3.28pm, 24/11/11
-Bertembung dengannya.. Biasanya dia menegur, tapi petang itu, tidak. Mungkin dia tak perasan.
3.45am, 25/11/11
- Terima satu mesej.
"Takziah kepada keluarga Kamalhadi Rosli atas pemergian beliau, alFatihah.."Tergamam. Lama.
Aku tak rapat dengan dia. Cuma kenal dia sebab sekelas masa first sem of my first year back in CFS. About two years ago. Tapi, setiap kali bertembung, dia pasti akan tegur dulu.
Hanya kenalan biasa. Tapi pemergiannya agk mengganggu fikiran aku seharian ni.
Benarlah, bila ajal itu tiba, sesaat pun tidak lambat dan tidak awal. Punctual betul Izrail melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya.
Terbayang pulak, bagaimana agaknya keluarganya especially, his parents menerima berita tersebut.. Ah, setakat aku yang hanya kenalan biasa-biasa pun terkejut, mereka pula boleh jadi pitam mungkin?
Aku terbaca status Fb rakan yang bersamanya di dalam ambulans. Dan orang pertama yang dikhabarkan "tidak dapat diselamatkan" ketika masih di dalam ambulans. Tentu, terasa tak berpijak di bumi kan? Nak sampaikan pula pada keluarga arwah.. Berat sungguh.
Khabarnya, arwah seorang yang baik dengan rakan-rakanya dan banyak menasihati. Looks like you really deserve a good ending. Bukankah Rasulullah ada berkata antara petanda husnul khatimah (pengakhiran yang baik) adalah meninggalnya seseorang di hari Jumaat atau di malam Jumaat.
Tahun lepas, arwah tokwan meninggal. Hari Jumaat jugak. Tahun ni, kenalan aku. Tahun depan mungkinkah aku? Jumaat?
Wallahua'lam.
al-Fatihah buat arwah Kamalhadi bin Rosli, moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman~ ameen..
*Beribadahlah seolah-olah esok akan mati, tapi bekerjalah seolah- olah akan hidup selamanya. Now you get nervous which one to start first kan?
2 comments:
cam mane ko wat ne
buat ape??
Post a Comment