Tuesday, August 31, 2010

Simple! Seek the truth in your heart

Seorang lelaki membuka pintu kedai. Melangkah masuk dan terus duduk di kerusi tinggi itu.
Datang lah seorang pekerja merapati pelanggan tadi.

"Mau potong macam mana?"

"Macam biasa"

ye, tahu.. gmba ni tipu!
Pekerja itu pun mencapai sikat dan gunting. Seterusnya menari -narilah sikat dan gunting di kepala pelanggan tadi. Suasana agak sunyi, maka berbuallah si tukang gunting dengan pelanggannya. Dari satu topik hingga ke topik yang lain sehinggalah menyentuh topik theology atau ketuhanan.

"Saya tak percaya akan kewujudan tuhan" . Jujur.

Si pelanggan kehairanan. "Kenapa?"

"Cuba lihat dunia sekarang. Andai betul tuhan tu wujud, mengapa dibiarkan dunia penuh bencana? Kenapa dibiarkan manusia menderita kelaparan? Kenapa dibiarkan manusia sakit kronik? Kenapa perang di sana sini? Kenapa adanya yang kaya dan miskin? Mana sifat penyayang dan pengasih tuhan? Dan andai benar tuhan tu ada, tentu sekali dia menjaga dunia ini dari segala bencana dan mengamankan peperangan."

Penuh bersemangat si tukang gunting memberikan pendapatnya. Si pelanggan hanya diam. Bukanlah bersutuju tapi, ingin rambutnya siap di-trim. Sambil memikirkan hujah yang sesuai untuk menyatakan pendapatnya yang percaya the god exists.

While looking outside the window, suddenly a man passed by. Maka, timbullah ilham untuk membalas kata2 the barber tadi.

"Saya pula rasa tukang gunting tidak wujud sebenarnya!" said the customer.

The barber amazed. huh??

"Kenapa pula kata begitu? Bukan kah ramai tukang gunting di dunia ini. Malah aku seorang tukang gunting juga dan baru sahaja menggunting rambutmu" Bingung.

Then the customer pointed to something outside the window. Someone actually.


Seorang lelaki dengan pakaian compang camping dan koyak rabak. Berjalan tanpa selipar. Rambutnya, kus mangat! Panjang dan langsung tak terurus!

"See? kalau betul ada tukang gunting kenapa ada lagi orang begitu? Dengan rambut panjang dan kusut masai?"

The barber tak puas hati.

"Tentu lah!  Dia tidak datang kepadaku untuk minta rambutnya dipotong dan dikemaskan."

"Then it goes the same thing with God and all the reasons you've stated just now. Manusia tidak mencari dan tidak datang kepada tuhan untuk meminta bantuan. Malah, melupakan tuhan. Bagaimana tuhan ingin membantu mereka. Ada some of them yang percayakan tuhan tapi mereka tidak datang kepadanya atau beribadah kepadanya. Ada juga yang menyembah tuhan yang salah."

The barber kept silent. Thinking maybe.

******************

First of all, cerita ni dah lama. But for this entry, aku olah siket so penceritaan dia jadi menarik siket err.. ckup menarik tak??. All the english in the story dari aku sendiri. Asal nya, takde pun speaking2 ni.. Saje gatal nak tambah.  ;)

Ok, now kite amek input dari analogi mudah ni. Analogi yang biasa kita dengar tentang kewujudan tuhan ni, yang pasal tak nampak tuhan tapi boleh rasa. Ingat tak? atau pernah tahu tak? Ala, yang bila kita cubit orang tu. Sakit tu kita tak nampak pun. Tapi kita rasa.

Hmm.. but for me it is quite complicated to understand and for logical thinking. So, keluar la story ni. Yang mana in my view, easier to understand and easier to digest in our life.

Nak ulas ke? Boleh la jugak, sebagai muhasabah diri.

Allah tak turunkan ujian saje suke2 macam aku yang saje suke2 nak gi jalan2.. hehe

Allah turunkan tu mesti bersebab. Antara dua je kan? Balasan atau ujian tahap keimanan. Tapi, as human yang pelupa ni, kita leka dan lagho. Kite ikut je perasaan. Tak salah pun nak menangis, tapi jangan mengeluh.

Aku bercakap untuk diri aku sendiri. Sekarang ini aku berada di fasa kejatuhan best plak term nih.. hehe. Banyak benda tak menyebelahi aku, Yelah, sampai bila kita nak hidup 'apa yang nak, dapat' kan?

Basically, balik pada Tuhan. Balik pada Allah. Muhasabah diri. Theres always something behind something. Tentu ada silapnya kat mana2. Tentu ada cacat cela kat mana2.

Tataw nak ulas apa dah. My real intention is just to share the analogy. Hopefully, dapat something from the story.


#cik penaip, kuatkan semangat anda! Jatuh, bangun smula! Hidup ni sekali je! Live it to the fullest!!


Sunday, August 29, 2010

Oh Ladies!

  HAJAT TERCAPAI setelah berusaha memendam rasa dan keinginan selama at least 5 days I guess.. Dan setelah berusaha mencari teman, I finally berjaya menjejakkan kaki ke Mid Valley with two main aims.
  1. Mencari buku baru untuk minggu ini. its a must for me to have a new book every week. I LOVE BOOKS!
  2. Secret Recipe's beef lasagna! yummy cheesy! I LOVE CHEESE!
Mr. T model jer.. hehe
 So, bila berjalan ini kalau boleh jangan la berjalan dengan minda kosong betul tak.. Kita berjalan smbil melihat, mentafsir dan muhasabah.. Sekurang-kurangnya kita gunakan jugak the faculty of mind which Allah gave us wisely.

Memang berjalan masa puasa ni letih dia lain siket. Kan? Cepat je rasa letih. Padahal Mid tu je ;) hehe

Tapi jangan layankan sangat badan nak bermanja tu.. Perang Badar dalam bulan Ramadhan jugak. Siap menang lagi.. Hmm.. memang la turunnya bantuan dari Allah tapi andai mereka tak berusaha dan tidak berdoa, tentu tak dapat jugak.

" .......Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri........" (ar-Ra'd, 11)

Ok, yang aku nak cerita sebenarnya soal pemandangan di bulan Ramadhan. Actually it is not suppose to be specifically in this fasting month but Alhamdulillah la, tetap ada rasa nak jaga kualiti puasa.

Aku ada terbaca pasal wanita bertudung memang lagi siket dari wanita tak bertudung. Ni bab bertudung je belum lagi kira yang bertudung tapi kurang sedap mata memandang pakaiannya. Jadi, tentu sukar bagi kaum lelaki untuk menjaga pandangan mereka kan?

Cane nak wat tudung cam ustazah ni ek??

Macam di Mid Valley tadi, sudah la ramai berbangsa cina, ada jugak Melayu Islam yang kurang sopan pakaiannya. Aku bukanlah nak komen apa, aku sendiri pun bukannya berbaju kurung dan berjubah 24hours although jubah is my favourite  malah aku lebih senang keluar berjalan pakai seluar, tapi at least biarla tutup dan longgar.

Satu contoh. Tadi. Aku ada ternampak sepasang couple. Married maybe. Perempuan tu bertudung. Selendang, tapi elok. Nampak kemas. Blouse purple hingga atas siket je dari lutut. Tapi sayang, she wore legging. *seluar getah ketat

Tiba2 teringat pulak perbualan kat Hot.fm hari Isnin 2 minggu lepas. Kecoh bila ada seorang brother ni call Hot then complaint;


" Kepada kakak2, adik2, makcik2 yang nak gi bazaar tu, tolong la pakai elok siket. Kami orang laki ni elok2 puasa terjaga dari pagi tiba2 petang gi bazaar, pahala kurang cam tu jer.. Bukannya suruh pakai baju kurung pun, tapi jangan la pakai baju ketat2, pakai skirt lah, seluar pendek lah.. "

Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Ada jugak dia mention pasal tak cukup kain apa semua tu. Beberapa ketika kemudian, ada lah respond dari pemanggil wanita pulak.

" Kepada bro tadi, yang marah2 tu, kami punya suka lah nak pakai apa pun, HAK kami. You takde hak nak halang kami. Kalau tak suke tak yah la tengok. Jalan tutup mata!" tempelak pompuan ni. Nada dia geram betul! Bersungguh menyatakan pendapat yang tak bernas tu.

jalan tutup mata? langgar korang kang, lagi kena tempelak! ape la pompuan ni

Aku sebagai pendengar setia sudah rasa panas. Takde ke orang nak betulkan program otak pompuan tu tadi?? Akhirnya lepas some calls from guys supporting the first argument, ada lah satu call dari sorang perempuan. Lembut je nada dia.

" Betul lah apa yang akak tu kata tadi. Hak perempuan nak pakai apa pun. Tapi kita sebagai perempuan kena la jaga. Kalau pakai bukak sana bukak sini, bukan ke memang menarik perhatian lelaki? Bila orang pandang kata gatal pulak kan? Dah kalau tak nak orang pandang jangan pakai mcm tu. Kalau kita tak nak jaga pahala puasa orang, at least jaga lah puasa sendiri. "

Ada jugak orang yang masih boleh berfikiran waras dan berlandaskan agama. Aku tamaw ulas panjang2 dialog2 ni, semua boleh fikir dan conclude sendiri.

Tapi macam tak puas hati jugak la kat makcik tu. Jalan tutup mata? Hak? Sampai bila nak persoalkan hak individu? Pegang anjing pun individual rights jugak.. Lau camtu langgar jelah lampu merah, hak kita.. Tol aku bayar, cukai jalan bayar, parking pon bayar.. kan?

Tapi tu lah, langgar hak Allah kita tak kena saman directly, bawak kereta overspeed siket, kena tahan dah kat depan.. Huhu..

Hai lelaki, kesian kalian.. Berusahalah! Moga usaha kalian dengan niat yang baik menjadi kiraan timbangan kebaikan.

Pape pun, doakan wanita2 yang berkenaan moga bertemu hidayah.. Ameen~

#sekali lagi, cik penaip ni tidak sempurna, tidak sehebat kawan2 nya, masih mencari cahaya. Doakan lah.

Thursday, August 26, 2010

~Memori Ustazah Atiqah~

Gelisah. Berdebar. Cermin dalam kereta tu dah berapa kali dilihat. Tangan tak henti2 perbetul tudung. Mana lah tahu, entah ke renyok ke, senget ke.. Huhu

Tentu lah, ini kali pertama. Semua benda rasa tak kena. Tudung yang dah elok pun, nak elokkan lagi.

"Dah ok dah tudung tu. Macam mana pun tudung tu wajah ika tetap sama. Apa nak takut sangat nya??". Mama rimas kot melihat anak buahnya yang seorang ini tak senang duduk.

Avanza biru mama berhenti betul2 di hadapan pagar hitam itu. Syahmi, sepupuku darjah satu keluar kereta dan terus berlari mendapatkan rakan2 nya. Aku terdiam.

"Aik, tak nak turun ke?" tanya mama. Aku sengih. Sambil tangan membuka pintu kereta.

Turun dari kereta, aku membetulkan kain kurung biruku pula. Aku serba biru hari ini. Warna kegemaran. Lagi pun biru boleh menenangkan. Harapnya. Tapi macam kurang efisyen pulak kata2 tu nak dibandingkan dengan situasi aku sekarang.

Langkah kususun penuh tertib memasuki perkarangan Maahad Tahfiz Faqeh, Temerloh. Aku bakal bergelar guru. Kelihatan beberapa orang kanak2 lelaki berkejar-kejaran. Riuh dengan suara kanak2. Happening.

Ku menghala ke pintu masuk banglo dua tingkat itu. Di pintu aku disambut oleh Ustaz Zaharim, guru besar. Beliau menyuruh aku terus ke pejabat dan tunggu di sana. Aku pun masuk dan terus ke pejabat. Aku sememangnya dah tahu kedudukan pejabat kerana aku di-interview di situ.

Sedang berjalan aku disapa.

"Hah Saiful, ni geng aok(awak) nih" Aku menolah sekilas. Tak faham. Yang bersuara tu, Ustaz Faiz. Seorang lagi Ustaz Saiful.

Aku terus menanti dalam pejabat. Mereka ada perhimpunan di luar. 'Yelah, hari ni kan isnin'

Usai perhimpunan, bising kanak2 riang itu berjalan memasuki kelas masing2. Ada lah jugak yang terintai-intai aku. 'Ustazah baru' bisik mereka. Soseh soseh je dengar. hehe

Seketika lepas itu, Ustaz Zaharim masuk. Beliau pun maklumkan padaku yang aku akan mengajar subjek Sains darjah 1 hingga 4 (memang kat sini sampai darjah 4 je ade) dan Maths darjah 3 dan 4. Selain tu, pendidikan seni dan pendidikan jasmani.

'huh??? apa lah yang aku tahu tentang pendidikan jasmani? seni boleh tahan lagi!' dalam hati jelah.

"Err tapi ustaz, saya mintak ajar Bahasa Inggeris." Aku bersuara.

"Oh, takpe2, kita dah ada tenaga mahir dalam bidang tu. Dari sijil2 awak, rasa nye lagi sesuai kalau ajar sains dengan maths." tenang jawapannya.

Aku pun terdiam. 'Aduhh'

"Ha, satu lagi. Ustazah berapa juzuk?" soalnya setelah melihat sijil hafazanku.
"Oh, err ###"
"Bolehlah nanti tolong jadi tukang tebuk atau ganti saya untuk kelas tahun 4" 

Terdiam lagi. Rasa macam tak layak.

Dan aku jugak guru kelas tahun 1. 1 Nafi' "
"Ok, sekarang ni awak duduk dulu dalam ni sebab sekarang waktu tasmi' budak2 ni"

-kelas: 1 Nafi' guru kelas: Ustazah Atiqah-

Aku angguk. Capai kertas dan pen. Salin jadual. Ambil buku rekod pembelajaran dan mula berjinak-jinak dengan penulisan isi2 buku biru tebal tu.
************
Begitu lah hari pertama aku bekerja di Maahad Tahfiz Faqeh.

MTF. Singkatannya. Pagi2 ada 4 orang je cikgu. Dan aku, seorang je ustazah ustazah?? hikhik  3 orang lagi ustaz. Petang pulak ada Ustazah Alia, isteri Ustaz Zaharim. Ustazah Zalizan, kakak ustaz Zaharim dan Ustazah Diana. Mereka ni takde masa pagi sebab bertugas di Tadika Faqeh kecuali Ustazah Zalizan yang mengajar di sekolah lain. Yang interview aku was Ustazah Aziah. Kakak Ustazah Alia. Founder rangkaian sekolah Faqeh. Beliau, sempoi dan sporting! Pendek kata, ni sekolah keluarga la jugak macam syarikat keluarga.. ala2 macam tu lah. 

blkg: aku, kak aainaa, (2 guru tadika), u.Faiz, Saiful
depan: u.Zaharim, u. Alia, u. Aziah, u. Diana, u. Zalizan

Siket je kan tenaga pengajarnya. Yelah total students from darjah 1 hingga darjah 4 pun 21 orang je. Sekolah ini waktu operasinya dari pagi sampai petang. Sistem pembelajaran ala2 Imtiaz jugak. Cumanya ini sekolah rendah. Ada hafazan Quran dan akademik.

Selepas dalam 10 minit duduk dalam pejabat tu, Ustaz Saiful masuk. Kami berkenalan Rupanya maksud 'geng' yang Ustaz Faiz mention tadi is, kami sebaya. Takde lah aku panggil dia ustaz dah lepas tu.  Saiful pun tengah tunggu result SPM. Samalah dengan aku. Tapi dia start mengajar sejak sesi persekolahan mula lagi. Minggu lepas. Aku ni masuk minggu kedua dah.

Dialah yang beritahu aku; " Budak2 ni nakal. Awak marah je. Rotan pun takpe. Ni ha ade rotan satu lagi. Guna je." Aku nak marah anak orang takut! Serious tak berani!

Kelas pertama aku masuk, darjah 3. Ada 2 orang je student tapi mcm 30 orang riuhnya mereka ni. Amir si pengusik dan Arif si pen-jerit. Diorang saling melengkapi. Yang ni kacau, yang tu menjerit. Yang ni jatuh kerusi, yang tu tolong gelak. Yang ni keluar toilet tak tutup pintu, yang tu marah2 tapi last2 aku jugak kena tutupnya. Sorang siap kerja, sorang lagi tiru. Sorang minat Sains tapi tak suka Maths, yang sorang lagi tak minat Sains tapi suka Maths. Sorang mengusik aku, sorang lagi gelakkan aku. Adoi la budak2 ni..

Secara jujurnya, profession guru memang mencabar. Sangat mencabar sebenarnya. Nak2 pulak dapat student macam budak berdua ni. Tapi, dengan mereka lah kenangan banyak tercipta.

Ada sekali tu, hari kedua kalau tak silap. Aku naik tangga ke tingkat 2 nak masuk ke kelas tahun 3. Amir halang dengan pembaris kayu kuning panjang tu.

"Eh, nape ni?" aku tanya.
"Nah ustazah." Dia hulur pembaris tu. Aku tanyalah kenapa.
"Ustaz Saiful suruh bagi kat ustazah. Dia kata kalau kitorang nakal ustazah kene pukul guna pembaris ni." Dengan jujur dan telus nya dia menjawab. Ya Tuhanku, nak gelak golek2 rasanya masa tu. Kalau aku lah jadi mereka ni, aku sorok pembaris tu! haha Tulah Amir. Dia ni super nakal dan hyperactive nya. Tapi kadang2 dia sweet. Dia senyum buat aku pon nak tersenyum. Memang tak jadi nak marah dibuatnya!

Amir & Arif

Tapi memang semua student kat MTF sweet. Kalau buat je muka sweet dorang tu, rasa macam terbantut siket nak marah. Tapi marah jugak!

Pernah jugak sekali tu, suasana tengah hening dalam kelas tahun 3 tu, tiba2 ada bau yang sangat tidak menyenangkan. Rupanya Arif melepaskan anginnya!! Ya Allah! Aku dengan Amir berlari keluar! Hahah! Saiful dari kelas depan datang tanya kenapa. Amir semangat sangat lah cerita salah orang lain! Saiful pun nak masuk kelas aku tadi tapi terhenti kat pintu je. Hahaha! Arif pulak sengih2 je dari dalam kelas. Macam2 kerenah betul!

Waktu Maths di tahun 3 jugak ada cabaran yang aku tak sangka. Topik: Division. Susahnya aku nak bagi dorang faham. Nak2 pulak si Amir yang ada je arguments dia! Akhirnya aku keluar kelas cari bantal, tekup kat muka dan menjerit! hehe.. Pastu berebut pulak bantal tu dengan Ustaz Faiz. Isk3..

Amir selalu cakap; " Ustazah Atiqah, nape ustazah marah macam tak marah?" Boleh dia kata aku marah main2?? Padahal darah dah menyirap sampai ke muka pun boleh dia cakap macam tu? Tu yang paling aku tak tahan dengan Amir ni. Dia tak nampak yang aku tengah marah!


Hari Jumaat waktu ustaz2 dan student lelaki darjah 3 dan 4 pergi solat Jumaat, aku lah kena jaga budak2 yang lain tu. Terasa macam mak orang dah masa tu. Dengan kena masak nasi, hidangkan, guard these kids, suruh budak2 ni zohor jemaah and the toughest one is nak kena paksa kanak2 ribena ni tidur! Aku tak faham betul dengan mereka ni, tidur pun kena paksa. Maybe dorang tak tahu nikmatnya tidur tanpa memikirkan hal lain.. Memang orang dewasa je lah yang faham. Nak suruh tidur tu, sampai aku pulak mengejar dorang. Dengan tangan pegang rotan, kejar keliling bangunan tu, adoii.. macam mak tiri! Kalau ada lah jejaka idaman tengok, memang out of list dah aku! hahaha

Anis, tahun 1. Sangat suka merayau dan hanya nak mengaji dengan aku jer! ^^,

Begitulah serba sedikit karenah budak2 tu. Belum lagi masalah, muntahnya, buang air dalam seluar lagi..  Macam2 perangai. Yang malas mengaji, dah hafal tapi tak mahu tasmi; pun ada jugak..Belum campur dengan aku sendiri yang kekadang lupa diri bila dengan budak2. Pernah terlajak tidur tengah hari dengan budak2 ni sampai Ustaz Zaharim naik atas ketuk pintu. hikhik.. malu!

Masuk bulan kedua Ustazah Atiqah kerja di situ, masuk lah seorang lagi ustazah. Kak Aainaa. Inilah geng aku sejak tu. Kalau tidak, duduk pun dengan budak2 je tak pun sekali sekala borak dengan Saiful. Dengan Ustaz Faiz mula2 macam segan mungkin segan kerana hormat al-hafiz yang hebat ni. Lama2 jadi biasa jugak.

Aku dengan Kak Aainaa rapat. Sangat rapat. Dia dah pernah kerja kat MTF 4 years before, after dia SPM. Lepas tu dia sambung ambil forensik. Lepas 4 tahun tu lah dia kembali bekerja sementara nak sambung MBBS (kot). Aku respect her. She already got the offer to further to India but her mother did not let her.

Sepanjang hampir 5 bulan aku berkerjaya sebagai ustazah sains di sana, I've joined their 4 main programmes. Lawatan ke Terengganu (aku kena buat paperwork), lawatan ke ladang itik, hari ibu bapa dan sports day.

Lawatan ke Terengganu tu boleh kata aku yang handle because I know more about Terengganu than others in the school. We stayed for a night at Mayang Sari Resort, Dungun before went for visit to Imtiaz Dungun. Kelakar betul reaksi cikgu2 aku.

Saiful, u. Faiz, (Luqman dan ibunya), k.Aainaa, aku

"Sukma cikgu budok2 ni ke??" Cikgu Hamizah tak percaya. Haha. Siap tarik aku duduk sebelah beliau masa Umi bagi ucapan. Kami borak2. Cerita perasaan yang sama jadi cikgu. Hehe

Hari ibu bapa pulak was totally asing for me. Yelah, before this mak dengan ayah datang sekolah berjumpa cikgu bercakap pasal prestasi kita, sekarang; parents pulak datang pada aku dan aku yang bercakap pasal anak2 mereka. Waahh! Kadang2 macam tak percaya pulak! Even now, I still cant believe I was a teacher!

Sports day. Aku guru rumah kuning. Eh, ye ke?? tak ingat! Tapi sekali dgn Ustazah Diana. Kami buat tema rama2. Masa sama2 dah pakat nak pergi beli barang, semua accidentally met kat Cowboy. Slah sebuah pasaraya borong di Temerloh. Lawak masa tu. Kononnya nak bertanding rumah sukan paling cantik. Tengok2 sama2 beli barang. Haha

Masa ni lah aku dapat gelaran baru. SESUNGUT. Saiful lah punya kerja. Ada ke dia panggil aku sesungut, siap dgn gaya sekali.


Pernah satu hari tu, Ustaz Faiz panggil aku masuk pejabat. Masa tu, budak2 tengah rehat. Aku pun masuk lah. Saiful dah ada di dalam. Ustaz Faiz suruh aku duduk di depan komputer. And cari perbezaan antara dua gambar pemandangan. Aku agak the scenery was in Mauritius. Dia pun dengan baik hati fullscreen kan both pictures. Katanya, dia dengan Saiful dah puas cari tapi tak jumpa. Saiful pun menyokong. Then, aku pun mengkhusyukkan dan menfokuskan minda mencari. Masa muka aku sangat rapat dengan computer screen, suddenly keluar muka hantu yang superb huduh plus bunyi seram! Aku, menjerit lah! Terbahak- bahak dua orang lelaki tu gelakkan aku! Ces! Pucat muka aku! Dan2 lah Ustaz Faiz slow kan volume speaker. Hahaha! Tahu pulak korang gelabah ea! Malu sebenarnya. Menjerit camtu. Tapi bila ingat semula, lucu pulak.

Petang tu, aku dengan Saiful kenakan Ustazah Zalizan pulak. Lepas tu Ustazah Diana. Hahaha. Lawak betul! Bak kata Ustazah Zalizan, "Hish, memang budak2 lagi kamu berdua ni!" hehe  *wink!

************
Now, its almost more than a year since I left the school. Terasa seperti ada rindu bertandang di hati.

 Birthday present dari murid tahun 4, Betty si ikan laga
~ammar, madani, firdaus, aisyah, alia, najihah, syamilah

Kini, masing2 dah membawa haluan sendiri. Ustaz Faiz dah berhenti dan bekerja di tempat lain tapi apa2 aktiviti di MTF dengarnya dia masih join. Dia jugak dah nak kahwin hujung tahun ni.

Saiful pulak sekarang di Kolej Tahfiz Klang.

Kak Aainaa pulak dah sambung belajar lagi di UKM.

Dan aku di sini, mengimbau kenangan yang menyapa fikiran. Tak mungkin aku lupakan kenangan ini. Tak mungkin.

Kepada bakal2 guru di luar sana, sila lah menuntut dengan aku! hehe.. Takde lah, pointnya is, menjadi guru bukan mudah. Akarnya adalah kesabaran. dan tahan gelak! hehe.. Ilmu pun kena melangkaui apa yang kita ajar. Tak semstinya sains yang kita ajar, sains je kita kena fokus. Soalan mereka di luar dugaan. be prepared!

Cuba selitkan jugak unsur dakwah dan tarbiyyah di celah2 nya. Anak2 kecil ni lebih mudah untuk dibentuk. Jadilah guru yang boleh dicontohi, dihormati dan boleh menjadi sahabat.

*Masa kecik aku nak jadi cikgu. Dah tercapai. Tapi aku masih nak lagi. huhu..


Sunday, August 22, 2010

Check list!

Salam Ramadhan.. =)

10 hari pertama dah berlalu.. So, how was it? enjoy? tough?

Ha, rase tak the differences masa syaitan ade dengan tak ade? Kurang siket kemalasan tu kan?? 

Kita ada balance dalam 3 minggu je lagi sebelum Ramadhan ni tinggalkan kite. So, dalam masa yang ade ni, jom kita beramal macam budak kat bawah ni!  =)




Jangan lupa aim kita; 30 juzuk!



“Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang” (Riwayat Al-Bazaar)



Tarawih- mase Ramadhan je ade!



Layan orang puasa pun dapat pahala!



Bukan puasa isi perut je, our senses pun kene dipuasakan jugak bagi menjaga kualiti puasa.



Say sorry and forgive!
"Maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik" (al Hijr, 85) 




Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah -pepatah arab


Kalau rase macam masih ada kekurangan mane2, kita masih ade masa untuk baiki and improve.

Sunday, August 15, 2010

Happy Birthday!!


Entry for this time is specially dedicated to my bestfriend!

   HAPPPY BIRTHDAY!
  • May Allah bless you in whatever you do and where ever you are.
  • May your wishes come true.
  • May success be with you today, tomorrow and even the hereafter.
  • Keep missing me! hikhik.. ;)

    Kami kenal when we was form1. Tak pasti lah macam mana kami kenal. Seingat aku, hujung tahun form1 tu kami duduk dorm yang sama. Siapa sangka, kami boleh jadi rapat sehingga lah hari terakhir kami di bumi Imtiaz Dungun. Aku sendiri pun tak sangka  =D

    Some people might not know that we are close to each other. Sebab kami bukan belangkas atau kembar siam yang ke mana sahaja bersama. Kami tak pergi kelas sama2. Kami tak pergi dewan makan sama2. Kami tak outing sama2. Eh Kea, perasan tak, kite xpnah outing same2?? hehe

    Tapi, kami tetap rapat. Mungkin tautan hati yang menghubungkan kami. hehe... ayat terjiwang pulak!

    There is a thing make me feel our friendship special.
    Surat.
    *rahsia kami  ;)

    Sekarang, aku di UIA PJ. Dia di USIM Nilai. Bukanlah jauh sangat PJ ngn Nilai kn? Tapi setiap kali ada peluang nak jumpa, mesti ada je halangannya!

    Mungkin Allah akan temukan kami dalam suasana yang lebih bermakna.
    Mungkin di syurga??
    Ameen~
    #MISS U#

    Friday, August 13, 2010

    'Macam kenal..'

    Malam ni betul2 rase nak menaip.. Usai tarawih di Masjid tadi, terus rasa ingin menaip.
    Mungkin sebab di masjid tadi ada peristiwa kot. Hal kecik je. Tapi, tak rugi kalau saya nak share kan?

    Saya cuma teringat, da ramai orang yang kita kenal sepanjang hidup ni kan? Dari tadika, sekolah rendah (pindah sekolah lagi), sekolah menengah, matrik hingga lah kaki ni menjejak menara gading. Belum termasuk bagi yang join aktiviti2 luar seperti PLKN, kem2 ibadah, kerja part time atau kerja sementara result SPM dulu. Memang ramai kan kenalan kita?

    Sayang sekali, tak semua kita keep in touch. Kadang2 tu lupa terus kan? Kalau masing2 saling melupai boleh tahan lg tapi kalau sorang ingat, sorang lagi terus lupa? huu~ sedih!

    Tapi bila terjumpa kat mana2 tu, kena lah rajin + BERANI tegur kn? Memang la dah lama tak berjumpa, hampir 5 tahun pun ada kan? Tapi, takkan la drastik sgt perubahan wajah seseorang tu sampai kita langsung tak kenal, betul tak?

    Kenapa kene ade BERANI nak tegur? Sebab nya, takut salah orang! Makanya kene lah ada back-up plan in case if the person is not the one we expected. Huhu.. malu wo0!

    Ada beberapa peristiwa yang saya nak kongsi. Semuanya berkisar tentang bertemu teman lama. Bukan senang nak dapatkan kekuatan utk menegur tu tapi sbb tak nak terlepas peluang berbual dengan kawan lama, nak contact dgn kawan2 lain, ku gagahi jugak!

    #1

    Aku berjalan sambil mata melilau intai2 handphone yang berkenan di hati. Second hand-phone actually. Rasa nak beli phone tu sebab first time nak guna gaji sendiri. A little excited there! ;)

    Berderet-deret sebenarnya stall yang jual phone kat The Store Sg. Buloh ni. Tapi tataw la hati ni nak yang mana sebenarnya. Sehinggalah aku melalui sebuah stall berhadapan dengan Pizza Hut + Guardian (kalau tak silap la). Mata aku terjeling seorang lady ni.

    'Seems familiar', hatiku berkata. Tapi kaki ni terus je berjalan. Kesian kat mak. Ikut je aku. Tapi takpe, mak pon boleh survey phone baru. Lagi pon, mak je yang paling faham perangai aku yang sangat suka berjalan ni.. Hehe.. (I love U mak!) Dalam 5,6 langkah ke hadapan, aku pusing balik.

    "Eh, nak gi mana?", tanya mak. " Err, nak tengok phone kat kedai tu jap", aku pon melangkah sambil otak ni ligat menyusun ayat. DAN mencari taktik kalau salah orang.

    Aku pon menghampiri balang cermin yang dalam tu letak phone banyak2 tu *tataw name sebenarnya*.
    Berlakon tengok2 dgn penuh khusyuk. Sehingga anak mata aku menangkap sister tadi tu datang menghampiri aku.

    Aku pon mengangkat muka dengan senyuman, sambil tangan konon2 tunjuk ke arah satu phone, mitak amek la kononnya.

    "Eh, err.. Azleen kan???", tanyaku penuh berani.

    "Aah.. Erm, Sukma ea?", good respond. I actually hope for that! Hehe.. =)

    Azleen ni sekelas ngn aku sejak darjah 5 sampai darjah 6. Penolong ketua pengawas dulu. Kami dalam kelas duduk in group of 6. Meja kami berada di tengah, belakang. Betul2 depan meja guru.

    Maka berboraklah kami di situ. Phone aku mintak ambilkan tu, akhirnya aku beli jugak. Bukan sebab ade member lama di situ, tapi memang dah berkenan. Lalala~

    #2

    'Uish, lambat lagi giliran aku nih', sedikit merungut melihat seat depan yang penuh lagi. Sebenarnya perasaan tu bercampur dengan nervous sekali.

    Yelah, its my driving test day! Hope this is the first and the last time I'm here for the test! Test dengan pegawai JPJ. Macam agak menggerunkan jugak lah.

    Out of sudden, ternampak seorang jejaka ececeh..hehe. 'Eh, muka ni.. Muka ni macam aku kenal'
    Otak pantas diputar. Kat mana ye aku jumpa muka ala2 Ako Mustapha ni? Rasanye memang aku kenal lah. Macam pernah berborak pon ade. Tapi tak ingat la pulak!

    Aduhh.. dlm debaran menanti giliran driving test ni, sempat lagi aku perah otak ingat orang!

    Aku pon biarkan soalan tu berlalu. Tapi bila dia berdiri dan berjalan, 'seriously I know this guy somewhere!'

    After ujian naik bukit and what so ever tu, berpindah pulak ke dalam waiting room for ujian jalan raya pulak. Hah! sedang elok mamat tu duduk depan aku. Selang satu baris depan aku.

    Bila da tengok lama2, and otak aku plak da ingat dimana pernah kami bertemu, nama pulak tak ingat! Tapi, nak tegur jugak! Aku tahu, he was in my class masa darjah 6 dulu, duduk group depan belah kiri, geng dengan Fairuz and Amin! Nama dia ade something dengan huruf H. But seriously I cant remember!

    Aku pon bangkit dari kerusi dan melangkah setapak ke depan lantas duduk di seat belakang dia but kanan sket. Dengan keyakinan yang tinggi, aku pon bersuara;

    "Sedare.."

    Dia berpaling. Senyum.  'Eh, senyum pulak mamat ni'

    "Err, kenal tak?", itu pulak yang terkeluar dari mulut aku?? Sambil tangan tunjuk ke arah muka sendiri! Haha! Involuntary speech+action!

    Dia sengih dengan mesra. (???) "Erm, Sukma kan?" rilek je muka dia.

    Laa, mesti dia da perasan aku dari awal kn? Sebab tu lah boleh jawab dengan cool tanpa sebarang kerutan di wajah!

    "Aah. Cam pulak ko ek?.. Eh, nama ko ape ye? Ha-Ha something kan?"

    "Hazim la. Aku da nampak masa mula2 datang tadi, tapi tak berani gak nak tegur, takut salah orang. Nak2 pulak ko da pakai spek." -ok, alasan kau boleh digunapakai-

    Muka dia memang sama. Seriously sama sejak 5 tahun dulu. Kau pakai apa ek? Tapi takde la nampak mcm budak darjah 6 dah.

    Kami berbual, sampai la turn aku naik kereta bersama seorang makcik JPJ yang senyap katup melalui jalan 2. Selesai test tu, dapat result terus! PASS!! woohoo! Alhamdulillah!

    Pastu sambung pulak borak ngn Hazim. Tukar2 result. Sebab pass je aku sudi share, kalau tak, tak de lar.. Hehe..

    -tiada kaitan tp, I LOVE TULIPS!-
    #3

    Melangkah turun dari escalator, mataku dihidangkan dengan pelbagai fesyen pakaian for sale. Macam biasa, of course lah dengan mak. Aku ikut je mak. Mak nak pergi cucuk duit kat ATM penjuru level tu. Aku di belakang sedikitlah.

    Sedang mata dicuci-cuci melihat lihat baju-baju, telinga aku di sapa dengan suara2 yang agak kuat, mungkin sebab the voice owners hampir dengan aku kot.

    Aku pun berpaling. Mereka bertiga. Seorang daripadanya sudah berjalan lebih di hadapan. Dua orang lagi berjalan sambil bergurau dengan hand-bag for sale tu. Mereka berdua kini membelakangkan aku.

    Tiba-tiba mulutku bersuara. "Lela?!"  *this was seriously cubaan berani mati. 

    Aku tak nampak muka pun. Dari belakang je. Suara, erm.. mungkin aku cam suara dia kot. Pada tangan sudah ada phone. In case salah orang, I've planned to act as if I'm on phone! Hehe~

    Dia terus berpaling 360 degree. Hampir terlebih. "Eh, ko??! Sukma!"

    Thank God, she remembered me! Laila, kawan aku yg sangat protective. Kami kenal masa darjah 4 dan  terus berkawan dan berhubung. Tapi masa tu, kami da lama tak contact each other. Rumah punya jauh di Sg. Buloh, boleh pulak jumpa di JJ Wangsa Maju.

    * Before I further my study to Terengganu, she gave me a little cute blue bear! Still dlm simpanan!  Comey sgt! Dia kata, sebab aku suka warna biru so she bought me the blue one. Thanks~

    #4

    *mcm da banyak pulak kn? tak kire, nak sambung lagi bercerita!

    Lokasi: Book Fair, PWTC.

    Sambil menyelusuri gerai2 yang dipenuhi my most favourite thing-BOOKS, minda sibuk menghitung dah berapa buah buku yang dah berkenan. Mencongak-congak duit sekali. Hmm..

    Setibanya di booth Hijjaz Records, Z belek buku di situ. Aku masih lagi berjalan dalam khayalan seronoknya kalau boleh beli semua buku!!

    Tetiba aku terpandang seorang muslimah berjubah dan bertudung labuh sedang membayar buku yang baru dibelinya. 'Eh, ni..'

    "Fiqah!" meluncur laju nama Fiqah keluar dari mulut aku.

    Fiqah berpaling. "Eh Sukma!"

    Lantas kami berpelukan! Seronoknya kami menjejak kasih di situ, sampai Fiqah terlupa duit baki buku dia tu. Hehe.. Brother yang jaga booth tu senyum je. Ala, dia pon faham kot cemane perasaan lupa dunia bila jumpa kawan lama.

    Fiqah ni pulak, kami kenal masa form3. Kami satu dorm. Dia katil sebelah. Katil kami pulak dirapatkan. Malam2 sebelum tidur, selalu berborak. After PMR dia tukar sekolah di Kelantan without telling most of us! So, agak lama la jugak tak berjumpa.. Masa jumpa di PWTC tu dia masih di Darul Quran. sekarang kami di tempat belajar yang sama.  ^_^

    #5

    'Mane la dia ni.. Azan kang ramai pulak yg serbu masjid tu, segan pulak nak pergi. Silap2 tarawih kat sini je.. Huhu..'

    Saat masih menanti, terlihat 4,5 orang sisters turun dari tangga. Mata aku terus menangkap salah seorang dari mereka. Tinggi sekali di kalangan mereka. Berjilbab biru lembut dan niqab yang diturunkan menampakkan wajahnya yang masih jelas di ingatan aku.

    Mereka berjalan menuju ke masjid. Selepas 10 minit menanti, ak jln jugak ke masjid sendirian dgn beberapa orang sisters yang dari ZC jugak. Masuk je ruang solat muslimat, aku terus tercari-cari sister tadi.

    Kat ujung tu rupanya. Sepantasnya, otak aku ligat fikir apa pulak idea aku kali ni. Aku pun buat2 cari ruang kosong nk duduk. Padahal banyak je. Hehe

    Aku pun duduk berhampiran dgn beliau. Tapi bukan sebelah la. Kerap jugak aku jeling2 tengok beliau. Cuma nak kepastian je. Walaupun macam dah yakin.

    Masa nak solat Isya', beliau bergerak memenuhi soff depan aku. Hmm.. dekat dgn aku.. Senang nak tegur nanti. Usai solat ba'diah isya' aku pun bergerak ke depan sedikit dan mencuit bahunya.

    "Kak Nisa' kan?"

    "Aah, Sukma ea?" Alhamdulillah, ingat lagi beliau pada budak nakal ni.. Hehe

    Berbual lah sebentar kami di situ. Kak Nisa' ni dulu PKP mase aku form2. Fuhh, lama jugak kami tak bertemu, tp dia ingt. Huhu.. Dia berniqab. Seronoknya. Aku?

    InsyaAllah kita jumpa di Gombak nanti ye..

    *dari sini lah idea nk menulis ni hadir!

    ###

    Letih dah bercerita. Puas menaip mlm ni!!

    OK, finally, tak rugi pon kan kalau kita tegur orang? Untung2 dapat jumpa smula yang lama terpisah.
    Kalau salah orang pulak, boleh tahu sedalam mana bakat kita dalam bidang lakonan dan sejauh mana critical thinking kita berfungsi!  ;)

    Tuesday, August 10, 2010

    Ramadhan, Kepulangan Dinanti..


    Masa berlalu begitu pantas
    Menggantikan bulan demi bulan
    Bergilir musim demi musim
    Dalam tidak sedar
    Kau kembali
    Sememangnya kepulanganmu dinanti

    Harapanku masih sama
    Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas
    Amalan ibadah akanku tingkatkan
    Insya Allah

    Andai kita dapat lihat betapa indahnya Ramadhan, tentu setiap hari kita harapkan adalah Ramadhan. Cuba kalian bayangkan, syaitan semuanya diikat! Pintu neraka ditutup rapat! Pintu syurga pula dibuka seluas-luasnya!

    Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. (HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);

    Nak mengaji tentu tiada masalah.. kerana tiada syaitan yang membisikkan "TAK PERLU" (dgn muke jeleknye)

    Nak bertahajjud tentu tiada halangan.. kerana tiada syaitan yang membisikkan "TAK YAH" (dgn muke menyampahnye)

    Nak qiamullail pun tentu tiada dugaan.. kerana tiada syaitan yang membisikkan "TIDURLAH LAGI" (dgn muke jahatnye)

    OK, tak perlu rasanya nak nyatakan tentang kewajipan berpuasa selama sebulan ni sebab ayat Quran di bawah dah terang terang lagi bersuluh menyatakannya.

    "(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (al Baqarah, 185)


    OH ye!  Ingat tak pada 10 malam terakhir ada 1 malam yang penuh dengan rahmat dan berkat? Malam Lailatul Qadr.

    "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan." (al Qadr, 1-3) 

    *not going to talk much bout Lailatul Qadr- to be continued in other entry.. InsyaAllah

    Ibadah tu ada banyak bentuk, Tak semestinya duduk atas sejadah dan bertasbih je. Mengaji pun ibadah yang dah common kan dalam bulan puasa ni.. Semua orang berusaha nak habiskan 30juzuk. Insya Allah, selamat berjaya ye! Sambil berjalan boleh zikir dalam hati. Alang-alang tengah termenung tu, boleh memerhati dan menghayati indahnya ciptaan Tuhan dan say Alhamdulillah!

    Point nya di sini is, constant lah dalam beribadah selama Ramadhan sementara syaitan kene gantung kerja ni. Lagi pun, kita tak tahu andai ini Ramadhan terakhir. Mungkin Izrail datang menjemput sebaik habis Ramadhan? Alhamdulillah lagi sebab sempat jugak kita habiskan Ramadhan kali ni.

    Kalau buatnya sekarang ni pun Izrail da tengah usya2 kita? Mungkin sempat 2,3 hari? Maka, 2,3 ari tu, manfaatkanlah baik2..

    # Jangan pula beribadah semata-mata kerana Ramadhan, tp niatkan di hati utk mendapat mardhotillah krn Ramadhan akn tinggalkan kita. Bila berlalunya ia, maka kita pun berhenti beribadah ke?? Tentu sekali tak kn..

    Insya Allah, kalau Allah nak bagi peluang kita gandakan ibadah, maka bertemulah lah kita dengan Ramadhan akan datang. Andai tak, mungkin Allah nak selamatkan kita dari ujian dan dugaan dunia..
    BE WELL PREPARED!

    Sunday, August 8, 2010

    Misi Jihad Cinta

    *this is not the original post by me.. But I'd really love to share this short story with people. Its sweet! Super Sweet!
    Enjoy the read! =)
    _________________________________________________

    Misi Jihad Cinta

    “Sayang, kita dah sampai.” Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya. 

    “Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.” Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

    “Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”
    “Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”
    “Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”
    “Nak kahwin lagi ya?”

    Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.

    “Kalau betul kenapa?”
    “Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”

    Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.

     “Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”
    Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”
    “Okey..”

    Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.
    Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.

    Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.

    ****
     Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.

    “Jom masuk sayang.”

    Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.

    Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.
    Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.

    “Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”

    Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.

    “Sila duduk..”
    “Terima kasih.”

    Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.

    “Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
    “Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”
    “Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”

    Safiyyah hanya diam merendah diri.

    “Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”

    Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.
    Safiyyah memerhati.

    MISI JIHAD CINTA

    Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar
    Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad

    Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..

    Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.

    Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.

    “Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”

    Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.

    “Ni bang..”

    Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.

    Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.

    “Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”

    ****
    “Bang..”

    Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.

    “Ya?”

    Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.

    “Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”

    “Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni?”

    “Habis tu.. Kenapa menangis?”

    “Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”
    “Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”
    “Abang..”
    “Ya?”
    “Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
    “Safiyyah sayang…”
    “Ya bang..”
    “Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”

    “Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”

    Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.

    “Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”

    “Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”

    “Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”

    “Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”

    “Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”

    “Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”

    “Ya, abang faham.”

    “Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”

    Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.

    “Sabar la. Tak lama lagi..”

    ****
     Di khemah persiapan, Kota Toledo.

     Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.

    Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.
    Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.

    “Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”

    Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.

    “Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”

    “Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”

    “Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”

    “Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”

    Dahi isterinya dikucup lembut.

    “Abang ada satu permintaan.”

    “Apa dia bang?”

    “Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”

    “Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”

    “Ya,InsyaAllah.”

    Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.

    “Assalamualaikum.. Akh Uwais..”

    Terdengar suara memberi salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.

    “Waalaikumsalam.”

    Uwais membuka pintu khemah.

    “Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”

    “Baiklah. Terima kasih.”

    Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.

    “Sayang, dah tiba masanya.”

    “Ya.”

    Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.

    “Kita jumpa di syurga ya.”

    “InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”

    ****
    Boomm.. 

    Boommmm..
    Boommmmm..

    Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.

    Bumm!

    Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.

    Bummm!

    Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.

    Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit.

    Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji.

    Mereka bertemu di syurga.



    Surah At-Taubah :
    (52) Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu.

    (71) Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    (72) Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

    (111) Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

    Surah Al-Ahzab :
    (22) Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

    (23) Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

    ........................................

    Original writing by Masturah Abu Bakar
    ___________________________________________________________


    Dah?? Seronok kan? 

    Semua orang mendambakan syahid. Ingin hidup di sisi Tuhan walaupun mati di dunia.

    Thursday, August 5, 2010

    Perkhabaran dari Malaikat

    Assalamualaikum semua..

    In this post, I'd love to share with u 'bout something I gained when I was in McLEAD (management course for student leaders)..

     Pada malam itu, bermula lah agenda pertama, iaitu majlis pembukaan management course ini. Selepas majlis dirasmikan, acara seterusnya adalah talk delivered by YB Dato' Hamidon Abdul Hamid on topic 'Future Generation of Student Leaders'.

    Talk yg agak mengasyikkan bagi yg betol2 menghayati dan mengambil input..Tetapi kelihatan di satu sudut Main Hall tersebut sederet audiences yg kelihatan nya sgt tekun mendengar dan setia 'mengiyakan' (sederet ye bkn seorg). 

    Salah seorg dari mereka, bertudung pink ketika itu sedaya upaya melawan rasa yg mula menyerbu diri.. Perasaan yg ingin turut mengiyakan tu..
    Dia pon lantas menyelak buku nota hitam di tangan dan mencapai pen g'soft biru dan tulis apa sahaja yg dikatakan penceramah itu..  


    After tengah malam, malaikat turun dari langit bgtaw, Allah bukak pintu rahmat. Tapi..  
    • Ade ke orang yg nk mintak apa2?
    • Ade ke orang yg nk bertaubat?
    • Ade ke orang yg nk mintak ampun?
    atau orang2 ni tdo krrohh? krrohh?? mgkin krn beliau mengntok, setiap butir disalinnye!
     *disalin sebijik sebijik seperti yang ditulis gadis btudung pink tsebut* 


    OK, abaikan krrohh tersebut. Kembali ke pangkal jalan yang ingin penulis sampaikan di sini adalah input dari kata2 itu..

    Bila pintu rahmat dibuka, makanya insyaAllah doa2 kita termakbul, permohonan maaf kita diterima.. Tengok, betapa baik nya Allah bagi peluang mcm tu pada kita..

    Yelah, tengah malam tu bukan sebulan sekali kan?

    Bukan seminggu sekali jugak, betul?

    Kita laluinya setiap hari, saya ulang, SETIAP HARI.


    Kita sedih tatkala rasa mcm doa tidak dmakbulkan.. Kita kecewa pabila yg dihajat tidak tercapai tetapi adakah telah kita fulfill all the requirements for these doa(s) to be fulfilled?


    Makanya, mari lah kita sama2 usaha utk bangun malam (qiamul-lail). 
    Penulis juga BELUM berjaya konsisten utk lakukannya setiap minggu, tapi tak mengapakan, ada niat, high detemination and action, insyaAllah.. Paling kurang pon seminggu sekali betul tak?


    OK, soal dan perihal qiamullail ni memang byak kalau ingin diceritakan tapi, lain kali la bercerita ttg itu kerana point yg ingin penulis sampaikan; 

         --> Jangan sia-siakan masa di mana pintu rahmat tu terbuka luas.. mungkin esok masih ada, tapi, masih ada kah kita?? <--




    -Sekian, wassalam-

    *REMINDER to penulis, RAJINKAN DIRI ANDA, LAWAN SETAN YG DENGKI TU!!*