Tuesday, February 15, 2011

Bersopan siket bleh??

Assalamualaikum, pertama-tamanya, salam Maulidur Rasul 1432H. Hari jadi kekasih kita ni. So, rebut lah ganjarannya dengan berlumba-lumba selawat sebanyak mungkin.

Sambil menghiburkan diri, sambil berselawat.  =)


Topik sebenar nya adalah tentang bersopan di jalan raya. Yang aku nak cerita ni is based on true story.

Hala balik dari Perlis hari tu, aku naik kereta makcik. Makcik duduk di Putrajaya. So, kami balik sekali, Kehadiran aku di dalam kereta itu adalah sebagai peneman makcik yang drive sesorang pada asalnya.

Kami decided balik hari Sabtu sebab takut Ahad ramai orang. Tapi, I guess everybody thought the same. Traffic jam jugak di highway.

Kami rancak betul bercerita masa dalam kereta. Perjalanan which usually takes about 5hours already became almost 9hours!

Mulut ni bercakap je sepanjang jalan, tak bercakap nyanyi ikut radio.. Bantai lagu apa pun, asal boleh ikut.. Miming pun jadi jugak.. hehe

Sehinggalah satu insiden membuatkan kami terdiam kejap.

Pabila dekat je dengan simpang masuk ke RnR, jalan memang sesak gile. Jalan siket je, then break. Masa tu, makcik jalan lah siket, lepas tu break. As usual.

Tiba2, kereta yang sedang berhenti tu seolah-olah dirempuh dari belakang. Ter-ke-depan kami berdua! Seriously, terkejut! Terdiam jap. Mujur tak terlanggar pulak lori kat depan.

Automatically, dua-dua toleh belakang. Pastu, toleh depan balik. Terdiam lagi. Jalan depan siket berenti lagi.

Makcik bersuara. Bimbang kemek bumper belakang. Tapi kami berkira-kira jugak nak keluar tengok ke tak. Yelah, 'all-girls on board'. Bahaya.

Sambil tu, terjeling2 jugak ke belakang. Tengok kereta yang melanggar tadi. Boleh pulak, kereta tu macam kalut bagi signal ke kiri (kami di lane kanan asalnya). Macam nak lari! Makcik cakap the driver was a man. Tapi, macam pengecut pulak nak lari mcm tu. Teruk ke dia langgar? Boleh sampai beribu ke??

Tapi malangnya, kereta tu tak lepas nak lari. Yelah, jalan tak bergerak sangat, cemane orang nak bagi chance potong jalan orang lain kan..

Finally, kami decided turun jugak nak tengok.

Aku yang turun. Makcik memerhati dari dalam sambil tengok cermin pandang belakang. 


*aku dpt kekuatan pun sbb sume kereta berhenti masa tu, lau tak, mang kami jalan je, bahaya k ladies!*

Aku pun keluar la, dengan muke ala2 bengang. Pergi tengok bumper belakang. Sensor yang dah sedia tercabut tapi diletak semula, tercabut lagi. Tapi tak kemek pun.

Aku pun, angkat kepala. Tengok je kereta yang langgar tu. Tenung jugak lah. Kot la nak keluaq mitak maaf ka apa ka, ini.. wat tak tawu je!? Bukan nya nak suruh hulur RM pun.. Takut beno!

Lau ikut hati terasa mcm nak jugak pi dekat kereta tu, ketuk cermin siket dan cakap;
"Tak nak mintak maaf ke??"

Tapi, my courage was not that high, walaupun kaki ni dah melangkah ke depan siket. Pusing balik. Before tu toleh lagi nak ambil nombor kereta tapi tak nampak. Sebab gelap kan, lampu pulak semua meghala ke aku, mang susah nak detect.

Masa bukak pintu kereta, aku tengok lagi, tenung lagi. Boleh tak, dia buat bodoh je? Macam aku pulak cari pasal.

We didn't expect for money, Just an apology! Is it that hard? Kalau takut pun, keluar kereta berdiri kat pintu pun jadik lah.. Macam lah aku nak pukul dia.. huh..

Kitorang heran jugak nape takut sangat, baru lah terpikir, maybe dia ingat driver lelaki. Tapi suruh aku je yang keluar tengok. So, takut kena pukul gak la kot.

After that, bermula lah misi kami, memerhati kereta tu. Kalau boleh tak bagi lepas dari pandangan pun! Psycho gile! hehe.. *gelak jahat*

Yang lawaknya, kereta tu tak datang dekat dah dgn kereta kami ni. Kalau dekat pulak, dekat gile, memang tak nampak terus nombor kereta tu!

Bila kami tukar lane ke kiri, dia stay kat lane kanan, at first. Tu pon, jarak kereta dia dgn kereta depan, boleh muat 4 bijik kereta lagi! Technically, kalau dia ke depan, dia akn lintas kami. So, kami boleh dapat lah nombor kereta tu kan. Dia bijak, bijak melarikan diri!

Tak lama lepas tu, dia pulak tukar lane. 2buah kereta di belakang kami. Dia ingat kami dah lost la tu, sebenarnya, my eyes were on that car all the time!

Akhirnya, bila sume kereta dah potong2, kereta tu belakang kami. Aku pun dengan jelas dapat nombor dia and dapat ngintai jugak penghuni kereta yang muka malu sangat itu.

Semua lelaki! Pelik2~

Kes kedua pulak, kalau nak bawak kereta slow, ke tepi. gunakan laluan kiri kecuali memotong.

Kes ketiga, andaikata jalan tu one lane for one direction, bagi lah peluang kalau ada kereta yang nak potong. Ke tepi siket. Ini, jalan slow tapi tamaw kalah..

Sekian pengajian memandu. Selebihnya, sila rujuk guru memandu anda.   =)

2 comments:

Syamilah said...

salam..
ika,lawak la driver 2.
cm kecut je ngan gurl.
da taw wat salah,tamo apologize..

sukma atiqah said...

tu la.. mybe dia ingt ika ni naek ngn lelaki kot..
sbb ika je kluar tgok tu, driver xkluar pon..
hehe..