Lagi pon, mesti ramai je nak tahu sebenarnya, tapi segan.. so, aku dgn agak kurang segannya berkongsi.  =)

Friday, November 19, 2010

Bila isteri dah TAK CANTIK...


Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Sebelum tu, mai sama2 tadah tangan baca doa ni;

“Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air yang dingin"

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..

 ********************
"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya.

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. 

Pearl by ethereal_forest303
Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.


Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.

Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah.......

pasted from facebook by Saya Cinta Suami Saya 
Friday, November 12, 2010 at 11:24pm

Hmm.. tak tahu lah nak komen apa. Seperti yang dinyatakan di atas memang betul, mungkin tak semua lelaki begini, tapi tergugat jugak kn? hehe

Tambahan pula, dalam surat khabar Metro semalam (18/11/2010, Khamis) di muka surat dua;


Mungkin benar, kecantikan itu menjadi kayu ukur pertama, tapi itu bukan lah yg utama. 

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam
pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Luahan tidak puas hati for both stories: 
  • Elok sgt kah rupa si lelaki hingga mengejar yang cantik aje?
  • Mesti melopong, ternganga si ex-suami tengok bini dia dah slim lepas ni! Padan muke!
  • Perkahwinan seharusnya dapat mengawal both husband and wife drpd melakukan maksiat. Theres must be something wrong with the marriage if it fails to do so. Balik pada agama..
  • Kahwin muda tak semestinya hancur rumah tangga. Malah, boleh jadi lebih bahagia.
  • Isteri bukan kuli rumah dan hamba suami.
  • Isteri bukan bahan untuk ditayang-tayang pada rakan2, its anugerah tak ternilai dan amanah.. Tak takut ke tayang2 kang, ade orang tackle??
  • Gula2 berbalut, sepatutnya is preferable than without wrap. Sedangkan semut pon berusaha nak makan gula2 yang berbalut. 
  • Cek, mai nak ingtkan, kecantikan akn pudar.. Pompuan cantik pon nnti muka bkedut jugak! Pahtu, hang nk pi cari lain la? xsedaq da tua bangka la tu!
  • Kalau takde beautiful ladies kat dunia ni, lelaki nak kahwin ngan siapa??

 tak puas hati  >_<


Thursday, November 11, 2010

Rimau pon tak hingin!

* Harimau pun tidak ingin.

Sepanjang minggu ni, CFS IIUM (PJ & Nilai) is having the annual festival which we call Raudhah Festival (Rafest). So, banyak lah exhibitions yg ada di AMF Hall. Macam2 ada.

On the 2nd day, aku tertarik tok pergi satu booth tu. If I'm not mistaken organized by Environment and Nature Club (ENC), booth World Wildlife Fund (WWF). Ade lah sorg chinese guy tu explain mcm2 kat aku about wildlife care.

 But actually, I was more attracted to the posters yang dorg letak kat situ. Gambar harimau. Cantik. Berdasarkan apa yg chinese guy tu explain kat aku, only 300 tigers left now in this world (kalau tak silap lah). Aku renunglah gambar harimau tu. Seriuos. Cantik!

Aku pon lepas tu, melanjutkan pandangan aku pada next poster. Terkejut sgt tengok gambar harimau tu. Gambar chopped tiger. Badan harimau yang dipotong-potong. Perut dia terburai. Kepala dipancung. Kaki kene ikat. Sedih aku tengok.

The exhibitor said that the tiger was found in a PETI AIS here, in Malaysia 5 years ago. Bila pihak berkuasa soal tuan rumah tu, guess what he answered??  " I don't know how did it came here "

Oh gosh! Is it an acceptable answer???????

Manusia selalu marah kat harimau sebab harimau ni rosakkan tanaman lah, makan ayam lah itik lah lembu semua tu.. Tapi manusia fikir tak kenapa harimau buat semua tu?

Sebab tu semua makanan dia? Sebab Pak Belang tu lapo??  NO! Thats not it!

Harimau takkan baham benda2 ni melainkan dia desperate! Deforestation kan memusnahkan habitat harimau tersebut sekali gus meragut sumber2 makanan dia!

Disebabkan tak tahan lapo, macam kite lah, ape pon depan mata nampak sedap kan? Maka, dia baham jelah! Nak2 pulak tigers are carnivorous. Meat eaters. Suka lah dia kan?

But you know something, they actually didn't prefer humans. Bak kata chinese guy tu, "We are not their choice"

Terlintas something di benakku. Tentu lah harimau tamaw manusia ni, hati kotor! Hitam! Silap2 pahit ape..

Agaknya, kalau makan orang pon, dia buang hati orang tu. Yelah, hati manusia banyak tompok hitam kan? Ntah2 kalau hati yang berpenyakit tu lagi harimau tamaw! Takot kang bjangkit kat dia..

Hairan kan, kita pon tak nampak hati kita, pandai2 lak aku nak ckp harimau nampak!

hybrid heart by Roux-S, devianART

Take something with heart and mind.

Bukankah setiap kejahatan yang kita lakukan bukan setakat dicatat oleh malaikat kiri kanan ni tapi jugak bertambah tompok hitam dalam hati. Cuba bayangkan kalau lah tompok2 hitam tu Allah takdirkan letak kat muka? Nak kuar umah?

Sayangnya Allah kat kita. Tak nak bagi rupa kita ni buruk disebabkan tompok2 tu. Silap2 tak tompok dah! Satu wajah hitam! Sebab Allah tahu kan, hambanya selalu buat dosa. Bezanya; sedar atau tak dgn taubat atau tak.

"Oh Tuhan, ku pinta hati yang baru.."


*bila renung kaki harimau yang kene ikat tu, kesiannya........ Comel je kaki dia. Rasa cam nak pegang je.. ttbe rase cm jatuh hati pd harimau!  hikhik


**berpeluang bkenalan dgn Baby and Totoi Rescue (TR). Active and passive respectively. 2ekor ular kecik yang diangkut oleh JPA. Suke Baby sbb bile pegang tu dia tak duk diam.. Merayap je, lilit tangan..

***jemput hadir ke Rafest Closing Ceremony organized by my club, Culture and Arts Club (CAC) 14th November 2010, AMF.
.
 

Saturday, November 6, 2010

Blog saye dapat Award!!

Sounds really excited rite?? Haha.. Yeah, I know!

Because this is my first! Here it is..

Terima kasih kepada Kucer@Tok Esah, kerana telah menganugerahi *Luz de Estrella* dgn award ini. Moga segala pengisian laman ini mampu mberi manfaat kepada semua.

Dengan ini saya ingin respond kpd soalan2 Tok Esah.
1~Bagitahu tok 5 pandangan korang tentang blog ToK eSaH ni
  =err.. first impression, eh, "nape jadi Tok Esah plak budak ini??"
  = masih pelik ngn 'Tok Esah'
  = input menarik!
  =Kucer upenye
  = Tok Esah, slmt menjadi da'ie muda err.. muda? All da bez in your study, life and the blogging world dek..

2~Bagitahu tok 5 aktiviti yg selalu korang buat bila balik kampung...
  = tido awal
  = cuci bilik air! hikhik 
  =tgok tb puas2
  = ngumbah (selongkar) bilik
  = wat keje umah, skali skala balik umah kan.. skali skala kah?? haha

Friday, November 5, 2010

GRAPH OF LIFE~


Kita hidup kan sekarang ni?

tataw la soklan genre ape tu.. -_-"

Tapi, pernah tak terfikir, apakah sebenarnya hidup itu? Sama ada dari perkataan hidup itself atau apakah erti hidup seorang manusia..?

"Hidup ni; bila kita sedih kerana diuji tapi gembira dgn hikmah di sebaliknya."

"Hidup ni, bila kita sedar betapa sesungguhnya kesedihan dan kekecewaan in the past is actually a path towards training ourselves to become a better human."

These two, will be my answers. Memang hidup ni begitu dan begini. Sedih dan gembira bersilih ganti. Tangis dan tawa menghiasi.Turun dan naik bergilir-gilir.

Kalau lah hidup ni ada nilai X dan Y, then cuba kita plot a graph. The title would be something like... My Life Graph. 

Guess what the pattern will be? For sure, something like up and down, again and again. And a short horizontal/vertical straight line.. Right?

Tapi, kalau dapat pattern, increasing constantly, Alhamdulillah. But be prepared! Takut2 kalau jatuh, menjunam! Dan lagi takut, kalau tak mampu nk bangun lagi..


Tapi, redha lah.. Ini lah yang mengajar kita erti kehidupan.

Alhamdulillah, aku gembira sekarang. Gembira setelah menangis dulu.

Belum lah berjaya lagi, tapi at least aku dah boleh tersenyum ikhlasly dan lupakan tangisan tu..

Walau apa pun yang berlaku, the first word SHOULD be Alhamdulillah, kn? Iyer, percayalah. Segalanya telah ditentukan. Allah takkan biar hamba-Nya terkapai-kapai kalau hamba itu bersyukur.


Pegang lah ayat ni,

 "...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (surah al Baqarah, 216)



*coretan santai agar lamanku ini tak dipenuhi sawang dan spiderwebs! ;)
**terima kasih kpd kwn2 yg byk menyokong dan beri semangat.. InsyaAllah, aku takkan abaikan nasihat kalian.  =)