Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah for everything ya Allah. Thank you. Terlalu banyak nikmat yang telah Kau berikan kepada kami hamba-hambaMu ini.
Ya Allah, tetapkan iman kami kepada Mu. Jangan Kau bolak balikkan hati kami setelah mendapat hidayahMu.
Jangan biarkan kami alpa dan lalai dengan segala nikmat duniawi yang sementara yang telah Kau kurniakan.
Ya Allah, jauhkanlah kami dari istidraj, riak, takabbur dan ujub.
Semoga segala nikmat ini menjadi sesuatu yang membuatkan kami sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingatiMu.
Ya rabbi, makbulkanlah doa kami. Ameen ya rabbal 'alamin..
Kadang-kadang terasa malu sendiri. Begitu banyak Allah berikan pada kita tapi setara mana sangatlah amal ibadah yang kita pulangkan.
Walaupun berdosa, Allah masih bagi nikmat kan? Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini takut andai diuji dengan istidraj.. Jauhkan lah kami dari istidraj ya Tuhanku.
*********
Ingat tak istilah istidraj? Kita ada belajar masa sekolah menengah tapi tak ingat pulak form berapa. Masa tu kita belajar sekali dengan karamah, maunah, irhas, mukjizat, sihir..
Istidraj maknanya kurniaan dari Allah kepada hambaNya dengan tujuan untuk menambah lagi kelalaian dan kealpaan. Contohnya mudah. Tak perlulah nak bagi contoh si Qarun atau Firaun. Sekarang pon banyak berlaku.
Dalam context as a student, seseorang tu tak menjaga solatnya, tak menutup aurat mengikut syarak, tak lah rajin sangat study tapi tetap jugak dapat result cemerlang berbanding orang lain.
Sesetengah orang, bila jadi macam tu, dia selesa. Dia rasa dengan cara tu, dia boleh jugak dapat apa yang orang lain dapat. So, dia terus leka, terus lalai dan terus lupakan Allah.
Na'udzubillah..
Personally, aku memang tak puas hati jugaklah dengan orang macam tu. Terasa macam dunia ni tak adil kan? Tapi bila fikir semula, renungkan balik.. Ini lah yang hadir dalam hati aku.
Manusia memang tak pernah puas tapi yang penting sentiasa bersyukur dan berusaha. Allah tak tengok kejayaan kita tu, yang Allah tengok adalah sejauh mana usaha kita kan?
Jangan lupa jugak. Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Tak semestinya yang kita mahu tu, kita perlu kan?
Semoga apa pun nikmat duniawi yang kita dapat, kita gunakan dengan baik agar ia menyumbang kepada saham ukhrawi.
p/s All the best kepada kawan-kawan di Gombak yang akan exam soon.
=)
* sekarang terasa nak cari balik buku PQS and PSI masa form4, form5 dulu..
No comments:
Post a Comment