Friday, January 27, 2012

Bersyukur dilahirkan sebagai Muslim

Assalamualaikum..  =)

Bila baca terjemahan Quran, saya akan terfikir tentang macam2 perkara dan membandingkannya dengan diri sendiri, dengan kehidupan saya dan membayangkan macam2 yang sebenarnya tak tercapai dek akal pun untuk dibayangkan (contoh syurga, neraka, kiamat dll..)

Antaranya adalah persoalan yang mustahil untuk saya menjawabnya.

" Kalaulah aku berada di tempat orang terdahulu, mungkinkah aku akan dipilih Allah untuk termasuk dalam golongan yang mendapat hidayah dan menyahut seruan para rasul dulu-dulu? "

" Atau mungkin aku di kalangan orang yang mendapat murka-Nya dan ditimpakan pelbagai balasan macam dalam Quran tu? "

Naudzubillah~


Orang yang tak dapat hidayah tu semuanya lastly Allah musnahkan in total.

Renung sahaja ayat yang Allah sebutkan "...dan Kami musnahkan sampai ke akar-akarnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.." (7: 72) untuk kaum 'Ad yang diutuskan Nabi Hud kepada mereka. Cukup menggerunkan!

Manakala untuk kaum Nabi Nuh, kisah bahtera yang glamor jugaklah masa saya kecik-kecik dulu, Allah ceritakan balasannya "...Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)" (7: 64)

Seterusnya kisah unta betina Nabi Saleh yang dikirim Allah untuk kaum Samud. Kisahnya bermula dengan ayat 73 surah al-'Araf. Dan balasannya, "Lalu datanglah gempa menimpa mereka, dan mereka pun mati bergelimpangan di dalam runtuhan rumah mereka." (7: 78)

Cerita Nabi Lut pula, tentang kaumnya yang mengamalkan homoseks {"Sungguh, kamu telah melampiaskan syahwat kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas" (7: 81)}. Allah balas cemane?? "Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu)..." (7: 84)

Ingat lagi kisah tentang penduduk Madyan? Sebuah negeri yang Allah kirimkan Nabi Syuaib kepada mereka. Apa habit dorang? Sehingga Allah suruh Nabi Syuaib perbetulkan keadaan? Ha, mereka menipu dalam urusan jual beli (7: 85) Finally, Allah gegarkan bumi Madyan (7: 91) sebab ingkar, degil sangat.

Hanya sebilangan kecil sahaja yang Allah pilih.

Bila mengamati kisah2 ni, terasa sangat bersyukur dilahirkan dalam Islam. Kita mengenali Islam sejak lahir, dididik dengan nilai Islam untuk solat, puasa..

Bila saya baca tentang non-muslim yang mendapat hidayah and converted to Islam, all I can say is, Alhamdulillah, they're lucky for be chosen to immerse in Islam.

Liam Neeson (Qui Gon Jinn) dalam Star Wars

Seperti yang terbaru, Liam Neeson (suara Aslan dalam Narnia) mengeluarkan kenyataan beliau mungkin akan memeluk Islam setelah penggambaran movie dijalankan di Istanbul. Bentuk hidayah yang dia terima hanya kerana mendengar azan 5 kali sehari setiap hari sepanjang berada di sana. Subhanallah! Kun fa ya kun~

Semoga Allah memberinya hidayah untuk memeluk Islam dan menjadi contoh kepada artis Hollywood yang lain. Ameen

For more detail tentang statement dia ni, google je nama dia.

Bersyukurlah and be proud with the Muslim identity. Kenapa di kala orang lain tercari-cari agama mereka, kita mengeluh berada dalam Islam? Be thankful.. The truth lies in front of your eyes, its just you to look or not to look.

Wallahua'lam



*Pernah tengok 2 arabic little boys yang bercerita ketika di Masjidil Haram. Sorang baca dari Quran, sorang lagi tanya2. Seronoknya faham Quran directly!
**Kadang2 semakin kita menua, kita lupa kisah-kisah ni, sedangkan tak sepatutnya kita lupakan. Even me myself.


.

1 comment:

MQ said...

Alhamdulillah..;)