Monday, February 27, 2012

Cemburukan Bidadari [serius]

Assalamualaikum..   =)

Pernah baca artikel ini, Beruntunglah Dikau Wahai Lelaki Soleh?

Cuba lah baca. Saya hanya ada satu perasaan menguasai ketika membacanya.

CEMBURU

Sungguh. Walau sehingga 2,3 kali saya membacanya, saya masih cemburu.

Saya cemburu, mungkin tempat saya akan diganti dengan Sang Bidadari syurgawi yang tak terbayang indahnya. Yang bercahaya wajahnya, yang putih kulitnya, yang cantik matanya, yang pandai menuturkan kata cinta dan yang sebagainya lah!


Ahhh, sumpah aku jeles!

Maka, wahai bakal incik husband saya, tolong didik saya, jangan jemu mengajar saya kerana saya ingin cuba menandingi bidadari-bidadari itu dengan menjadi ketua mereka. Saya masih ingin bertemu anda dan anak-anak di syurga kelak. Saya masih ingin mengadap muka anda. InsyaAllah.

Kerana isteri solehah adalah ketua bidadari suaminya di syurga kelak~

Menjadi ketua bidadari di syurga tentu sekali menjadi cita-cita setiap wanita di dunia ini. Begitu juga saya.

Dear bakal incik husband, izinkan saya menjadi ketua bidadari anda... ^_^

*"Yang diciptakan khas untuk anda."- ahhhh jeles! (sesungguhnya saya manusia biasa yang punyai perasaan cemburu.)
**untuk ke arah itu, saya harus berusaha menjadi solehah dulu, so, doakan saya yang masih mencari cahaya ini. saya akan berusaha!


.

Friday, February 24, 2012

Wahai purnama..

Assalamualaikum..  =)

Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ni, meh la kita sama-sama banyakkan selawat dan memuji Rasulullah SAW.

Minggu lepas, adalah kuliah pertama Habib Ali Zainal Abidin al Hamid dalam semester ni. Selepas aku bercuti selama sebulan, rasa excited jugak nak pergi. Sebab dah lama tak 'jumpa' beliau.

Sementara menunggu kehadiran habib, kami berqasidah ramai-ramai. Do you know how the feeling is? Hilang beban sepanjang minggu tu, rasa sejuk je.. Sayu je.. Seriously.

Then, habis qasidah yang pertama tu, masuk yang kedua. Brother yang lead tu ada sebut nama qasidah tu, tapi tak jelas. Bila dia start je, terus meremang bulu roma aku. Firstly, nada dia sangat best and secondly the voice of that guy was incredibly good. 

Balik je bilik, aku pon terus me-Youtube. Alhamdulillah, dapat jugak. Sehingga sekarang ianya masih bermain-main di bibirku.

Here you go, YA BADROTIM.. (tapi bukan the same voice lah.. hehe)



kalau muzik guna gendang lagi best sebenarnya tapi takde jumpa yang official.

#I am easily falling in love with beautiful+meaningful songs such as this!
\and the voices too  ;)\

## Ya, saya baru tahu qasidah ni, sedih bukan? Betapa banyak nya lagi kekurangan pengetahuan saya.. Tapi takpe kan? Never too late to learn isn't it? Sila beri tunjuk ajar.. 

.

Sunday, February 19, 2012

Hati Terdetik, Jari Menaip #3


I.

Hati 1: Aku tak tahu lah kenapa blog ni tak ber-update.
Hati 2: Tuan dia tak sihat ke? Ke takde idea? Ke dah busy since the semester has just started?
Hati 1: Dia buat2 busy lah tu~

II.

Banyaknya hati aku?! Hehe.. Oh ya, 3 hari tiada kelas (Jumaat-Ahad) aku telah berjaya menghabiskan 2 buah novel. Satu English and Malay. Hebat aku rasa. Feeling habis 3 hari ni. Huahua

III.

Novel Malay tu kan sangat menakutkan aku. Kisah andartu yang banyak skandal, but then terpaksa akur dengan kehendak mak dia untuk kahwinkan dengan imam kampung. Sepanjang kahwin dia tu yang menggerunkan. Suami dia pukul dia, herdik dia, tengking dia, maki dia.. Kalau marah tu, bukan setakat suara naik, dengan tangan semua naik. Takut nya. Inilah dia, dengan orang kampung buat baik, dengan bini sendiri macam apa je. Na'udzubillah. Ya Allah, jauhkanlah aku dari lelaki-lelaki yang panas baran.
(sebab baca cerita ni, tetibe takot dengan marriage)

IV.

Lelaki macam ni rasanya bukan baik sangat pun, sekadar nak menjaga nama je. Lelaki yang beriman takkan mudah marah dan panas baran kan? Sebab amalan membaca Quran boleh mengelakkan kita dari mudah marah. Lelaki beriman seorang yang penyabar dan takkan berkasar dengan sesiapa terutama isterinya. 

Rasulullah kan cakap lelaki yang paling baik adalah lelaki yang paling baik dengan isterinya.. ^_^


No comment ^_^

...

Monday, February 13, 2012

Musical Monday~ Look Into My Eyes





Look into my eyes
Tell me what ya see
U don't see a damn thing
Cuz u can't relate to me

U blinded by our differences

My life makes no sense to u
I'm the persecuted one
U the red, white and blue

Each day u wake in tranquility

No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thankin' God He let me rise

Ya worry 'bout your education

And the bills u have to pay
I worry 'bout my vulnerable life
And if I'll survive another day

Ya biggest fear is getting a ticket

As ya cruise your Cadillac
My fear is that the tank that's just left
Will turn around and come back

Yet do u know the truth of where ya money goes

Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight

I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul

That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

See I've known terror for quite some times

57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the check point on my way to school

Terror is the robbery of my land

And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother

The bulldozers and the tanks

The gasses and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds

You blame me for defending myself

Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land
And I'm the terrorist

Yet do u know the truth of where ya money goes

Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight

I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul

That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

American do ya realize

That the taxes that u pay
Feed the forces that traumatize
My every living day

So if I won't be here tomorrow

It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

Oh let's not cry tonight

I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul

That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters



#The MV itself means deep inside..

.

Wednesday, February 8, 2012

WW | Pity Cat


Kalau jadi pada anda, apa tindakan anda?

Assalamualaikum..  =)

Hari Jumaat lepas, aku bawa Wan (nenek) buat medical check-up di Gleneagles Intan Medical Center, KL. Selepas menghantar beliau di hadapan pintu masuk bangunan specialist consultation, aku keluarkan kad Touch n Go dan touch-kannya di mesin untuk naik ke bahagian parking berbumbung.

Sehingga level 3 aku main pusing-pusing, tapi tiada ruang kosong untuk meletakkan kereta comel itu. Aku pun turun, touch sekali lagi dan bergerak ke kawasan open parking. 2 kali pusing, baru jumpa tempat kosong yang sangat strategik.

Off radio, tutup aircond, 'tutup' side mirror dan matikan enjin. Melangkah keluar. Tekan button untuk lock kereta. Kebetulan, ada seorang aunty Chinese juga baru keluar dari kereta yang di-park belakang keretaku.  Kemudian dia berjalan mendahului. Aku melangkah dengan penuh bergaya lagak seorang wanita berkerjaya.

Tiba-tiba seorang lelaki cina menegur.
 
"Excuse me miss"

 "Yes?"

"Mau tanya sikit boleh?" Kepalaku hanya mengangguk.

"Kalau itu lampu minyak sudah menyala, berapa jauh boleh pergi?"

"Kalau lampu minyak you da lama menyala tak jauh boleh pergi"

Wajahnya cemas benar!

"Itu sampai Subang boleh pergi tak? Wallet saya tertinggal di ofis di Subang laa"

"Uish, Subang jauh maa.. Mana sampai.. Jauh sangat tu"

"Owhh.. Hmm.. Boleh tak you kasi pinjam 10 ringgit ka, 15 ka.. Nanti saya pulang. You kerja sini ka?" sambil tunjuk bangunan hospital. "Ka you busy??"

"Owh er sorry ya, I bukan kerja sini, I hantar orang and need to rush sebab ada hal lain.." Aku tak tipu, memang ada hal lain. Lagi 2 jam.

"Owhh.. Ok ok.. Takpe takpe.. Thank you aa.."

"Ya ya, sori aa.. " Sambil menunduk-nunduk 2,3 kali. Aku  senyum dengan rasa bersalah kemudian terus berjalan meninggalkannya.

Aku bukan berkira dia nak pulangkan atau tidak 10 ringgit tu, atau dia nak lesap begitu saja. Bukan itu yang aku fikir. Aku tak kisah kalau dia tak bayar semula sekadar 10 ringgit. Sungguh, aku memang rasa nak tolong.

Tapi yang aku fikirkan sebenarnya, kalau-kalau semasa aku mengeluarkan wallet aku, ada orang lain rampas my wallet dan lari bersama Chinese uncle tu.

Bukan nak buruk sangka.

Bukan jugak nak kata yang duit aku berkepul-kepul dalam wallet tu tapi voucher buku RM200 aku ada dalam tu, tak bersentuh lagi. Hehe.. Takde lah, dalam wallet, ada IC, lesen, kad bank lagi, matric card UIA..Duit tak seberapa pun, tapi memang not 10 ringgit tu ada.

Kalau aku memang main selit je 10 ringgit dalam beg, mungkin aku bagi, sebab tak perlu keluarkan wallet. Tapi biasanya, aku ni main selit-selit camtu hanya untuk not satu ringgit.

Aku buat begitu berdasarkan pemerhatian situasi sekeliling jugak. Open parking tu memang penuh dengan kereta tapi bukan dengan orang. Kawasan itu hanya terdapat beberapa orang sahaja. Tak ramai. Termasuk seorang lelaki yang memang aku perasan berkeliaran ketika aku baru sampai di situ. Ahh..dia cari kereta tak jumpa kot. (cuba untuk ber-husnuz-zhon)

Malah, kenapa dia tidak menegur aunty yang berjalan depan aku tadi? We passed the same way. Aunty tu sebangsa dengannya, bukankah lebih senang dia nak berkomunikasi? Mungkinkah dia pilih aku sebab muka aku nampak innocent? Muka mong (blank)? Atau nampak muka seorang yang pemurah? (hikhikhik.. merepek)

Ahhh.. mungkin aku dah buruk sangka.

Maaf uncle, I dont mean to let u face the difficulty  yourself, I wish to help you. But I was just too afraid of everything around me. Well, you know, we were in KL, a city where any evil can happen.

Andai perkara yang sama berlaku pada anda, apakah tindakan anda?


.

Thursday, February 2, 2012

Hati terdetik, jari menaip #2


I.

Bila nak balik asrama, sejak sekolah tingkatan 1 sampai dah masuk U ni (Alhamdulillah..), nenek selalu pesan;
"Jangan tinggal solat"
Takde pulak orang nak pesan mengaji hari-hari ke, berkawan baik-baik ke, buat nota rajin-rajin ke, jangan merempit ke..

II.

Baru sekarang aku terfikir kenapa orang tua2 selalu pesan camtu. Sebabnya solat tu dapat menhindarkan diri dari maksiat dan perkara -perkara tak elok. So, kalau kita jaga solat kita, insyaAllah Allah akan pelihara kita dari buat perkara tak elok, Allah akan 'hadiahkan' kita berkawan dengan orang yang baik-baik.. Bila kita di kelilingi orang baik-baik, insyaAllah kita takkan terjebak dengan perkara-perkara tak baik. Takdelah merempit ke, malas mengaji ke and so on..



*Masa form 1, baru-baru masuk asrama, ayah pesan 'jangan nangis-nangis'. Aku yang elok-elok tak menangis, terus rasa nak menangis. Hahaha..


.