Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Masa sekolah dulu aku berharap aku tak jatuh cinta pada orang yang salah, aku selalu doa, aku cuma nak jatuh cinta dengan bakal suami aku sahaja. Jauh kan pikiran aku?? hikhik.. Aku berdoa agar orang pertama yang aku betul2 jatuh cinta tu adalah jugak orang terakhir sampai syurga.. awww.. sweet la konon..
(jarang aku nak jiwang2 camni..hee)
lama aku memohon begitu.. bertahun-tahun, hampir 5 tahun.. sehinggalah....~
.......
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..
Hanya monolog hati berbicara.. Ya Allah, aku jatuh cinta.. Tapi, apakah ini jodohku? Aku cuba kawal.. sedaya upaya.. tapi siapa tahu, diakah jodohku sehingga benar2 akad dilafazkan.. kan?
Ya Allah, peliharalah hati ini..
*Klik SINI untuk puisi penuh.
.
1 comment:
ish! menusuk kalbu..
Post a Comment